Tuesday, September 30, 2008

2nd Day di Kampung

Second day ni, tak banyak sangat aktiviti... pagi ni, aku just pergi bank je, nak bayar apa yang patut dan nak tukar duit. Kot-kot ada nak bagi duit raya tahun ni. Semalam, petang, tak banyak sangat juadah, sebab ada beberapa juadah yang hari sebelom ni, plan nak makan semalam tapi dah basi. aduh... sayang betol bubur pedas aku tu. sehari ajer aku makan. huk huk huk...

Semalam, aku jumpa boss aku kejap. Dan boss aku cakap nak ke KL on Sunday sedangkan aku belum balik KL lagi. Memang bukan masalah aku, tapi yang jadi masalahnyer, kereta yang dia bakal pakai tu, aku park kat umah kakak ipar aku di Kampung Baru. Huh, tak tahu ler cemana nanti. Aku sekarang ni, tengah fikir-fikirkan cemana dan apa boleh aku suggest kat boss aku pasal transport sana. Lagipun, colleague aku belom balik lagi dari kampung rasanya. Nanti tengok ler apa idea... kalau sapa ada idea, bagi ler kat aku.

Dan, pagi tadi, baju raya aku baru siap. Malam tadi aku sambung jahit lagi leher baju aku. Haritu, aku pergi balik ke kampung mertua aku, tok potong dan jahit baju. Tapi tak siap sangat lagi. Malam tadi dan pagi tadi continue. Pagi tadi jahit butang baju tu plak. Tahun ni, memang surprise sungguh ler, baju aku tu. nanti ler aku ceritakan apa yang surprise. Satu lagi, kesian gak aku ngan wife aku, dia hantar baju, tapi tak siap lagi. Cuma ada 2 ajer yang dah siap. Baju utama yang tak siap. Baju aku plak, dah takder tailor yang nak ambik. So, nak tak nak aku buat sendiri ajer lah. Tahun depan mungkin plan awal sikit ler nak buat.

Well, Esok hari raya... Selamat Hari Raya buat semua... Maaf Zahir Batin.

2 comments:

sherrina said...

Slamat hari ghayer, maaf zahir dan batin.

romzi seli said...

Selamat Hari Raya gak...