Sebenarnya tidak banyak yang dapat diungkapkan untuk mengupas tajuk diatas tapi;itulah hakikatnya.
Betapa banyak dan pelbagainya bantuan, galakan, subsidi, keutamaan dan pinjaman yang diberikan oleh UMNO dan Kerajaan BN kepada orang Melayu, namun kita tetap juga tidak berupaya memanfaatkan setiap satunya untuk melipatgandakan pencapaian dan prestasi masing-masing. Ditambah pula dengan pelbagai dasar dan peraturan yang digubal semata-mata untuk melicinkan perjalanan dan pelaksanaan berbagai-bagai program dan aktiviti bagi meningkatkan penyertaan dan keberkesanan penyertaan Melayu di dalam semua arena pembangunan, namun kejayaan kita masih juga nominal. Semua ini belum lagi menyebut hak-hak istimewa orang Melayu yang sememangnya sudah termaktub di dalam perlembagaan negara yang dijaga dan dipelihara dengan begitu cermat dan teliti sekali seolah-olah tanpanya Melayu akan hancur, Melayu akan mati, dan Melayu akan pupus.
Kemuncak ketakutan, kebimbangan dan kegelisahan ini ialah apabila Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melahirkan hasratnya di Perhimpunan Agung UMNO 2002 untuk mengundur diri dan meletakkan semua jawatan dalam UMNO, BN dan kerajaan. Semua ini mengajak kita berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang apakah dan siapakah orang Melayu ini sebenarnya. Adakah bangsa kita ini hanya terdiri dari orang-orang yang memang tidak ada tulang belakang, yang malas dalam serba hal, yang pengotor, tidak mempunyai disiplin, dan yang tidak ada wawasan dalam kehidupan? Atau adakah bangsaku ini hanya terdiri dari golongan manusia yang hanya tahu meminta-minta, yang dilanda sindrom subsidi, yang hanyut dalam gelombang bantuan, bimbingan dan pertolongan?
Mungkin hari ini kita memerlukan pendekatan yang lebih kasar dan agresif. Mungkin hari ini kita perlu menendang Melayu dengan sepak terajang yang kuat agar mereka terjaga dari tidur lena kemalasan dan sikap ketidakapaannya. Berasaskan kepada senario di hadapan kita pada hari ini dicadangkan supaya dua pendekatan digunakan dalam membangunkan orang Melayu, iaitu, pertama pendekatan revolusi dan pendekatan kedua ialah pendekatan evolusi.
Pendekatan berbentuk revolusi memaksa kita menyemak dan mengkaji semula dengan teliti setiap bentuk hak-hak istimewa orang Melayu dengan tujuan untuk menarik balik dan membatalkan hak-hak dan keistimewaan yang dirasakan tidak perlu lagi dikekalkan, mengadakan persaingan yang sedikit di kalangan orang-orang Melayu sendiri untuk menikmati hak-hak istimewa yang dikekalkan itu, dan menetapkan tempoh-tempoh tertentu tentang sah lakunya setiap hak-hak istimewa tersebut termasuk bilangan Melayu yang layak menikmatinya. Pendekatan berbentuk revolusi ini hendaklah juga mengandungi unsur-unsur hukuman atau denda dengan memperuntukkannya di dalam kanun keseksaan bagi mana-mana penyelewengan yang dilakukan sama ada di kalangan pengurus dan pentadbir mahu pun yang menerima dan menikmati hak-hak istimewa tersebut. Hukuman dan denda ini hendaklah juga merangkumi sebarang penyelewengan dalam mana-mana kemudahan, bantuan, subsidi, pertolongan, walau dalam bentuk apa pun yang disediakan untuk bangsa Melayu. Pengurusan yang lebih ketat, yang menerapkan nilai-nilai kecemerlangan hendaklah diperkenalkan dalam kita mentadbir dan mengagih-agihkan pelbagai kemudahan dan galakan ini. Misalnya biasiswa, kemasukan ke sekolah berasrama penuh, pinjaman untuk perniagaan dan sebagainya hendaklah didasarkan kepada kriteria-kriteria dan perangkaan - perangkaan yang jelas dan tepat yang tidak boleh dipertikaikan walau oleh siapa pun. Sistem meritokrasi hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya di kalangan orang Melayu di semua aspek kehidupan orang Melayu terutama sekali dalam pemberian kontrak perniagaan, subsidi dan bantuan walau dalam bentuk apa pun. Pembanterasan segala macam penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah seks, lumba haram, buang bayi dan sebagainya hendaklah dijalankan dengan kekerasan dan ketegasan yang lebih, terutama sekali dari segi hukuman dan denda. Dan lain-lain tindakan yang mesti dan wajar dilaksanakan sebagai usaha untuk melatih dan membiasakan orang Melayu agar lebih rajin berusaha, kuat bersaing, berdisiplin, berwawasan dan bermaruah.
Pendekatan cara evolusi pula memerlukan merekayasa keseluruhan budaya melayu agar ia menjadi kuat, memiliki nilai-nilai mulia dan teguh, berteraskan agama Islam yang mulia, dan mampu melahirkan manusia Melayu yang mantap, berwawasan, bermaruah dan mempunyai rasa malu dan harga diri yang tinggi. Rekayasa budaya melayu ini hendaklah dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru yang mesti dilaksanakan dengan struktur yang lengkap dan tegap, matlamat yang jelas, ada jentera perlaksanaan yang menyeluruh dan licin serta melibatkan penyertaan semua orang melayu tanpa mengenal latar belakang sosiopolitik mereka. Pengklonan semula manusia dan budaya Melayu ini hendaklah berjalan sekurang-kurangnya 30 tahun untuk memastikan ia menyeluruh, berkesan dan berterusan. Pendekatannya janganlah menggunakan cara menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan bermasyarakat dengan matlamat untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang bangga dengan maruah seperti orang Korea Selatan. Satu lagi aspek pendekatan secara evolusi ialah melengkapkan semua ibu bapa Melayu dengan kemahiran keibubapaan. Melalui kemahiran ini kita yakin ibubapa melayu yang memiliku kemahiran membina dan melahirkan ahli-ahli keluarga yang berwawasan, yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, akan dapat menyumbang dengan berkesan sekali dalam membina satu bangsa yang bermaruah dan berdaulat.
Tapi berjayakah ini??? saper nak jawab sebenarnya???

No comments:
Post a Comment