Monday, August 28, 2006

dah kat kl balik

ahad lepas aku ke jb. dalam kol 3.30 petang aku gerak dari kl. gerak lepas tolong awek aku cuci rumah sewa dia. hari sebelom tu, aku tolong dia pindah umah. dia dah tinggal umah sewa. sebelom gerak, dia pesan, agar drive elok-elok.

perjalanan terus dari kl ke johor. sampai johor dalam 7.30 malam. aku terus singgah ke umah arwah tunang aku dulu. sebelom tu bagitau dulu dengan dia nak singgah sana. sebelom singgah tu, aku singgah kedai buah nak beli sikit buah tangan. lawaknye, tuan punya kedai tu cakap cina ngan aku. cheh aku melayu la, bukan cina. ahaks.

aku singgah jap umah arwah... lepas tu aku terus ke hotel. stay sana. ntah kenapalah malam tu, hp aku problem. tak leh nak call out atau received call. lepas aku restart hp aku tu, baru leh dapat call dan received call. aduh, bos aku mencari aku rupanya. hehehehee...

new york hotel tempat check in, pas tu call dia jap. rindu plak aku. huhuhuukkk... tido... zzzz... dalam keadaan batuk, nak wat cemana kan, keje kena dilaksanakan.

demam, selsema, semua alhamdulillah, cuma tinggal batuk-batuk je lagi ni.
pagi tadi, aku bangun dengan batuk-batuk. huh.. perit sungguh batuk aku pagi ni. lepas ni nak sarapan plak. aku pun sarapan kejap je. tak leh, takut muntah. pastu check out dan kemudian gerak ngan boss aku ke teluk ramunia. lokasi meeting aku hari ni. lepas abis meeting dalam ko 12.30 lebih, kami balik ke kl. perjalanan terus je sampai kl. sampai dalam kol 6.30 ptg, dan sebab jalan yang jem, malas nak balik puchong dulu, aku amik keputusan, amik awek aku balik kerja. hakikatnya aku rindu dia. ahaks.

amik dia kat opis lepas tu g dinner dulu. dah tu baru balik. kalau ikotkan, rasa nak berkepit je. ahaks. ni yang silap hari bulan, cepat je pinang dia ni nanti. hehehehee.... tapi sabar dulu.... kalau dah jodoh tak kemana... ye dak?

oklah... dah malam rupanya... lalai aku menulis sambil tengok mawi dan ina. errr... program dorang ke best? lawan tv3 pasal CITY... gud nite...

Tuesday, August 22, 2006

ermmmm

malam tadi, aku rasa keadaan aku memang teruk sepanjang aku tidak sihat ini. dimulakan dengan batuk-batuk biasa, lepas tu kepala pening-pening nak pitam pun ada. dah tu, lewat malam, aku termuntah. semua mungkin sebab aku batuk tu ler. kahak banyak. aku tak lena sangat tidor malam tadi. dengan keadaan tak selesa itu, aku gagahkan jugak nak tido. akhirnya... tak tahu ler cam ne... sedar-sedar dah pagi. lepas subuh pagi ni.

aku bangun dengan keadaan kepala berat dan pening. aku gagahkan jugak sebab tak nak manjakan sangat penyakit ni. mandi, lepas tu pergi klinik lagi. aku cakap kat doc tu, semua ubat dah abis dan pil selsema yang di beri aritu yang mengantukkan aku langsung.

dia pun bagi ubat lain dan tambahkan antibiotik tok aku. tonsil aku bengkak dia cakap. entah ler... istilah perubatan. ahaks.

arini aku dapat mc. tak tahu nak mc ke tak... biasalah aku ni... mc ker tak, sama ajer.

walauapapun... relax-relax ajer ler arini.

Sunday, August 20, 2006

masih lagi...

sejak aku jejak kaki ke kl aritu, aku sakit tekak. mulanya sikit je sakitnye... lepas tu, aku makan ubat dan segala. tak baik gak. then aku selsema. lepas selsema, aku rasa mula nak demam panas plak. aku pun pergi klinik. dah makan ubat... tapi masih lagi...

aku terfikir mungkin sebab aku tidor dalam air-cond, then aku tak selesa kot. lepas tu, hujung minggu aku balik pahang. umah 'dia'. memang dari awal lagi 'dia' dah ajak aku nak balik kampung. dan aku pun fikir, sure aku akan baik sebab udara kampungkan... tapi hari ni aku balik, aku masih lagi selsema. aku tak tahu kenapa. ermmm... mungkin juga sebab aku letih kot. takper... esok lusa ok lah tu.

semalam
yea semalam, aku mulakan perjalanan ke pahang. awal pagi aku amik dia dari umah kakak dia di kl. pastu singgah di taman melawati jap nak beli daging dengan tulang-tulangnya sekali tok bawa balik. hehehe... nak makan sup tulang. dia nak masak. seperti yang sedia maklum ler... jalan ke pahang tu sentiasa jem terutama kat karak tu. kena plak cuti sekolah ni. aku sampai sana dalam tengahari. sampai je, lepak-lepak dulu dan hari ni baru balik ke kl. awal pagi tadi ngan ayah dia amik buah rambutan belakang umah. tolong tebang sekali. banyak gak lah buah kami bawak balik kl tadi. dan jalan nak ke kl arini tadi pun jem gak. balik dalam kol 3 tadi sampai kl dalam kol 6.

lepas hantar dia, aku balik bilek aku di puchong dan terus menulis. ok lah... aku nak tido dah... ngantok plak... nak rest sket.

Thursday, August 17, 2006

jatuh

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

semalam... lepas balik hantar dia ke umah... dia bagi aku satu cd. cd yang dia buat sendiri video clip, gambar-gambar kami bersama dan berlatarbelakangkan muzik lagu ini. susunan gambar dalam video yang dibuatnya sungguh menarik dan aku cukup tersentuh dengan usahanya untuk menerangkan padaku yang dia juga menyayangi aku.

dia, seorang yang agak sukar untuk melafazkan kata-kata "aku cinta padamu" kerana baginya, kata-kata itu hanya bermakna bila sekali sekala di sebut dan bukannya setiap masa. walaupun pada mulanya aku dulu inginkan setiap masa disebut, namun kini aku mengetahui hakikat bahawa, tidak semestinya dengan perkataan itu, kita menunjukkan yang kita sayang, tapi dengan kepercayaan, perbuatan dan segalanya. itu dah boleh menggambarkan sayang seseorang itu tanpa perlu mengatakan "i love you".

ungkapan "I love you" akan lebih bermakna jika di ungkapkan sekali sekala. kerana tiada guna jika mengungkap jika hati tidak merasai nya. cukuplah hati yang merasa dari mulut yang berkata.

you are my everything...
kamariah abd shukor

ermmm.... mandom

bangun pagi je, sejuk-sejuk badan. sms berbunyi...
"assalamualaikum... gud morning. bangun sayang"

huarghhhh.... aku rasa aku demam... ehh tak, aku selsema. alamak tekak aku masih perit. bangun, mandi.

pagi-pagi lagi dah ke atm machine yang berhampiran, keluarkan dana nak pegi klinik. cam tak tahan ajer badan ni...

RM28.00. klinik charge aku. dapat ler ubat. masuk opis lagi... tgk apa yang patot.

life is gamble

hidup ini satu pertahuran... bertaruh tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari. kerana tidak ada siapa yang tahu kecuali DIA yang maha mengetahui apa yang akan berlaku nanti pada kita.

dalam minggu ini, aku seolah-olah merasakan aku seperti baru dihidupkan semula. aku nampak sesuatu yang mungkin itulah hikmah disebalik kejadian hidup aku sebelom ini. bagi siapa yang tahu sejarah aku, sejarah percintaan aku sebelom ini, mungkin mengetahui apa yang akan aku cerita kan ini, tapi bagi yang tidak tahu, boleh lah cari dalam sejarah aku di sini. apa yang pernah berlaku.

aku mula menemui cinta dan dia di usia 19 tahun. mungkin bagi sesetengah orang usia itu memang terlalu muda. dan aku sendiri akui usia itu masih muda. namun, aku tidak terus membuat keputusan. aku membiarkan perjalanan cinta aku mengikut arus masa dan waktu. hingga usia menjangkau 24, aku seolah-olah yakin yang aku mampu untuk bertanggungjawab dalam hal keluarga dan membina serta melayari rumahtangga.

namun, ALLAH lebih tahu. dia mengatur segalanya. jodoh aku tidak kesampaian. waktu itu, dunia seolah-olah tiada bagi aku. dan semua orang berkata... "ada hikmat di sebaliknya" sampai kini aku mencari hikmahnya... namun dalam minggu ini, aku merasakan yang hikmah itu memang jelas di mata aku.

12 september 2005 aku dipertemukan dengan seorang gadis yang aku cukup sayangi sekarang ni. dia berjaya membantu aku di awal kekecewaan aku di tinggalkan arwah tunang aku. dia secara perlahan memberikan aku satu keyakinan untuk hidup semula. dan dalam kami bersama mengharungi dunia ini, pelbagai dugaan dan cabaran telah kami hadapi. hingga kan minggu ini, kami telah banyak pelajari sesuatu tentang hidup.

aku sungguh bersyukur kerana di pertemukan dengan dia. pertemuan aku dengan dia, telah menyedarkan aku bahawa hakikatnya aku belom cukup bersedia untuk bekeluarga dahulu. dan pertemuan aku dengannya membuatkan aku matang dan membuatkan aku bersedia untuk mengemudi sebuah rumahtangga bersama dia.

walaupun dia jauh lebih muda dari aku, namun aku yakin dengan pengalaman keluarga dia, dia lebih matang dari usianya dan mampu untuk bersama aku melayari sebuah impian ini. aku harap, kali ini memang dia adalah jodoh aku.

ahaks... hujung minggu lepas aku ke nilai, negeri sembilan. berjumpa kawan aku dan family dia. kawan yang bantu aku tok pinang anak orang dulu. dan kali ni aku bagitau niat aku kat dia tok pinang orang ni lagi. family dia memang takder masalah. dan yang menariknya...
"muka korang sama lah... seiras sungguh... orang kata memang ada jodoh kalau muka sama ni" mak kawan aku cakap. aku balas balik,
"isk... bukan ker arwah dulu pun sama, takder jodoh pun"
"takder... ko ngan arwah dulu masih ada lagi tak sama. berbanding dia ni, muka sama bulat, mata sama, hidung, malah segalanyalah... saiz badan pun lebih kurang" mak dia sambung.

aku sengih sorang-sorang. ye ke kami sama?

lepas tu, hari isnin, masa balik kerja, aku amik dia dan dalam masa yang sama jumpa kawan dia.
hari ni, dia bagitau aku yang kawan dia, mati-mati ingat aku ni abang dia. sebab muka sama sungguh. dan dia tak sangka yang aku ni boyfriend dia. ahaks. satu lagi.

benarkah muka kami sama? ermm tak pe lah... kalau sama pun lagi elok. hehehe... dan aku nak dengar lebih lagi dari kawan-kawan lain atau sesiapa sahaja, yang menyatakan muka kami ni sama.

ops... dah larut malam dah. nak tido...
gud nite...
zzzzzzzzzzzzzzzz........


Tuesday, August 15, 2006

muahhhhhhhhhhh..............

kali ni plak aku jumpa tips dari black. so, aku ceduk sket to aku share pada sesiapa yang nak ler... ni semua pasal ciuman...

Ciuman memang bukan tindakan yang bisa diatur-atur, keinginan untuk mencium seringkali timbul begitu saja karena Anda begitu menyayangi seseorang. Tapi jika ada gaya ciuman tertentu yang dapat membuatnya amat nyaman sehingga ia begitu dapat menikmatinya sampai meninggalkan kesan yang mendalam, boleh-boleh saja jika Anda praktekkan. Mudah-mudahan Dia semakin sayang pada Anda…

Butterfly Kiss: Mencium bagian tubuh si dia dengan mengedip-ngedipkan bulu mata hingga pasangan terasa geli. Ciuman ini bisa diberikan di pipi, ujung bibir, dahi atau perut.

Cheek Kiss: Biasanya ciuman ini diberikan pada saat kencan pertama sebagai tanda "aku suka padamu". Ciuman pipi ini bisa semakin mesra jika Anda tahu caranya, letakkan tangan Anda di pundaknya lalu sebelum mencium usap dulu pipinya dengan bibir Anda, lakukan dengan penuh kelembutan.

Eskimo Kiss: Ciuman dengan cara saling menggosokkan hidung Anda dengan pasangan. Biar lebih seru dan seperti di Eskimo, lakukan di depan kulkas yang terbuka!

Eyelid Kiss: Sementara pasangan Anda sedang tidur, ciumlah kelopak matanya yang tertutup dengan sangat perlahan dan mesra. Ciuman yang sederhana tetapi bisa berarti sangat mendalam bagi si dia…

Freeze Kiss: Ciuman yang dilakukan setelah bibir ditempeli es batu. Dingin tapi menyenangkan! Ada cara lain yang tak kalah serunya, Anda dan pasangan berciuman sambil memainkan es batu dengan lidah di dalam mulut.

Earlobe Kiss: Ciumlah pasangan Anda tepat di telinganya, tapi jangan bersuara! Cukup dengan hembusan nafas saja karena suara Anda akan membuatnya terperanjat.

The Whipped Cream Kiss: Merupakan jenis ciuman yang menggairahkan dan penuh nafsu. Celupkan jari Anda ke dalam whipped cream, lalu jilat jari Anda secara perlahan-lahan. Selanjutnya Anda dan pasangan saling berpelukan dan berciuman, ciuman yang manis karena di mulut Anda masih tersisa citarasa whipped cream.

Foot Kiss: Ciuman romantis yang penuh ‘isyarat’. Mungkin pasangan Anda akan sedikit geli, jadi buatlah si dia merasa lebih rileks dan menikmati setiap ciuman Anda. Caranya, pijat-pijat dulu kakinya sembari dielus lalu mulailah aksi ciuman Anda dari bawah ke atas.

Quickie Kiss: Ciuman singkat yang dapat Anda berikan di saat Anda benar-benar sibuk. Kecup hidungnya lalu kecup bibirnya. Ciuman ini hanya membutuhkan waktu ? detik!

Forehead Kiss: Disebut ciuman ibu karena ciuman ini bersifat menenangkan bagi siapa saja. Tak ada ciuman di dahi yang dapat membangkitkan nafsu.

French Kiss: Bisa juga disebut The English Kiss atau Soul Kiss, gaya ciuman yang membutuhkan keahlian Anda dan pasangan memainkan lidah.

Fruit Kiss: Ciuman yang menggunakan potongan buah (anggur, stroberi, atau potongan apel). Caranya: Letakkan buah di antara mulut Anda lalu dekatkan mulut Anda padanya. Gigit buah setengahnya sampai bibir Anda dan pasangan saling menempel, lalu silahkan berciuman dengan bergairah.

Hand Kiss: Mencium punggung tangan pasangan dengan mesra lalu merambat ke bagian atas.

Lick Kiss: Sebelum ciuman berlangsung, mainkan lidah Anda pada bibir pasangan. Jika suasana makin ‘memanas’ barulah lidah Anda masuk ke dalam mulutnya. Wow!

Talking Kiss: Sesekali saat berciuman tak ada salahnya Anda mengucapkan I love you di dalam mulutnya. Hmm…suasana berciuman semakin terasa romantis.

Nip Kiss: Ciuman yang erotis dan penuh sensasi. Saat berciuman, sesekali gigitlah bibirnya. Lakukan dengan benar dan jangan membuatnya menjerit kesakitan.

Sip Kiss: Sebelum mencium si dia, teguk sedikit minuman favorit Anda. Lalu tumpahkan di dalam mulutnya. Selanjutnya lumat bibirnya dengan perlahan dan biarkan si dia menikmati ciuman Anda.

The Buzzing Kiss: Ciumlah belakang telingannya dengan perlahan lalu dengan suara geraman dan dengungan mesra menuju ke lehernya. Gigit-gigit lehernya dengan perlahan sampai Anda menemukan mulutnya.

Vacuum Kiss: Ciuman yang dilakukan sambil meniup mulut pasangan sampai pipi mengembang. Lalu kempiskan sehingga ada angin bertiup bolak-balik dari mulut Anda ke mulut pasangan. Tapi hati-hati masuk angin!

Tongue Sucking: Merupakan variasi dari French Kiss, ketika Anda dan pasangan saling memainkan lidah, sesekali hisaplah lidahnya. Pasti si dia akan merasa lebih seksi.

kawin???

Dalam jalan-jalan aku di alam maya ni, tetiba aku ternampak tajuk ni. cam best ajer nak aku baca dan aku share tok peminat aku lak. aku amik dari kawan aku... "dari baling ke serendah"

penulisan ni berkaitan dengan 10 perkara yang memeranjatkan dalam perkahwinan. so, baca lah yea... amik iktibar apa yang patot. life is gamble...

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segiemosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yangterpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Sunday, August 13, 2006

sunday di kl

pagi-pagi lagi aku dah bangun. rasa nak demam pun ada gak. adeh. sakit tekak ni, mungkin sebab perbezaan cuaca kot. pagi tadi aku ke nilai. pegi umah kawan aku kat sana. lama gak aku tak jumpa kawan aku tu. lepak sana sampai tengahari then lepas tu ke nolai square. beli kain tok baju melayu. tahun ni, oren.

petang tu, balik aku singgah ukm. tengok pesta konvo ngan awek dan adik2 dia. jalan-jalan, mana tau jumpa kawan ke ape. tapi tak jumpa pun. pastu balik. uh... dah petang dah... nak kena hantar balik lagi... bukan apa kuar dari pagi...

malam sampai bilek, online. then... menunggu tok esok meeting...

Saturday, August 12, 2006

kuala lumpur

1500 hrs... aku dah sampai kl. cuma aku letih lagi. naik skybus ke kl central, pastu makan jap. lepas makan ke kpg baru amik kereta.

jalan pergi umah lufti jap, pastu hantar dia balik. dan aku pun balik ke opis... accomodation aku.

to my best friend, thanks sebab concern about me. i'm ok. as i sms to you, that i already arrive here.

Friday, August 11, 2006

Pertengkaran???

dalam aku jalan-jalan dalam blog orang, aku terserempak dengan benda alah ni tadi. bagi aku ia valuable dan aku amik tips ni dari blog rahsia sebuah alam perkahwinan.

Harap owner dia tak saman aku ler yerk... tujuan aku nak share ajer ngan orang dan diri aku sendiri.


Hampir setiap perkahwinan mengalami pertengkaran, walaupun ada antara anda malu untuk mengakuinya. Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga mungkin boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada anda berdua. Tujuan berlakunya pertengkaran adalah sesuatu yang tidak baik itu hilang daripada pasangannya baik perihal peribadi ataupun pekerjaan.

Sebenarnya, pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika tidak dibincang lebih awal, bimbang menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Petua Menghadapi Pertengkaran

1. Jika berlaku pertengkaran, janganlah anda mencari kelemahan pasangan anda. Tidak wajar sekiranya pertengkaran hanya ingin mencari kemenangan. Usahalah untuk menyelesaikan masalah bersama.

2. Jika pertengkaran itu berkaitan dengan sesuatu topik, janganlah melibatkan masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan lagi permasalahan itu.

3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menjadi lebih besar lagi. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati seperti, "Ini semua salah kamu"?, "engkau bodoh", "engkau selalu melakukan kesalahan"?. Sebaliknya, gunalah perkataan yang lembut seperti, "saya sedih dengan perbuatan itu"?, "kamu tahu tak, betapa hancurnya hati saya ini"?, dan sebagainya.

4. Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan setelah anda berdua bertengkar. Ini kerana akan merugikan hubungan suami isteri.

5. Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

6. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mertua, ipar atau adik beradik terlibat sama dalam pertengkaran kerana ia menambahkan lagi kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak bingung, tertekan dan seterusnya mewujudkan lagi masalah lain

Thursday, August 10, 2006

merdeka ???

ogos, semua orang tahu itu bulan kemerdekaan. kemerdekaan tanah melayu. kerana masa tu malaysia belom ada lagi. pembentukan malaysia hanya berlaku tahun 69.

merdeka... banyak pengertian. bagi orang biasa, bila ogos, sebut merdeka, mereka akan ingat bebas dari penjajah. tapi bagi aku pengertian merdeka itu luas.

hakikatnya aku tidak melihat merdeka itu dari pandangan bebas dari cengkaman penjajah secara fizikal. seperti mana kemerdekaan 1957. aku melihat dari perspektif aku. perspektif orang bengap. ahaks.

bagi aku, banyak perkara aku belom merdeka lagi. antaranya pemikiran aku, masih lagi bercampur aduk dengan pemikiran asing. pemikiran penjajah, pemikiran yang holistik. selain pemikiran, aku masih belom merdeka dari kewangan. masih belom menemui satu istilah kebebasan kewangan dalam diri. selain dari itu, banyak lagi perkara yang aku masih belom merdeka. yakni, tanggungjawab aku. aku masih bertanggungjawab pada diri aku, keluarga, dan masyarakat. aku hanya akan merdeka setelah pergi ke 'alam yang satu' lagi. kerana disitu bagiku baru merdeka. itu pun setelah di hisab segalanya.

huh... pagi tadi bila sampai opis, kawan aku cakap aku bersemangat... ahaks. kerana dorang tengok kereta aku dah berlekat bendera malaysia. yeah....


itu aku secara luarannya... dalamannya?

Aku saja yang tahu

Kepuasan yang ku rasa di jiwa
Sejak ku di gelar kekasih
Oh di situlah
Terjadi semua kenangan yang tak pernah aku lalui

Mengapa masih jadi begini
Yang aku sendiri tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dia tiada lah kenangan yang masih melanda jiwa

Dan masih aku mencari segala kenangan
Di dalam erti yang besar
Walau kita hanya teman

Ku yakin kasih masih begini
Namun aku yang bersalah terhadapmu

Sedangkan aku masih begini kekasih
Mengapa aku yang kau cinta

Mengapa masih jadi begini
Yang aku sendiri tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dia tiadalah kenangan yang masih melanda jiwa

Dan masih aku mencari segala kenangan
Di dalam erti yang besar walau kita hanya teman

Jangan kau rasa
Biar pun aku yang bersalah
Kau hentikan cinta ini
Walau apa yang dijanjikan
Oh.ku yang tahu

biarlah rahsia dulu. kerna aku masih perlukan...

Monday, August 07, 2006

finally

tak banyak gambar aku amik masa trip kali ni. ye lah... dah mabuk abis... gambar aku memang takder ler... aku banyak amik gambar tok kerja aku. gambar equipment yang rosak dan sebagainya tok aku attach sekali dalam report.

gambar salah satu platform yang aku amik dari quarters aku. waktu hampir nak senja...

ni lah platform tempat aku kerja tu. tiap hari ulang alik dari quarters platform naik crew boat. perjalanan amik masa dalam sejam.

matahari hampir tenggelam. aku lihat sungguh indah. jadi aku amik je gambar ni.

alhamdulillah... masalah aku ngan awek aku dah mula ok sket. aku settlekan secara slow down. aku bersabar banyak-banyak. cool. lepas tu baru aku dapat settle down. memang benar, aku rasa aku terlalu sensitif dalam hal ni.

harap lepas ni aku akan kembali ok semula. dan boleh cool sket dan jangan terlalu sensitif.
errr... boleh ker?

Sunday, August 06, 2006

kosong....

aku
aku baru balik dari offshore. sabtu, dalam hampir 9 malam aku sampai kat umah. masa aku sampai kat jetty, dalam kepala aku dah nak ingatkan awek aku. aku tak sabar nak balik umah, tengok hp yang aku tinggalkan. aku rindu dia. beberapa hari di laut tanpa ada apa-apa, hanya kerja.

kerja
hakikatnya kerja aku di laut tak siap sepenuhnya lagi. ini semua gara-gara alarm berbunyi malam tu. hari jumaat malam, masa sedap-sedap tidur, alarm berbunyi. bunyi plak lain macam, tak macam alarm yang standard. jadi semua penghuni (pob) tak tahu, bunyi apa tu. lepas annouce ajer, baru semua bergegas ke mustering station (tempat assembly) dalam masa berkumpul tu, aku dan kawan aku dok kat belakang sekali. terdengar bunyi orang berkata-kata...
"rasanya dalam minggu ni ada dua orang vendor buat maintenance gpa (general platform alarm) alarm ni, apsal bunyi jadi lain plak?"
"ntah lah... sebelom maintenance ok ajer, lepas maintenance lain plak jadi. semua tak alert bunyi ape ni"
aku dan kawan aku makin tunduk di belakang. diam. hakikatnya, vendor tu memang dari syarikat kami, tapi crew lain. bukan kami berdua. kami wat kat platform lain. kami hanya menumpang tidur je kat platform tu.

esok pagi nye, dalam 0600hrs aku ingat morning meeting biasa. group platform kami ajer. rupanya ada lochsec... ada presentation untuk hse (health, safety, environment) month. semua penghuni attend. siap ada slide show, present dari setiap department.

kawan aku duduk area tepi sikit. aku pun tepi gak cuma tak terlindung berbanding kawan aku. kerana itu aje ada tempat. masa start program tu, platform supervisor (kita boss besar la) cakap, pasal problem alarm malam tadi. aku ngan kawan aku wat muka selamba mulanya. tapi, disebabkan supervisor tu dah kenal kami sebab kami perform project upgrade untuk platform lain, so dia pun cakap...
" i think sini ada 2 orang vendor gpa... maner yer?" dia pura-pura tanya, padahal dia memang dah nampak muka aku...
aku angkat tangan... zuuupppppppppp.... semua orang pandang kat aku. perhatian tertumpu pada aku... macam aku yang bersalah ajer...

"so, i hope you can help us to settle this problem. if not, we will not allowed you to go back to shore" supervisor tu cakap.

abis je majlis tu, bila semua dah bersurai, operation supervisor plak tahan kami. kami tak dibenarkan ke mana-mana, even nak siapkan kerja kami di bokor tu. kami di tahan di baronia komplex tu. komplek tempat tinggal kami.

kami mula relex je... tapi lepas tu, dorang semua tanya kami apa jadi ni... macam nak bagi pressure plak. aku cam kecik je masa tu, tetiba aku rasa tangan pun jadi sejuk plak. sebab semua orang tanya soalan bertubi kat kami. hakikatnya kami tak tahu menahu pasal ni. semua ni, kes crew satu lagi. adeh... kami cuba tolong selesaikan masalah tu.

akhirnya dalam jam 1100 hrs... problem selesai. alarm seperti biasa.


perjalanan
buat pertama kalinya aku mabuk laut. laut bergelora tak terkata. masa pergi ke offshore rig, aku dah tak tahan, mabuk sampai muntah. dengan keadaan ombak yang kuat, crew boat yang bergoyang, aku tak larat. sampai di platform aku dah letih. kepala dah bergoyang abis.

petang pun sama nak balik baronia komplek dari bokor. pening. lautan bergelora. aku letih dan longlai. kepala pening.

esoknya lagi perjalanan ke bokor semula. balik petang pun sama, cuma aku boleh tahan lagi. jumaat pergi lagi. kiranya kami ulang alik pagi dari baronia ke bokor. masa perjalanan adalah sejam. bayangkan. dan saat yang aku tak leh nak lupa adalah masa boat transfer. dan hari paling dasyat yang pernah aku rasa adalah jumaat petang tu. boat bergoyang lebih 30 darjah dah... boleh cecah 45 darjah rasanya. aku sengsara nak berdiri tahan badan. masa nak lompat ke platfor tu, arus dan ombak kuat memukul pelantar. aku lompat. nasib baik aku selamat. sebab boat tu dah terhayun ke laut. satu pengalaman yang sukar tok aku lupakan.

di darat...
sampai di umah... aku jenguk hp.
"sy d kg"
tu je sms yang ada. aku reply... bagitau yang aku dah sampai. aku rindu kat dia.
aku call... ntah berapa kali tah. takder jawapan. maner tah dia...

malam aku sms lagi... takder reply. aku call lagi hp dia... masih tak berjawab. aku tinggalkan mesej dalam voice mail. takder jawapan. kenapa?

aku nekad, aku call umah dia. dapat. pastu dengar suara cakap suruh call hp. aku try call, tapi cam ada masalah line. tak lama lepas tu... sms berbunyi...
"tunggu la lepas af"

aku sedih... tak ku sedar air mata keluar rupanya... aku reply... "ok. sorry kaco"

hakikatnya, aku tak minta banyak pun. at least dia sms balik ngan aku... jawab salam pun jadi ler... pastu cakap take ur rest ker... ape ker...
ni diam ajer... aku tak tahu kenapa... sampai aku call umah dia baru dia sms kat aku cakap tunggu lepas af tu... hati sapa tak tersinggung. sedih. segalanya ada. tak pernah aku rasa sebak cengini.

mungkin lama aku tak cerita dalam blog ni. aku pendam ajer perasaan aku. aku diamkan ajer... malas nak bising. bukan apa, masalah kecik je aku rasa sebelom ni.

sebelum ke laut aritu aku pun sedih gak. menyebabkan mood aku takder nak ke offshore. aku tak tahu kenapa. aku tengok dia berubah dari kes perpisahan akak dia tu. mula dari saat tu, macam emosi dia moody kat aku. kenapa tah... aku sendiri tak paham.


malam tadi... tetiba dia sms "sorry"
only one word je. aku dah kecik hati. sedih... aku tdo. mud aku... ermm... sendiri tau lah...
bangun pagi... perkara pertama... check hp. takder sms pun. aku tunggu lagi, maner tau dia akan sms wish selamat pagi ker... tak lama lepas tu baru ada. aku replay... pastu dia... sampai ke lepas zohor. lepas aku sms lagi tanya kenapa diam... dah lupa aku agaknya... akhirnya dapat reply yang entahlah... bagi aku macam tak menjawab soalan aje.
kenapa...
kenapa???

siapa aku ni... kenapa aku diperlakukan begini? apa salah aku... hari tu aku bertanya apa salah ku... takder gak di cakap... adakah pasal konvo tu? pasal aku tak nak drive ke? tapi at least aku nak datang gak. even naik bas. aku nak tengok dia convo... tapi... kenapa?

kalau itu sebab dia.... ok... aku akan drive ke sintok tu. walaupun aku letih... demi dia... pergi jumaat, konvo sabtu, balik ahad... kalau itu yang dia mahu...

hakikatnya... sampai bila aku aku jadi cam ni?

Tuesday, August 01, 2006

out of office

Dear sir,

Please be inform that, currently I'am going for offshore trip for a few days. If you have urgent matter, please forward it to xxxxxx@pd.jaring.my or xxxxxx@pd.jaring.my.

Sorry for the inconvenience caused.

Thanks and regards,
Romzi Seli

yeah... itu akan korang dapat mulai esok kalau hantar e-mail kat aku punya e-mail address. so, jumpa di offshore... ??? ahaks.

ada lawak petang tadi masa nak balik office pasal benda ni. nanti aku balik aku cerita. tu pun kalau aku masih ingat. hahahahhaaa.....