aku
aku baru balik dari offshore. sabtu, dalam hampir 9 malam aku sampai kat umah. masa aku sampai kat jetty, dalam kepala aku dah nak ingatkan awek aku. aku tak sabar nak balik umah, tengok hp yang aku tinggalkan. aku rindu dia. beberapa hari di laut tanpa ada apa-apa, hanya kerja.
kerja
hakikatnya kerja aku di laut tak siap sepenuhnya lagi. ini semua gara-gara alarm berbunyi malam tu. hari jumaat malam, masa sedap-sedap tidur, alarm berbunyi. bunyi plak lain macam, tak macam alarm yang standard. jadi semua penghuni (pob) tak tahu, bunyi apa tu. lepas annouce ajer, baru semua bergegas ke mustering station (tempat assembly) dalam masa berkumpul tu, aku dan kawan aku dok kat belakang sekali. terdengar bunyi orang berkata-kata...
"rasanya dalam minggu ni ada dua orang vendor buat maintenance gpa (general platform alarm) alarm ni, apsal bunyi jadi lain plak?"
"ntah lah... sebelom maintenance ok ajer, lepas maintenance lain plak jadi. semua tak alert bunyi ape ni"
aku dan kawan aku makin tunduk di belakang. diam. hakikatnya, vendor tu memang dari syarikat kami, tapi crew lain. bukan kami berdua. kami wat kat platform lain. kami hanya menumpang tidur je kat platform tu.
esok pagi nye, dalam 0600hrs aku ingat morning meeting biasa. group platform kami ajer. rupanya ada lochsec... ada presentation untuk hse (health, safety, environment) month. semua penghuni attend. siap ada slide show, present dari setiap department.
kawan aku duduk area tepi sikit. aku pun tepi gak cuma tak terlindung berbanding kawan aku. kerana itu aje ada tempat. masa start program tu, platform supervisor (kita boss besar la) cakap, pasal problem alarm malam tadi. aku ngan kawan aku wat muka selamba mulanya. tapi, disebabkan supervisor tu dah kenal kami sebab kami perform project upgrade untuk platform lain, so dia pun cakap...
" i think sini ada 2 orang vendor gpa... maner yer?" dia pura-pura tanya, padahal dia memang dah nampak muka aku...
aku angkat tangan... zuuupppppppppp.... semua orang pandang kat aku. perhatian tertumpu pada aku... macam aku yang bersalah ajer...
"so, i hope you can help us to settle this problem. if not, we will not allowed you to go back to shore" supervisor tu cakap.
abis je majlis tu, bila semua dah bersurai, operation supervisor plak tahan kami. kami tak dibenarkan ke mana-mana, even nak siapkan kerja kami di bokor tu. kami di tahan di baronia komplex tu. komplek tempat tinggal kami.
kami mula relex je... tapi lepas tu, dorang semua tanya kami apa jadi ni... macam nak bagi pressure plak. aku cam kecik je masa tu, tetiba aku rasa tangan pun jadi sejuk plak. sebab semua orang tanya soalan bertubi kat kami. hakikatnya kami tak tahu menahu pasal ni. semua ni, kes crew satu lagi. adeh... kami cuba tolong selesaikan masalah tu.
akhirnya dalam jam 1100 hrs... problem selesai. alarm seperti biasa.
perjalanan
buat pertama kalinya aku mabuk laut. laut bergelora tak terkata. masa pergi ke offshore rig, aku dah tak tahan, mabuk sampai muntah. dengan keadaan ombak yang kuat, crew boat yang bergoyang, aku tak larat. sampai di platform aku dah letih. kepala dah bergoyang abis.
petang pun sama nak balik baronia komplek dari bokor. pening. lautan bergelora. aku letih dan longlai. kepala pening.
esoknya lagi perjalanan ke bokor semula. balik petang pun sama, cuma aku boleh tahan lagi. jumaat pergi lagi. kiranya kami ulang alik pagi dari baronia ke bokor. masa perjalanan adalah sejam. bayangkan. dan saat yang aku tak leh nak lupa adalah masa boat transfer. dan hari paling dasyat yang pernah aku rasa adalah jumaat petang tu. boat bergoyang lebih 30 darjah dah... boleh cecah 45 darjah rasanya. aku sengsara nak berdiri tahan badan. masa nak lompat ke platfor tu, arus dan ombak kuat memukul pelantar. aku lompat. nasib baik aku selamat. sebab boat tu dah terhayun ke laut. satu pengalaman yang sukar tok aku lupakan.
di darat...
sampai di umah... aku jenguk hp.
"sy d kg"
tu je sms yang ada. aku reply... bagitau yang aku dah sampai. aku rindu kat dia.
aku call... ntah berapa kali tah. takder jawapan. maner tah dia...
malam aku sms lagi... takder reply. aku call lagi hp dia... masih tak berjawab. aku tinggalkan mesej dalam voice mail. takder jawapan. kenapa?
aku nekad, aku call umah dia. dapat. pastu dengar suara cakap suruh call hp. aku try call, tapi cam ada masalah line. tak lama lepas tu... sms berbunyi...
"tunggu la lepas af"
aku sedih... tak ku sedar air mata keluar rupanya... aku reply... "ok. sorry kaco"
hakikatnya, aku tak minta banyak pun. at least dia sms balik ngan aku... jawab salam pun jadi ler... pastu cakap take ur rest ker... ape ker...
ni diam ajer... aku tak tahu kenapa... sampai aku call umah dia baru dia sms kat aku cakap tunggu lepas af tu... hati sapa tak tersinggung. sedih. segalanya ada. tak pernah aku rasa sebak cengini.
mungkin lama aku tak cerita dalam blog ni. aku pendam ajer perasaan aku. aku diamkan ajer... malas nak bising. bukan apa, masalah kecik je aku rasa sebelom ni.
sebelum ke laut aritu aku pun sedih gak. menyebabkan mood aku takder nak ke offshore. aku tak tahu kenapa. aku tengok dia berubah dari kes perpisahan akak dia tu. mula dari saat tu, macam emosi dia moody kat aku. kenapa tah... aku sendiri tak paham.
malam tadi... tetiba dia sms "sorry"
only one word je. aku dah kecik hati. sedih... aku tdo. mud aku... ermm... sendiri tau lah...
bangun pagi... perkara pertama... check hp. takder sms pun. aku tunggu lagi, maner tau dia akan sms wish selamat pagi ker... tak lama lepas tu baru ada. aku replay... pastu dia... sampai ke lepas zohor. lepas aku sms lagi tanya kenapa diam... dah lupa aku agaknya... akhirnya dapat reply yang entahlah... bagi aku macam tak menjawab soalan aje.
kenapa...
kenapa???
siapa aku ni... kenapa aku diperlakukan begini? apa salah aku... hari tu aku bertanya apa salah ku... takder gak di cakap... adakah pasal konvo tu? pasal aku tak nak drive ke? tapi at least aku nak datang gak. even naik bas. aku nak tengok dia convo... tapi... kenapa?
kalau itu sebab dia.... ok... aku akan drive ke sintok tu. walaupun aku letih... demi dia... pergi jumaat, konvo sabtu, balik ahad... kalau itu yang dia mahu...
hakikatnya... sampai bila aku aku jadi cam ni?

No comments:
Post a Comment