Friday, December 30, 2005

cerita-cerita 2

adeh... sambung balik cerita-cerita aku yang lepas. ermmm...

bukan apa aku ceritakan yang mereka akan datang awal, sebab mereka tidak biasa ngan jalan-jalan di semenanjung ni. jadi bila aku muncul semula dalam company ni, mereka dah tak risau sebab ada orang yang tahu jalan-jalan di semenanjung ni.

Isnin petang sampai senai. penerbangan tak lancar sangat sebab cuaca kurang elok. gegar pesawat. tapi, masa landing cantik... tak macam menghempas kapal terbang. aku tahu, isnin akan ada pasar malam di kampung melayu. jadi sampai ajer, terus sewa kereta dan drive ke kampung melayu tok beli makanan kat pasar malam tu. actually masa nak amik kereta tu aku teringin nak jumpa kawan blogger aku, tapi aku tak tahu nama betul dia. takkan aku nak cari dan tanya orang kat senai tu ngan nick name dia. sure orang pening kepala fikir saper makhluk ni.

kerja aku mula hari selasa. lapor diri pagi, dan seperti biasa, mereka dah kenal aku jadi tak susah sangat tok aku sesuaikan diri. itu-ini dah abis satu hari. begitulah hari hari yang berikutnye. kerja-kerja-kerja... penat tol aku.


argh... antara gambar yang aku amik. tu pun dah petang dah. tak banyak maner pon. sebab module banyak nak kena tengok. 5 module kesemuanya. letih turun naik module ajer kerja aku. sapa yang tak tahu module tu aper... kena tanya orang yang involve dalam oil and gas. sebab aku tak reti sangat nak explain.

hampir tiap malam tu jugak ler, kitaorang semua pergi setiap pasar malam, lepas malam di kampung melayu, pergi johor jaya, lepas tu, taman pasir putih... dan akhirnya balik ke kl hari sabtu malam.

kenapa ke kl plak?
sebabnye semua tiket/flight ke miri dari johor dah penuh atau fully book. terpaksalah bermalam di kl. geng aku memang akan bermalam di hotel sana... aku seperti biasa... akan tanya kawan-kawan aku yang berada di kl tu. kalau dorang nak aku tidor hotel maka tok sah amik aku... tapi, kawan aku memang baik dan prihatin. memalam pun sanggup amik aku di klia. awal plak tu sampai. sebelum flight aku sampai kl lagi. thanks kawan @ abang long aku.

jadi bila dah lepak kl, aku habiskan cuti krismas di kl ler. aku nak jumpa satu awek yang selama ni aku hanya kenal melalui phone atau tenet ajer. sekarang ni bertemu muka. bersua dan berborak. ahaks. ahad adalah hari penuh debaran aku jumpa dia. akhirnya... aku cakap kat dia...
"saya sayang awak lebih dari sayang saya sebelum kita jumpa sebelum ni"

itu lah dia... "yang special" aku.

aku balik ngan penuh gumbira. hepy. dan isnin pagi-pagi buta flight balik ke miri. sebab pagi buta, tiket pun abis. ramai orang guna flight sekarang ni.

pagi tu dah lah lewat aku ke klia. 5 minit lagi masa yang aku ada tok check in sebelum pintu tutup. aku sampai klia ajer... tgk 'q' panjang. adeh... apa nak wat ni... call member airasia aku tanya cam ner nak check in. dia advice aku ke kounter lain tok cepat. nasib baik lepas. abis check in, bergegas plak masuk sebab pintu/gate aku a10. jauh tu... nun di hujung sana. terpaksa jalan laju-laju sket. sampai ajer gate... orang dah 'q' nak masuk pesawat. huh... semua on time yang ngam-ngan ajer. kalau lambat sket abis aku.

di miri, nasib baik kawan aku dah tunggu dan aku balik umah. relex. dan petang jalan krismas.

ermmm... untuk yang special, aku tak puas sebenarnya jumpa dia. kejap ajer. rasa tak nak balik miri ajer. dan masa aku sampai miri tu... sampai selasa... dan cam sampai hari ni aku rasa aku masih semenanjung sick. adeh... apa lah nak jadi ngan aku ni...

No comments: