Erra, Yusry tidak tinggal sebumbung
Masih dalam ikatan suami isteri walaupun hidup berasingan
KUALA LUMPUR: Pasangan artis popular, Erra Fazira dan Yusry KRU yang sebelum ini dikhabarkan hangat dilanda krisis rumah tangga, akhirnya tampil membuat pengakuan bersama mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 31, dan Yusry Abdul Halim, 32, bagaimanapun menegaskan mereka masih dalam ikatan suami isteri walaupun tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pertemuan khas dengan media di sini semalam, pasangan itu meminta peminat dan media massa tidak lagi membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan kerana mereka sedang berusaha mempertahankan perkahwinan berusia lebih dua tahun itu.
Pasangan itu juga menafikan pergolakan yang dilalui itu membabitkan orang ketiga seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, sebaliknya ia berpunca daripada masalah terlalu peribadi antara mereka berdua.
Erra yang mengenakan blaus lengan panjang merah jambu dipadankan jeans, awalnya membuka kaca mata hitam di atas permintaan wartawan tetapi mengenakannya semula dan kelihatan agak sebak ketika menyentuh isu itu.
“Hari ini tiada apa yang mahu kami dedahkan kecuali kebenaran. Memang benar kami tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu. Tetapi cukuplah kalau kami katakan ia hanya disebabkan masalah dalaman.
“Sebelum ini kami tidak berniat untuk memutar belit cerita kepada wartawan. Namun apabila kisah rumah tangga diperkatakan, pelbagai macam cerita kurang enak timbul.
“Jadi lebih baik kami jernihkan keadaan menerusi pengakuan terbuka ini. Percayalah, ia tiada kaitan dengan pihak ketiga. Cuma, masalah rumah tangga biarlah menjadi rahsia kami berdua,” katanya.
Erra juga mengaku beliau dan Yusry terpaksa mendapatkan khidmat pakar kaunseling bagi menyelamatkan rumahtangga mereka.
Majlis minum petang bersama Erra dan Yusry itu diadakah khas di sebuah restoran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bagi menjawab desas desus keretakan rumahtangga pasangan itu.
Isu keretakan perkahwinan itu dikatakan bermula apabila Yusry tinggal di rumah baru mereka berhampiran pejabat KRU Records di Keramat, manakala Erra menginap di kediaman sendiri di Damansara Kim, Petaling Jaya.
Pasangan itu, yang bertunang pada 3 Mac 2003, berkahwin pada 15 Jun 2003 dengan majlis persandingan penuh gemilang di Dewan Merdeka, PWTC hingga turut dijadikan rakaman dalam filem Kuliah Cinta.
Malah, majlis persandingan mereka dianggap perkahwinan paling glamor sepanjang 2003 kerana mendapat liputan besar-besaran sehingga digelar ‘Wedding of the Year’.
Sementara itu, Yusry yang duduk di sebelah Erra menegaskan, masih wujud kasih sayang antara mereka, malah langkah untuk tinggal berasingan buat sementara tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya selepas mengambil kira pelbagai perkara.
“Kami cuba memperbaiki keadaan. Mungkin ramai beranggapan duduk berasingan bukan jalan terbaik. Namun jika hari-hari bertelagah pun tidak elok. Apabila berjauhan, kami sering menghubungi satu sama lain dan berbincang mencari jalan penyelesaian.
“Saya masih sayangkan Erra. Kalau tak sayang... tentu kami tidak sampai di sini (bertemu media). Saya sendiri rasa bersalah kerana sebelum ini tidak mahu memberi kerjasama kepada media.
“Kini, saya mahu peminat tahu kami cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankan ikatan ini. Saya masih mengambil berat terhadanya dan dia juga mengambil berat keadaan saya. Tapi kami sendiri tidak tahu jangka masa ini sampai bila.
“Hari ini, saya dan Erra berada di sini untuk buat penjelasan. Harapan saya selepas ini tiada lagi pertanyaan susulan atau spekulasi. Kami perlukan masa. Apabila banyak pertambahan cerita, ia menambah masalah sedia ada,” kata Yusry.
Sebelum pertemuan media selama setengah jam itu, abang sulung Yusry, Norman Abdul Halim meminta kerjasama media tidak merakamkan gambar pasangan itu kecuali beberapa minit pertama temubual.

kisah antara yusri dan erra ini boleh kita jadikan sempadan kepada pasangan kekasih yang merasakan hubungan mereka semacam renggang. janganlah mereka memberi alasan yang masih berkasih ni ajer yang bermasalah bila dah kawin tak der masalah. dan itulah hakikat kehidupan bahawa orang yang dah berkahwin itu kekadang tidak sentiasanya bahagia. kerana kekadang ada saja pergolakan dalam hidup. itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. tapi, jika kita pandai mengawal dan cuba memperbaiki... insyaALLAH segalanya akan selesai. UJIAN ILAHI...
"life is gamble"
satu kata-kata yang aku pegang. dan kini aku memperjudikan kehidupan aku untuk masa depan aku. aku harap aku berani untuk memperjudikan diri ini demi mengecapi kebahagian di masa hadapan. dan aku harap perjudiaan aku mengena atau menjadi. kerana perjudian aku ini aku rasa cukup besar kerana melibatkan banyak hati dan perasaan. [errr... ye ke?] tak per... itu lah dunia... segalanya kita tidak tahu apa yang akan berlaku.
No comments:
Post a Comment