Actually dalam kesuyian malam ni... aku nak catatkan apa yang aku plan nak buat yakni, tulis pasal perjalanan aku ke kuching minggu lepas.
Kitaorang berangkat dari miri jam 6.00 oagi. Walaupun pada mulanya plan nak gerak 5.30, tapi ada beberapa perkara nak kena settle lagi kat umah. Almaklum ler... semua gerak jadi rumah akan jadi kosong ler.
Perjalanan dalam pukul 6.00 pagi memang masih gelap. Aku drive guna coastal road ke Bintulu dulu. Seperti biasa, kalau aku drive memang agak laju jugak ler. Aku maintain kelajuan kereta aku dalam 110km/j hingga 140km/j. Ermmm... bagi orang di sini, kelajuan ini dah di kira laju kerana bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan keadaan jalan yang kecik. Alah, jalan biasa ajer, bukan highway. Dalam perjalanan itu juga, aku terfikirkan adakah jalan itu dah ok ke tak. Ini kerana terdapat sedikit kerosakan pada jalan Miri-Bintulu itu yakni selepas Suai. Kira-kira satu jam perjalanan dari Bandaraya Miri. Aku beranikan diri untuk terus saja tanpa melencong melalui Batu Niah, sepertimana orang ramai.
Alhamdulillah, sampai ajer area tu, aku leh lepas. Actually jalan yang rosak tu tak der ler panjang sangat. Lebih kurang dalam 20 meter cam tu ajer. Menurut cerita, jalan tu memang dah di turap elok. Tapi, selalu runtuh. Kawasan tidak tinggi cuma tanah yang agak becak di kawasan itu menyebabkan tanah menjadi susur ke tempat lain. Yang hairannya hanya kawasan itu saja. Dan menurut orang ramai jugak, tempat tu atau jalan tu dah banyak kali repair. Siap letak batu atau apa yang patut, namun masih susur gak tanah tu. Aku pun tak pasti kenapa.
Perjalanan diteruskan dan aku sampai dalam kul 7.50 pagi. Aku singgah jap di Petronas di persimpangan Sibu [kemena]. Relex, sejukkan enjin dan lap skit kereta. Hehehehee... tgk ler keadaan kerata aku... kotor semacam ajer. Sebab sepanjang jalan, terdapat hujan sket dan ada beberapa bahagian jalan yang berdebu. Itu yang menyebabkan keadaan kereta aku jadi cengini.
Agak lama gak rest situ. Aku plan nak kejap ajer. Tapi, akhirnya 8.20 baru aku gerak. Ahhh... aku rasa cam buang masa lama plak. Sebab nanti, pak usu aku pasti dah sampai ke tempat yang dijanjikan tok kita orang jumpa.
Sebenarnya untuk perjalanan ini, kami dah berjanji ngan pak usu, yang akan berjumpa di satu tempat yang dinamakan Selangau. Tempat tu kira-kira di tengah negeri Sarawak kot. Tapi masih tak ler betul-betul tengah. Pak Usu aku dari kampung, Mukah. Bagi mereka, di Mukah, perjalanan dari rumah ke pekan Selangau tu hanya amik masa 1 jam setengah aje. Jadi mereka leh gerak lewat berbanding aku dari Miri ni.
Diawalnya, kami merancang tok konvoi ke Kuching. Antara alasan adalah kerana aku tidak pasti sangat jalan nak ke Kuching dan ini adalah pertama kali aku drive dan pergi ke Kuching. First time in my life... ahaks... nama ajer orang Sarawak, tapi tak abis satu Sarawak di jelajah.
Perjalanan dari Bintulu tadi aku teruskan. Walaupun keadaan permukaan jalan yang agak kurang elok, yak ni terdapat beberapa lubang, tapi aku masih memecut kereta aku untuk memastikan aku leh sampai seawal mungkin.
Lebih kurang jam 9.45 pagi aku sampai di Pekan Selangau. Jarak pada panel meter aku lebih kurang 334 km. Jarak yang aku set dari Miri. Kalau di Bintulu tadi hanya 196 km saja. Ini bermakna antara Bintulu dan Selangau jarak lebih kurang 138 km. Di sebabkan jalan yang kurang elok, lebih satu jam gak perjalanan aku itu berbanding dengan Miri Bintulu. Tapi tak per semua selamat. Pak usu aku dah sampai Pekan Selangau dalam kol 9.00 pagi. Awal tol diaorang. Ye lah... kul 7.00 dari Mukah. Jarak kurang dari 100km dan diaorang mengikut Pak Usu aku drive pun slow-slow. Ahaks. Singgah sekejap dan berehat di situ. Aku seperti biasa memang tak makan. Hanya minum. Bukan apa, aku takut kalau makan aku akan tidor. Ahaks. Tu yang bahaya tu. Sebelum memulakan perjalanan semula, aku ke petrol pump yang ada untuk isi minyak. Ermmm... harga minyak di sini berbeza skit dari Miri. RM 1.63 per Liter jika dibandingkan dengan Miri yang hanya RM 1.61 per liter. Aku pump minyak sampai penuh lebih kurang RM49.00
Perjalanan di sambung semula dan kali ini perjalanan secara konvoi dengan Pak Usu aku. Kitaorang gerak lebih kurang dalam kol 10.20 pagi. Ermmm... lebih ? jam jugak ler rehat situ. Di awalnya pergerakan agak pelahan. Pak Usu aku memang jarang drive laju. Lagipun kereta yang dipandunya hanya sebuah Perodua Kancil. Dan dia memang jenis yang drive tak laju cam aku. dalam average 90 km/j ajer.
Selangau adalah salah satu daerah pedalaman di bawah jajah takhluk majlis daerah Sibu. Untuk pengetahuan, Sarawak mempunyai 11 bahagian majlis daerah. Dan yang terkini terdapat 2 bandaraya di Sarawak ini. Pertama, semestinya Kuching – Ibu negeri Sarawak. Dan yang kedua, Miri yang baru dinaik taraf jadi Bandaraya pada 20 May 2005. Jika di ikutkan, setiap daerah ini di panggil bahagian dan bahagian-bahagian adalah;
- Kuching
- Samarahan
- Sri Aman
- Betong
- Sarikei
- Sibu
- Mukah
- Kapit
- Bintulu
- Miri
- Limbang
Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Sibu. Di sibu, perjalanan akan melalui sebatang sungai dan kami melalui pangkalan Feri Durin.
Naik Feri ajer kena charge RM 1.00. kira ok lah tu, murah ajer. Di sini bukan tak der jambatan, tapi jambatan yang menghubungkan tu tak siap lagi. tak pasti bila agaknya akan siap.
Selain dari Feri Durin ini, terdapat satu lagi jalan yaitu Feri Lanang. Lanang pula dah hampir dengan bandar Sibu. Berbanding Durin ni yang agak jauh. tapi, kelebihannya tidak ramai orang dah tidak perlu melalui kesibukan bandar Sibu.
Selepas Durin, perjalanan akan sampai ke Sarikei. Tapi ia melalui persimpangan Kapit dan Kanowit. Kami tidak berhenti rehat pada mana-mana kawasan tersebut hingga lah ke Taman Rimba Sebangkoi.
1 comment:
Assalamualaikum. Boleh link sambungan cerita?
Post a Comment