Saturday, December 31, 2005

SELAMAT TAHUN BARU 2006

Demi masa, sesungguhnya manusia sering kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

Al-ANSR 1-3.



Sesunggunya masa terlalu cepat berlalu. Pejam celik, tirai 2005 dah berlabuh. Tidak terasa akan lamanya untuk melalui 365 hari atau 8760 jam atau 525,600 minit atau 31,536,000 saat. Semuanya sama.... satu tahun.

Bagi aku 2005 banyak meninggalkan satu kenangan abadi yang tidak mungkin hilang dari ingatan aku. yang aku rasakan tidak mungkin boleh aku lupakan begitu sahaja. Tahun ini, umpama satu tahun kedukaan buat aku. satu tahun yang penuh cabaran buat aku. malah aku rasakan yang azam aku pada 1 Januari 2005 dulu, umpama belum tercapai lagi. Kini, atau esok muncul lagi 1 Januari cuma bertambah satu lagi tahun menjadi 2006. maka semakim bertambah bebanan azam aku. untuk aku mencapai azam tahun lepas dan untuk aku menyimpan azam pada tahun ini. ah... aku yakin tidak semua azam aku pada tahun lepas bisa aku kabulkan pada tahun ini.

Menyorot kembali azam-azam aku yang lepas, aku memikirkan beberapa kemungkinan yang mungkin berlaku pada tahun ini. azam 2005 yang paling besar yang aku akan lakukan adalah mendirikan rumahtangga atau membina masjid. ya, setelah mengikat tali pertunangan dengan arwah nadira, pada jun 2004, kami sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada jun/julai 2005. namun, kuasa ILAHI yang membataskan segalanya. perkahwinan kami menjadi anganan semata-mata apabila ALLAH menjemput dia pada 6 julai 2005. selain itu, pemergian dia, telah membuatkan hidup aku sedikit kacau bilau malah aku pernah mengalami situasi dimana aku umpama tiada lagi.

Di situ, nyata bagiku bahawa peranan seorang yang bergelar wanita itu penting bagi diriku. Disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita dibelakangnya dan disebalik kejatuhan lelaki itu juga ada wanita dibelakangnya. Dan aku dapat merasakan yang kejadian itu yang menimpa aku. aku dapat rasakan disebalik kejayaan aku menamatkan pengajian dulu, ada dia yang pemberi semangat dan setelah pemergian dia, hidup aku porak peranda, malah aku dapat merasakan yang hidup aku kacau bilau, atau boleh di istilahkan sebagai jiwa kacau.

2005 juga menyaksikan, kewangan aku pada awalnya agak terkawal dan aku mampu untuk mengumpul dana untuk aku jadikan hantaran, namun selepas pemergiaannya... semua dana itu aku belanja kan... arghh... macam bodoh ajer aku. mungkin kerana emosi aku terganggu. Selain itu, aku juga telah berhenti kerja dari syarikat aku petro-excel sdn bhd itu dan berpindah ke sarawak. Aku bekerja di justrite construction sdn bhd di bintulu. Dan setelah beberapa bulan disitu, aku merasakan yang keputusan aku berhenti dahulu adalah seperti satu kesilapan buatku, kerana mungkin diganggu pengaruh emosi, dan diganggu oleh pujukan syarikat itu. ya... satu kejadian yang unik buat aku. selepas pemergian arwah tunang aku, wakil syarikat itu berkali-kali menghubungi aku dan mempengaruhi aku untuk menyertai mereka sebagai branch manager di bintulu. Tapi selepas surat tawaran dikeluarkan, jawatan yang aku dapat hanyalah engineer projek. Ohhh... memang tak kusangka... aku terkena. Aku dikaburi oleh nama manager dan aku di ganggu kerana emosi aku yang kurang stabil pada ketika itu.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berhenti semula dari syarikat itu dan aku dilamar oleh syarikat lamaku. Maka aku kembali menabur bakti disyarikat itu.

Selain itu, pada januari 2005, aku telah menukarkan kancil 850 aku kepada iswara aeroback sport edition. Namun, kenangan aku bersama kancil 850 itu memang banyak dan adakalanya masih tidak dapat dilupakan. Selain pertukaran kereta, pengalaman dan pengetahuan aku dalam bidang pekerjaan aku semakin bertambah.

Seingat aku, 2005 juga aku banyak menghabiskan masa aku di johor bahru, di rumah arwah tunang aku dan aku berkorban masa dan tenaga aku untuk membantu menjaga dia ketika dia sakit. Sedih bila aku kenangkan saat dan detik itu. dan untuk pertama kalinya, aku menyambut raya haji bersama keluarga arwah tunang aku dan kami bersama di kampungnya.

Dalam pada itu, tatkala kereta aku dah sampai ke sarawak, untuk pertama kalinya aku memandu kereta itu untuk beraya di kampung aku di mukah. Dan untuk pertama kalinya juga dalam hidup aku selama 25 tahun ini aku jejakkan kaki hampir ke keseluruhan borneo. Kereta iswara aeroback itulah yang jadi saksi, aku memandu dari miri hingga ke kuching yang memakan masa hampir 14 jam. Bayangkan bertolak dari rumah di miri jam 6.00 pagi... sampai di kampung lintang kuching jam 8.00 malam. Satu perjalanan merentasi borneo.

2005 menceritakan kisah yang sedih buat aku. namun, tidak semua ada kesedihan tatkala dalam bulan september, tika aku bekerja di bintulu, aku berkenalan dengan seorang gadis dari semenanjung melalui phone. Dan gadis itu yang banyak memberi semangat untuk aku meneruskan hidup setelah aku membawa diri jauh hingga ke bintulu setelah di tinggalkan oleh arwah tunang aku. dan gadis itu yang memberi motivasi, perangsang, malah telah membuatkan hati aku terbuka untuk menerima cinta dia, setelah dia memberikan hatinya untuk aku terokai. Terima kasih untuk gadis itu yang kini aku letakkan wajahnya pada ruangan 'yang special' di sebelah ini.

Maka, 2005 telah memberi suka duka buat aku. duka tatkala orang tersayang pergi dan suka tatkala ada lagi insan yang mampu memberi tawa untuk ku.

Ini antara kisah yang berlaku pada diriku sempena 2005. dan untuk orang lain atau negara atau dunia umumnya, aku rasa pasti telah ramai yang mengulasnya. cuma, alhamdulillah tahun 2005 ini tidak ada bencana besar yang melanda malaysia.

Dunia, 2005, telah menjadi saksi untuk taufan katrina dan gempa bumi di pakistan yang mengorbankan ramai nyawa. Beberapa lagi kisah suka duka 2005 yang boleh dijadikan ikhtibar.

Malaysia, 2005, banjir yang agak besar di utara semenanjung yang jarang-jarang berlaku telah melanda yang menyebabkan banyak kerugian harta benda dan beberapa institusi pendidikan di utara terpaksa di tangguhkan. Seisi pengajian IPT di utara juga di tangguhkan. Dalam dunia seni, kita telah kehilangan beberapa artis veteran yang menjadi lagenda buat kita. Antaranya noraini hashim, datin sa'adiah, ismail din dan beberapa orang lagi. Mereka pergi untuk menyambut panggilan PENCIPTANYA.

Malah, kejadian yang membuatkan aku harus dan perlu tabah adalah pemergian wanita pertama malaysia, isteri kepada y. a. b dato seri abdullah ahmad badawi, datin seri endon mahmud yang telah kembali ke rahmatullah setelah bertarung dengan kanser yang dideritanya beberapa tahun yang lalu. Kenapa aku cakap yang aku harus tabah, kerana aku lihat dato seri pak lah terlalu tenang menghadapi ujian ALLAH dengan pemergian isteri tercinta sedangkan aku hanya pemergian tunang tersayang. Oleh itu, aku harus menjadi setabah dan sekuat beliau untuk menghadapi masa depan aku.

Esok 2006. satu tahun yang baru... akan aku cuba kabulkan beberapa azam aku yang lama. Cuma, yang aku dapat rasakan, perkahwinan mungkin belum lagi... tapi aku tidak boleh berkata tidak kerana jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tuhan bijak mengaturkan segalanya. selain itu, azam ku tahun lepas untuk memulakan perniagaan sendiri akan aku cuba mulakan tahun ini. insyaALLAH, tapi mungkin kecil-kecilan dan part time. Ahaks.

Akhirulkalam... selamat menyambut tahun baru 2006m untuk semua rakyat di dunia ini, malaysia amnya dan kawan-kawan yang mengenali aku khususnya. semoga 2006 ini akan memberi sinar pada you all semua.

HAPPY NEW YEAR 2006

No comments: