Perjalanan Rabu, aku bertolak lebih kurang dalam jam 7.00 pagi dari rumah. Pagi tu, aku bangun lewat sikit sebab seperti kebiasaan malam-malam sebelumnya aku akan bergayut di pohon telephone untuk memadu asmara. Ahaks.
Sedang aku bersiap mandi dan sebagainya pagi tu, parent aku dah siap simpan semua barang-barang dalam kereta aku. memang parent aku, kalau pasal nak travel ni, diaorang akan cepat punya. Dan diaorang ler yang paling best sebab diaorang yang akan pastikan semua berjalan lancar dan tak tertinggal. Kalau harapkan aku sorang, sure banyak barang yang akan tertinggal atau apa. Setelah mempastikan semuanya ada termasuk adik beradik aku, maka perjalanan bermula jam 7.00.
Aku seperti biasa akan jadi pemandu sepenuh masa untuk perjalanan balik ke kampung. Aku drive menggunakan jalan coastal road yang baru dari miri ke bintulu. Jalan yang licin, membolehkan aku memandu agak laju berbanding dengan jalan lama yang aku biasa lalui dahulu. Tapi sayangnya, jalan baru ini masih punya masalah selepas batang suai. Dan ini yang menyebabkan perjalanan terganggu dan menyebabkan ramai pengguna akan melalui pekan niah untuk ke jalan lama dan meneruskan perjalanan hingga ke bintulu. Aku sampai ke bintulu lebih kurang dalam jam 9.00 pagi. Dalam 2 jam ajer aku drive dari rumah di miri hingga quarters aku di tanjung kidurong.
Sampai bintulu, jalan-jalan sekejap dan pergi ke park city dan kemudian terus ke town bintulu. Lepas segalanya selesai... aku memulakan perjalanan dari bintulu ke mukah. Perjalanan bermula jam 11.00 pagi. Dari bintulu. Lepas aku isi minyak, RM30.00 aku meneruskan perjalanan.
Rupa permukaan jalan yang tidak beberapa elok, membuatkan aku tidak dapat memecut kereta aku dengan pantas. Jika dari miri ke bintulu, aku kekadang boleh pecut hingga 140 km/j, tapi di jalan ini, pecutan maksima yang aku boleh buat dalam 110 km/j sahaja. Ini gara-gara permukaan jalan itu. lebih kurang sejam, kereta aku sampai di simpang masuk ke mukah. Kampung halaman yang bakal aku tujui.
Serosak-rosak jalan tadi, jalan dari simpang ke bandar mukah lagi teruk. Jalan bukit bukau, dipenuhi lubang dan segalanya menjadikan kereta aku semakin menjadi kereta kebal. Kereta kebal kerana jalan yang teruk terpaksa aku redah. Batu yang agak besar dan banyak.
Jika tidak silap aku, aku sampai di depan rumah di kampung jam 2.15 petang. satu pejalanan yang agak meletihkan buat aku dan aku terus mandi tok rehat.
kereta aku berehat setelah selamat sampai di kampung halaman. kotor ajer satu kereta.
Kampung
Tidak banyak yang perlu aku sediakan untuk raya tahun ini. Apa yang aku perlu sediakan hanyalah duit raya sahaja. Duit raya untuk cousin aku, anak buah, tak ramai, lagipun diaorang tidak beraya di kampung, jadi tiadalah untuk mereka. Memang nampak jelas yang apabila raya di kampung arwah tuk nenek aku, persediaan tidak banyak untuk aku sekeluarga nak buat. Semua dah sedia ada oleh makcik-makcik dan pakcik aku di kampung tu. biasanya kami datang nak tolong sket-sket ajer.
aku lihat lemang sedang dibakar. dan untuk kenangan aku, aku menolong sket ler apa yang patut dan dalam masa yang sama merakamkan kenangan aku bersama membakar lemang itu. ahaks. tapi, aku tak berapa reti sangat nak buat persedian untuk membakar lemang ni. ntahler tak belajar, jadi sebab tu aku tidak tahu cemana nak sediakan bahan-bahan nak membakar lemang. kalau takat tolong bakar, tu memang aku boleh ler.
Raya
malam menjelang hari raya, walaupun pada mulanya ramai yang tidak yakin yang esoknye raya, aku pergi masjid untuk solat isyak. tapi aku yakin, esok raya. bagi kami di sini, pengumuman hari raya memang lewat, dan waktu isyak adalah lebih awal berbanding semenanjung. selepas mendengar keputusan esok raya aje, aku masih berada di masjid untuk bersama bertakbir.
pagi raya, aku bangun dengan satu semangat baru. semangat kemenangan sempena ramadhan dan kesedihan meninggalkan ramadhan. kerna aku tahu, ramadhan kali ini, memang aku tidak banyak mempergunakannya dengan sehabis baik. selepas mandi dan bersarapan sedikit - sunat di pagi aidilfitri, aku bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan aidilfitri. aku pergi bersama keluarga aku ke masjid boulivard setia raja mukah. selesai solat, kami balik ke rumah dan seperti setiap tahun, maaf-bermaafan dan bersalaman bersama keluarga adalah menjadi satu kemestian. setelah selesai... bersalaman sesama ahli keluarga, aku dan keluarga menjamu selera.
satu yang unik untuk aku adalah makanan aku di pagi raya itu. makanan terhidang memang memenuhi ruang tamu. almaklum ler, keluarga besar... jadi memang panjang ler hidangan itu. dan di depan aku, memang aku hidangkan makanan kegemaran aku. aku tidak menghidangkan lemang, ketupat dan rendang di depan aku tapi umai, udang, sambal, sago, ulam, terubuk masin dan sebagainya yang tradisional. itulah makanan yang aku selalu rindui setiap masa, bila aku berada di semenanjung dulu. dan kini aku bedal abis...
lepas makan, kami bersiap untuk ke tanah perkuburan. kubur yang wajib adalah kubur atuk dan nenek aku.
selesai jer... baru balik rumah dan berehat.
hari raya kedua pula di penuhi dengan aktiviti dirumah sahaja. selepas pak anjang aku sampai, kami buat tahlil arwah sikit dan lepas tu hanya lepak di umah ajer ler.
Perjalanan pulang
balik ke miri hari sabtu. perjalanan dimulakan dari mukah/kampung jam 9 lebih. kelewatan kerana hari hujan dan aku memang sengajakan untuk balik lewat skit. jalan memang agak kurang elok selepas hujan. aku teruskan perjalanan sampai ke airport bintulu sebab nak berjumpa dengan pak ngah aku yang akan ke kampung hari tu, naik flight. lebih kurang kul 12 gak ler sampai. sebab banyak berhenti.
lepas tu meneruskan perjalanan ke bintulu. di bintulu aku lepak sekejap, mandi dan meneruskan perjalanan dalam kul 2 petang. satu pengalaman buat aku apabila, aku melalui jalan ladang kelapa sawit untuk merentas jalan yang di potong untuk maintenance. aku pakai jalan baru dari bintulu terus ke miri. di sepanjang jalan itu, memang tiada masalah hinggalah di kawasan yang aku maksudkan di awal tadi iaitu antara similajau dan suai.
aku sampai di miri lebih kurang jam 5 lebih dan singgah sebentar di rumah saudara aku yang tidak jauh dari rumah aku. waktu sebenar aku sampai di rumah dalam sekitar 6. petang dan terus rehat.
satu kenangan hari raya yang aku kongsikan bersama untuk kenangan di masa hadapan.