Aku terbaca tulisan kawan blogger [credit untuk mend] aku tentang Mengenali Lelaki Melalui Zodiak dan lepas aku membaca terutama yang berkaitan dengan zodiak aku, aku rasa tak semua yang tertulis itu betul. cuma sikit ajer yang betulnyer. meh kita analisis apa yang tertulis mengenai lelaki melalui zodiak...
Aries...
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin.
~romzi~ aku memang tak tinggi pun, tegap - aku rasa tak. kuat berkerja - aku sendiri tak sure, banyak bulu - biasa ajer... suka bergaul - yeah.. itu memang kerja aku... dan aku memang bersemangat dan punya cita-cita selain tuk jadi pemimpin.
Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah.
~romzi~ aku rasa ada gak betul lah... aku suka menjelajah...
Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.
~romzi~ ini, aku rasa tak kot. aku kalau buat sesuatu kerja selalu aku akan habiskan. selagi tak habis selagi tu aku tak puas hati.
Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.
~romzi~ aku rasa aku tidak memikirkan sangat lahiriah. dari segi keyakinan aku rasa, aku memang lebih dan aku selalu yakin. dan dalam pergaulan, aku tak pernah membedakan siapa aku berkawan, ok ke tak dari segi penampilan. janji hati mau baik. pasal hubungan dengan wanita, aku selalu yakin. andai aku nak aku akan usahakan. ahaks.
Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.
~romzi~ aku tidak panas baran. aku boleh kawal emosi baran aku. cuma kalau seseorang tu 'merajuk', itu yang buat aku tak senang duduk tu... ahaks.
Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.
~romzi~ memang aku akui cinta itu penting buat aku. dan aku akui aku tidak suka hidup keseorangan. tapi aku tidaklah sampai bangga jika ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya padaku. cuma aku menghargai orang itu kerana sanggup bersama aku.
Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
~romzi~ yang nie aku rasa memang tak. sebab setahu aku, walaupun dah lama berkenalan, perkara yang menyakitkan hati, curiga dan marah-marah memang tak ada dalam diri aku. malah aku sentiasa elak perkara itu. prinsip aku dalam berpasangan, bila aku dapat seseorang itu, aku takkan sia-siakan dia sampai dia tinggalkan aku. sebab tu, aku selalu setia pada sorang pasangan aje. ahaks.
so, itu serba sedikit komen aku tentang apa yang tertulis dalam bintang aries tentang diri aku. orang lain aku tak tahu.
No comments:
Post a Comment