Tak banyak issu yang aku nak highlight... sebab aku dah menganggur. Apalah sangat yang aku boleh buat pun. Menganggur dan lepak di umah. Aiseh... cengini rasanya jadi penganggur. Ahaks. Ini semua kerana aku tidak pernah menganggur lagi sebelum ni. Dan bukan niat aku nak berlagak atau apa, tapi mungkin ALLAH dah tuliskan itu ini untuk aku. atas usaha aku, ALLAH appove permohonan aku. agaknya lah aku dapt kerja dengan mudah dari dulu dan bila tak puas hati ajer aku leh pergi saja kemana aku nak. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH atas rezeki yang di limpahkanNya pada aku.
Memikirkan kuasa ALLAH, aku terkenangkan arwah tunang aku. Mungkin ALLAH ada alasan kenapa Dia pendekkan jodoh aku dengan dia dulu. Dan mungkin aku perasan atau tak tuhan dah menduga aku, dan ALLAH maha mengetahui jika aku bersama dia, mungkin ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku di masa hadapan. Dan apa yang aku katakan aku tidak perasan adalah, mungkin ALLAH cuba untuk memisahkan aku dengan dia yang mana sebelum ni kami sering bergaduh dan bermacam lagi dugaan. Namun, aku tetap setia dengan dia. kerana itu adalah sikap aku untuk setia kepada sesiapa sahaja yang menjadi pasangan aku.
Dan setelah pemergian dia, aku redha serta pasrah dan kini, ALLAH menggantikan seseorang yang lebih baik untuk aku. didatangkan pada aku seorang gadis yang banyak membantu aku untuk meneruskan hidup aku. gadis yang telah memberi satu harapan pada aku dan padaku dia terlalu baik untuk ku. Aku harap dia adalah pasangan hidup aku sehidup semati.
Arghhh.... merapu plak aku... tak pe. Ahaks. Lepas aku baca blog noush, aku jumpa satu posting dia pasal rahsia di sebalik tarikh lahir, yang mana dia pun amik dari blog afzan. Menurut catatan itu, maksud hari/tarikh aku dilahirkan;
”11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????”
Ahaks. Bila aku baca rasa tergelak pun ada. Kenapa? Sebabnye aku rasa aku ni jenis yang tak berdisiplin. Kalau appoinment selalu lambat. Kalau bekerja selalu tak seperti orang lain, yang bekerja macam nak mati rupanya. Aku jenis relex. Berdisiplin ke tu? Dan seingat aku lagi... aku lah orang yang paling banyak masalah disiplin masa sekolah dulu. Hingga cikgu dah kenal sangat ngan aku. di universiti pun aku rasa sama, sampai ‘pak guard’ selalu saman aku sebab pakaian salah ler, tak pakai id ler, rambut panjang ler. Tu blom lagi dalam class. Pakai slipar jepun ajer masuk kelas. Hehehehe... sah-sah... aku rasa benda ni salah.
Dan aku cuba check-check buah hati aku, apa pengertian hari dia lahir;
“16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.”
Errmmm aku tak sure betul ke dia moody. Tapi yang pasti dan sepasti pastinya tanpa talian hayat adalah aku tidak pernah boring dengan dia. malah aku cukup senang dengan dia. hepy, gumbira dan sebagainya. Ahaks. Macamana tu?
No comments:
Post a Comment