Aku copy artikel ni dari seorang member blog aku. aku tidak pasti keadaan dia sekarang ini cemana kerana dulu aku dengar cam ada masalah percintaan ajer dia.
Dia menulis;
dicintai itu lebih banyak tanggungjawab daripada menyintai. sedang menyintai sangat mudah untuk menjalani cinta kerna besar cintanya sendiri adalah satu kuasa yang memberi kekuatan dalam dirinya. cinta boleh mengubah dirinya. melihat kemuliaan dalam setiap kehinaan. berupaya menyempurnakan sesuatu yang dianggap sulit sebelumnya.
bagaimana pula boleh menjadi tanggungjawab yang dicintai, sedangkan cinta bukan paksaan. benarkah cinta itu pertemuan dua jiwa, sedangkan tiada terusik sukma oleh cinta yang diberi. fahamilah cinta, carilah kebenaran dalam setiap kemahuannya. kerna seorang pencinta tiada memerlukan yang lain selain menyintai untuk mendamaikan jiwanya. maka tiadalah cinta jika gayung tiada bersambut, hanya saja jika cinta abadi tidak terbalas bermakna kecintaannya tertutup ditabir keraguannya sendiri.
kerna itu seorang pencinta sukar sekali untuk menyatakan cintanya kerna tidak mahu kecintaannya dibebani tanggungjawab cinta. adalah lebih mudah menyinta dalam diam kerna diam itu damai. hanya bila seorang pencinta menyedari akan keperluan kecintaannya, maka tanggungjawab berbalik pada dirinya untuk menyatakan cintanya, kerna di saat itu dialah bukan hanya seorang pencinta malahan kecintaan pada dambaan hatinya.
jangan mengharap. lebih banyak harapan lebih mudah kita kecewa. sederhana cinta seorang pencinta hanya mengharap damai di kelopak bahagia kecintaan. walau dalam realiti yang sukar. bara kasihnya takkan pernah padam, kerna itulah yang menghangatkan hatinya. menyuntik bahagia dalam damainya, menusuk kekuatan dalam meneruskan kehidupannya.
sepikah hati sedangkan hati dipenuhi cinta. jangan dikocak danau damai oleh kemahuan yang tidak diperlukan. bukan raga jadi impian tapi kasih jadi idaman. tenang bergelora kerna kita memahukan lebih dari cintanya. bukankah hanya kasih sayangnya yang kita perlukan sentiasa bersama kita.
rindu itu melampaui angan dan keinginan kita. rindu itu letaknya dihati. sebagaimana berdetaknya hati bila mendengar namanya. sepertimana bergegarnya sukma ketika menghidu haruman tubuhnya. memakukan raga kita tatkala terlihat sinar matanya. dan rindu mendayu mencuit hati. nikmatilah rindu kerna itulah buah pada cinta yang kita semai. kenangkanlah saat bersama kerna itu saat paling bahagia dalam hidup kita. puaskan rindu dengan airmata jika perlu. tapi setelah itu kembalilah pada realiti, memahami bahawa dia bahagia kerna cinta kita ada padanya.
adalah tanggungjawab bagi seorang pencinta memahami apa yang diperlukan oleh kecintaannya. waima membuatnya benci kepada kita demi kebahagiaannya. jangan pernah memanipulasi cinta dengan cuba memuaskan kemahuan kita. berikanlah cinta dengan ikhlas supaya dia menerimanya dengan ikhlas. jangan menginginkan sesuatu yang tidak dia perlukan. jalanilah ranjau supaya dapat membahagiakannya.
memberi segalanya mmg keinginan seorang pencinta. cuma ada saatnya segalanya bukan yang diperlukannya. memanjakan kecintaan adalah kemahuan pencinta tapi lebih baik menyintainya dalam batas untuk kebaikan dan kebahagiaannya.
cinta itu mendamaikan hati. kerna itu kita tidak boleh menolak rasa cinta yang ada dalam diri kita. semakin kita tolak, semakin hati kita resah dan tak karuan. cinta itu fitrah manusia. Kita dilahirkan dengan cinta. kita diciptakan oleh cinta. maka hidupilah hidup dengan cinta.
benci itu tidak ada dalam kamus seorang pencinta. kerna benci itu sendiri tidak wujud. bila pencinta kecewa, dia bangun semula dengan cintanya. bukan berubah cinta atau membahagi cinta tapi semudah memberi cintanya.
bukanlah bermakna banyak cinta sedangkan cinta itu satu, tapi dalam satu itu ada banyak. seorang pencinta tak pernah berkurang kasih sayangnya. sentiasa memberi dan memberi, umpama menyemai benih yang subur yang terus tumbuh berakar umbi memencar kemana2.
bukanlah juga cinta tidak tetap pendirian sedangkan terlalu banyak cinta harus ditumpahkan. menahan cinta dalam diri umpama menahan cinta untuk diri sendiri. bukanlah mudah memberi cinta sepertimana menerimanya. tapi cinta tidak boleh dinafi kerna wujudnya bukan atas keinginan yang lain, selain mencari damai. maka sebarkanlah cinta dan damaikanlah hati.
Mungkin kita pernah terdengar... "sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri..."
dan aku rasa aku boleh tambah... "sedangkan suami isteri boleh bergaduh, inikan pula sepasang kekasih yang sedang bercinta..."
Kenapa aku bercerita tentang cinta ini, semuanya kerana hati dan perasaan. Aku tidak pasti, adakah ini dugaan untuk orang bercinta jarak jauh ini. Aku juga tidak pasti adakah cinta yang aku berikan ini dibalas sepenuhnya oleh dia. sesungguhnya memang ada orang yang mempertikaikan cinta aku pada dia kerana aku baru kehilangan orang yang dikasihi, dan ada orang yang masih tidak mempercayai mengapa begitu cepat aku dapat pengganti.
Hakikatnya aku dah jatuh hati. Jatuh cinta dan bibit kasih dan sayang telah berputik semula. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan aku itu. aku tidak mahu di permainkan dan tidak mahu ditinggalkan lagi tanpa ada alasan yang munasabah.
Aku tidak tahu kenapa kekadang aku takut. Takut akan di tinggalkan lagi. Dan aku tidak tahu apa akan jadi pada aku jika aku ditinggalkan lagi. Sebelum ini, kehidupan aku kucar kacir setelah ditinggalkan dan jika ia berlaku lagi, aku tidak dapat menjangka bagaimana kucar kacirnya kehidupan aku selepas itu. dan apa yang aku risau adalah aku menjadi pendendam cinta.
Aku tidak tahu... mengapa dunia ini selalu menduga sesuatu. Sesuatu tentang kehidupan. Saban hari kita melihat seorang gadis dipermainkan lelaki. Ahhh... lelaki ajer yang selalu dipersalahkan. Isu itu juga selalu di naikkan. Kenapa bila wanita dipermainkan lelaki ada saja yang kasihan. Berbanding jika lelaki di permainkan wanita. Kenapa?
Dan kenapa wanita yang setia itu tidak dipertemukan terus dengan lelaki yang setia? Kebanyakkan kita lihat... lelaki yang setia akan bertemu dengan wanita yang kurang setia dan begitu sebaliknya. Ini yang menjadikan kehidupan ini sungguh complicated. Arghhh... complecated. Tak per biarkan ia berlalu. Kerna aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

No comments:
Post a Comment