Monday, October 16, 2006

imegresen miri

aku sampai di miri malam tadi. dalam kol 9 lebih cam tu ler. ayah aku dah tunggu dah kat airport nak amik anak dia ni. hahahahaa.... tapi aku plak cam takder perasaan aper balik... tak macam zaman study dulu, aku xcited sungguh kalau balik miri.

pagi tadi aku bangun awal dan terus ke imegresen miri. hampir kol 8.00 aku dah sampai imegresen. sampai je, dah parking, belom lagi aku masuk pejabat tu, dah kena sambut oleh seorang pegawai imegresen. tanya nak buat passport ker? lepas tu minta document aper semua. dan dia komen, photo aku tak ok. suruh reprint lagi.

dan tak sempat pun aku masuk office tu, dia suruh aku reprint photo dan bila dah siap datang terus ke kaunter dia. balik dari print photo, aku ke imegresen semula. aku terus ke kaunter dia. tanpa ada banyak bersesak dan perlu amik nombor. lepas sampai kat kaunter tu, rupanya borang aku dah siap di isi. cuma untuk aku check ajer. dan dia suruh tengok, dan isi mana yang belom di isi. alah aku cuma nak isi status aku je dan sign. siap semua, turunkan cap jari dan scan jari aku.

lepas tu proses siap dan tunggu tok bayar. lepas bayar dah selesai. dalam resit tertulis,
"TARIKH KUTIPAN 17/10/2006 SELEPAS PUKUL 02:00 PETANG"

huh, kejap sungguh prosess buat passport dan yang aku respect... cepat, tepat dan effisyen. orang lain pun aku tengok, sampai tak sempat nak photostat lagi, sebab cepat.

ekceli ada gak yang amik nombor, tapi lepas amik nombor, tak lama lepas tu dah boleh prosess. takder ler nak tertunggu-tunggu sampai ke petang. macam di shah alam.

Tahniah imegresen Miri. effisyen.

No comments: