Tuesday, October 10, 2006

sambung cerita semalam...

ok... sambung balik kes di imegresen tu...

"ehh... kenapa i.c awak ni rosak?" akak tu mulakan topik lain.
"biasalah kak, saya selalu pakai i.c tu, bukan simpan dalam almari..." balasku.

"awak buat apa dengan i.c ni, sampai cam ni sekali... ni ntah boleh baca ke tak maklumat dalam chip ni" komel akak tu.
"boleh kak, minggu lepas saya kat kwsp, ok jer. boleh baca maklumat. kat klinik aritu pun boleh baca maklumat dalam ni. saya kerja salesman kak, jadi selalu ke kilang dan mana-mana. sampai sana, nak kena tinggalkan i.c kat pondok guard nak dapatkan pas pelawat. tu yang jadi cam ni" terang aku jelas-jelas kat dia.

"itu kwsp, sini lain"
"ai, takkan sini tak ok sistem dia... sedangkan kwsp tu ok ajer" aku balas balik.

akak tu, masukkan i.c aku dalam kad reader dia.
"nasib baik boleh baca" dia komen.

sejurus lepas tu;
"orang sarawak ni memang susah. kalau nak buat pasport, kena ada sijil lahir, lepas tu tak boleh siap cepat. dalam sebulan baru siap. tu pun kalau pengarah negeri awak izinkan awak buat pasport." akak tu sambung.

aku tercengang gak ler sekejap...
"kenapa dari awal tadi tak cakap, padahal dah jelas dalam borang ni, saya tulis alamat sarawak dan i.c saya alamat sarawak." aku cuba pertahan pendirian aku.

"awak tak tanya?" simple je akak tu jawab.
"saya dah tanya, lengkap tak permohonan saya kat abang bagi nombor tu, dia cakap lengkap"
"awak tak cakap awak orang sarawak" dia sambung lagi, cam tak puas hati...
aku jawab balik, "takkan dia tak reti membaca kot. tak der pun saya tipu maklumat dalam ni. semua jelas dan nyata ada tulis sarawak. hah, akak pun boleh perasan. tak kan abang tu tak perasan kot."
"lain kali tanya betol-betol, sabah sarawak memang menyusahkan sikit. sedangkan kami nak ke sana pun pakai pasport. ni kan pulak nak bagi awak buat pasport sini. kalau awak nak buat jugak, sertakan sekali salinan surat beranak 2 copy, i.c 2 copy. dan gambar 2 copy gak. nanti kami nak kena hantar ke sarawak dulu. bila pengarah di sarawak approve baru boleh proceed. biasa dalam sebulan ler." sambung akak tu lagi.

"apsal dari tadi tak cakap yang orang sarawak ni susah nak buat pasport?" aku saja tanya.
"awak tak tanya..." ringkas je dia jawab.
"lain kali bagitau kawan-kawan senegeri awak, kalau nak buat pasport tu, balik je negeri sendiri. tak payah sini. susah" sambung akak tu.

huh, aku pun amik keputusan tok amik balik semua dokumen aku tu dan balik. nasib baik bulan puasa. kalau tak, memang terlepas gak hangin aku. apalah pegawai kerajaan. tidak bersopan sungguh bercakap. aku tau ler aku ni budak lagi, tapi untuk apa kempen budi bahasa tu. kalau dia tak leh nak hormat orang, cam ner orang nak hormat dia.

aku terus blah ajer dari situ. next week aku balik miri. nak buat sana lah. semalam, aku call imegresen miri, tanya cam ner prosess nak buat dan berapa hari siap. mengikut dia, kalau takder masalah, boleh siap 2 hari bekerja. huh, lagi cepat dari shah alam. aku harap aku boleh buat next week. kalau tak, sayang woooooo....

kenapa sayang... nanti aku ceritakan...

No comments: