Monday, October 09, 2006

imegresen

satu lagi cerita tok aku share, pasal kejadian aku di pejabat imegresen minggu lepas. hari jumaat.

aku ke pejabat imegresen di kompleks pkns shah alam. mungkin agak lewat sikit, maka orang pun dah ramai berada di sana. masuk-masuk ajer aku ke pejabat tu, aku dah blur nak buat cemana, sebab tak banyak papan tanda yang beritahu apa. then , aku toleh sana sini, nampak ler satu kaunter ala-ala kaunter pertanyaan. tapi kat kaunter tu hanya ada security guard. baru je nak tanya nga security tu camner prosess, tetiba security tu cakap-cakap sorang. rupanya dia pakai telephone bluetooth. huh, canggih gak guard sekarang ni. lepas tu aku tanya lah dia. dia suruh aku q kat satu kaunter tu tok dapatkan angka giliran.

dalam masa yang sama gak, ada satu mamat, aku rasa dia memang pekerja imegresen tu ler yang sepatutnya duduk kat kaunter pertanyaan tu. aku tanya dia, adakah dokumen dan borang aku lengkap, bila dia tengok, aku kurang salinan kad pengenalan. so, aku g photostat kat situ gak. huh, memang wat untung ler pakcik photostat tu. ic aku 2 copy seringgit. tapi takper.

dah siap, dia check maklumat dalam borang aku tu, dia cakap ok. lengkap. aku apa lagi baris ajer ler tok dapatkan nombor giliran tu. dah sampai turn aku, aku tanya lagi kat kaunter tu. ini untuk kepastian ler. lepas dia check semua dokumen aku, dia cakap lengkap dan bagi nombor kat aku. selalunya dia tak kan bagi nombor kalau permohonan tidak lengkap.

mungkin sebab aku lewat sampai pagi tu, maka nombor tok sebelah pagi dah takder. yang ada hanya nombor untuk sebelah petang. aku tak kisah ler. aku datang balik ler petang tu, tapi nombor aku kutip dulu.

bila tengok aku kena giliran nombor petang, aku gerak jer ke kl, tok hantar dokumen dan teruskan kerja aku. aku buat kerja memang tepat-tepat, dan masa tok aku sampai masjid shah alam pun tepat-tepat tok sembahyang jumaat. lepas sembahyang jumaat, aku terus ke pejabat imegresen tu balik. agak lama gak tunggu. aku tak kisah ler...

bila sampai turn aku, tetiba; akak yang jaga kaunter tu plak pergi jalan-jalan kat tempat lain jap. hantar dokumen dia. dalam hati aku cakap, kalau dah nak hantar, tak payah panggil nombor dulu. hal tu, aku tak kisah lagi. almaklum ler bulan puasa. kena sabar.

tak lama lepas tu, baru dia layan aku;

"assalamualaikum kak"

akak tu diam ajer... nak cakap bukan muslim, pakai tudung. nak cakap aku salah cakap, terpanggil dia akak, tu kira baik lagi dari aku panggil dia makcik, walaupun muka dia layak di panggil makcik.

"alamak, awak orang sarawak yea?" tetiba dia tanya.
"yea, orang sarawak. kenapa?"
"ada bawa sijil lahir?" tanya dia lagi.
"takder, tadi masa amik nombor orang tu tak bagitau pun pasal sijil lahir"
"awak tak tanya..." dia komen lagi.
"saya dah tanya... lengkap tak dokumen saya, dia cakap lengkap. kalau tak lengkap cam ner dia boleh beri nombor giliran ni" balas aku balik.
akak tu diam ajer. aku tengok cam saje jer nak cari salah aku lagi.

"mak ayah orang sarawak jugak ker?" dia tanya lagi.
"yea, semua orang sarawak. kenapa? aku tanya lagi kenapa. sebab rasanya soalan kenapa dia awal tadi macam belom berjawab lagi.

...bersambung.

No comments: