Wednesday, December 31, 2008

Percutian Family

Di Ladang Cemeron Bharat.

Pandangan dari Puncak Arabella. Dari rumah penginapan.

The giant Strawberry... sayangnya strawberry semua dah habis dipetik. Dah takder dah tinggal untuk kami. Yang ada, hanyalah strawberry ni.

Wajah birthday boy. Di Boh plantation.

Tuesday, December 16, 2008

Happy Birthday - My wife

First of all, agak lambat sikit nak publish benda ni... sebab masalah teknikal sket. Huh, akhirnya berjaya jugak dedikasi aku kat wife aku kali ni...

Selamat hari jadi sayangku... semoga bertambah rezeki dan dipanjangkan usia... agar kita dapat mengharungi kehidupan bersama, selamanya...



Salam sayang dari ur hubby...

Friday, December 12, 2008

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati. Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging. Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah BP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Oleh: edika_isk
http://respekss.blogspot.com

Sunday, November 23, 2008

Oversea

Beberapa hari lagi, aku mungkin akan ke oversea. Tak tahu, adakah ini trip oversea aku yang terakhir dalam company ni? Mungkin lepas ni takder lagi? Tengok ler cemana nanti.

Aku tahu, mungkin tak ramai yang baca blog aku ni, tapi aku nak jugak carik sape-sape yang ada kat UK tu, supaya buzz aku. Mulanya aku plan nak pergi ngan wife aku, tapi memandangkan harga tiket sekarang ni, yang agak mahal, maka terbantut lah sikit niat aku nak bawak dia... (sorry sayang... tak dapat nak bawak - maybe next time) Aku try usha-usha aritu, Emirates pun dah mahal, Brunei Airlines pun dah mahal. Cuma yang masih tinggal MAS. Nasib baik Air Asia belom ada flight ke Europe lagi. Kalau tak, mungkin Air Asia jadi saingan harga nanti.

Nanti ler aku hapdet lagi yerk. Tengah sibuk sikit ni, banyak documentation dan paperwork nak buat.

Tuesday, November 18, 2008

Buhsan

Aku dah buhsan keje kat sini. Hampir setiap pagi dan setiap malam sebelom tidor, aku selalu membayangkan untuk kerja di tempat lain. Kerja di suatu tempat yang mungkin bagi aku agak menyeronokkan. Kerja yang ada kaitan dengan apa yang aku minat. Tapi, apa minat aku? huh, satu persoalan plak. Kerana minat aku berubah mengikut keadaan.

Kalau malam tadi, masa aku tengok cerita kat Astro Ria, Awan Dania, aku teringat zaman-zaman aku study dulu. Yang menarik bagi aku pasal episod malam tadi adalah, impian. Episod itu menceritakan tentang impian Dania, Am (technichian simulator), Impian-impian para FA dan impian mamat yang jual ubat tapi disuruh mak dia jari FA. Mamat tu, (aku lupa nama watak dia), bila sebut je nama dia sebagai pelajar yang gagal dan terpaksa meninggalkan kursus FA tu, dia happy sesangat. Berjalan keluar sambil tersenyum menuju ke kereta untuk balik. Bila Dania tanya, kenapa suka bila gagal? Mamat tu jawab, dia sekarang dah bebas. Bebas untuk memilih kerjaya dia, dan bukannya yang mak dia nak.

Bila fikirkan aku, impian aku dari dulu memang nak jadi pilot. Tapi disebabkan ketinggian aku yang tak mencukupi tu, maka aku terpaksa padamkan impian itu. (Malam tadi, bila aku ngan wife aku tengok technichian tu teringin sangat nak jadi pilot, wife aku perli aku sebab tak cukup tinggi). Selain jadi pilot, aku nak jadi businessman. Dan seingat aku, hanya 2 impian itu sahaja yang bermain di kepala aku dari dulu sampai sekarang. Dan sekarang ni pun, aku masih punya impian yang sama. Businessman.

Kalau balik pada cerita aku di opis ni, aku memang dah buhsan dengan kerja aku. Aku merasakan kerja aku semakin bertambah dan pertambahan kerja dan bebanan aku ni, tak selari dengan bayarannyer. Aku seumpama, buah oren yang di perah-perah untuk di dapatkan jus dan mungkin suatu hari nanti aku akan jadi hampas nyer plak. Dibuang dan tak bernilai. Kerja sekarang ni, bagi aku memang... huh, susah nak cakap. Kekadang aku merasakan yang aku sorang je bekerja... kekadang tu, ada lah orang membantu... tapi... argh... biarlah...

Aku berharap, kot-kot ada HR exec yang membaca cerita aku ni, boleh ler contact aku, sebab aku nak sangat mencari angin baru... angin yang lebih nyaman dan lebih indah untuk dibuai.

Monday, November 10, 2008

Aku "tension"

Aku tension. Dengan kerja yang melambak-lambak ni... membuatkan aku tension gila babas. Minggu lepas baru habis dengan Tender Preparation untuk Turkmenistan Project. Ni satu lagi tender yang bakal closing Jumaat ni. Tangga Barat. Aduh... cemana ler ni nanti. Aku tak pasti boleh siap ke tak.

Sekarang ni, tengah buat Technical Clarification #3 Gemusut Kakap Project. Masih belum siap sepenuhnyer.

Friday, November 07, 2008

sibuk

Beberapa hari ni, aku memang sibuk sesangat. Dengan tender preparation yang banyak dan itu yang menyebabkan kepala aku dah semakin pening. Kerja makin melambak... Aduh... cemana lah aku lepas ni.

Last week, masa jumpa Azkam, dia test & check body fitness aku. Dari result, dia cakap, aku banyak masalah pada fitness, badan kekurangan air, selain tu, badan aku ni, macam dah berusia 49 tahun. Huh, tua dah badan aku. Sebabnyer, mungkin aku guna banyak sangat. Itu lah pasal.

Minggu ni pun mungkin akan sibuk lagi dengan satu lagi tender. Sekarang ni, memang aku sibuk nak menyiapkan tender ni. Tak pasti boleh ker tak... sebab banyak sangat requirement nyer.

Monday, October 20, 2008

Terima Kasih

To all our friends yang datang ke Open House rumah kami Sabtu lepas, terima kasih bebanyak dan maaf ler, kalau ada terkurang ker apa. Tak kisah ler, terkurang dari segi hidangan ker, terkurang dari segi layanan ker dan sebagainya. Aku & wife aku minta maaf ler atas segala kekurangan itu dan kami memang hargai masa korang semua untuk datang ke Open House kami. Almaklumler, ni first time kami buat Open House bersama.

Dan, aku memang nak ucapkan terima kasih tak terhingga kat beloved wife aku, sebab tak tidur dari Jumaat sampai Sabtu tu (Dah ler dalam keadaan berbadan dua). Kesian dia, masak semua jamuan dan ada beberapa gak yang tak menjadi. (yang tak menjadi tu, sebab aku menyibuk. hahahahaha). Malam tu, lepas orang terakhir balik dalam kol 11, kami menutup rumah secara rasmi dan terus rebah tidur sampai ke pagi di ruang tamu itu jugak. Hehehehe... Tapi, kami memang berpuas hati dengan sambutan kawan-kawan yang datang. Hingga tak terucap dengan kata-kata diatas sambutan yang diberikan. Sekali lagi, terima kasih semua...

Friday, October 17, 2008

Jemputan ke Open House


Di jemput semua kawan-kawan blogger untuk datang ke open house aku yang tak seberapa sangat. Map boleh browse kat google.

Monday, October 13, 2008

Monday - Isnin

Dengan task yang ada pada aku sekarang ni, memang membebankan aku. Aku dah tak leh nak focus sangat nak buat kerja dan sebab tu ler, aku g tulis dalam blog ni kejap. Aku tak jadi pergi offshore and aku dikecualikan kali ni sebab kerja aku melambak di sini. Aku kena siapkan beberapa task yang tertangguh sebelom ni. Dan aku tak tahu bila aku boleh siapkan.

Thursday, October 09, 2008

Another task.

SSGP Project: Meeting for Telecommunication & ICT.
Date: 14 October 2008
Time: 10am to 5pm
Location: PETRONAS Twin Towers

A part from the below task, this is another task that I need to perform. I'm not sure, either I can perform it or not. Look and see.

Tuesday, October 07, 2008

Outstanding Work

This week, after holiday there is a lot of outstanding work that I need to complete. One week of holiday during Hari Raya is not like holiday for me, this is because I need to work from home, and checking e-mail from day to day to monitor some outstanding work. Below is the list that I need to be complete by this week. I'm not sure, either I can make it or not.

1. Kumang Development Project. Telecommunication System Package 3. Done
(PAGA & Entertainment System).
Technical Clarification #2. Closing date: 8 Oct 2008. 12:00 Hrs.

2. Gemusut Kakap. Main Telecommunication System.
Technical Clarification #2. Closing date: 13 Oct 2008.
To prepare design for PAGA system include the block diagram.

3. Turkmenistan Dev. Project. Supply of Pushbutton Station. MCR-A & MDP-A Platform.
Prepare documentation for delivery and final documentation.

4. Turkmenistan Dev. Project. Supply of Pushbutton Station & Switch. OGT Terminal.
Prepare tag label and documentation to courier to UK.
To be prepare by Hamdi.

5. B11K-A Topside.
Project co-ordination. Submission of document and drawing. (Assist Hamdi.)

6. F23VLAP Topside.
Technical Clarification #2. To submit Commercial Impact due to technical clarification.
Require response to Sapura, Axis and SDE.

7. ONGC, Mumbai Dev Project.
To prepare budgetary price and proposal for intercom and paging system to SDE & Axis.

8. Kerteh OGT.
Prepare a quote for PAGA system.

9. Bekok C Platform. Partialy Done
Waiting for confirmation to site visit. Chopper & POB have not confirm yet by client.
Site visit to upgrade PA System.

10. Layang Drilling Platform. Done
FEED. Conduct presentation on PA system to End User and Consultant.

11. St. Joseph Re-Development Project.
Switch by MMC & Progress development project.

But, this is just the list for the current outstanding that I probably need to complete by this week. I think, only a few task, that I can accomplish. Other, maybe delay again.

Monday, October 06, 2008

I'm back to KL

I'm back to KL with a lot of work waiting. This morning, our flight was delay about half and hours. Due to that delay, everything has delay, until I reach my house in Puncak Jalil at 4.00. KL was started to jam, due to closing of the smart tunner and raining.

So tired arriving and just check the e-mail and want have a long sleep until tomorrow.

Wednesday, October 01, 2008

Hari Raya Pertama...

Aku rasa, aku dah lama tak shoot. Dan dalam masa yang lama tu, aku dah macam blur-blur je cemana nak shoot dan dapatkan shoot yang ok. Ni kat bawah ni, ada beberapa yang aku try. Tapi, kali ni, memang aku kecewa sangat ler, sebab kebanyakkan gambar yang aku amik tak jadi sangat. Sedih betol ler.

Ni gambar tok imam baca khutbah. Hanya gambar ni je aku nampak menarik. Gambar lain, langsung, tak menjadi.

Ibu dan ayah tercinta. Aku rasa banyak yang aku shoot, tapi macam satu ni yang ok. Yang lain, ada je masalah. Blur ler, ape semua ada. Aku pakai flash, gambar macam gelap je. Almaklum ler... PNS. flash tak cukup. So, aku decide untuk shoot without flash dengan apeture yang besar.

Kandid yang aku try sikit-sikit. Tapi composisi macam tak ok sangat je. Huhuhuhu...

Inilah family aku di Miri ni. 2 tahun lepas aku beraya di sini dengan jumlah yang hanya 5 orang. Dan tahun ni, dah jadi 6 orang. Hehehehe... tahun depan, akan beraya di rumah mertua aku di Jengka.

Lepas je salam-salam dan bergambar pagi tadi, aku pergi rumah pakcik aku. Takder shoot pun sangat. Lepas tu pergi kubur atuk aku, tapi malangnya, baru je nak shoot, tapi hujan turun. Aduh, aku kelam kabut dah masa tu, so tak shoot pun. Ini je lah yang berlaku hari raya pertama ni. At the end, balik umah dan lepak. Dan prepare untuk open house esok. So, harap member-member yang berada di kawasan sekitar sini, boleh ler datang.

Map ada kat posting sebelom ni.

Tuesday, September 30, 2008

2nd Day di Kampung

Second day ni, tak banyak sangat aktiviti... pagi ni, aku just pergi bank je, nak bayar apa yang patut dan nak tukar duit. Kot-kot ada nak bagi duit raya tahun ni. Semalam, petang, tak banyak sangat juadah, sebab ada beberapa juadah yang hari sebelom ni, plan nak makan semalam tapi dah basi. aduh... sayang betol bubur pedas aku tu. sehari ajer aku makan. huk huk huk...

Semalam, aku jumpa boss aku kejap. Dan boss aku cakap nak ke KL on Sunday sedangkan aku belum balik KL lagi. Memang bukan masalah aku, tapi yang jadi masalahnyer, kereta yang dia bakal pakai tu, aku park kat umah kakak ipar aku di Kampung Baru. Huh, tak tahu ler cemana nanti. Aku sekarang ni, tengah fikir-fikirkan cemana dan apa boleh aku suggest kat boss aku pasal transport sana. Lagipun, colleague aku belom balik lagi dari kampung rasanya. Nanti tengok ler apa idea... kalau sapa ada idea, bagi ler kat aku.

Dan, pagi tadi, baju raya aku baru siap. Malam tadi aku sambung jahit lagi leher baju aku. Haritu, aku pergi balik ke kampung mertua aku, tok potong dan jahit baju. Tapi tak siap sangat lagi. Malam tadi dan pagi tadi continue. Pagi tadi jahit butang baju tu plak. Tahun ni, memang surprise sungguh ler, baju aku tu. nanti ler aku ceritakan apa yang surprise. Satu lagi, kesian gak aku ngan wife aku, dia hantar baju, tapi tak siap lagi. Cuma ada 2 ajer yang dah siap. Baju utama yang tak siap. Baju aku plak, dah takder tailor yang nak ambik. So, nak tak nak aku buat sendiri ajer lah. Tahun depan mungkin plan awal sikit ler nak buat.

Well, Esok hari raya... Selamat Hari Raya buat semua... Maaf Zahir Batin.

Sunday, September 28, 2008

Update Dari Kampung

Aku selamat sampai ke kampung aku di bandaraya Miri pagi tadi. Walaupun dengan rasa yang agak cukup nabes sebab bad weather seketika, yang mana flight aku terkena air pocket, hinggakan rasa macam nak terhempas je rasa. Apa yang aku paling risau masa tu, adalah keadaan wife aku, dan dot dot dot. Memang aku mengucap panjang masa dalam flight tu. Sampai je Airport Miri, alhamdulillah semua selamat.

Lepas sampai, terus adik dan ayah aku dah tunggu kat airport dan kami pun balik ler umah yang aku rasa tak sampai 15 minit pun dari airport tu. Tu pun lama sebab trafik lite. hehehehe...
Sesampai je kat umah, aku tanya wife aku, samada dia ada bawak passport ke tak... Dan, dia cakap takder. Huh, mungkin takder rezki aku nak bawak wife aku ke Brunei. Sebab kami berdua tertinggal passport di KL. Dah nasib...

Sekarang ni, lepas abis terawih (huh, terawih kat kampung...) aku on pc jap, sebab nak siapkan tender untuk Ruby FPSO yang closing esok tengahari. So, malam ni aku kena prepare dan e-mail ke colleague aku supaya dia bleh print esok dan hantar.

Apa yang aku agak kagum sket malam ni, kampung aku, punya signal yang kuat untuk Celcom 3G Broadband. Speed yang aku dapat sekarang ni 7.2mbps. Speed yang sama aku dapat, kalau aku online kat umah aku di Puncak Jalil, atau di Puchong. Wah, kira tak rugi gak pakai Celcom Broadband sini. Hehehehe.

Itulah antara update yang aku dapat buat malam ni, dan esok aku nak ke office aku (HQ) kat Lutong, kejap dan lepas tu, tak sure lagi apa nak buat sepanjang esok. Apa yang pasti, sekarang ni, menanti raya.

Ops... to all my friends, aku buat open house pada hari raya ke-dua dan kepada sesiapa saja, dimana anda berada, jemput ler datang ke umah aku.
Kalau ada apa-apa atau tersesat jalan, calling-calling ler aku.

Chiaoww...

Monday, September 22, 2008

Photog

Berbuka Puasa

Hari Sabtu lepas aku ada bukak puasa ngan geng-geng sama study kat U dulu. Alah, ni geng-geng yang kira suka-suka dulu. Kitaorang dulu selalu buat program motivasi kat sekolah-sekolah, bukan takat sekitar KL tapi antara yang jauh dulu kat Melaka.

Mula awal perancangan nak berbukan kat Cheng Ho, milik Amy Search, tapi bila nak book jer, dah penuh. Akhirnya, book ler sebelah dengan Cheng Ho tu. KeRisik. Nampak mula cam ok, dengan buffet RM28.oo Nett, tapi bila dah berbuka kat situ, makanan macam kureng sikit ler. Seingat aku, dalam banyak-banyak buffet yang kami pernah buat dari dulu, yang paling best kat Muzeum Negara. Aku tak ingat sangat tahun bila, tapi dengan buffet RM10.00, makanan memang banyak. Siap ada aiskrim lagi. Huh, satu kenangan tu.

So, malam tu, just lepak-lepak dan borak-borak ler, sebab lama tak jumpa. Almaklum ler, masing-masing sibuk. Tahun ni, aku rasa dah ada beberapa orang baby dah join. Tapi, malam tu, sorang je baby datang. Yang lain tak dapat datang. Tahun depan mungkin bertambah lagi kot. Harap next year, ada lagi yang lebih menarik dengan re-union ni.

Ni, gambar anak Yassir. Comel dan nakal...




Thursday, September 18, 2008

Adakah sesuatu disebalik Portfolio?

Pagi ni, aku terbaca beberapa blog pasal isu politik yang sekarang ni, macam nak panas ajer. Selain dari isu ISA sebelum ni, sekarang timbul lagi isu baru yang aku rasa rakyat dah macam muak dengan perkembangannya. PM & TPM tukar portfolio. Aku tertarik dengan artikel "Membaca Hikmah Di Sebalik Tindakan Abdullah" oleh Sangpemantau.

Kita tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Pak Lah lagi dalam usaha beliau untuk menentukan yang UMNO masih berkuasa menjadi kerajaan.
"Apa yang mungkin terselimut di hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara. Kantung kewangan negara kini kering kontang."

Mungkin benar apa yang ditulis di sini, tentang ada perkara yang terselimut dalam beliau untuk mengelakkan diri dari terus dikecam dengan masalah ekonomi negara. Aku teringat, beliau pernah mengulas bahawa ekonomi negara sekarang ini semakin lembab dan pelabur juga takut untuk melabur di Malaysia, tapi, adakah dengan tindakan beliau untuk bertukar portfolio ini akan memberikan kelebihan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Aku tahu, beliau tidak punya pilihan lain untuk memastikan ekonomi bergerak semula. Dan beliau tidak mungkin akan melantik Anwar untuk jadi menteri kewangan. Beliau tahu, kebolehan Anwar dipersada dunia, kelebihan Anwar yang dah banyak kali bercakap dipentas dunia tentang ekonomi. Di UMNO, siapa yang boleh bercakap tentang ekonomi? Beliau mungkin memikirkan hanya Najib, kerana dunia kenal Najib. Menteri kabinet lain? kebanyakkan dunia masih belom kenal.

Selain itu, aku terfikir, adakah dia akan cuba ikot cara Tun Mahathir dulu, untuk menguji adakah bakal pemimpim no. 1 negara nanti benar-benar mampu mentadbir?

"Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu. Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan keduduaknnya itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya."

Ketika era Tun Mahathir, Tun telah melantik Anwar untuk jadi menteri kewangan. Namun, setelah dilihat, ketika itu, Anwar alpa dengan kedudukan beliau, dan akhirnya menjerat diri beliau sendiri. Adakah ini juga satu idea Pak Lah untuk menjerat Najib? Kerana, umum ketahui, Najib bukan calon sesuai untuk mentadbir negara, terutama sekali hal-hal kewangan. Keluarga sendiri pun beliau tak boleh nak kawal kewangan (Rosmah yang boros belanja) inikan pula kewangan negara.

Entahlah, aku sendiri tak tahu sampai bila masalah politik negara ini akan reda. Aku hanya mengharapkan agar ekonomi negara tidak jatuh teruk, sehingga menyebabkan rakyat bermasalah.

Duit Raya

Wednesday, September 17, 2008

Salam Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran buat semua. Nuzul Quran, dimana Al-Quran telah diturunkan untuk jadi panduan kepada seluruh umat Muhammad, sehingga ke hari kiamat.

Dipetik dari Jakim,

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tapi, bagi orang Selangor, mereka cuti, dan inilah masanya untuk shopping raya. Ahaks.

Tuesday, September 16, 2008

Today...

Perut kurang selesa... rasa letih je, mungkin sebab puasa. Pagi rasa malas je nak bangun. Lepas bangun jer, bersiap dan ke Klinik... check... ops... kenapa?

Monday, September 15, 2008

Journey...

Aku ternampak map ni dulu dalam blog salah sorang photographer malaysia... Udeyismail. Dalam tu, dia ada menceritakan tentang keinginan dia untuk mengikuti journey ni.

Aku pun sebenarnya berminat nak berjalan-jalan, merentasi benua dengan pengangkutan darat macam ni, sebab nanti boleh tengok banyak benda sekeliling. Tapi, aku tak pasti, bila aku boleh, sebab sekarang ni, terlalu banyak benda yang membataskan aku. Antaranya, masa, kewangan dan sebagainya. Mungkin suatu hari nanti boleh kot.

Thursday, September 11, 2008

Wednesday, September 10, 2008

another project bidding

Huh, korang tengok, betapa semak nyer kepala aku tengok drawing ni, dan se'semak' itu gak ler, aku nak kena prepare tender. Untuk project ni, portion aku hanya untuk PAGA (Public Address General Alarm) system. Yang lain, ada orang lain yang akan buat. Dan untuk part aku ajer, cost dah melebihi MYR2j.

current project

Mentera Beradu - Malique feat M. Nasir

Masih belum sempurna…

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku… aku lah dia…

Kulitku tebal… ku kebal… ingatku kebal…
Hanya berbual makan angin kembung perut mual…
Resah dan tidak senang… hidup tak pernah lenang…
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang…
Bangau dah pulang… suara sumbang…

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena… tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati… pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya… abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna…

Monday, September 08, 2008

Andai Ini Ramadhan yang Terakhir...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu.. merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan... sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu... bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih... berqiamullail... bertahajjud...
mengadu... merintih... meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru... kita cari... suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri... rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ... lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha... bersedia... meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…


MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KULAKUKAN

Sunday, September 07, 2008

Quote

Kenapa awan berarak mendung, melalui atap yang kini kesedihan. Burung berkicauan, mencari pasangan yang kini semakin jauh. Jauh entah kemana. Tiada siapa yang tahu.

Burung kini berlagu sepi, menunggu pasangan kembali bersama. Apakah pencarian akan mendapat keabadian?

***************************************************************************

Kenapa perjalanan ini jadi begini, kenapa langkah ini menuju ke situ? Apakah, salah percaturan?
Langkah demi langkah, akan di teruskan jua. Masa demi masa, tetap di tempuh.

Mungkin langit akan kembali cerah selepas ini.


Saturday, September 06, 2008

Development



Received a forward e-mail from a friend of mine regarding the development of Mekah. It's an amazing design and architecture for the development of Kota Mekah. I'm not sure, when this development will complete. If somebody has an input, please share with us.

Thursday, September 04, 2008

Wireless Free dah takder.


Setelah setahun lebih aku tinggal di Puncak Jalil ni, dan selama itulah aku menggunakan perkhidmatan wireless free. Kalau dulu, network G604_Wireless, tu bebas digunakan tanpa rasa was-was, tapi kini dah ada mangga. Bermakna dah kena lock. Semalam, masa wife aku nak browse internet, dah tak dapat connect to wireless. Dan dia tengok dah kena block. Minta password. hehehehe... siapalah yang punya network itew. Terima kasih daun keladi, kerana memberikan aku access internet percuma selama ini. Access yang bagi aku, agak laju berbanding access aku sekarang ni. Ahaks. Sekarang ni, aku kena gunakan 100% Celcom Broadband.

Ops, kalau owner network tu nak buat kebajikan, bagiler aku passwordnyer. Alah, kita share-share pakai. Banyak mana pun pakai, still bayar sama kan?

Tan Sri Samad Ismail: 1924 - 2008


Al-Fatihah untuk Tan Sri Samad Ismail, yang telah pergi menemui pencipta dibulan Ramadhan yang mulia ini. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada jam5.58p.m di Hospital Pantai. Jenazah beliau akan di kebumikan esok, selepas solat Jumaat.

Takziah untuk seluruh keluarga beliau, dan semoga roh beliau di tempatkan bersama roh orang yang beriman.

Aku teringat, masa aku kecik dulu, aku tak kenal sangat siapa Samad Ismail. Tapi aku selalu baca tulisan beliau dalam majalah gila-gila yang mana, masa tu dia adalah penulis tamu untuk majalah tersebut. Masa tu, aku hanya kenal dengan A. Samad Said. So, aku ingat dua nama ini adalah orang yang sama. Tapi bila masa berlalu, baru aku tahu, bahawa Samad Ismail bukanlah Samad Said. Dan, Tan Sri Samad Ismail, adalah salah seorang tokoh kewartawanan yang ulung, dari dulu hingga kini. Seorang wartawan, yang berjuang bersama untuk mencapai kemerdekaan. Aku ada jumpa biodata beliau, dan aku paste kan kat sini untuk ingatan, siapa Tan Sri Samad Ismail.



A. Samad Ismail dilahirkan di Singapura pada 18 April 1924. Beliau lulus Senior Cambridge pada tahun 1940. Mula berkhidmat dengan Utusan Melayu pada tahun 1941 ketika berusia 16 tahun sebagai pelatih tanpa gaji. Kemudian beliau diberikan gaji RM10.00 sebulan dan akhirnya dinaikkan RM30.00 sebulan. Beliau bekerja di bawah kepimpinan Bapa Wartawan Melayu, Abdul Rahim Kajai. Pada masa pendudukan Jepun, Samad terus berkhidmat di bawah Abdul Rahim Kajai dan Ishak Haji Mohamad sebagai Penolong Pengarang Utusan Melayu. Apabila Utusan Melayu ditukar menjadi Berita Malai dalam huruf roman, Samad kekal dengan jawatannya sebagai Penolong Pengarang. Sekitar tahun 1944/45 beliau dilantik sebagai Pengarang Berita Malai apabila Ishak Haji Mohamad berhenti menjadi Pengarang akhbar tersebut.

Apabila Jepun menyerah diri pada tahun 1945 dan British kembali memerintah, Samad ditahan di dalam penjara atas tuduhan menghasut rakyat semasa pendudukan Jepun. Beliau kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "hasutan" tetapi dibebaskan oleh mahkamah. Setelah dibebaskan daripada penjara pada tahun 1946, beliau kembali berkhidmat di Utusan Melayu pada tahun 1946 sebagai Penolong Pengarang di bawah Yusof Ishak, bekas Presiden Republik Singapura. Pada tahun 1951, Samad ditangkap oleh British di bawah Undang-undang Darurat tetapi dibebaskan pada tahun 1953. Beliau kemudiannya berkhidmat semula dengan Utusan Melayu sehingga tahun 1958. Pada tahun 1958 beliau berkhidmat dengan Straits Times Singapura dengan memegang jawatan sebagai Pengarang Berita Harian. Kemudiannya pada tahun 1972, Samad dilantik sebagai Timbalan Ketua Kumpulan Pengarang di New Straits Times. Pada tahun 1976 beliau ditangkap di bawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri dan hanya dibebaskan pada tahun 1981. Pada tahun 1982, beliau dipanggil semula oleh New Straits Times untuk menjadi Penasihat Sidang Pengarang sehingga persaraannya pada tahun 1987.

POLITIK

Dalam bidang politik, Samad menjadi pengikut Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Mohamad dalam Kesatuan Melayu Muda dan pertubuhan KERIS semasa pendudukan Jepun. Menjelang Jepun menyerah diri pada tahun 1945, Samad menjadi utusan/wakil KERIS ke Kongres Melayu Kuala Lumpur yang dikatakan diadakan oleh Ibrahim Yaakob untuk memproklamir kemerdekaan untuk Malaya. Samad bersama Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian dalam Kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman, telah menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), yang menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat, iaitu satu gabungan parti-parti radikal Melayu yang menentang gagasan Malayan Union.

Samad bersama Ishak Haji Mohamad dan Ahmad Boestamam menjadi wakil PUTERA menggubal Perlembagaan Rakyat (Peoples' Constitution), sebagai alternatif kepada Federation Agreement yang digubal oleh British dan UMNO.

Pada tahun 1954, Samad bersama Lee Kuan Yew, menaja Peoples' Action Party di Singapura. Pada tahun 1958, beliau berhenti daripada parti tersebut untuk menjadi anggota UMNO Singapura sebagai Pengerusi Tetap.

SASTERA

Samad mula menulis cerpen semasa pendudukan Jepun. Antara novel-novel yang dihasilkannya dalam tahun enam puluhan ialah: Patah Sayap Terbang Jua, Hussein Zed, Kail Panjang Sejengkal, Orang Jauh, Tembok Tidak Tinggi, Detik-detik Cemas, Menimba Yang Jernih. Di antara antoloji cerpen Samad ialah Mastura, dan Temasya Tinta. Samad juga menulis buku tentang kewartawanan dan penulisan, iaitu Kursus Wartawan , dan Mengasah Bakat.


PENGANUGERAHAN
1968 - Anugerah bintang "Johan Mangku Negara" (JMN) daripada Yang di-Pertuan Agong.
1976 - Anugerah "Pejuang Bahasa" daripada Kerajaan Persekutuan.
1987 - Anugerah "Doktor Persuratan" daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
1988 -

Anugerah "Tokoh Wartawan Negara" daripada Malaysian Press Institute.

Wednesday, August 27, 2008

Ketuanan Melayu?

Aku tertarik dengan statement dari penulis blog ni... dan aku rasa setuju dengan pandangan yang diberikannya mengenai isu ni. Kenapa bila IUA kemukakan untuk tidak memakai songkok (lambang Melayu) tidak dibangkang, sedangkan memasukkan pelajar non-bumi, kemain kecoh...

Apabila Pelajar UiTM dihasut supaya mengadakan demonstrasi menentang cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim media melaporkannya secara besar-besaran sehingga seolah-olah berlaku gempa bumi di Shah Alam. Semuanya gara-gara ianya dianggap boleh memberikan kredit kepada BN lebih-lebih ketika menghadapi situasi kritikal di Permatang Pauh.

Media memainkan isu ini tanpa henti sehingga meluat mendengarnya. Si misai melintang bukan main samseng membuat kenyataan seolah-olah hendak membaham Khalid Ibrahim hidup-hidup.

Namun apabila 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya, media boleh dikatakan langsung tidak melaporkannya.

Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.
Songkok sebagai simbol orang Melayu sepatutnya dipertahankan pemakaiannya untuk majlis graduasi siswazah UIA. Mengapa dalam isu ini Umno tidak menghasut pelajar berdemonstrasi. Bukankah songkok itu pakaian rasmi Umno.??? Pejuang-pejuang Melayu 'pembodek' BN pun senyap seribu bahasa tidak berang seperti marahkan Khalid Ibrahim.

Mengapa media tidak pula membuat temuramah dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu tentang hal ini.???

Jahat sungguh media arus perdana kita ini. Mengapa mereka sanggup melanggar etika kewartawanan semata-mata kerana membodek kerajaan BN yang sekarang bagaikan telur dihujung tanduk. Mengapa mereka begitu jahat dan sanggup menjadi kuda tunggangan BN yang tidak kenal dosa pahala.

Saya mengharapkan supaya media lebih terbuka dan beretika ketika melaporkan sesuatu berita dan peristiwa. Tidak ada gunanya media menutup isu-isu yang tidak menguntungkan BN kerana walaupun ditutup ianya tetap bocor kerana media alternatif seperti Harakah, KeADILan, Roket, Harakahdaily, Malaysiakini, Tranungkite dan blog-blog bebas tersedia untuk melaporkan peristiwa sebenar.

Kerajaan BN dan media sebenarnya tidak belajar dari kesilapan lalu. Semakin ditutup berita-berita tersebut, rakyat semakin berusaha untuk mencari alternatifnya.

source: http://mutaligat.blogspot.com/2008/08/antara-10-kouta-bukan-melayu-dan.html

Thursday, August 21, 2008

kenapa?

Argh.... kenapa dengan blog aku ni... apa dah jadi... kenapa macam tak elok ajer... kena hack ker aper?
dalam kesibukan aku sekarang ni, memang agak payah untuk aku check kenapa... kepada sape2 yang tahu kenapa, boleh ler bagitau aku, dan suggest apa yang boleh dibuat...

Friday, August 08, 2008

Anwar Ibrahim: Kenyataan Media

Pakatan Rakyat will secure fundamental liberties

8hb OGOS 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang wewenang. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.


Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.


Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.


Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.


Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.


Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.


Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.


Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.


Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.


ANWAR IBRAHIM

Beijing 08.08.08









Source: http://en.beijing2008.cn