seperti yang aku janjikan minggu lepas aku akan cerita serba sedikit tentang pengalaman kerja aku. dan kali ini aku akan menceritakan bagaimana aku memulakan langkah dalam dunia oil and gas.
selepas aku tandatangani perjanjian kerja aku bersama syarikat baru itu, [yakni syarikat yang aku bekerja sekarang ini, yang sementara menunggu waktu nak habis aje] aku tidak berhenti setakat itu saja. aku memulakan langkah aku mencari dan menjejak sekian kontek yang ada sebelum ini. siapa-siapa yang terlibat dalam industri ini. selain itu, aku buka fail-fail lama syarikat untuk mencari siapa yang mereka berhubung selama ini. namun tidak banyak kontek yang aku perolehi. dan seperti biasa aku kena mencari dan menjejak semua syarikat yang terlibat dengan dunia oil and gas ini.
di awal itu memang agak payah kerana tiada kontek, tapi boss aku bagi beberapa orang kontek untuk aku follow up. aku cuba dan dalam beberapa bulan aku dah mula dikenal dam bidang itu. walaupun tak semua yang kenal dan sedar akan kewujudan aku masa itu, namun feedback orang ramai telah mula membuahkan hasil. sikit demi sedikit aku bangunkan kontak aku.
banyak cabaran aku dalam syarikat ini, namun aku tidak pernah mengeluh kerana syarikat ini telah banyak memberi aku peluang untuk menjadi seorang usahawan. bayangkan saja aku seorang sales atau front line dia untuk market semenanjung selain daripada executive director aku. kami sama-sama bangunkan empayar disini. boss aku mainkan peranan untuk jaga orang yang sama level dengan dia manakala aku akan memainkan peranan untuk orang yang se-level dengan aku. terutamanya engineer, procurement, design dan sebagainya.
sepanjang aku di syarikat ini juga banyak mata yang memerhatikan aku. ada beberapa syarikat juga turut 'melamar' aku untuk menyertai mereka. aku pun tak tahu nak cakap apa. mungkin dah rezeki aku agaknya. satu syarikat tu, memang besar. terletak di petaling jaya. dan sales manager dia panggil aku untuk menyertai mereka. huh... tawaran yang menarik. mana tak nya bila aku tanya berapa nak offer, dia kata "for you, sky is limit. how much you want, we can offer" errrr.... takut aku mendengarnya. ye lah sky is limit! satu yang tak pernah hinggap dalam kepala aku tentang income itu. tapi, setelah berfikir aku menolak tawaran itu dengan alasan aku masih sayangkan syarikat ini.
selain dari syarikat itu, ada satu lagi syarikat kat bandar tun razak offer. cuma yang ini offer is not like previous one. dan dah pasti ler aku tolak. tapi dia menjejaki juga aku. aku tanya kenapa pilih aku dan tak pilih orang lain.
"aku tahu sape ko, dan aku kenal ko dan aku dah tengok stail ko keje. jadi aku rasa, senang sikit kalau aku amik ko. amacam?" big boss dia kata cam tu ngan aku.
"errr.... encik din, rasa nanti dulu ler. rasanya banyak lagi orang yang ok" jawab aku.
"tapi kalau aku nak ko cam ner?" boss tu sambung semula.
"saya fikir dulu, kalau ok, saya bagitahu." jawapan aku supaya dia bagi masa untuk aku. tapi yang tak ingat tu, tempat dia ajak aku untuk discuss. dia ajak aku pergi club kat bukit jalil. bukit jalil golf club. huh. exclusive sungguh rasanya. dan penantian boss itu berakhir bila aku cakap.
"mungkin kali nie rezeki saya belum ngan encik din lagi ler, walauapapun, harap we still keep in touch dan mungkin boleh work together dalam business"
sebaik dengar penjelasan itu, tenang boss itu balas. " ok. so harap kita boleh business together."
dan dalam beberapa bulan lepas itu, aku dapat panggilan dari sorang teman lama yang nak ajak aku join dia.
"ehh.. ko ada baca paper tak? aku ada advertise kerja. ko tak nak apply ker?" terus dia tanya aku.
"errr... tak der plak, sebab aku tak terfikir lagi nak carik kerja." jawabku.
"ehhh... ni company besar, dari usa. aku manager sini, dan aku bertanggungjawab nak amik saper aku nak. dan aku kalau bolah nak kau join aku. ape ada kat company ko sekarang nie?" dia cuba nak pancing aku.
"company nie lagi besar. segalanya ada. peluang dan sebagainya. bukan apa aku nak ko, sebab aku nak tolong bangsa kita. banyak yang hantar resume nie semua bangsa lain. dan kalau boleh aku nak ko ler. sama kita melayu" dia tambah lagi.
" kalau ko nak ko hantar ngan aku resume ko sebagai syarat. keja gerenti leh dapat" katanya.
"relax ler bro, aku pikir dulu ke!" jawab ku.
"alah ko nak pikir apa? kerja tunggu ko sekarang nie. bukan senang aku terus panggil ko untuk kerja ngan aku nie. orang lain kena interview lagi. ko tak payah, sebab aku dah kenal ko."
"ok. nanti apa-apa aku bagitau kat ko" aku cuba memberi beberapa alasan agar dia selesa sikit dengan penjelasan aku.
akhirnya aku tak pergi juga dengan dia. dan aku masih setia di syarikat ini.
kenangan aku di salah satu platform yang aku buat testing and commissioning di teluk ramunia.
kenangan aku yang paling manis adalah bila aku berjaya membina empayar aku di johor. kebanyakan yard di johor semua mengenali aku dari semua division. dan kontek aku memang kukuh disitu. banyak projek aku dapat di situ, dan boss aku banyak lepaskan pada aku untuk uruskan projek di sana. sebab hanya aku yang tahu nak cari siapa untuk siapa di sana. [ada beberapa cerita pasal kerja aku di johor ni aku masukkan dalam post yang awal dulu]
dan akhirnya pada 18 julai 2005, aku melabuhkan tirai di syarikat ini dengan menghantar surat resign.
ada lagi cerita selepas ini...
bukan apa, kalau panjang sangat nanti orang boring nak baca [ehhh ada orang baca ker?] biar aku relax sini dulu, nanti aku cerita bagaimana company baru jumpa aku dan bagaimana aku boleh terima offer dia. sesuatu yang menarik bagi aku.