errr.... hari ni last day aku kat office nie. jadi lepas jam 5.30 petang nanti aku akan balik dan takkan datang ke office nie lagi untuk bekerja... dan dalam masa beberapa hari ni mungkin aku tak dapat access pada internet sebab aku sibuk nak buat preparation untuk balik ke sarawak.
ya mungkin seperti kata-kataku sebelum ini, panggilan untuk kembali telah bergema, namun jauh disudut hati masih berat lagi rasanya nak tinggalkan bumi yang bertuah ini. kerana, dibumi inilah aku mencari segalanya. dari pendidikan, pengalaman, pekerjaan, kehidupan dan pasangan, semua aku jumpa disini dan itu yang membuatkan aku berat untuk meninggalkan bumi ini.
aku teringat usik-usik kawan-kawan aku yang cakap, bolehkah romzi nie hidup kat sana nanti? sini dah biasa huha huha gini, last-last pegi sana.... tak tahu nak cakap ler. tapi tengok ler... bak kata kekawan aku, heheheh ni ntah last-last datang sini balik. walauapapun, keputusan dah dibuat dulu dan aku tak dapat nak tarik balik keputusan itu, walaupun berat. aku kena terima kenyataan yang aku kena mencari sesuatu yang baru lagi. dan caraban masa depan harus aku hadapi.
==================================================
cerita lain disebalik nak balik sarawak
dalam kesedihan aku nak balik, mungkin aku rasa sesuatu terjadi pada aku. ahhh... kekadang aku nie merapu gak. tapi selepas satu program yang dianjurkan oleh satu group dalam yahoo, aku tetiba macam dapat satu semangat baru untuk hidup. but, kenapa ia datang lewat setelah keputusan aku buat. arhhhh... aku pun tak tahu kenapa.
dan selepas itu, aku tetiba terasa yang aku macam mula sukakan seseorang dan aku rasa cara dia layan aku macam boleh memberikan aku harapan untuk teruskan perjuangan. cuma aku takut yang aku ajer lebih, tapi dia anggap itu sebagai normal.
terus terang aku kata, selepas pandangan pertama malam tu, aku macam kaku semacam dan masih macam kurang percaya akan keadaan aku. ya aku sedar yang aku nie memang susah nak cam tu tapi, kali ni ia berlainan. ada rasa segan bila lihat dia dan tak kurang aku rasa macam ada sesuatu dalam diri. uhhhh... mula aku anggap itu perasaan aku ajer.
tapi lepas balik tu, aku masih rasakan lagi penangan itu. sehingga esoknya masih terbayang akan dia. apakah ini kesan pandang pertama seperti posting aku sebelum ni? aku cuba kawal keadaan namun, tak kusangka bahawa perubahan aku itu, ada pihak yang ketahui dan pihak itu macam menyokong tindakan aku. uhh.... adakah kembali semula aku ini?
aku gagahkan diri memulakannya... telefon dan berhubung melalui net. berjumpa lagi. dan membuatkan aku tidak keruan memikirkannya. namun, yang dapat aku rasakan cara layanan melalui telefon itu umpama yang arwah tunang aku kembali. cara layanan hampir sama, dan itu yang membuatkan hati aku diketuk berkali-kali. dan hingga ke saat aku menulis ini, aku masih rasakan yang dia macam caring dengan aku, walaupun aku tidak tahu keadaan sebenar pada dia. ahhhh... adakah kisah lama kembali berulang? adakah aku mula jatuh hati pada dia kerana layanan yang diberinya.... ohhhh.... berilah aku petunjuk.
dan... ya... aku merasakan yang aku macam mula menyukai dia... tapi bolehkah dia terima aku ini, kerana aku sedar siapa aku, tiada rupa dan dia umpama model, sedangkan aku hanya insan biasa yang tiada apa.
No comments:
Post a Comment