Episod 1; Falsafah Cinta???
Ada Apa Dengan Cinta???.....
Ini bukan cerita dari Rudi Soedjarwo, yang mengisahkan antara Cinta dengan Rangga....
Tetapi mengungkas apa itu falsafah cinta....
Ramai orang ada menyebut, bahawa terdapat dua proses dalam jatuh cinta. Yang pertamanya secara tiba-tiba, atau dengan kata lain ‘love at the first sight’. Dan yang kedua adalah setelah melalui proses perkenalan dan interaksi antara satu sama lain.
‘Love at the First Sight’
Cinta ini merupakan manifestasi dari kaca penglihatan dan visualisasi. Jatuh cinta yang boleh kita katakan sebagai "Cinta Segera" ini, seperti istilahnya, tertumpu pada ketertarikan visual yang tertangkap oleh indra. Sudah pasti implikasi dari indra ini menumpukan pada penampilan fizikal si gadis. Bila mata terpandang si gadis ayu, hati mula bergocak dan mereka inilah yang biasanya korban cinta “at the first sight’.
Sebelumnya drama cinta ini tertumpu pada kaum lelaki, namun era mengubah bahwa wanita jua punyai citarasa untuk mendapatkan ‘cinta segera’ ini. Ini mungkin kerana sifat fitrah manusia yang inginkan sesuatu yang elok di mata. Drama ini juga menyaksikan kebangkitan rasa cinta yang agung dan tidak dinafikan bisa membawa ke kejatuhan serta kecundang dalam bercinta.
Cinta interaksi
Cinta ini memungkinkan lebih rapat dan natijah kejatuhan adalah kurang menonjol. Ia menampakkan satu cinta yang lebih matang dan utuh, kerana panah asmara tidak begitu saja memacak apabila sepasang anak Adam bertemu. Ada proses panjang sebelum busur panah asmara dipacakkan, di mana pasangan tersebut saling kenal, berinteraksi hingga masing-masing tahu kelebihan dan kekurangan setiap individu, hingga kemudian terjadi keserasian yang memanifestasikan satu pertalian kasih agung di antara keduanya.
Drama cinta ini tidak menjadikan kondisi fizikal sebagai faktor utama dalam merisik bibit cinta. Keserasian hati dan perasaan adalah merupakan faktor utama agar jatuh cinta seperi ini boleh terjadi dengan unik. Sebagai individu yang pasti memiliki keinginan untuk berkongsi dan kenyataan untuk saling memerlukan, memberikan peluang terjadinya keserasian perasaan dengan berlawanan jenis yang boleh menimbulkan perasaan suka yang berlanjutan menjadi cinta.
Menurut anda, proses manakah yang lebih ideal bagi seseorang untuk jatuh cinta? Dan benarkan seorang wanita "diharamkan" untuk mengutarakan rasa cintanya kepada lawan jenisnya dulu? Hanya anda sendiri yang dapat menjawabnya. Kerana ianya bersifat sangat ekslusif dari individu yang sedang jatuh cinta.
bersambung...
2 comments:
aik...kenapa blog ni cam kosong jer eak. ke mana menghilangnyer yg lelain tu??
kosong? tak sure kemana. tapi sekurang-kurangnya ada yang sudi membaca. thanks
Post a Comment