hujung bulan jun aku dapat call dari hr & admin director company baru untuk tanya aku pasal peluang yang dia nak offer. aku terkejut. seingat aku, aku hanya layan ala kadar sahaja sebab aku pada masa itu berada di dalam bilik control, salah satu pelantar yang masih dalam pembinaan di teluk ramunia. [gambar ada pada posting yang lalu]
aku memang blur lagi pada awalnya tentang syarikat itu. malah nama syarikat pun aku tak tahu. dia ada bagitahu aku nama syarikatnya, tapi disebabkan keadaan yang agak bising, jadi aku tidak dapat mendengar secara jelas apakah nama syarikat itu. aku suruh dia menghantar e-mail padaku untuk beritahu aku dengan lebih lanjut tentang syarikatnya terutama sekali apakah penglibatan syarikat beliau dalam industri ini.
aku sebenarnya tidak tahu dari mana mereka dapat cam aku. bila aku tanya, mereka tahu dari mak aku. wow satu yang unik, cari aku sampai rumah tu. tapi sekurang-kurangnya aku tahu darimana mereka dapat tahu pasal aku.
habis saja tugasan aku di johor aku balik kl dan lepas aku check e-mail baru aku tahu nama syarikat itu dan selepas itu, barulah beliau yakni hr & admin director itu follow up aku. terasa juga macamana aku dengan syarikat sini dulu. proses agak berlaku dengan sekejap. kekadang director itu menelefon aku pada waktu malam untuk mendapatkan maklum balas. dan akhirnya, salah seorang business partner dia nak jumpa aku di kl. mereka aturkan pertemuan aku di cititel hotel.
aku pergi saja untuk berjumpa dengan seorang lagi director syarikat tersebut. aku mula ingat beliau akan tanya aku pasal kerja, alah macam orang biasa interview ler, tapi beliau lebih kepada promosi company beliau kat aku dan suruh aku join beliau untuk bantu beliau menguruskan branch beliau. walaupun aku memberi beberapa alasan, sebab aku masih sayangkan company sekarang tapi kebanyakkan alasan itu berjaya beliau counter kan. akhirnya aku akur dengan tawaran yang beliau buat kat aku. lepas itu, hr director call aku semula untuk negotiate pasal salary. dengan benefit yang company nie bagi, aku terima offer beliau dan akhirnya beliau hantar offer letter hari tu juga melalui e-mail. aku check dan ok. agak berpuas hati.
lepas dapat surat itu, aku terus menghantar surat peletakan jawatan dengan syarikat sedia ada sekarang ini. mula memang agak berat untuk mereka melepaskan aku, tapi setelah diberi peluang satu minggu untuk aku memikirkan balik apa tentang peletakan jawatan itu akhirnya mereka terpaksa akur. namun, pesanan boss aku sekarang nie, company sentisa membuka pintu, jika aku nak kembali semula.
aku tak pasti pasal keputusan aku untuk menerima company baru. aku takut ia ada dipengaruhi oleh perasaan aku yang tidak tenteram dan secara tidak langsung oleh orang tua aku yang seakan memaksa aku untuk belik sarawak. aku pun tak pasti, kenapa orang tua aku macam mendesak aku untuk balik ke sarawak dan bekerja di sana. malah parent aku juga yang mencadangkan aku pergi ke company baru ni. aku pun tak tahu. siapa punya masa depan sekarang ini. adakah itu masa depan aku?
No comments:
Post a Comment