Beberapa hari yang lalu aku ada terbaca dalam satu majalah tentang topik atas tu. Tujuan aku nak ‘share’ sebab aku memang melaluinya dalam perjalanan hidup aku ini. Aku tidak tahu, inikah ujian yang Maha Esa pada aku untuk menguji kesabaran dan ketabahan aku.
Dan dalam tulisan itu juga penulis itu mengupas tentang isu dan aku akan kongsikan bersama apa yang hendak disampaikan olehnya supaya kita semua lebih beriman dan lebih tabah apabila menghadapi dugaan. Memang aku tidak nafikan, tentang kesempurnaan iman seseorang itu tidak akan lengkap kalau tidak diuji. Bukan setakat dari segi kesusahan, malah ada juga ujian dalam bentuk kesenangan.
Jika didatangkan penyakit pada seseorang, tak kiralah sama ada penyakit itu berat atau ringan, seseorang itu harus menyedari bahawa sakit itu datangnya dari Pencipta dan sudah pastinya terdapat pelbagai hikamat dan fadilat disebaliknya. Cuma, kita sedar atau tidak akan hikmahnya.
Diriwayatkan suatu hari, Salman r.a sedang sakit dan beliau dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w. dan melihat keadaan Salman yang sakit itu, baginda seraya bersabda:
“Untukmu dalam sakitmu ini mendapat tiga keuntungan.
Pertama: Peringatan dari tuhan.
Kedua: Pembersih dan penebus dosa-dosa yang lalu.
Ketiga: doa orang yang sedang sakit itu mustajab, kerana itu berdoalah pada ALLAH sekuatmu.”
Salman Al-Farisi r.a. berkata: “sesungguhnya ALLAH menguji hamba yang mukmin dengan bala, kemudian menyembuhkannya dan menjadi penebus dosa-dosa yang lalu, dan pengingatan untuk masa akan datang.”
“ALLAH juga memberi bala kepada orang kafir, kemudian menyembuhkannya, maka dia (orang kafir itu) seumpama unta yang diikat kemudian dilepaskan tanpa mengerti mengapakah dia diikat dan mengapa dilepaskan”
Dari situlah kita dapat melihat akan kelebihan dan keistimewaan orang-orang mukmin ketika menghadapi musibah atau ujian dari Pencipta. Dan dari situ jugalah akan wujudnya sifat sabar yang mana sabar dalam menahan kesakitan kerana penyakit yang dideritanya dan dalam masa yang sama menghadapi ujian dan bala dari ALLAH.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sabar itu ada tiga: Pertama, sabar dalam mengerjakan ketaatan. Kedua, sabar menghadapi musibah (bala). Ketiga, sabar meningggalkan maksiat. maka siapa yang sabar atas penderitaan musibah sehingga di tolaknya dengan hiburan yang baik, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Dan siapa yang sabar berbuat ketaatan, maka dicatat baginya enam ratus darjat. Dan siapa yang sabar dalam meninggalkan maksiat, dicatat baginya sembilan ratus darjat”
Ibnu Abbas r.a. berkata “pertama yang tertulis dalam Lauh Mahfuz ialah (bermaksud): Akulah ALLAH yang tiada Tuhan kecuali Aku, dan Muhammad itu utusanKu. Siapa yang menyerah kepada putusanKu dan sabar atas ujianKu dan mensyukuri nikmatKu, Aku catat dia seorang ‘siddiq’ dan Aku bangkitkan pada hari kiamat bersama para siddiqin. Dan siapa yang tidak menerima putusanKu dan tidak sabar atas bala ujianKu dan tidak mensyukuri nikmatKu, maka hendaknya mencari tuhan selain Aku.”
Jadi kita boleh lihat, betapa murninya ketauhidan orang-orang yang beriman dalam menghadapi sebarang musibah yang menimpa dirinya.
Bagi orang yang ditimpa bala, ilmulah yang akan dapat memberitahunya betapa bala yang antaranya berupa sakit itu merupakan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepadanya.
Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “jika ALLAH memberi bala (ujian) bagi seseorang mukmin berupa penyakit maka Malaikat yang disebelah kiri diperintahkan supaya tidak mencatat apa-apa, sedangkan Malaikat sebelah kanan diperintah: Catatlah untuk hambaKu sebaik-baik amal perbuatan yang biasa dilakukan ketika sihat, kerana dia kini dalam belengguKu".
Keistimewaanya disini, orang yang sakit itu akan diampunkan dosa-dosanya seandainya dia menemui ajal kerana penyakitnya itu atau ALLAH sembuh dari penyakit tersebut.
Ja’far bin Barqan meriwayatkan dari seorang tua dari seorang sahabat Muhajirin ketika dia menziarahi seorang pesakit, tiba-tiba sahabat itu berkata:
“saya telah mendengar bahawa orang yang sedang sakit itu mendapat empat macam:
Pertama:, diangkat daripadanya pencatatan kalam.
Kedua: diberikannya pahala apa yang biasa dilakukannya ketika masih sihat.

Ketiga: tiap-tiap dosa dikeluarkan dari setiap ruas persendiriannya.
Keempat: Jika mati diampunkan baginya, jika lanjut umurnya juga diampunkan baginya.
Jadi kita dapat lihat betapa murninya hati dan hendaklah kita redha dengan ujian yang berupa penyakit itu.
Abul-Laits Assamarqandi dengan sanadnya dari Atha’ bin Yasar berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda “jika seseorang sakit maka ALLAH mengutuskan kepadanya dua Malaikat dan berfirman: Lihatlah apa yang dikatakan oleh hambaKu kepada orang-orang yang menziarahinya. maka apabila dia diziarahi orang lalu mengucap ‘Alhamdulillah’, maka disampaikan kepada Tuhan, padahal Allah lebih mengetahui, lalu Allah berkata kepada dua Malaikat: Sampaikan kepada hambaKU: jika Aku mematikannya kerana penyakit itu pasti Aku masukkan dia ke dalam syurga, dan jika Aku sembuhkan, Aku ganti dengan daging yang lebih baik dari dagingnya, dan darah yang lebih baik dari darahnya, dan Aku jadikan penyakit itu sebagai penebus dosa-dosanya.”
Jadi kita lihat begitu besar dan hebatnya kurniaan ALLAH kepada orang-orang mukmin. Kemuliaan yang diberikan itu tidak ada bandingan dan nilainya dengan apa saja harta dan kedudukan seseorang di dunia ini. Anugerah yang dikurniakanNya adalah kekad dan abadi. Tidak punah atau rosak. Tidak berkurangan malahan semakin bertambah.
Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Nabi s.a.w bersabda: Tuhanmu berfirman:
“Demi kemulian dan kebesaranKu, Aku tidak mengeluarkan seseorang dari dunia, padahal Aku akan memberi rahmat padanya, melainkan Aku bersihkan ia dari semua dosa yang pernah dilakukannya, dengan penyakit di badannya, atau kesempitan hidupnya, maka jika masih ada sisa dosanya, aku beratkan padanya sakaratul maut sehingga datang menghadap padaKu sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari perut ibunya.
“dan tiada Aku mengeluarkan seseorang dari dunia, sedang Aku berkehendak menyeksanya, melainkan Aku bayar tunai (kontan di dunia) tiap amal kebaikan yang dilakukannya iaitu dengan kesihatan badannya, dan kelapangan hidupnya, dan bila masih ada sisa ‘hasanat’ yang belum dibayar, Aku ringankan baginya sakaratul maut sehingga datang menghadap padaKu, sedang dia sudah tidak mempunyai ‘hasanat’ yang belum dibayar.”
Kesimpulannya, hendaklah kita fahami dan redha apabila melihat seseorang yang bakal menemui Penciptanya yang mengalami derita kesan penyakit, itu beerti ALLAH hendak membersihkan sisa-sisa dosanya di dunia ini dan kemudian kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang bersih dan suci dari sebarang dosa. Begitu juga dengan sesiapa sahaja dari golongan mukmin.
Oleh yang demikian, kita hendaklah bersedia untuk menghadapi apa jua dugaan atau musibah dari ALLAH agar apabila kita diuji maka kita boleh menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.

No comments:
Post a Comment