Sunday, August 28, 2005

apa beza miri dan kl

Kat company baru nie aku kerja hari sabtu. So semalam aku kerja ler dan sebelum masuk opis tu aku lepak kat kedai minum dulu.

Pagi tu minum keh kosong ajer... so 60 sen. Aku tak kisah...

Lepas tu, masuk opis. Tengah hari dah habis kerja dan aku sms adik aku untuk amik aku dari opis. Sambil tunggu dia, aku lepak lagi kat kedai kopi. Kali nie plak aku order “ice lemon tea” [untuk pengetahuan, kat miri, tak der teh ‘o’ ais limau, semua ice lemon tea ajer. Pakai lemon betul tau.]

Satu ice lemon tea ngan roti nan. Sambil makan tu, 2 orang adik aku sampai dan aku belanja diaorang. Sorang order roti kosong dengan milo ais. Sorang plak roti kosong ngan holick ais.

Habis ajer makan semua tu, aku sutuh kira.

RM8.20

Erk... RM 8.20. apsal mahal sangat. Aku tanya “ betulkan nie RM.8.20? kira lagi”

“Roti kosong 90 sen, air RM. 1.60”

“erk... patut pun”

Aku bayar ajer... lepas tu apa yang buat aku nak tulis dalam nie adalah kerana harga nya. Dan tentang living cost. Kalau di kl dulu, roti kosong aku leh dapat dengan harga 60 sen atau paling mahal pun 70 sen. Air, seringgit dua posen. Tapi disini semuanya mahal. Yang menjadi unik, kenapa orang cakap living cost di kl mahal dari miri. Aku pun tak tahu kenapa. Jadi sekarang nie bila aku fikir sedalam-dalamnya, segalanya mahal dimiri berbanding kl. Jadi, aku tak susah ler kalau aku hidup di kl.

Ya... dengan kesimpulan itu, mungkinkah aku akan kembali ke kl?

No comments: