Monday, August 22, 2005

perjalanan selepas resign 2 - finale

Ahad.
Pepagi dah sedia orang tua aku nak balik. Memasing cam nak balik pagi tu jugak. But aku memang tak kan balik pagi nyer. Sebab aku cam rasa tak puas lagi di rumah tu. Memang aku rasa cam seronok sangat kalau berada kat umah tu dan memang kalau dapat aku nak tinggal lama ajer kat situ. Tapi nak buat cam ner, masa berlalu dan aku kena teruskan ‘perjalanan’ yang aku kena tempuhi. Aku tak banyak sangat kerja pagi tu, saja borak-borak ngan ‘mak mertua’ lepas tu salin lagu dan beberapa gambar dan lepas tu baru aku sibuk nak packing balik. Tapi, mak usu carik lagi dan dia suruh datang umah, makan siang.[alah makan tengahari ler] Nak tak nak, pegi ler. Sebab lepas ni pun aku tak tahu bila lagi nak datang. Lagipun memang mak usu antara sedara yang aku agak rapat. Sebab dulu, arwah memang rapat ngan diaorang, so secara automatic aku pun rapat gak ler.

mmm. sebelum balik tu kitaorang amik keluarga dulu. Yelah sebagai kenangan yang keluarga pernah bersama, walaupun pada awalnya mempunyai perancangan untuk berbesan. Tapi nak buat cam ner perkara telah berlaku. Petang tu hujan plak. Cam menangisi pemergian kitaorang dari jb. Hehehehhe, gerak gak lah dalam kul berape ntah, tak ingat sangat tapi dah masuk zohor ler. Pegi umah usu, memang semua dah ready dan hanya tunggu masa ajer nak makan. Tapi kena tunggu mak dan ayah mertua aku gak ler. Lepas tu baru start menjamu. He ha he ha... makan jangan tak makan.

Kalau tak silap dalam kul 3 petang lagi kitaorang gerak ke kl. Aku memang terus ke KL ler dan tak singgah mana-mana. Abang ipar aku balik kampung dulu. So tak der ler konvoi. Perjalanan petang tu kami teruskan dan kami hanya singgah di restoren r&r air keroh melaka ajer. Sembahyang asar jap, lepas tu gerak terus ke kl. Kalau tak silap sampai ke kl dalam maghrib dan sampai ajer dah lepak ajer kat umah. Ye lah dah letih. Terutama aku ler. Sebab aku yang drive memanjang.

Isnin
Pagi-pagi gerak ke putrajaya. Hehehe.... nak amik gambar. Lepas tu terus ke nilai nak beli belah. Mula pi nilai 1, lepas tu pegi nilai 3. dan petang tu singgah rumah member aku shira. Sebab dia yang tolong aku masa bertunang dulu, so singgah ler. Lagipun ntah lepas nie tak tahu ler bila nak datang lagikan. Petang balik umah dulu, sebelum malam tu ke kajang untuk menikmati sate kajang.

Selasa

Awal pagi pergi subang jap. Nak jumpa forwarding yang uruskan harta aku. so, aku deal ngan dia nak suruh amik barang hari rabu dan aku hantar kereta hari khamis pagi. Lepas tu, pegi klcc. Tapi tak jalan di klcc ler. Naik putra lrt ke masjid jamek. Lepas tu beli belah di jalan masjid india. Bergambar ler merata sampai dataran. Lepas tu baru balik ke klcc dan amik gambar. Lepas tu balik umah dan rest. Untuk perjalanan esok. Actually bukan perjalanan apa pun sebab nak pack barang aku. barang aku banyak lagi tak pack. So, malam tu aku pack semua barang sampai kul berapa aku pun tak ingat sangat.

Rabu
Pagi sambung lagi packing. Sebab lorry datang nak amik barang petang tu. Tapi tak sampai petang pun, kalau tak silap dalam kul 10, lori dah datang nak amik. Nasib baik barang dah siap pack semua. Dalam 14 kotak. Abis ajer punggah barang tu, kitaorang gerak ke shah alam. Actually aku nak bawak diaorang jalan-jalan sambil amik gambar ler. Mula gi plaza alam sentral, sebab nak beli negatif filem yang dah abis. Lepas tu ke dataran shah alam dan tasik. Pegi masjid shah alam untuk solat zohor, lepas tu gerak ke subang parade. Abis tu, jalan-jalan dalam kereta ikut ldp sampai ke tv3. balik. Rasa dah petang tu. Bukan apa, malam tu aku nak jumpa adik ipar aku untuk kali terakhir sebelum aku balik sarawak.

Actually, aku memang nak luahkan niat aku pada dia sebelum nie, tapi lidah pendek sket, dan malam tu aku memang nekad, walau apapun terjadi. Sebab bagi aku, kalau tak sekarang bila lagi. Sebenarnya aku menyayangi arwah tunang aku lebih dari segalanya. Dan dalam masa yang sama aku memang menyayangi keluarga mereka dan aku turut menyayangi dia. dan mungkin aku mampu manyayangi dia umpama aku menyayangi kakaknya dulu. Cuma aku tak pasti dia boleh terima atau tidak. Tapi aku dapat rasakan yang aku memang mampu untuk menyayangi dia. dan sekarang keadaan dah jauh, hanya alat perhubungan ajer yang boleh membantu aku untuk meneruskan hubungan aku dengan dia.

Dan hasrat aku malam tu terluah juga. Erk, terketar jugak nak cakap. Dan lepas tu terus balik. Malam tu, dah tido, sebab esoknya nak balik dah. Sedih sungguh aku malam tu kerana meninggalkan semenanjung yang banyak mengajar aku erti hidup.

Khamis
Pagi, aku hantar barang dan ayah aku ke klia dulu. Pagi yang hujan tu, aku rasakan umpama hari bersedih kerana aku nak balik sarawak. Tapi, keputusan telah aku buat dan memang sukar untuk aku undur. Walaupun hakikatnya aku nak berundur. Yakni tak nak balik. Sebab aku dah ada rasa sayang muncul dalam hatiku pada seseorang di sini.

Balik dari hantar ayah aku ke klia, aku hantar mak dan makcik aku ke stesen erl putrajaya. Lepas tu balik umah, ajak bro sekali ke subang. Ke subang untuk hantar kereta. Lepas hantar kereta, bro hantar aku ke erl putrajaya. Dan mulalah perjalanan naik erl dan ke klia. Di klia, aku jumpa shiela. Kawan arwah tunang aku dulu. Borak-borak jap dan sampai masa nak check in. Lepas check in aku masuk balai berlepas dengan perasaan sedih sekali. Yah... tahu ajer ler, kalau balik untuk seketika, mungkin aku tak sedih sangat tapi barang berpindah. Dan dalam hati aku memang ada rasa untuk aku kembali ke semenanjung. Dan apa yang aku harapkan kini, agar aku ada jodoh di semenanjung dan aku memang mengharapkan aku dipanjangkan jodoh ngan dia. dan lepas tu, aku mungkin akan ke johor semula.

Petang tu, fly dan sampai ke miri airport dalam kul 9 malam. Herk, sepanjang pejalanan dalam flight tu aku memang menangis. Dan aku tak dapat tahan kesedihan aku sepanjang pejalanan tu. Kalau tak silap aku sampai miri aku masih menangis lagi. Dan buat pertama kalinya, aku merasakan aku teringatkan seseorang. Yakni pengganti arwah tunang aku. dia. walaupun sebelum nie aku terasa setiap hari penuh kekurangan, kerana dulu aku selalu hubungi arwah, dan kini masih sama. Namun yang bezanya, dulu kosong dan sekarang aku dapat merasakan aku semacam kasih pada dia. Cuma aku takut untuk bertanya lebih. Aku takut dia tertekan, dan aku takut, aku dikata menagih cinta. Namun, itulah hakikat yang aku seperti sayang padanya.

Sampai umah malam, aku terus cuba nak log on internet. Tapi problem line plak. Aku pun tak sure apsal. Ahhh tak puas hati langsung, esoknya aku pi tmnet beli prepaid. Dan malam tu sambung nak log on internet.

Dan itulah ringkasan perjalanan aku sebelum aku pulang ke tanah airku. Kepulangan yang aku rasakan memberi kesedihan padaku kerana meninggalkan semenanjung dan meninggalkan dia. aku harap, pjj mampu memanjangkan hubungan aku dengan dia.

No comments: