Friday, August 19, 2005

perjalanan selepas resign 1

mmmm... dah beberapa hari aku tak menaip dalam blog nie. Dalam erti kata lain aku tak update pun blog aku nie untuk sekian hari selepas hari terakhir aku bekerja di syarikat lama tu. Hari ni aku dah sampai Miri. Kampung halaman aku. ahhh.... sedih, sayu, pilu kerana meninggalkan tempat permainan aku selama ini. Ya, mungkin aku boleh katakan bahawa miri juga salah satu tempat permainan aku, namun, kuala lumpur telah memberi banyak tempat untuk aku bermain dan mencari ilmu serta pengalaman. Tak per. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kini. Aku hanya terus menanti seperti dulu.

Dalam beberapa hari ni selepas hari terakhir aku di syarikat lama, memang aku agak sibuk sket. Bukan apa, orang tua aku datang untuk bantu aku berkemas barang untuk berpindah ke sarawak. Mula malam khamis hari tu, dengan keadaan yang berjerebu, aku ambil mereka di klia. Sampai kalau tak silap aku dalam kul 12 malam. Lepas tu, balik umah dan tido.

Jumaat
Pepagi jumaat tu, terus gerak nak ke melaka. Tapi sebelum tu sarapan jap. Haaa... kat restoran bravo. Alah kat puchong tu jugak. Kalau tak silap aku, kitaorang mula gerak dalam kul 10.30 pagi tu. Tujuan pertama atau destinasi pertama adalah melaka. Tapi, ayah aku dah contact kawan lama dia di melaka dan akhirnya kitaorang pergi sana ajer. Kat tanjung bidara di melaka. Alah nak jumpa kawan ayah yang dah lama tak di jumpainya. Kat situ dah hampir kul 12, kalau tak silap aku ler kita orang sampai sebab tak tahu jalan dan sesat. Ye lah kawasan kampung plak tu. Sesampai ajer. Lepak jap kat umah, lepas tu semayang jumaat.

Saje nak tengok gak, sembahyang jumaat kat sana... hehehe... aku memang cam tu, memane aku pegi memang nak tengok keadaan sekeliling. Sekurang-kurangnya tahu keadaan atau apa yang berlaku. lepas jumaat, kita orang balik umah dan menjamu selera... atau dengan istilah yang best... makan tengahari.

Dalam kul 3 petang, baru mula nak gerak ke bandar hilir nak amik gambar sebagai kenangan. Tapi sebab aku macam blur sket, aku pun cakap ngan pakcik tu nak ke a famosa. So, dia tunjukkan jalan, tapi aku tersilap yang a famosa ni adalah resort dan bukan yang kat bandar tu. Kena patah balik plak. Terpaksa aku drive sendiri nak pergi bandar hilir. Dalam kul 4 lebih gak kalau tak silap aku kita orang sampai kat sana. Ahaks. Apa lagi, jejalan sambil bergambar ler. Tak kurang juga mak cik aku nak membeli barang kenangan untuk bagi kat anak buah memasing.

Hampir 6 petang, ‘mak’ aku dari johor telepon, tanya kat mana. Ye lah, hari tu aku cakap yang aku akan sampai hari jumaat dan mustahil ler, dah 6 petang tak sampai-sampai lagikan. Tu yang dia tanya aku. lepas tu memang aku terus gerak ke johor dan kalau tak silap sampai sana dalam jam 8 malam. Lepak-lepak dan tido.

Sabtu.
Yup nak kenduri arwah yang ke 40. aku pagi tu ke senai dulu sebab nak beli tiket flight nak balik miri pada next following week nye. Nasib baik ada tiket pada 18 Ogos. So, aku tak risau lagi. Cuma harga nya lebih sket ler. Dalam 250 sorang. Ahhh tak pe still murah berbanding penerbangan yang lain tu. Aku beli dan lepas bergambar sket-sket, kitaorang gerak ke pasar tani.

Pasar tani ni bukan apa. Sebab kedua orang tua aku meniaga pasar tani. So mereka nak tengok macamana keadaan pasar tani di negeri orang. So, tu yang beriya sangat nak tengok. Sampai dalam kul 10 lebih, dah banyak yang nak tutup dah. Mungkin jualan dah abis. Pasar tani ni kat stadium larkin. Lepas tu, aku bawak mereka ke danga bay. Nak tengok cam ner yang di katakan dengan danga bay tu. Hehehehe..... meriah sakan bergambar. Bukan meriah orang datang tapi, bergambar. Ye lah, siang maner ada orang sangat. Lepas tu baru ler aku nak pergi ziarah kubur arwah tunang aku. tapi, penumpang kata nak makan dulu. Emmm aku pun tak banyak idea nak bawak maner. Last-last pegi ajer ler ke stulang laut. Selain makan leh gak tengok singapore dekat dan heheheh seperti biasa bergambar. Lepas tu baru ler gerak ke kubur. Walau apapun aku kena jugak pergi. Sebab memang itu niat aku dari awal. Once aku jejak kaki di johor aku kena pergi jumpa ‘dia’. walaupun dia tak boleh berborak dengan aku.

Agak petang gak balik tu, tengok orang dah mula rewang kat umah. Errr... mak ngah pun dah ada dah. Selain tu, seperti biasa ler. Jejiran tetangga. Buat preparation petang tu sampai ke maghrib. Lepas tu, siap, maghrib dan mula yasin wanita dulu. Abis, terus sambung yasin lelaki plak. Dan habis semua agak malam juga kalau tak silap. Dan... sorang-sorang mula balik. Memang aku rindu sangat saat orang ramai dan aku mula sedih bila sorang-demi sorang balik. Terutama ahli keluarga. Mak usu, hhhhh selalu ajer, ajak ke rumah. Aku just cakap insyaAllah. Esok datang. Cuma aku tak leh nak janji ler nak datang. Rumah mula sunyi sebab orang dah ramai balik. Tinggal ler, kita orang yang biasa nie.

mmmm. aku ada cakap ngan mak usu, “kan best kalau ni bukan kenduri arwah!”
“alah, romzi, kita merancang tuhan yang tentukan semuanya” balas mak usu kat aku, masa rewang tu ler. Aku memang sedih sangat. Kekadang memang air mata aku menitis sahaja bila terkenangkan kenangan silam. Yah... aku memang harapkan yang kenduri itu bukan kenduri arwah, tapi kenduri perkahwinan atau yang seumpamanya untuk aku dan ‘dia’. namun, semua telah terancang dan aku hanya pasrah menerimanya.

No comments: