Monday, October 31, 2005

aku di miri

aku dah sampai di miri...
sabtu lepas aku mulakan perjalanan dari bintulu lebih kurang jam 10.30 pagi. lepas aku isi minyak di tg. kidurong, aku pecutkan kereta aku terus menuju ke miri. aku guna coastal road. sampai di miri lebih kurang 12++. aku kira time dalam satu jam 35 minit. masih tak memuaskan. hehehe.... bukan memuaskan ape. saje nak test drive berapa laju aku boleh run.

meeting petang tu kat company lama. ahhh... lain kali aku nak cerita ape... malas dah rasanye...

ahad... aku amik kawan di airport. lepas tu berbuka dengan kawan-kawan sekolah dulu. tak pe... nanti lagi aku tambah cerita. tunggu aku tgk prepare gambar-gambar tu semua. hehehe

sekarang ni. nak tido dulu.

Saturday, October 29, 2005

selamat hari raya

assalamualaikum dan dan salam sejahtra kepada semua...

pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut perayaan deepavali kepada semua yang menganut agama hindu dan yang berbangsa india di seluruh pelusuk dunia ini. Happy Deepavali

keduanya aku nak ucapkan salam perpisahan kepada ramadhan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

ketiganya aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat dunia yang menyambutnya... dan terutama sekali kepada blogger seantero dunia dan insan-insan yang membaca blog aku ini.

dan dedicated untuk buah hatiku amai, selamat menyambut aidilfitri, maafkan salah silap saya selama kita kenal sebelum ini. insyaAllah, jika tiada halangan @ rintangan mungkin tahun depan kita leh beraya bersama.

untuk warga kota yang nak pulang berhari raya... yang balik dengan kenderaan sendiri tak kisah ler motor ke kereta ke basikal ker... selamat memandu dengan cermat. ingat orang tersayang... dan yang balik naik kapal terbang tu, jangan berebut-rebut [sapa naik airasia] dan pesanan untuk pilot, bawak kapal terbang tu elok-elok, jangan berangan lebih sangat kat cockpit tu... aku tahu, kerja korang tu...

errr... nak ucap kat sape lagi aah... ops, kepada mak abah kandung, mak-mak dan abah-abah angkat, mak-mak dan abah-abah mertua, ipar duai, sanak saudara sekalian selamat hari raya. maafkanlah kesalahan aku ini. aku tahu aku ada buat salah dan dosa... halalkan makan minum aku selama ini.

sekian...
aku nak balik bandaraya miri dah....

disini ku menulis,
Tg. Kidurong

Friday, October 28, 2005

the chain of relationship ~ i"ve been tagged!

aku tak perasan yang aku kena mangsa tag nie... rupanyer si nagacute yang tag aku... tak per... demi memenuhi hasrat sesapa ajer, aku nak tulih cerita aku plak...

5ive Things I Plan To Do Before I die

1. haji dan umrah... kumpul pahala banyak?.
2. aku nak kawin... dan nak membahagiakan aweks aku yang bernama amai...
3. membahagiakan kedua orang tua ku...
4. ingin memiliki ladang, estate dan umah ala-ala dalam cerita smallville.
5. dah pasti karear aku... dan aku nak jadi ceo of the company...

5ive Things I can Do...

1. telepon 'amai'
2. tido
3. makan
4. jalan-jalan
5. main internet


5ive celebrity crushes
(aku ni bukan reti sangat artis ni, tapi aku masukkan tokoh gak ler)

1. Tun Dr. Mahathir
2. Pak Lah
3. Syed Mokhtar Al-Bukhari
4. Mawi (demi amai)
5. Fazley (sebab dia dah ada title Dr.)

5ive Things That Attract Me To opposite Sex

1. manja
2. memahami aku
3. pakai tudung
4. rajin melayan karenah aku
5. yang pasti penyayang.

5ive Victims I can Tag
1. noush
2. iemah
3. sherrina
4. haiza
5. teh bunga

setelah aku kena, lepas ni... orang yang aku list tu aku nak kenakan... hahahaha... kena jawab tu...

buah hati aku

setelah mendapat kebenaran dari yang empunya badan... hari ni aku nak war-warkan kat seluruh alam... yang orang yang membantu aku selama ini, menenangkan hati dan jiwa aku yang kacau dan dialah buah hati aku. dan buah hati aku itu adalah "amai". nak tahu lebih lanjut mengenai dia, akan diceritakan kemudian,

siapa dia, cemana aku leh jumpa, cemana dia leh membahagiakan aku dan segalanya tentang dia.

so, kepada kawan-kawan dia dan aku yang selalu tertanya-tanya siapa orang itu, itulah jawapan dia.

nantikan episod akan datang... kah.. kah.. kah..

Thursday, October 27, 2005

khamis

aku menghitung hari menantikan hari sabtu...
kerana hari sabtu aku akan balik ke miri...
aku nak bercuti raya...

mood pun dah raya dah...
argh.......

Wednesday, October 26, 2005

jemputan ke umah aku...

kepada pembaca blog aku ni, aku dengan ini nak mengundang korang semua untuk datang ler ke umah aku di hari raya nanti. tapi bukan aku tak kasi datang first day, ada hal sket. tahun ni aku akan beraya di kampung halaman aku di Mukah. [kampung arwah atuk dan nenek aku] so, aku hanya akan ada di miri pada hari raya 3 atau ke-empat cam tu ler.

untuk yang nak datang tu, ni alamatnyer;

lot 1186, jln kg luak 4b/2,
kampung luak,
off jalan miri-bakam,
98000 bandaraya miri,
sarawak bumi kenyalang.

kalau nak hantar duit raya pun boleh gak. ahaks. so, jangan lupa yer. sudi-sudikanlah....

Kalau dah namanya perempuan... ... ...

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.


5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a. Rasa macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ketak adil, aku tak kira!

note: benda alah ni aku dapat dari kawan aku dalam friendster. lepas aku baca, aku gelak sorang-sorang dan tengok ada sesetengahnye cam betul. sebab tu aku nak share kat korang semua benda alah ni dan aku masukkan dalam ni.

kepada perempuan-perempuan tu, jangan marah ek... kalau marah @ terasa mohon ampun dan maaf ler...

cerita...ceriti... ceritu...

kali terakhir aku menulis dalam blog adalah jumaat lepas. tu pun setelah aku guna dial up line. ye lah... seperti yang aku tulis dalam posting aku minggu lepas, line internet kat office aku down. down bukan sebab aper, tapi down sebab tak bayar bil tertunggak. hampeh tol ler. ape le nasib aku kat sini ni.

dan sabtu lepas dalam suasana penuh kebosanan aku pecut kereta aku balik miri. aku bosan tak tahu nak buat apa di bintulu ni. aku pun tak tahu. memang mulanya aku tak terfikir tuk balik, sehingga hujung minggu nie, tapi disebabkan tahap kebosanan aku yang tinggi dan tahap tensen aku dah meluap, aku pun melarikan diri dari bintulu ini. aku balik miri. sana ok, tak der masalah sangat buat aku. sekurang-kurangnya itu rumah aku.

petang sabtu, aku berbuka dengan kawan aku. ah... tak lama mana pun. malam tu aku balik, konon nak pergi terawikh. tapi dah tak sempat. sampai umah ajer dah lepas isyak. aku lepak ajer ler kat umah tgk tv dan telefon buah hati aku. malam tu... aku tidur sampai 3 pagi. aku telefon buah hati aku itu. ahaks.

ahad, aku pergi jalan-jalan ngan parent nak shopping barang dapur jap. lepas tu aku tido lagi. hehehe... biasalah membalas tido yang aku terhutang pada malam tu. petang tu berbuka ngan parent aku. beberapa masakan yang aku gemar mak aku dah buat. memang mak aku dah masak dengan masakan kegemaran aku selama ni. lepas terawikh malam tu, aku tipon buah hati aku lagi. tapi tak lama sebab aku nak kena bangun awal nak balik bintulu pagi isnin.

Alhamdulillah, malam tu, aku dah menunaikan kewajipan rukun islam ke 4 aku. menunaikan zakat. dan untuk kami di sarawak ni, zakat fitrah bernilai RM 5.20.

isnin. ini kes pertama aku balik pagi terus ke office. sebab sebelum ni aku akan balik hari ahad, mean aku relex sini sket. tapi kali ni, sebab kebosanan itu, aku pun balik pagi isnin. aku bertolak dari miri 6.00 pagi. sampai bintulu, betul-betul depan office lebih kurang 7.30 pagi. huh... satu pencapaian lagi. 1 jam setengah.


hari ini, internet baru ada dalam office ni. taukeh baru bayar bil pagi tadi lepas semalam aku bising kat semua orang. semua aku sound kenapa takder internet itu ini. akhirnya hah... baru mereka tahu.

hakikatnya kini aku tak sabar nak balik hari sabtu ni. sebab mood aku dah raya dah. dan aku tak sabar nak ke office di lutong on monday. untuk meneruskan perbincangan aku untuk berjuang semula di semenanjung. aku yakin tiada masalah sangat nanti bila aku ke sana. aku yakin dia boleh terima aku di companynya.

cerita pasal aweks aku. kini hanya sorang sahaja buah hati pengarang jantung aku. dia adalah aweks sintok aku. aku sayang kat dia. aku tak tahu cam ner nak terangkan bagaimana aku sayang kat dia. walaupun kekadang ada antara sikap aku yang membuatkan dia kecik ati, terasa dan seumpamanya, tapi dia masih sabar menanti/menunggu aku. aku amat menghargainya. cuma apa yang aku takut nanti, aku mengulangi kesalahan yang pernah aku lakukan sebelum ini. kesalahan yang membuatkan dia terasa dan tersinggung dengan aku.


Friday, October 21, 2005

Al-fatihah

Alfatihah.
untuk Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmud yang telah kembali menemui penciptaNya pada 20 Octtober 2005, pada jam 7.50 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Image hosted by Photobucket.com

nota kaki : aku tidak tahu, mengenai pemergian Datin Seri Endon pada pagi semalam. ini kerana di tempat aku ni sumber berita agak lambat sedikit. dan aku mendengar hanya melalui radio, dan aku pada mulanya masih kurang mempercayai berita itu. tapi, setelah aku dapat pengesahan dari kawan di semenanjung tentang kesahihan berita itu, baru aku percaya.

hakikatnya, aku bangga dengan Datin Seri Endon kerana beliau tabah mengharungi ujian dan tabah menghadapi saat-saat getir dalam beliau melawan penyakit kanser yang di hidapi beliau. aku dapat merasakan bagaimana seseorang yang 'pergi' kerana penyakit kanser itu kerana aku telah melaluinya. dan aku cukup bangga juga tengok Pak Lah masa dokumentari "Endon Dalam Kenangan" - TV3, Beliau tenang, tabah dalam menghadapi ujian ALLAH ini. Kehilangan seorang isteri yang tersayang memang amat memeritkan, aku dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau kerana aku pernah alaminya masa bersama arwah tunang aku dulu.

Alfatihah lagi buat Datin Seri Endon Mahmud.

Thursday, October 20, 2005

argh... apa nak jadi nie...

Semalam dan hari ini memang cukup membosankan buat aku. tensen sungguh. Aku tak tahu kenapa internet di office aku ini down. Aku rasa tidak mungkin itu masalah dari pihak tmnet. Sebab aku dah cuba hubungi mereka dan mereka kata tiada masalah di kawasan aku. jadi adakah ini konspirasi dari syarikat aku yang tak nak aku access pada internet.

Ah, apalah kedekut sangat dengan intenet tu. Bukanya bayar mahal. Dan pembayaran pun bukan ikut penggunaan berapa jam nak guna. Ini guna selagi nak, sampai mabuk. Bayar tetap sama. Sebab streamyx.

Aku nampak semalam yang taukeh sini nampak cam buat dunno ajer pasal internet tu. Dia pun tak cakap apa. Aku malas ler nak tanya banyak lagi. Biarkanlah.

Perkara ni sebenarnya aku dah lama fikirkan. Tapi tak der ler lama sangat. Seingat aku aku mula memikirkan selepas aku join company ni. Aku mula join dulu pun dah rasa yang company ni cam ada kurang ajer. Sebabnye aku tengok barisan director dia. aku bukan nak cakap yang aku ni cukup pengalaman atau apa. [sebab kalau cukup aku dah buka company sendiri. Ahaks] tapi, bila aku lihat personel yang memegang jawatan sebagai director @ pengarah dalam bahasa melayu nya memang nampak ‘pengarah’. Mengarah ajer. Dan aku tengok sifat mereka @ cara mereka tidak seperti owner of the company. Langsung tidak ada ciri-ciri sebagai seorang yang memegang syer dalam company. Aku tidak pasti dimana kurang nya, tapi aku dapat rasakan yang mereka tiada langsung syer dalam syarikat ini. Walaupun pada hakikatnya nama mereka terpampang jelas dalam pendaftaran syarikat.

Ah, itu aku tidak kisah. Kerana itu hal mereka dan aku tidak peduli sangat perkara itu sebenarnya. Apa yang aku peduli adalah tentang masa depan aku di sini. Bagaimana dengan impian aku untuk belajar ilmu perniagaan ini?, bagaimana dengan perancangan aku untuk menubuhkan syarikat sendiri suatu masa nanti?

Jika tidak silap aku, aku pernah meluahkan dalam posting aku yang sebelum ini pasal kekecewaan aku setelah di terima di syarikat ini. Mungkin tidak banyak kerana yang banyak aku ceritakan sebelum ini adalah mengenai kenapa dan mengapa director company ni sanggup ambil risiko untuk ambil aku bekerja dengan mereka. Dan mengapa director company ni terlalu baik dengan aku. siap tanya khabar baik-baik dan slow talk.

Ya, kekadang aku terasa seperti aku dipergunakan atau bakal dipergunakan nanti. Itu yang aku dapat rasakan walaupun aku tidak merasakan sepenuhnya sekarang. Kenapa aku berkata begitu? Kerana dengan kelebihan aku mencari pengalaman di negeri orang dan pengalaman aku tentang banyak perkara, aku di pergunakan oleh mereka untuk mengaut keuntungan itu. dan aku dipergunakan oleh mereka untuk tujuan kommercial.

Aku tahu, selagi aku bergelar pekerja kepada seseorang, selagi itu aku tenaga dan pemikiran aku akan digunakan seperti limau oren. Majikan akan memerah jusnya dan akhirnya bila sudah tiada jus, sepah itu akan dibuang. Dan begitulah lumpah seseorang yang bergelar pekerja.

Apa yang ada dalam fikiran aku kini adalah untuk mencari satu peluang baru untuk aku lebih belajar dan bukannya mengajar seperti sekarang. Aku nak belajar pengurusan syarikat. Aku nak belajar bagaimana mentadbir sebuah syarikat. Bukan seperti sekarang yang mana aku tidak ubah seperti seorang salesman semula secara sepenuh masa. Bukan itu objektif yang nak aku cari sekarang ini. Apa yang aku nak cari adalah seperti yang aku ungkapkan di atas tadi.

Aku berharap agar perjalanan aku selepas raya ini akan berubah dan aku berharap akan ada sinar baru untuk aku mencari dan terus mencari untuk aku mencapai impian aku.

Wahai syarikat aku, jangan ler kedekut sangat dengan pekerja. Sampai internet ni nak sekat. Adeh... tensen aku kembali... aku dilantik sebagai branch executive sini. Semestinya aku punya kelebihan disini. Bukanya sama seperti mereka.

Sekarang ni aku bedal ajer guna aku nyer dial up line personal. Lantak ler.

Tuesday, October 18, 2005

lagu raya

Assalamualaikum... sempena nak raya nie, aku dapat link dari kawan aku pasal lagu raya. ahaks, kredit untuk kawan blog aku en. duck kerana sudi share lagu raya untuk di download bersama.

kepada korang yang download gak, leh ke [tHe PaGeS wItH aUtHorItiEs]...

tima kasih en. duck. selamat berpose semua dan selamat menjelang raya yang tak lama lagi.

p/s: tahun nie, kemeriahan menjelang hari raya dan posa, aku tidak dapat rasa sangat sebenarnya berbanding tahun yang sudah. aku sendiri pun tidak pasti kenapa. mungkin di tahun ini aku dah tiada di key ell. ahhh tak leh nak salahkan gak. tapi aku sendiri pun tidak tahu.


Sunday, October 16, 2005

sepetang bersama...

tajuk tu bunyi macam best ajer. ye lah, kalau dalam dunia glamour, ia mungkin ditakrifkan sebagai sepetang bersama vip atau atris. tapi aku lain. sepetang yang aku maksudkan adalah sepetang bersama abang polis. ahak, bukannya aku kena tangkap tapi, aku lepak bersama mereka untuk berbuka puasa.

bila dengar dari cerita mereka kekadang aku memikirkan adakah dengan kuasa yang mereka ada itu, mereka boleh melakukan apa sahaja di fikiran mereka. mereka mempergunakan kesempatan yang ada untuk memuaskan hati mereka dan sebagainya. petang tadi, aku mendengar mereka bercerita tentang apa yang berlaku pada kawan-kawan mereka semalam. huh, penuh sensasi bunyinya. hinggakan aku memikirkan adakah mereka tahu yang sekarang ini bulan ramadhan?

ada sesetengah dari mereka bercerita malam tadi, mereka 'makan luar'. uniknya mereka itu hanya lakukan di dalam kereta sahaja. hish... kalau kantoi... kan kah malu. selain itu, aku mendengar statistik di Bintulu ini, kadar penangkapan orang tidak berpuasa setakat ini lebih kurang 23 orang. Kebanyakkan mereka di tangkap kerana makan di khalayak ramai. huh, itu baru di khalayak ramai. belum lagi yang makan sembunyi-sembunyi. ntah la, kenapa mereka ini yang pada pandangan aku sudah cukup dewasa untuk memikirkan tentang akhirat, masih lagi dalam 'kegelapan'.

dulu, aku memikirkan bahawa kuala lumpur adalah tempat yang penuh dengan perkara duniawi, hinggakan sesiapa saja yang pergi sudah pasti akan menjadi sesat. namun, tanggapan aku itu salah. kerana bandar kecil seperti ini, lebih hebat duniawinya berbanding bandar besar. mungkin juga kerana penduduknya yang tidak seramai bandaraya besar menyebabkan kita memang nampak perkara itu.

apa yang aku harapkan kini agar ALLAH, masih menetapkan iman aku agar aku tidak terjebak dengan perkara seperti itu. aku tahu, mungkin iman aku tidak teguh, tapi sekurang-kurangnya tetapkanlah pendirian aku agar aku tidak terjebak dalam lembah ini. dan aku rasa andai kata aku pindah dari sini, sudah pasti aku akan menganggap ia sebagai rahmat dan hikmah dari ALLAH agar aku menjauhkan diri dari terjebak ke lembah ini.

motivasi

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN
Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

Saturday, October 15, 2005

kereta aku...

heh... bercerita tentang kereta.. aku memang tidak expert pasal kereta ni. aku hanya minat gitu-gitu saja pada kereta ni. walaupun minat gitu-gitu, tapi aku tetap ada keinginan untuk mencantikkan kereta aku.

seingat aku, aku nak beli kereta second hand ajer, pada awal sekali. tapi ntah kenapa aku tak beli gak. yang aku beli kereta baru. ni dia, kereta aku yang pertama. yang aku beli ngan duit aku sendiri. kereta baru. mula tu, bangga gak lah sebab dah beli kereta sendiri.

Image hosted by Photobucket.com
kancil... my first car

perancangan asal aku dulu nak beli iswara atau satria. sebab aku minat kereta tu terutama satria. tapi disebabkan aku baru kerja dan bajet ciput last-last aku beli kancil ni ajer. aku beli kancil ni 30 Ogos 2002. hah... keluar ajer kereta terus jalan-jalan hari merdeka. hehehe.

kereta kancil ni banyak memberi memori suka-duka aku selama ini. kalau kereta ini boleh berkata-kata, sah sehari semalam tak habis dia nak cerita ngan aku pasal kisah suka-duka aku bersama dia. aku tetap kenang kereta ini sampai bila-bila. banyak jasa ia kepada aku. kancil ni, tidak banyak modifikasi yang aku buat. semua standard. cuma rim dan spring ajer aku tukar. lain semua masih original mungkin bajet tak banyak kot. tu yang standard ajer tu.

Image hosted by Photobucket.com
my second car - iswara

Januari 2005 aku tukar kereta. kancil terpaksa aku jual sebab masalah teknikal yang amat. ntah memacam timbul. aku try nak repair, kos dia dah mencecah dalam lingkungan RM2k. huh... dah lah pokai... akhirnya aku decide jual ajer dan beli iswara yang aku pakai sekarang ni. lepas beli, beberapa benda lah aku ubah. alah benda minor ajer. cam tinted dan sebagainya tu. lepas tu aku hias pintu aku ngan 'zebra'. biar nampak ganas sket.

Image hosted by Photobucket.com
wajah terkini iswara aku - dalaman aje

Ogos lepas aku pindah ke sarawak. aku bawa jugak kereta tu balik sini. nasib baik kos tak tinggi, so aku bawa dan aku bawa ke bintulu, tempat aku kerja.

di Bintulu ni, kereta aku tak banyak bergerak sepertimana aku di kl dulu. sebabnya aku di sini disediakan dengan kereta oleh company aku kerja. kira kereta aku ni untuk hiasan aku lah lagi. dan aku rasa sayang sangat ngan kereta aku yang ni, dan try nak cari cam ner nak buat modifikasi agar kereta aku nampak cun.

Image hosted by Photobucket.com
kereta yang company kasi aku pakai

tapi... andai aku ke kl semula, kemungkinan aku tak bawa dulu kereta ni. sebab ada berita menyatakan yang aku akan di beri kereta setelah tiba di kl semula. ah... tak pe. itu cerita nanti. cerita future. yang penting sekarang ni.

walauapapun tunggu ajer lah nanti...


'dia' aweks sintok ku

petang... dalam jam 6 petang... tatkala aku lepak di kedai makan untuk berbuka... h/p berbunyi... sms...

"beli apa berbuka petang nie?"

"hari saya berbuka di kedai ngan bebudak opis"

"ok. selamat berbuka"

"tq"

6.18 p.m. berbuka puasa.

sms berbunyi lagi "makan jangan banyak tau"

"hehehe... dah berhenti dah..." jawabku.

"e*****"

"TQ, sayang... saya rasa hepi, gembira dan sewaktu dengannya bila awak tulis e*****"

"e*****e***** e*****" smsnya balas.

Malam tu, lepas sms tu... aku happy sesangat. senyum sampai ke telinga... hehehe... bukan kerana apa, kerana perkataan itu. aku gembira, happy, suka, bahagia dan seumpama denganya.

terima kasih 'dia' kerana beri saya peluang sekali lagi untuk menyelami hati 'dia'. sesungguhnya ingin saya beritahu bahawa saya sayang 'dia'. true, deep from the bottom of myheart. help me...

Semoga 'dia' berbahagia dan dapat menerima saya seadanya.

Hari ini, 'dia' ada exam. paper first jam 9.00 a.m. aku berdoa agar 'dia' boleh menghadapi 'exam'nya dengan penuh cemerlang. Good luck and happy always...


05350hrs
tepi sejadah di kala subuh...

Friday, October 14, 2005

untuk 'dia' awek sintok ku...

Ku Berserah - Amylea AF

Hembusan angin dingin membelai jiwaku ..
Bergelora perasaan pabila kau menjauhkan diri dari ku ..
Seolah cinta suciku tak bermakna lagi untuk dirimu ..
Apakah.. maksudnya semua ini
Mungkinkah adanya kesilapan dariku ..
Yang tak pernah ku duga ..
Maafkanlah oh sayangku
Oh percayalah .. ku tak bermaksud begitu
Jangan tinggal daku ..
Keseorangan ..

Ku berserah
Kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir
Telah menentukan segalanya
Ku berserah
Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Hanya diKau
Dapat merubah segalanya
Pada diKau saja
Ku mengharap
Moga kau kembali
Berikanlah kasih
Nyalakan lah lilin cinta .. kita …

Kupohon kan kemaafan dengan ikhlas hatiku
Ku tak rela dipisahkan
Walaupun sementara
Sambutlah tangan ku ini
Genggami seeratnya
Namun kini
Semuanya ku berserah

100 days ago

Assalamualaikum...

Image hosted by Photobucket.com

Al-Fatihah untuk Allayarhamah Nadira Binti Mohammad yang telah kembali kerahmatullah pada 6 Julai 2005.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, October 13, 2005

salam

assalamualaikum...

pertama sekali... terima kasih kepada semua pengunjung yang mengunjungi blog aku ini.

kedua... aku nak minta maaf sebab tak dapat merespon banyak respon dari korang semua sebab masa aku agak terhad.

ketiga... aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong aku dalam aku membina blog ini. tak kisah ler secara langsung atau tidak langsung.

keempat... untuk kawan-kawan di kl @ semenanjung... aku akan datang ke kl tahun depan. so, kita boleh jumpa dan pekena teh tarik bersama.

kelima... untuk 'dia' a.k.a. aweks sintokku... aku mula menyayangi mu... wahai dunia... kaulah saksi untuk hatiku meluahkan padanya. terimalah aku seadanya.

keenam... untuk semua kekangkawan... ya, kita kan kawan... sampai bila-bila...

ketujuh... untuk semua muslimin, selamat menjalani ibadah ramadhan... ni dah hampir kita ke pertengahan bulan.

kelapan... untuk semua insan di muka bumi ini... aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki aku, andai ada salah dan silap kata-kata dan perbuatan aku terhadap semua selama ini. sesungguhnya aku tidak mengetahui bilakah 'jemputan' untuk ku akan datang...

kesembilan... al-fatihah untuk roh-roh keluarga, datuk nenek, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang telah pergi dahulu menemui pencipta... semoga beroleh rahmat di bulan mulia ini...

kesepuluh... untuk allahyarhamah Nadira Bte Mohammad, (sudah 99 hari meninggalkan kita) al-fatihah untukmu... semoga rohmu aman bersemadi di sana. aku masih merindui saat-saat kita bersama dulu... maafkan aku kerana terkenangkan kisah suka duka kita... dan aku mohon keizinan dan restu darimu untuk aku menyayangi seseorang yang memberi senyum padaku. aku memerlukan seseorang untuk meneruskan kebahagiaan aku...

Sekian...
la ila ha illallah... muhammadar rasulullah..

untuk 'dia'... maafkan saya

pagi ini, tidak seperti biasa. tiada sms mengejutkan aku dari lena, hanya mataku sendiri yang jaga dari tidur. kenapa 'dia'? masih marahkah 'dia' pada ku? aku langsung tidak berniat untuk menyakiti hati 'dia'. maafkan saya.

"saya gembira jika awak bahagia, saya suka jika orang lain gembira kerana saya, walaupun saya tidak"

aku tidak sangka sms itu, telah membuatkan 'dia' terasa yang 'dia' tidak membahagiakan aku langsung. aku bukan bermaksud 'dia' yang tidak membuat aku bahagia. ada orang lain yang telah membuatkan aku terluka dan kecewa. dan 'dia' lah yang telah mengubatinya. banyak sumbangan 'dia' dalam membantu jiwa aku yang kacau selama ini. mungkin beberapa hari ini, jiwa aku agak kacau... dan mungkin malam tadi, hati ini makin bergocak hinggalah air mata bergenang mengenangkan kisah itu.

aku tidak tahu... kenapa beberapa hari ini, kenangan silam masih menjelma dalam hati. mungkin benar apa kata 'dia' dulu, "kenangan itu hak individu, tapi jangan hanyut dibuai kenangan. bila-bila boleh dikenang" dan aku memang cuba untuk mengelaknya tapi, kenangan itu semakin degil dan semakin mahu menerjah dalam minda aku yang sempit ini. 'dia' maafkan aku. hakikatnya yang membuat aku terkenang adalah kenangan bersama arwah tunang aku. ya, mungkin hari ini 99 hari dia meninggalkan aku 'keseorangan'. ditinggalkan tanpa ada apa-apa. dibawanya bersama hati aku ke sana. aku kacau, jiwa aku kacau. dan dalam detik itu, aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. argh... kenangan itu kah yang di namakan kenangan menusuk kalbu?

sebenarnya, kebahagiaan aku telah ditarik oleh kenangan ke alam lain. dan itu yang aku maksudkan aku tidak bahagia. tapi, bila 'dia' muncul, 'dia' memberi aku satu kebahagian yang baru buatku. hingga aku tidak sedar aku bahagia.

'dia'. aku mohon seribu kemaafan dari mu. aku harap kau membaca coretan ini dan aku masih rasa bersalah andainya kau tidak memaafkan aku. mungkin aku terlanjur menuturkan erti bahagia aku itu, tapi aku tidak bermaksud untuk menyinggung hatimu. percayalah yang kaulah satu-satunya yang membuatkan aku gembira. memberi tawa dalam hatiku, memberi sinar untukku. memberi satu harapan padaku, bahwa yang patah tumbuh, hilang berganti...

'dia' terimalah kemaafan dari aku ini. selagi kau tidak memaafkan aku, aku akan sentiasa kacau dan fikiran aku sentiasa kacau. tolonglah.... kaulah segalanya buat ku kini...

'dia' aku tidak mahu kau terus-menerus merasakan kau tidak memberi kebahagian kepadaku hingga kau sanggup meluahkan agar aku mencari lain. aku tidak mampu untuk mencari lain dan aku tidak mampu untuk meninggalkanmu. kerana aku tidak mahu melukakan dirimu. aku berjanji yang aku akan membahagiakan mu hingga akhir hayat.

'dia' kembalilah... aku mula merindui kata-kata dari mu. berilah aku peluang sekali lagi untuk aku membuktikan yang aku cukup bahagia bersama mu. berilah peluang untuk aku berkongsi hati denganmu. berilah aku peluang itu... ohhh 'dia'

13102003
hujung katil

Monday, October 10, 2005

tima kasih

sorry lama aku tak muncul kembali. bukan apa, biasalah menyibukkan diri ngan kerja yang semestinya tak kan abis hingga mata terpejam.

well, dedicated to caz, thanks a lot for helping me in design this templete. i appreciate your expertise to help me to design this such a thing. thanks again.

dan kepada kengkawan yang anto komen pasal wajah baru blog aku ni, tima kasih. hakikatnya yang baru nie, aku lom modified lagi. ni semua kerja si caz tu ler. dia buat template aku dari kosong sampai jadi gini. ada gak ler salah eja tu... biasalah minah aussie.

walau apapun aku akan modified dalam masa terdekat lagi. tunggu masa aku terluang sket. draft dah ada dah.. tinggal nak nulis script lagi. dan dalam masa yang sama buat banner baru. yang lebih cun gitu...

tak lupa pada aweks jengka, thanks kerana memahami saya dan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengetuk hati awak. wahai dunia... aku ingin khabarkan yang aku mula jatuh jantung, hati, pankress, apendik, usus dan seangkatan dengannya... pada si gadis Jengka.

hanya dia yang tahu siapa aku maksudkan. i promise... you jump i see... ehhh silap... jump gak kot... tapi tengok tempat ler... tak semua leh jump.

kepada akak angkat yang rekomen a.k.a. jodohkan aku ngan adiknyer... terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada mamat mereng ini untuk kenali keluarga akak dan menjemput aku menjadi ahli keluarga akak. ya... ikan di sarawak... asam di semenanjung... dalam periuk bertemu jua... heheheeeee....

nantikan kemunculan terkini dari hujung jari jemari romzie....

Wednesday, October 05, 2005

hari berlalu

argh...
antara suka dan duka. kini aku melahirkan templete yang baru. suka kerana nampak lawa, duka kerana ada masalah lagi dalam templete tu. argh.... tolong aku... sapa otai tolong aku....

walau apapun... aku nak ucapkan tahniah pada aku sebab berjaya godek-godek benda alah ni... dan edit dia punya html code, walaupun aku tak paham satu apa. ini semua berkat usaha aku try and error. credit untuk caz, sebab aku dapat design dari dia. aku just tukar banner dan tambah link kat tepi tu. dan komen masih menggunakan haloscan.

masalahnya pulak adalah, bila posting lebih dari 10, ia dah jadi tunggang terbalik. ini dapat dilihat bila tgk pada achieve atau aku punya arkib lama tu. nak tengok bulan lalu punya dah tonggang terbalik. so kepada sesiapa yang otai yang boleh tolong aku cam ner nak adjust benda alah nie, bolehlah e-mail kat aku personally atau letak kat komen bawah ni.

aku dah blur dan tak tahu nak buat cemana dah. try and error dah tak menjadi...

Tuesday, October 04, 2005

Selamat berpuasa...


Erm... beberapa hari dah aku tak menulis. Bukan kerana tiada idea tapi kerana masa yang membataskan segalanya. Kerja aku semakin memaksa untuk aku meneruskan mencatat apa yang terfikir dalam kotak fikiran aku. malah, beberapa hari ini beberapa orang dah bertanya kepada aku, takder cerita baru ker?

Hari ini pun aku mampu untuk selitkan sikit masa aku untuk masukkan sesuatu sempena hari terakhir dalam bulan syaban ni. Esok ramadhan. Ramadhan kali ini memberi sejuta kenangan buat aku. kenangan dimana aku pernah impikan untuk berpuasa bersama insan yang tersayang. Dan mengimpikan untuk berpuasa sebagai satu keluarga baru dan akhirnya bersama menikmati hari lebaran bersama. Tapi, itu tinggal kenangan yang hanya boleh membuatkan aku bersedih sahaja.

Semalam, semasa aku asyik melayari internet, aku membaca beberapa blog orang lain, aku tetiba terjumpa satu blog yang menulis luahan hatinya. Dan dalam luahan itu, aku sedar dan aku dapat merasakan orang yang dimaksudkan itu adalah aku. kerana semasa aku membacanya, tidak kusedari air mata ku mengalir jatuh ke pipi. Dia menulis;


beberapa hari lepas aku menambah kenalan.. kenalan yang aku rasakan istimewa.. perjalanan hidupnya memang berliku-liku.. ditinggalkan kekasih buat selamanya... pergi yang takkan kembali.. walau dia nampak mampu tersenyum dan bergembira namun sejak kali pertama aku cuba mengenalinya ku tahu semua itu dusta.. tiada yang benar.. Ya Allah.. adakah aku juga berpeluang memperolehi seorang kekasih seperti itu??!

sebagai seorang perempuan aku kagum dengan keagungan cintanya seorang lelaki pada kekasih dan tunangnya.. mungkin payah untuk mencari ganti namun aku percaya Allah itu maha adil.. akan dikurniakan seorang wanita yang mampu membuatkan kenalan ku ini tersenyum dan bahagia.. bukan maksud ku untuk menghapuskan bayangan kekasih kesayangannya yang telah pergi tetapi untuk menyambung kegembiraan yang ditinggalkan sementara... aku insan lemah..

membaca setiap coretannya membuatkan aku lebih memahaminya..merasai setiap kekecewaannya.. namun jika mampu ku berikan bahu ku untuk dia bersandar menangis sudah pasti ku berikan.. dia kenalan ku dia sahabat ku.. bagi ku dunia ini bermakna jika sahabat ku bergembira.. namun bila ada yang terluka dan bersedih maka hari-hariku akan tercacat cela.. apalah yang mampu aku katakan selain menasihatinya.. aarrghh layak kah aku untuk menasihatinya??? aku tahu aku bukan sesiapa.. bukan seorang pakar ataupun bijak pandai.. aku cuma seorang gadis yang cukup comel.. cuma aku berharap sangat kehadiran aku boleh mengembirakan hatinya.. sebagai seorang kawan... setiap hari ku doakan agar dia bertemu penganti pasangan yang sudi mengubati luka dihatinya.. menyambung kegembiraan yang terputus dulu.. buat kenalan ku..

sebagai awek bongsu aku sudah habarkan yang aku takkan menyusahkanmu.. aku akan menyenangkan mu.. so seandainya akak-akak awek mu merajok semua.. lalu datanglaa pada ku.. biar aku yang mengembirakan mu.. kerana itu adalah aku.. sebagai awek bongsu mu... apakah akan wujud yang lagi bongsu dari ku?? entah aku tak pasti.. yang aku tahu aku tetap nak jadi awek mu yang bongsu dan comel.. heh heh heh... maapkan aku kerana mencoretkan kisah mu dalam penulisan ku ini.. aku rasa tak bersalah untuk berkongsi.. aku mahu dunia tahu bahawa masih ada lelaki yang setia pada cintanya seperti dirimu.. akan ku simpan sebagai salah satu memori abadi... @}~~~~


Aku cukup terharu dengan penulisan ini. Dengan luahan ikhlas dari hatinya. Dengan pandanganya pada aku. dan aku tidak kisah untuk dia mencoretkan apa yang terfikir di mindanya kerana dia punya hak untuk meluahkan segalanya. Dan aku hanya insan biasa yang dikurniakan ALLAH akal dan fikiran. Akal untuk berfikir. Mendalami dan memahami kejadian ciptaan Ilahi.

Terima kasih buat aweks bongsu. Memang selepas ini tidak ada aweks lagi kerana cerita aweks-aweks telah tamat. Aku telah menamatkannya kerana itu hanyalah cerita rekaan untuk mencari dimana kawan. Siapa yang sebenarnya mampu untuk menjadi kawan. Ternyata aweks bongsu boleh menjadi kawan.

Untuk aweks bongsu. Pengertianmu dan pandangan mu terhadap aku memang tinggi. Kau umpama menyanjungi aku kerana kisah cinta dan kesetiaan aku pada seorang insan yang masih bernama kekasih. Namun, percayalah kau akan bertemu jua suatu hari nanti orang yang lebih baik dan mulia dari aku. aku tiada apa malah aku rasa masih kerdil berbanding insan lain.

Hemmm... lupakanlah kisah sedih itu, berikan aku berita gembira. Sesungguhnya aku ingin meluahkan yang aku gembira di sini. Di alam maya ini. Kerana mungkin setiap masa ada saja yang membaca dan mengikutinya, walaupun aku tidak tahu siapa dan walaupun orang itu secara tidak sengaja untuk membuka laman ini.

Ahaks. Untuk aweks sintok. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia. Sudi menjadi teman bicara ketika suka dan duka. Akan ku khabarkan berita gembira andaikata hati ini boleh berkata-kata. Kerana aku merasakan yang engkau telah buat aku tersenyum. Engkau telah merawat luka dihatiku, engkau telah mengelap airmataku. Dan kini segalanya engkau. Aku harap engkau tidak akan mencalarkan hati dan pankress ini.

Wah... sungguh jiwang dan bermadah rasanya aku hari ini. Kenapa ek? Aku pun tak tahu. Mungkin aku gembira kot. Mungkin... ah... cepat sungguh hati aku di ambil dia. err... kalau nak amik tu, amik separuh ehhh.... kalau habis susah nanti.... nak pakai hati aper? Hati ayam? Walauapapun, aku merasakan hati aku dah mula dicuri olehnya.

Oklah, malas nak memanjangkan jiwang berkarat aku. kalau dilayan, mahunya habis satu blog ni aku nak nulis.

Kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Tak kira yang boleh paham ker tak apa yang aku bebel ni, aku nak ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi seribu makna dan erti untuk kita semua.