Erm... beberapa hari dah aku tak menulis. Bukan kerana tiada idea tapi kerana masa yang membataskan segalanya. Kerja aku semakin memaksa untuk aku meneruskan mencatat apa yang terfikir dalam kotak fikiran aku. malah, beberapa hari ini beberapa orang dah bertanya kepada aku, takder cerita baru ker?
Hari ini pun aku mampu untuk selitkan sikit masa aku untuk masukkan sesuatu sempena hari terakhir dalam bulan syaban ni. Esok ramadhan. Ramadhan kali ini memberi sejuta kenangan buat aku. kenangan dimana aku pernah impikan untuk berpuasa bersama insan yang tersayang. Dan mengimpikan untuk berpuasa sebagai satu keluarga baru dan akhirnya bersama menikmati hari lebaran bersama. Tapi, itu tinggal kenangan yang hanya boleh membuatkan aku bersedih sahaja.
Semalam, semasa aku asyik melayari internet, aku membaca beberapa blog orang lain, aku tetiba terjumpa satu blog yang menulis luahan hatinya. Dan dalam luahan itu, aku sedar dan aku dapat merasakan orang yang dimaksudkan itu adalah aku. kerana semasa aku membacanya, tidak kusedari air mata ku mengalir jatuh ke pipi. Dia menulis;
beberapa hari lepas aku menambah kenalan.. kenalan yang aku rasakan istimewa.. perjalanan hidupnya memang berliku-liku.. ditinggalkan kekasih buat selamanya... pergi yang takkan kembali.. walau dia nampak mampu tersenyum dan bergembira namun sejak kali pertama aku cuba mengenalinya ku tahu semua itu dusta.. tiada yang benar.. Ya Allah.. adakah aku juga berpeluang memperolehi seorang kekasih seperti itu??!
sebagai seorang perempuan aku kagum dengan keagungan cintanya seorang lelaki pada kekasih dan tunangnya.. mungkin payah untuk mencari ganti namun aku percaya Allah itu maha adil.. akan dikurniakan seorang wanita yang mampu membuatkan kenalan ku ini tersenyum dan bahagia.. bukan maksud ku untuk menghapuskan bayangan kekasih kesayangannya yang telah pergi tetapi untuk menyambung kegembiraan yang ditinggalkan sementara... aku insan lemah..
membaca setiap coretannya membuatkan aku lebih memahaminya..merasai setiap kekecewaannya.. namun jika mampu ku berikan bahu ku untuk dia bersandar menangis sudah pasti ku berikan.. dia kenalan ku dia sahabat ku.. bagi ku dunia ini bermakna jika sahabat ku bergembira.. namun bila ada yang terluka dan bersedih maka hari-hariku akan tercacat cela.. apalah yang mampu aku katakan selain menasihatinya.. aarrghh layak kah aku untuk menasihatinya??? aku tahu aku bukan sesiapa.. bukan seorang pakar ataupun bijak pandai.. aku cuma seorang gadis yang cukup comel.. cuma aku berharap sangat kehadiran aku boleh mengembirakan hatinya.. sebagai seorang kawan... setiap hari ku doakan agar dia bertemu penganti pasangan yang sudi mengubati luka dihatinya.. menyambung kegembiraan yang terputus dulu.. buat kenalan ku..
sebagai awek bongsu aku sudah habarkan yang aku takkan menyusahkanmu.. aku akan menyenangkan mu.. so seandainya akak-akak awek mu merajok semua.. lalu datanglaa pada ku.. biar aku yang mengembirakan mu.. kerana itu adalah aku.. sebagai awek bongsu mu... apakah akan wujud yang lagi bongsu dari ku?? entah aku tak pasti.. yang aku tahu aku tetap nak jadi awek mu yang bongsu dan comel.. heh heh heh... maapkan aku kerana mencoretkan kisah mu dalam penulisan ku ini.. aku rasa tak bersalah untuk berkongsi.. aku mahu dunia tahu bahawa masih ada lelaki yang setia pada cintanya seperti dirimu.. akan ku simpan sebagai salah satu memori abadi... @}~~~~
Aku cukup terharu dengan penulisan ini. Dengan luahan ikhlas dari hatinya. Dengan pandanganya pada aku. dan aku tidak kisah untuk dia mencoretkan apa yang terfikir di mindanya kerana dia punya hak untuk meluahkan segalanya. Dan aku hanya insan biasa yang dikurniakan ALLAH akal dan fikiran. Akal untuk berfikir. Mendalami dan memahami kejadian ciptaan Ilahi.
Terima kasih buat aweks bongsu. Memang selepas ini tidak ada aweks lagi kerana cerita aweks-aweks telah tamat. Aku telah menamatkannya kerana itu hanyalah cerita rekaan untuk mencari dimana kawan. Siapa yang sebenarnya mampu untuk menjadi kawan. Ternyata aweks bongsu boleh menjadi kawan.
Untuk aweks bongsu. Pengertianmu dan pandangan mu terhadap aku memang tinggi. Kau umpama menyanjungi aku kerana kisah cinta dan kesetiaan aku pada seorang insan yang masih bernama kekasih. Namun, percayalah kau akan bertemu jua suatu hari nanti orang yang lebih baik dan mulia dari aku. aku tiada apa malah aku rasa masih kerdil berbanding insan lain.
Hemmm... lupakanlah kisah sedih itu, berikan aku berita gembira. Sesungguhnya aku ingin meluahkan yang aku gembira di sini. Di alam maya ini. Kerana mungkin setiap masa ada saja yang membaca dan mengikutinya, walaupun aku tidak tahu siapa dan walaupun orang itu secara tidak sengaja untuk membuka laman ini.
Ahaks. Untuk aweks sintok. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia. Sudi menjadi teman bicara ketika suka dan duka. Akan ku khabarkan berita gembira andaikata hati ini boleh berkata-kata. Kerana aku merasakan yang engkau telah buat aku tersenyum. Engkau telah merawat luka dihatiku, engkau telah mengelap airmataku. Dan kini segalanya engkau. Aku harap engkau tidak akan mencalarkan hati dan pankress ini.
Wah... sungguh jiwang dan bermadah rasanya aku hari ini. Kenapa ek? Aku pun tak tahu. Mungkin aku gembira kot. Mungkin... ah... cepat sungguh hati aku di ambil dia. err... kalau nak amik tu, amik separuh ehhh.... kalau habis susah nanti.... nak pakai hati aper? Hati ayam? Walauapapun, aku merasakan hati aku dah mula dicuri olehnya.
Oklah, malas nak memanjangkan jiwang berkarat aku. kalau dilayan, mahunya habis satu blog ni aku nak nulis.
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Tak kira yang boleh paham ker tak apa yang aku bebel ni, aku nak ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi seribu makna dan erti untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment