Saturday, December 31, 2005

SELAMAT TAHUN BARU 2006

Demi masa, sesungguhnya manusia sering kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

Al-ANSR 1-3.



Sesunggunya masa terlalu cepat berlalu. Pejam celik, tirai 2005 dah berlabuh. Tidak terasa akan lamanya untuk melalui 365 hari atau 8760 jam atau 525,600 minit atau 31,536,000 saat. Semuanya sama.... satu tahun.

Bagi aku 2005 banyak meninggalkan satu kenangan abadi yang tidak mungkin hilang dari ingatan aku. yang aku rasakan tidak mungkin boleh aku lupakan begitu sahaja. Tahun ini, umpama satu tahun kedukaan buat aku. satu tahun yang penuh cabaran buat aku. malah aku rasakan yang azam aku pada 1 Januari 2005 dulu, umpama belum tercapai lagi. Kini, atau esok muncul lagi 1 Januari cuma bertambah satu lagi tahun menjadi 2006. maka semakim bertambah bebanan azam aku. untuk aku mencapai azam tahun lepas dan untuk aku menyimpan azam pada tahun ini. ah... aku yakin tidak semua azam aku pada tahun lepas bisa aku kabulkan pada tahun ini.

Menyorot kembali azam-azam aku yang lepas, aku memikirkan beberapa kemungkinan yang mungkin berlaku pada tahun ini. azam 2005 yang paling besar yang aku akan lakukan adalah mendirikan rumahtangga atau membina masjid. ya, setelah mengikat tali pertunangan dengan arwah nadira, pada jun 2004, kami sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada jun/julai 2005. namun, kuasa ILAHI yang membataskan segalanya. perkahwinan kami menjadi anganan semata-mata apabila ALLAH menjemput dia pada 6 julai 2005. selain itu, pemergian dia, telah membuatkan hidup aku sedikit kacau bilau malah aku pernah mengalami situasi dimana aku umpama tiada lagi.

Di situ, nyata bagiku bahawa peranan seorang yang bergelar wanita itu penting bagi diriku. Disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita dibelakangnya dan disebalik kejatuhan lelaki itu juga ada wanita dibelakangnya. Dan aku dapat merasakan yang kejadian itu yang menimpa aku. aku dapat rasakan disebalik kejayaan aku menamatkan pengajian dulu, ada dia yang pemberi semangat dan setelah pemergian dia, hidup aku porak peranda, malah aku dapat merasakan yang hidup aku kacau bilau, atau boleh di istilahkan sebagai jiwa kacau.

2005 juga menyaksikan, kewangan aku pada awalnya agak terkawal dan aku mampu untuk mengumpul dana untuk aku jadikan hantaran, namun selepas pemergiaannya... semua dana itu aku belanja kan... arghh... macam bodoh ajer aku. mungkin kerana emosi aku terganggu. Selain itu, aku juga telah berhenti kerja dari syarikat aku petro-excel sdn bhd itu dan berpindah ke sarawak. Aku bekerja di justrite construction sdn bhd di bintulu. Dan setelah beberapa bulan disitu, aku merasakan yang keputusan aku berhenti dahulu adalah seperti satu kesilapan buatku, kerana mungkin diganggu pengaruh emosi, dan diganggu oleh pujukan syarikat itu. ya... satu kejadian yang unik buat aku. selepas pemergian arwah tunang aku, wakil syarikat itu berkali-kali menghubungi aku dan mempengaruhi aku untuk menyertai mereka sebagai branch manager di bintulu. Tapi selepas surat tawaran dikeluarkan, jawatan yang aku dapat hanyalah engineer projek. Ohhh... memang tak kusangka... aku terkena. Aku dikaburi oleh nama manager dan aku di ganggu kerana emosi aku yang kurang stabil pada ketika itu.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berhenti semula dari syarikat itu dan aku dilamar oleh syarikat lamaku. Maka aku kembali menabur bakti disyarikat itu.

Selain itu, pada januari 2005, aku telah menukarkan kancil 850 aku kepada iswara aeroback sport edition. Namun, kenangan aku bersama kancil 850 itu memang banyak dan adakalanya masih tidak dapat dilupakan. Selain pertukaran kereta, pengalaman dan pengetahuan aku dalam bidang pekerjaan aku semakin bertambah.

Seingat aku, 2005 juga aku banyak menghabiskan masa aku di johor bahru, di rumah arwah tunang aku dan aku berkorban masa dan tenaga aku untuk membantu menjaga dia ketika dia sakit. Sedih bila aku kenangkan saat dan detik itu. dan untuk pertama kalinya, aku menyambut raya haji bersama keluarga arwah tunang aku dan kami bersama di kampungnya.

Dalam pada itu, tatkala kereta aku dah sampai ke sarawak, untuk pertama kalinya aku memandu kereta itu untuk beraya di kampung aku di mukah. Dan untuk pertama kalinya juga dalam hidup aku selama 25 tahun ini aku jejakkan kaki hampir ke keseluruhan borneo. Kereta iswara aeroback itulah yang jadi saksi, aku memandu dari miri hingga ke kuching yang memakan masa hampir 14 jam. Bayangkan bertolak dari rumah di miri jam 6.00 pagi... sampai di kampung lintang kuching jam 8.00 malam. Satu perjalanan merentasi borneo.

2005 menceritakan kisah yang sedih buat aku. namun, tidak semua ada kesedihan tatkala dalam bulan september, tika aku bekerja di bintulu, aku berkenalan dengan seorang gadis dari semenanjung melalui phone. Dan gadis itu yang banyak memberi semangat untuk aku meneruskan hidup setelah aku membawa diri jauh hingga ke bintulu setelah di tinggalkan oleh arwah tunang aku. dan gadis itu yang memberi motivasi, perangsang, malah telah membuatkan hati aku terbuka untuk menerima cinta dia, setelah dia memberikan hatinya untuk aku terokai. Terima kasih untuk gadis itu yang kini aku letakkan wajahnya pada ruangan 'yang special' di sebelah ini.

Maka, 2005 telah memberi suka duka buat aku. duka tatkala orang tersayang pergi dan suka tatkala ada lagi insan yang mampu memberi tawa untuk ku.

Ini antara kisah yang berlaku pada diriku sempena 2005. dan untuk orang lain atau negara atau dunia umumnya, aku rasa pasti telah ramai yang mengulasnya. cuma, alhamdulillah tahun 2005 ini tidak ada bencana besar yang melanda malaysia.

Dunia, 2005, telah menjadi saksi untuk taufan katrina dan gempa bumi di pakistan yang mengorbankan ramai nyawa. Beberapa lagi kisah suka duka 2005 yang boleh dijadikan ikhtibar.

Malaysia, 2005, banjir yang agak besar di utara semenanjung yang jarang-jarang berlaku telah melanda yang menyebabkan banyak kerugian harta benda dan beberapa institusi pendidikan di utara terpaksa di tangguhkan. Seisi pengajian IPT di utara juga di tangguhkan. Dalam dunia seni, kita telah kehilangan beberapa artis veteran yang menjadi lagenda buat kita. Antaranya noraini hashim, datin sa'adiah, ismail din dan beberapa orang lagi. Mereka pergi untuk menyambut panggilan PENCIPTANYA.

Malah, kejadian yang membuatkan aku harus dan perlu tabah adalah pemergian wanita pertama malaysia, isteri kepada y. a. b dato seri abdullah ahmad badawi, datin seri endon mahmud yang telah kembali ke rahmatullah setelah bertarung dengan kanser yang dideritanya beberapa tahun yang lalu. Kenapa aku cakap yang aku harus tabah, kerana aku lihat dato seri pak lah terlalu tenang menghadapi ujian ALLAH dengan pemergian isteri tercinta sedangkan aku hanya pemergian tunang tersayang. Oleh itu, aku harus menjadi setabah dan sekuat beliau untuk menghadapi masa depan aku.

Esok 2006. satu tahun yang baru... akan aku cuba kabulkan beberapa azam aku yang lama. Cuma, yang aku dapat rasakan, perkahwinan mungkin belum lagi... tapi aku tidak boleh berkata tidak kerana jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tuhan bijak mengaturkan segalanya. selain itu, azam ku tahun lepas untuk memulakan perniagaan sendiri akan aku cuba mulakan tahun ini. insyaALLAH, tapi mungkin kecil-kecilan dan part time. Ahaks.

Akhirulkalam... selamat menyambut tahun baru 2006m untuk semua rakyat di dunia ini, malaysia amnya dan kawan-kawan yang mengenali aku khususnya. semoga 2006 ini akan memberi sinar pada you all semua.

HAPPY NEW YEAR 2006

Friday, December 30, 2005

cerita-cerita 2

adeh... sambung balik cerita-cerita aku yang lepas. ermmm...

bukan apa aku ceritakan yang mereka akan datang awal, sebab mereka tidak biasa ngan jalan-jalan di semenanjung ni. jadi bila aku muncul semula dalam company ni, mereka dah tak risau sebab ada orang yang tahu jalan-jalan di semenanjung ni.

Isnin petang sampai senai. penerbangan tak lancar sangat sebab cuaca kurang elok. gegar pesawat. tapi, masa landing cantik... tak macam menghempas kapal terbang. aku tahu, isnin akan ada pasar malam di kampung melayu. jadi sampai ajer, terus sewa kereta dan drive ke kampung melayu tok beli makanan kat pasar malam tu. actually masa nak amik kereta tu aku teringin nak jumpa kawan blogger aku, tapi aku tak tahu nama betul dia. takkan aku nak cari dan tanya orang kat senai tu ngan nick name dia. sure orang pening kepala fikir saper makhluk ni.

kerja aku mula hari selasa. lapor diri pagi, dan seperti biasa, mereka dah kenal aku jadi tak susah sangat tok aku sesuaikan diri. itu-ini dah abis satu hari. begitulah hari hari yang berikutnye. kerja-kerja-kerja... penat tol aku.


argh... antara gambar yang aku amik. tu pun dah petang dah. tak banyak maner pon. sebab module banyak nak kena tengok. 5 module kesemuanya. letih turun naik module ajer kerja aku. sapa yang tak tahu module tu aper... kena tanya orang yang involve dalam oil and gas. sebab aku tak reti sangat nak explain.

hampir tiap malam tu jugak ler, kitaorang semua pergi setiap pasar malam, lepas malam di kampung melayu, pergi johor jaya, lepas tu, taman pasir putih... dan akhirnya balik ke kl hari sabtu malam.

kenapa ke kl plak?
sebabnye semua tiket/flight ke miri dari johor dah penuh atau fully book. terpaksalah bermalam di kl. geng aku memang akan bermalam di hotel sana... aku seperti biasa... akan tanya kawan-kawan aku yang berada di kl tu. kalau dorang nak aku tidor hotel maka tok sah amik aku... tapi, kawan aku memang baik dan prihatin. memalam pun sanggup amik aku di klia. awal plak tu sampai. sebelum flight aku sampai kl lagi. thanks kawan @ abang long aku.

jadi bila dah lepak kl, aku habiskan cuti krismas di kl ler. aku nak jumpa satu awek yang selama ni aku hanya kenal melalui phone atau tenet ajer. sekarang ni bertemu muka. bersua dan berborak. ahaks. ahad adalah hari penuh debaran aku jumpa dia. akhirnya... aku cakap kat dia...
"saya sayang awak lebih dari sayang saya sebelum kita jumpa sebelum ni"

itu lah dia... "yang special" aku.

aku balik ngan penuh gumbira. hepy. dan isnin pagi-pagi buta flight balik ke miri. sebab pagi buta, tiket pun abis. ramai orang guna flight sekarang ni.

pagi tu dah lah lewat aku ke klia. 5 minit lagi masa yang aku ada tok check in sebelum pintu tutup. aku sampai klia ajer... tgk 'q' panjang. adeh... apa nak wat ni... call member airasia aku tanya cam ner nak check in. dia advice aku ke kounter lain tok cepat. nasib baik lepas. abis check in, bergegas plak masuk sebab pintu/gate aku a10. jauh tu... nun di hujung sana. terpaksa jalan laju-laju sket. sampai ajer gate... orang dah 'q' nak masuk pesawat. huh... semua on time yang ngam-ngan ajer. kalau lambat sket abis aku.

di miri, nasib baik kawan aku dah tunggu dan aku balik umah. relex. dan petang jalan krismas.

ermmm... untuk yang special, aku tak puas sebenarnya jumpa dia. kejap ajer. rasa tak nak balik miri ajer. dan masa aku sampai miri tu... sampai selasa... dan cam sampai hari ni aku rasa aku masih semenanjung sick. adeh... apa lah nak jadi ngan aku ni...

Wednesday, December 28, 2005

I've been TAG

Aduh.... ada ajer keje dorang ni mengeTAG aku. aku ingat aku akan terlepas dari virus ini, tapi itulah hakikatnya bahawa aku di alam cyber. walau apapun... aku tak kisah, orang nak mengeTAG aku dan aku dengan rela hati dan penuh terbuka akan menjawab. ahaks... lepas ni saksikan mangsa seterusnya...

Ops, Iemah, ni TAG yang ko kena kan kat aku, dan aku nak jawab lah... seperti ini...

Something you want to do in your life :
Aku ingin kebahagiaan seperti insan lain... bebas memikirkan dan melakukan mengikut acuan aku. Dan yang paling penting semua orang berbahagia kerna aku...

One song that you could listen over and over again :
ermmm... tak berapa ingat ler lagu apa... sebab selalu berubah... dan yang terkini aku suka dengar lagu aper ekk... aku sendiri pun tak pasti. janji lagu tu ok, kira oklah...

Coke or Pepsi? Coke

Something you currently desire :
Kalau currently; aku nak ke KL, nak jumpa some one special.

One good deed you've done lately :
Ntah... aku sendiri pun tak tahu.

A funny moment in your life :
ermmm... banyak gak rasanyer... tapi tak sure nak list yang mana satu. cukuplah kenangan masa kecik dulu. ahaks...

5 people I pick : [jawab jgn tak jawab]
1. Ezan
2. carneyz
3. yatt
4. aisyah
5. cteaz

Adeh... ni semua kena jawab ni.. jangan ada tinggal plak... huhuhuhuhu...

oklah... aku rasa tu ajer kot...

cerita-cerita

Kepada semua pembaca sekalian, [ops ada ker pembaca?] aku minta maaf sebab lama tak update blog ni. Bukan apa sebabnye masa aku yang begitu terhad hinggakan aku tidak punya kelapangan untuk menulis.

Aku akui banyak cerita aku sebelum ni yang tergantung tak bertali. Semuanya kerana idea aku yang melimpah hingga tertumpah dan tak sempat untuk aku tulis semula ke dalam blog ni. Jadi ada antara cerita itu nanti akan jadi nostalgia begitu sahaja tanpa ada yang tahu dimana penghujungnya. hakikatnya memang aku nak menghabiskan segala cerita yang ada tapi ntah la… aku pun tak tahu kenapa masa begitu cemburu dengan aku hingga aku tidak berdaya untuk menulis di sini..

kali ini update yang aku nak sampaikan adalah berkenaan aku dah kembali ke miri ini. kembali selepas perjalanan ke bumi semenanjung minggu lepas.. dan perjalanan aku merentas sempadan negeri.. minggu lepas aku ke pasir gudang, johor atas urusan kerja. aku kesana untuk menyelesaikan projek yang aku buat masa aku bersama syarikat aku bekerja dulu, yakni sebelum aku resign dari syarikat yang aku kerja di kl. Ye lah kan… aku join balik syarikat yang aku resign sebelum ni.

Ermmm…. yeah… noushy ada bertanya cam ner ngan kerja aku yang baru ni. Ahaks… actually syarikat ni adalah syarikat aku lama. Mean sebelum aku resign untuk ke bintulu dulu. Syarikat ni panggil aku semula dan offer yang diberikan agak menarik. Lagipun, aku dapat rasakan yang di sini nanti aku akan belajar lebih banyak lagi tentang dunia perniagaan di samping dunia pengurusan perniagaan. Jadi aku ambil keputusan untuk menyertai mereka semula. Selain tu, aku menyertai pun kerana aku nak ke semenanjung semula. Aku nak berjumpa buah hati aku, aku nak rapat ngan buah hati aku di sana nanti.

Perjalanan aku ke johor bermula isnin lepas, dan perjalanan ini sedikit sebanyak telah melegakan company aku kerana, jika aku tak der dulu, sure mereka memikirkan kena pergi awal tok servey jalan.

cerita aku gantung disini dulu... ahaks.

Monday, December 19, 2005

Pasir Gudang

Petang ni aku nak ke Pasir Gudang, tok buat testing and pre-commissioning E11P-B Platform untuk gpa/papa system aku. nak tahu apa gpa/papa system... kang aku bagitahu...

aku mungkin di pasir gudang nanti dalam seminggu sampai system aku tu success. ahaks.


Friday, December 16, 2005

kenapa???

kenapa? aku pun pelik kenapa? persoalan ini kekadang bermain kat kepala otak aku yang kekadang berserabut ni. ntah ler tak tahu knaper...

beberapa hari yang lepas aku chat ngan kawan aku kat ym, dan tetiba;

kelibui (1:33:51 PM): wei... aku tengok ko dah happy sekarang ngan awek ko?
nail (1:34:11 PM): ahh... maner ada.
kelibui (1:35:51 PM): apsal ko cakap cam tu plak?
kelibui (1:36:01 PM): dia tak ok ker?
kelibui (1:36:11 PM): atau ko yang tak ok?
nail (1:37:25 PM): ntah lah...
nail (1:37:43 PM): semalam aku jumpa dia...
nail (1:38:01 PM): dan semalam gak dia bagitahu dan buat keputusan
nail (1:38:21 PM): dia nak kawan dulu...
kelibui (1:39:11 PM): semalam?
nail (1:39:21 PM): aah..
kelibui (1:39:51 PM): sebelom ni cam ner?
kelibui (1:40:05 PM): dia lebih ker atau baru jer
nail (1:40:11 PM): sebelum ni ok
kelibui (1:40:47 PM): dah declare gfriend ker?
nail (1:40:49 PM): dah la..
kelibui (1:41:45 PM): lepas tu semalam dia tukar statement nak kawan ajer.?
kelibui (1:41:49 PM): cam tu maksud ko ler?
nail (1:41:51 PM): minggu lepas pun ok lagi
nail (1:41:58 PM): ntah knape tah... tetiba semalam
nail (1:42:00 PM): mmmm...
kelibui (1:42:05 PM): ermmm...
nail (1:42:07 PM): cakap tak sedia
nail (1:42:13 PM): kan pelik
kelibui (1:42:14 PM): ntah ler... aku pun tak paham...
nail (1:43:27 PM): tu la
nail (1:43:29 PM): kan
nail (1:43:45 PM): ape la diaorg fikir
nail (1:44:08 PM): ingat kita main main ke
kelibui (1:44:27 PM): tu lah
kelibui (1:44:34 PM): aku sendiri pun tak tahu cam ner...
nail (1:45:12 PM): tula keta aku kena tu. terlanggar divider
nail (1:45:23 PM): aku tak fikir straight
kelibui (1:45:28 PM): ermmm...
kelibui (1:45:32 PM): sabar...
kelibui (1:45:37 PM): jangan fikir dalam sangat...
kelibui (1:45:42 PM): cam aku gak kekadang...
kelibui (1:45:48 PM): termenung sendirian...

apa yang membuatkan aku terfikir adalah kenapa begitu mudah seseorang perempuan/wanita tu tok menukar balik statement. sedangkan sebelum ni dia orang bukan main ler nak sangat. bila time declare, cakap “yes, i do” tapi bila dah beberapa hari atau minggu... mula berubah... mula lah cakap tak sedia lagi atau cakap nanti dulu nak kawan.

adakah mereka ini ingat semua lelaki sama? maksudnya semua lelaki akan permainkan perasaan mereka. percayalah tak semua lelaki sama. perhatikan sejarah silam seseorang lelaki itu, bagaimana adakah dia setia atau tidak dengan si dia? kalau dia jenis yang permainkan hati dan perasaan, jadi ada kemungkinan kita akan berasa sangsi. Ini... ahh... kekadang rasa malas nak fikir dah.

situasi yang biasa kita dengar, bila perempuan di permainkan lelaki mesti heboh satu malaya. masa tu lah cakap, lelaki tak guna dan etc. malah ada yang sampai berdendam. dan di situ jugaklah akan ramai yang bersimpati, kesian ler konon kat pompuan tu di permainkan. tapi bagaimana dengan lelaki. hati lelaki di permainkan. ada siapa nak hirau? ada siapa nak kesian? dan akhirnya orang akan salahkan lelaki tu... mengatakan lelaki tu bodoh sebab terlalu beri kepercayaan kepada perempuan.. jadi siapa salah sebenarnya?

Untuk pompuan kat luar sana? jika rasa was-was jangan ler nak permainkan hati lelaki.. kerana tak semua lelaki seperti yang anda sangkakan.. yak ni nak memain atau saja tok memenuhi masa lapang mereka.. percayalah.. lelaki pun ada perasaan untuk berlaku jujur dan setia...

Thursday, December 15, 2005

takziah dan alfatihah

takziah untuk keluarga Hj Mersal dan keluarga, atas pemergian ibu mertua beliau.

Actually, ibu mertua beliau merupakan nenek saudara aku gak. kiranya Hj Mersal ni, pakcik aku.

Beliau meninggal dunia lebih kurang jam 7.30 malam tadi, kerana penyakit tua. semalam lepas aku dapat panggilan dari mereka yang menyatakan nenek dah tak der, terus aku bersiap melawat beliau di rumahnya.

Jenazah akan di kebumikan pada hari ini dan aku tak dapat datang pagi ni tadi sebab ada kerja nak di uruskan.

petang nanti aku pergi. dipahamkan jugak cousin aku, pun balik dari shah alam pagi tadi.

Wednesday, December 14, 2005

kau lebih dari kejora...

waktu kita mula berpandangan
kau alihkan lembut cinta di perasaan
tak bisa ku halang ia bertandang
berani ku sambut kerana kau ku dambakan

ternyata engkau tidak menghampakan
hadir membias sengsara yang telah lama terkurung
di jiwaku

daku mohon kau tak melenyapkan
kemanisan yang kau bawa
menuntun jalanku ke arah cinta yang terindah

kau belai jiwa yang pernah terluka
dan palingkan resah yang ada
sambutlah cinta
aku menjanjikan satu kesetiaan

bagiku bila sebutir permata..
kan jadi bintang jika ku lontarkan...
kau lebihi kejora...
melebihi kejora...

ermm...

nak tulis ker tak nak tulis...
nak tulis ker tak nak tulis...
nak tulis ker tak nak tulis...
nak tulis ker tak nak tulis...

argh... biarkan dulu...
hati dan perasaan ini...

Tuesday, December 13, 2005

mencari true love...

Ello semua... hari ni aku nak share satu web yang aku jumpa beberapa hari lepas. dia tulis situ doctor love. so untuk mencari sapa true love. cuba ler... klik pada link kat bawah tu... maner tahu... itu true love korang...

selamat mencuba... wish u a luck.


http://www.doctorathome.com/love/love.php?e=tpbt-y1wf_yber_byg

Saturday, December 10, 2005

buhsan...

malam ni aku di cyber cafe. buhsan... tak tahu kenapa... lagi satu arhhh...
aku merindui dia... dan aku kepingin sangat nak jumpa dia... tapi...

Friday, December 09, 2005

Perjalanan Miri ke Kuching 1

Huarghhhh… just bangun kejap… tak siapa pun kejot... sendiri terbangun. Actually aku tidor awal kot tadi... kalau tak silap dalam kol 10.00 cam tu. Aku bangun. Ada sms dari buah hati aku. reply jap ngan dia. plan nak call tapi tak berapa dengar sebab hujan lebat kat tempat dia. rupanya dia pun baru bangun tidor. Ahaks. Sama ajer ngan aku...

Actually dalam kesuyian malam ni... aku nak catatkan apa yang aku plan nak buat yakni, tulis pasal perjalanan aku ke kuching minggu lepas.

Kitaorang berangkat dari miri jam 6.00 oagi. Walaupun pada mulanya plan nak gerak 5.30, tapi ada beberapa perkara nak kena settle lagi kat umah. Almaklum ler... semua gerak jadi rumah akan jadi kosong ler.

Perjalanan dalam pukul 6.00 pagi memang masih gelap. Aku drive guna coastal road ke Bintulu dulu. Seperti biasa, kalau aku drive memang agak laju jugak ler. Aku maintain kelajuan kereta aku dalam 110km/j hingga 140km/j. Ermmm... bagi orang di sini, kelajuan ini dah di kira laju kerana bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan keadaan jalan yang kecik. Alah, jalan biasa ajer, bukan highway. Dalam perjalanan itu juga, aku terfikirkan adakah jalan itu dah ok ke tak. Ini kerana terdapat sedikit kerosakan pada jalan Miri-Bintulu itu yakni selepas Suai. Kira-kira satu jam perjalanan dari Bandaraya Miri. Aku beranikan diri untuk terus saja tanpa melencong melalui Batu Niah, sepertimana orang ramai.

Alhamdulillah, sampai ajer area tu, aku leh lepas. Actually jalan yang rosak tu tak der ler panjang sangat. Lebih kurang dalam 20 meter cam tu ajer. Menurut cerita, jalan tu memang dah di turap elok. Tapi, selalu runtuh. Kawasan tidak tinggi cuma tanah yang agak becak di kawasan itu menyebabkan tanah menjadi susur ke tempat lain. Yang hairannya hanya kawasan itu saja. Dan menurut orang ramai jugak, tempat tu atau jalan tu dah banyak kali repair. Siap letak batu atau apa yang patut, namun masih susur gak tanah tu. Aku pun tak pasti kenapa.

Perjalanan diteruskan dan aku sampai dalam kul 7.50 pagi. Aku singgah jap di Petronas di persimpangan Sibu [kemena]. Relex, sejukkan enjin dan lap skit kereta. Hehehehee... tgk ler keadaan kerata aku... kotor semacam ajer. Sebab sepanjang jalan, terdapat hujan sket dan ada beberapa bahagian jalan yang berdebu. Itu yang menyebabkan keadaan kereta aku jadi cengini.

Agak lama gak rest situ. Aku plan nak kejap ajer. Tapi, akhirnya 8.20 baru aku gerak. Ahhh... aku rasa cam buang masa lama plak. Sebab nanti, pak usu aku pasti dah sampai ke tempat yang dijanjikan tok kita orang jumpa.

Sebenarnya untuk perjalanan ini, kami dah berjanji ngan pak usu, yang akan berjumpa di satu tempat yang dinamakan Selangau. Tempat tu kira-kira di tengah negeri Sarawak kot. Tapi masih tak ler betul-betul tengah. Pak Usu aku dari kampung, Mukah. Bagi mereka, di Mukah, perjalanan dari rumah ke pekan Selangau tu hanya amik masa 1 jam setengah aje. Jadi mereka leh gerak lewat berbanding aku dari Miri ni.

Diawalnya, kami merancang tok konvoi ke Kuching. Antara alasan adalah kerana aku tidak pasti sangat jalan nak ke Kuching dan ini adalah pertama kali aku drive dan pergi ke Kuching. First time in my life... ahaks... nama ajer orang Sarawak, tapi tak abis satu Sarawak di jelajah.

Perjalanan dari Bintulu tadi aku teruskan. Walaupun keadaan permukaan jalan yang agak kurang elok, yak ni terdapat beberapa lubang, tapi aku masih memecut kereta aku untuk memastikan aku leh sampai seawal mungkin.

Lebih kurang jam 9.45 pagi aku sampai di Pekan Selangau. Jarak pada panel meter aku lebih kurang 334 km. Jarak yang aku set dari Miri. Kalau di Bintulu tadi hanya 196 km saja. Ini bermakna antara Bintulu dan Selangau jarak lebih kurang 138 km. Di sebabkan jalan yang kurang elok, lebih satu jam gak perjalanan aku itu berbanding dengan Miri Bintulu. Tapi tak per semua selamat. Pak usu aku dah sampai Pekan Selangau dalam kol 9.00 pagi. Awal tol diaorang. Ye lah... kul 7.00 dari Mukah. Jarak kurang dari 100km dan diaorang mengikut Pak Usu aku drive pun slow-slow. Ahaks. Singgah sekejap dan berehat di situ. Aku seperti biasa memang tak makan. Hanya minum. Bukan apa, aku takut kalau makan aku akan tidor. Ahaks. Tu yang bahaya tu. Sebelum memulakan perjalanan semula, aku ke petrol pump yang ada untuk isi minyak. Ermmm... harga minyak di sini berbeza skit dari Miri. RM 1.63 per Liter jika dibandingkan dengan Miri yang hanya RM 1.61 per liter. Aku pump minyak sampai penuh lebih kurang RM49.00

Perjalanan di sambung semula dan kali ini perjalanan secara konvoi dengan Pak Usu aku. Kitaorang gerak lebih kurang dalam kol 10.20 pagi. Ermmm... lebih ? jam jugak ler rehat situ. Di awalnya pergerakan agak pelahan. Pak Usu aku memang jarang drive laju. Lagipun kereta yang dipandunya hanya sebuah Perodua Kancil. Dan dia memang jenis yang drive tak laju cam aku. dalam average 90 km/j ajer.

Selangau adalah salah satu daerah pedalaman di bawah jajah takhluk majlis daerah Sibu. Untuk pengetahuan, Sarawak mempunyai 11 bahagian majlis daerah. Dan yang terkini terdapat 2 bandaraya di Sarawak ini. Pertama, semestinya Kuching – Ibu negeri Sarawak. Dan yang kedua, Miri yang baru dinaik taraf jadi Bandaraya pada 20 May 2005. Jika di ikutkan, setiap daerah ini di panggil bahagian dan bahagian-bahagian adalah;

  1. Kuching
  2. Samarahan
  3. Sri Aman
  4. Betong
  5. Sarikei
  6. Sibu
  7. Mukah
  8. Kapit
  9. Bintulu
  10. Miri
  11. Limbang


Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Sibu. Di sibu, perjalanan akan melalui sebatang sungai dan kami melalui pangkalan Feri Durin.










Naik Feri ajer kena charge RM 1.00. kira ok lah tu, murah ajer. Di sini bukan tak der jambatan, tapi jambatan yang menghubungkan tu tak siap lagi. tak pasti bila agaknya akan siap.





Selain dari Feri Durin ini, terdapat satu lagi jalan yaitu Feri Lanang. Lanang pula dah hampir dengan bandar Sibu. Berbanding Durin ni yang agak jauh. tapi, kelebihannya tidak ramai orang dah tidak perlu melalui kesibukan bandar Sibu.






Selepas Durin, perjalanan akan sampai ke Sarikei. Tapi ia melalui persimpangan Kapit dan Kanowit. Kami tidak berhenti rehat pada mana-mana kawasan tersebut hingga lah ke Taman Rimba Sebangkoi.


Bersambung...

Thursday, December 08, 2005

suka duka kehidupan

Erra, Yusry tidak tinggal sebumbung

Masih dalam ikatan suami isteri walaupun hidup berasingan

KUALA LUMPUR: Pasangan artis popular, Erra Fazira dan Yusry KRU yang sebelum ini dikhabarkan hangat dilanda krisis rumah tangga, akhirnya tampil membuat pengakuan bersama mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 31, dan Yusry Abdul Halim, 32, bagaimanapun menegaskan mereka masih dalam ikatan suami isteri walaupun tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pertemuan khas dengan media di sini semalam, pasangan itu meminta peminat dan media massa tidak lagi membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan kerana mereka sedang berusaha mempertahankan perkahwinan berusia lebih dua tahun itu.

Pasangan itu juga menafikan pergolakan yang dilalui itu membabitkan orang ketiga seperti digembar-gemburkan pihak tertentu, sebaliknya ia berpunca daripada masalah terlalu peribadi antara mereka berdua.

Erra yang mengenakan blaus lengan panjang merah jambu dipadankan jeans, awalnya membuka kaca mata hitam di atas permintaan wartawan tetapi mengenakannya semula dan kelihatan agak sebak ketika menyentuh isu itu.

“Hari ini tiada apa yang mahu kami dedahkan kecuali kebenaran. Memang benar kami tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu. Tetapi cukuplah kalau kami katakan ia hanya disebabkan masalah dalaman.

“Sebelum ini kami tidak berniat untuk memutar belit cerita kepada wartawan. Namun apabila kisah rumah tangga diperkatakan, pelbagai macam cerita kurang enak timbul.

“Jadi lebih baik kami jernihkan keadaan menerusi pengakuan terbuka ini. Percayalah, ia tiada kaitan dengan pihak ketiga. Cuma, masalah rumah tangga biarlah menjadi rahsia kami berdua,” katanya.

Erra juga mengaku beliau dan Yusry terpaksa mendapatkan khidmat pakar kaunseling bagi menyelamatkan rumahtangga mereka.

Majlis minum petang bersama Erra dan Yusry itu diadakah khas di sebuah restoran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bagi menjawab desas desus keretakan rumahtangga pasangan itu.

Isu keretakan perkahwinan itu dikatakan bermula apabila Yusry tinggal di rumah baru mereka berhampiran pejabat KRU Records di Keramat, manakala Erra menginap di kediaman sendiri di Damansara Kim, Petaling Jaya.

Pasangan itu, yang bertunang pada 3 Mac 2003, berkahwin pada 15 Jun 2003 dengan majlis persandingan penuh gemilang di Dewan Merdeka, PWTC hingga turut dijadikan rakaman dalam filem Kuliah Cinta.

Malah, majlis persandingan mereka dianggap perkahwinan paling glamor sepanjang 2003 kerana mendapat liputan besar-besaran sehingga digelar ‘Wedding of the Year’.

Sementara itu, Yusry yang duduk di sebelah Erra menegaskan, masih wujud kasih sayang antara mereka, malah langkah untuk tinggal berasingan buat sementara tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya selepas mengambil kira pelbagai perkara.

“Kami cuba memperbaiki keadaan. Mungkin ramai beranggapan duduk berasingan bukan jalan terbaik. Namun jika hari-hari bertelagah pun tidak elok. Apabila berjauhan, kami sering menghubungi satu sama lain dan berbincang mencari jalan penyelesaian.

“Saya masih sayangkan Erra. Kalau tak sayang... tentu kami tidak sampai di sini (bertemu media). Saya sendiri rasa bersalah kerana sebelum ini tidak mahu memberi kerjasama kepada media.

“Kini, saya mahu peminat tahu kami cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankan ikatan ini. Saya masih mengambil berat terhadanya dan dia juga mengambil berat keadaan saya. Tapi kami sendiri tidak tahu jangka masa ini sampai bila.

“Hari ini, saya dan Erra berada di sini untuk buat penjelasan. Harapan saya selepas ini tiada lagi pertanyaan susulan atau spekulasi. Kami perlukan masa. Apabila banyak pertambahan cerita, ia menambah masalah sedia ada,” kata Yusry.

Sebelum pertemuan media selama setengah jam itu, abang sulung Yusry, Norman Abdul Halim meminta kerjasama media tidak merakamkan gambar pasangan itu kecuali beberapa minit pertama temubual.


sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan yang masih berstatus kekasih. macam nagacute pernah cakap... kenapa semua macam jiwang semacam? aku pun heran. adakah december ini musim untuk orang dingin semacam ajer. ahaks...

kisah antara yusri dan erra ini boleh kita jadikan sempadan kepada pasangan kekasih yang merasakan hubungan mereka semacam renggang. janganlah mereka memberi alasan yang masih berkasih ni ajer yang bermasalah bila dah kawin tak der masalah. dan itulah hakikat kehidupan bahawa orang yang dah berkahwin itu kekadang tidak sentiasanya bahagia. kerana kekadang ada saja pergolakan dalam hidup. itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. tapi, jika kita pandai mengawal dan cuba memperbaiki... insyaALLAH segalanya akan selesai. UJIAN ILAHI...

"life is gamble"

satu kata-kata yang aku pegang. dan kini aku memperjudikan kehidupan aku untuk masa depan aku. aku harap aku berani untuk memperjudikan diri ini demi mengecapi kebahagian di masa hadapan. dan aku harap perjudiaan aku mengena atau menjadi. kerana perjudian aku ini aku rasa cukup besar kerana melibatkan banyak hati dan perasaan. [errr... ye ke?] tak per... itu lah dunia... segalanya kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

Tuesday, December 06, 2005

i'm back

beberapa hari ni aku tak online sebab tak dapat nak access internet, so hari ni aku dah balik umah di miri. sekarang ni tengah kumpul aoa yang patut nan tulis pasal journey aku ke kuching.

Wednesday, November 30, 2005

.....

ahaks...

entry kali ini hanya .....

bukan apa, aku masih memikirkan apakah yang boleh aku tulis sementara ini kerana tidak banyak yang interested tok aku tulis lagi. dan untuk my ex-colleague aku di piasau tu... yang aku tak tahu korang ada check blog aku ni... hahahahak....

so, lepas ni check ajer ler lagi apa yang menarik nak aku tulis di sini.

Ops... lupa nak cakap... esok aku akan memulakan journey aku ke kuching... drive... melihat borneo sebelum aku akan ke semenanjung nanti.

so, selamat travel tok aku esok. dan beberapa hari aku akan cuba rakamkan perjalanan aku di sepanjang perjalanan di borneo...


Sunday, November 27, 2005

Sesuatu tentang cinta... ku menyambung...

ermmm... kekadang aku takut untuk berbicara tentang cinta ini lebih-lebih. ini kerana jika tersalah kata, bahana jadinye dan aku mungkin akan mendapat padah. ahaks.

aku membicarakan semalam, bukan niat aku untuk meragui cinta seseorang tapi, kerana beberapa perubahan yang membuatkan aku terasa sesuatu. bila difikirkan semula... ah... itu mungkin khayalan dan emosi aku yang terganggu. terganggu kerana aku hidup jauh di sini dan terganggu mungkin kerana emosi aku terganggu kerana aku menganggur. bukan aku tidak suka menganggur tapi, menganggur aku ini menyebabkan beberapa hal yang memungkinkan memeningkan kepala aku lagi.

selain tu, perasaan aku terganggu kerana keinginan aku nak ke kl. keinginan membuak. apatah lagi kena cerita dari kawan-kawan aku di sana yang membuatkan aku tidak senang duduk. dan aku tidak pasti bila tarikh tetap aku akan ke sana pulak. aku harap aku boleh bersabar dan dia boleh bersabar untuk menanti kehadiran aku di sana nanti.

akan aku khabarkan pada andai aku telah sampai disana. kita perbaiki apa yang masih kurang antara kita dan kita bina kehidupan bersama kelak. aku mempercayaimu sepenuh hati. dikaulah jantung hatiku kini dan dikaulah yang menjadi pengubat lukaku... hanya dikau bertakhta di hati... mengertilah perasaan ku ini.


Saturday, November 26, 2005

Sesuatu tentang cinta...

Aku copy artikel ni dari seorang member blog aku. aku tidak pasti keadaan dia sekarang ini cemana kerana dulu aku dengar cam ada masalah percintaan ajer dia.

Dia menulis;
dicintai itu lebih banyak tanggungjawab daripada menyintai. sedang menyintai sangat mudah untuk menjalani cinta kerna besar cintanya sendiri adalah satu kuasa yang memberi kekuatan dalam dirinya. cinta boleh mengubah dirinya. melihat kemuliaan dalam setiap kehinaan. berupaya menyempurnakan sesuatu yang dianggap sulit sebelumnya.

bagaimana pula boleh menjadi tanggungjawab yang dicintai, sedangkan cinta bukan paksaan. benarkah cinta itu pertemuan dua jiwa, sedangkan tiada terusik sukma oleh cinta yang diberi. fahamilah cinta, carilah kebenaran dalam setiap kemahuannya. kerna seorang pencinta tiada memerlukan yang lain selain menyintai untuk mendamaikan jiwanya. maka tiadalah cinta jika gayung tiada bersambut, hanya saja jika cinta abadi tidak terbalas bermakna kecintaannya tertutup ditabir keraguannya sendiri.

kerna itu seorang pencinta sukar sekali untuk menyatakan cintanya kerna tidak mahu kecintaannya dibebani tanggungjawab cinta. adalah lebih mudah menyinta dalam diam kerna diam itu damai. hanya bila seorang pencinta menyedari akan keperluan kecintaannya, maka tanggungjawab berbalik pada dirinya untuk menyatakan cintanya, kerna di saat itu dialah bukan hanya seorang pencinta malahan kecintaan pada dambaan hatinya.

jangan mengharap. lebih banyak harapan lebih mudah kita kecewa. sederhana cinta seorang pencinta hanya mengharap damai di kelopak bahagia kecintaan. walau dalam realiti yang sukar. bara kasihnya takkan pernah padam, kerna itulah yang menghangatkan hatinya. menyuntik bahagia dalam damainya, menusuk kekuatan dalam meneruskan kehidupannya.

sepikah hati sedangkan hati dipenuhi cinta. jangan dikocak danau damai oleh kemahuan yang tidak diperlukan. bukan raga jadi impian tapi kasih jadi idaman. tenang bergelora kerna kita memahukan lebih dari cintanya. bukankah hanya kasih sayangnya yang kita perlukan sentiasa bersama kita.

rindu itu melampaui angan dan keinginan kita. rindu itu letaknya dihati. sebagaimana berdetaknya hati bila mendengar namanya. sepertimana bergegarnya sukma ketika menghidu haruman tubuhnya. memakukan raga kita tatkala terlihat sinar matanya. dan rindu mendayu mencuit hati. nikmatilah rindu kerna itulah buah pada cinta yang kita semai. kenangkanlah saat bersama kerna itu saat paling bahagia dalam hidup kita. puaskan rindu dengan airmata jika perlu. tapi setelah itu kembalilah pada realiti, memahami bahawa dia bahagia kerna cinta kita ada padanya.

adalah tanggungjawab bagi seorang pencinta memahami apa yang diperlukan oleh kecintaannya. waima membuatnya benci kepada kita demi kebahagiaannya. jangan pernah memanipulasi cinta dengan cuba memuaskan kemahuan kita. berikanlah cinta dengan ikhlas supaya dia menerimanya dengan ikhlas. jangan menginginkan sesuatu yang tidak dia perlukan. jalanilah ranjau supaya dapat membahagiakannya.

memberi segalanya mmg keinginan seorang pencinta. cuma ada saatnya segalanya bukan yang diperlukannya. memanjakan kecintaan adalah kemahuan pencinta tapi lebih baik menyintainya dalam batas untuk kebaikan dan kebahagiaannya.

cinta itu mendamaikan hati. kerna itu kita tidak boleh menolak rasa cinta yang ada dalam diri kita. semakin kita tolak, semakin hati kita resah dan tak karuan. cinta itu fitrah manusia. Kita dilahirkan dengan cinta. kita diciptakan oleh cinta. maka hidupilah hidup dengan cinta.

benci itu tidak ada dalam kamus seorang pencinta. kerna benci itu sendiri tidak wujud. bila pencinta kecewa, dia bangun semula dengan cintanya. bukan berubah cinta atau membahagi cinta tapi semudah memberi cintanya.

bukanlah bermakna banyak cinta sedangkan cinta itu satu, tapi dalam satu itu ada banyak. seorang pencinta tak pernah berkurang kasih sayangnya. sentiasa memberi dan memberi, umpama menyemai benih yang subur yang terus tumbuh berakar umbi memencar kemana2.

bukanlah juga cinta tidak tetap pendirian sedangkan terlalu banyak cinta harus ditumpahkan. menahan cinta dalam diri umpama menahan cinta untuk diri sendiri. bukanlah mudah memberi cinta sepertimana menerimanya. tapi cinta tidak boleh dinafi kerna wujudnya bukan atas keinginan yang lain, selain mencari damai. maka sebarkanlah cinta dan damaikanlah hati.

Mungkin kita pernah terdengar... "sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri..."

dan aku rasa aku boleh tambah... "sedangkan suami isteri boleh bergaduh, inikan pula sepasang kekasih yang sedang bercinta..."

Kenapa aku bercerita tentang cinta ini, semuanya kerana hati dan perasaan. Aku tidak pasti, adakah ini dugaan untuk orang bercinta jarak jauh ini. Aku juga tidak pasti adakah cinta yang aku berikan ini dibalas sepenuhnya oleh dia. sesungguhnya memang ada orang yang mempertikaikan cinta aku pada dia kerana aku baru kehilangan orang yang dikasihi, dan ada orang yang masih tidak mempercayai mengapa begitu cepat aku dapat pengganti.

Hakikatnya aku dah jatuh hati. Jatuh cinta dan bibit kasih dan sayang telah berputik semula. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan aku itu. aku tidak mahu di permainkan dan tidak mahu ditinggalkan lagi tanpa ada alasan yang munasabah.

Aku tidak tahu kenapa kekadang aku takut. Takut akan di tinggalkan lagi. Dan aku tidak tahu apa akan jadi pada aku jika aku ditinggalkan lagi. Sebelum ini, kehidupan aku kucar kacir setelah ditinggalkan dan jika ia berlaku lagi, aku tidak dapat menjangka bagaimana kucar kacirnya kehidupan aku selepas itu. dan apa yang aku risau adalah aku menjadi pendendam cinta.

Aku tidak tahu... mengapa dunia ini selalu menduga sesuatu. Sesuatu tentang kehidupan. Saban hari kita melihat seorang gadis dipermainkan lelaki. Ahhh... lelaki ajer yang selalu dipersalahkan. Isu itu juga selalu di naikkan. Kenapa bila wanita dipermainkan lelaki ada saja yang kasihan. Berbanding jika lelaki di permainkan wanita. Kenapa?

Dan kenapa wanita yang setia itu tidak dipertemukan terus dengan lelaki yang setia? Kebanyakkan kita lihat... lelaki yang setia akan bertemu dengan wanita yang kurang setia dan begitu sebaliknya. Ini yang menjadikan kehidupan ini sungguh complicated. Arghhh... complecated. Tak per biarkan ia berlalu. Kerna aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Thursday, November 24, 2005

Tips - Titik ghairah lelaki

Beberapa hari ni, aku masih tak der idea nak posting apa. Dan ntah cam ner aku terjumpa artikel ni dan aku nak simpan dalam blog aku ni. Ahaks. Mungkin korang @ readers rasa otak aku ni kuning. Hak hak hak... tapi, benda ni adalah satu education.

Dan tok readers sekalian yang inginkan banyak tips pasal tumahtangga, leh ler join satu group ni. Dan lepas korang join group tu nanti, baru korang rasa yang memang group tu memang banyak education untuk dipelajari. Group yang aku maksudkan adalah erotika malaysia. (kat link sebelah tu pun ada)

Seperti pesanan owner of the group dalam description pada main page tu;

“Kita digalakkan memperbaiki diri dan menuntut ilmu.. seks juga ilmu rumahtangga. Jangan malu untuk berbincang tentang seks lebih-lebih lagi kami memberi kebebasan kepada anda untuk hide id/email. Boleh guna nama samaran.

Berbincanglah topik kami secara 'terbuka', matang dan saling menghormati demi keselesaan semua. Begitu juga apabila membaca cerita, bacalah dengan 'terbuka', cerita adalah sebuah penulisan kreatif, ambil petua/tauladan daripada cerita tersebut disamping dapat menghiburkan hati dan meredakan ketegangan di tempat kerja.

Saya mengalu-alukan penyertaan anda sebagai penyumbang, penulis, pembaca malah pengkritik laman ini. BUKA MINDA ANDA dan kemudian anda akan sedar kelainan group ini. erotika_malaysia, satu pilihan."

Jadi, aku galakkan korang pun join jugak ler. Just click pada http://groups.yahoo.com/group/erotika_malaysia
Note: aku bukan owner atau moderator group ni. aku just ordinary member ajer.

Erotika Malaysia – Bicara seks secara ‘terbuka’. Satu pilihan.

Dan ni salah satu tips dan bacalah;

LELAKI BUKAN SAHAJA PENEROKA TITIK GHAIRAH WANITA TETAPI JUGA MEMILIKI RAHSIA TERSENDIRI. CUBALAH MENGENALI TITIK GHAIRAH ANDA SENDIRI.TERDAPAT 22 TITIK GHAIRAH BAGI LELAKI.

BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah keran asi dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.

BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitive terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saf\raf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini
bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.

BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak
akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap-luap.

PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki . Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera

ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai.
Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.

KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarag perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.

PUTING
Putting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada putting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkansupayan pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.

TAPAK TANGAN
Tapak tangan antaradaerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.

JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )

TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian peling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.

TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

Monday, November 21, 2005

sunyi

erk... lama ajer sunyi blog aku nie. bukan apa... aku pun sunyi dari idea...

dan tengok ler sehari dua ni kalau ada idea bercambah... aku akan menulis...

Friday, November 18, 2005

ape-ape ntah...

Tak banyak issu yang aku nak highlight... sebab aku dah menganggur. Apalah sangat yang aku boleh buat pun. Menganggur dan lepak di umah. Aiseh... cengini rasanya jadi penganggur. Ahaks. Ini semua kerana aku tidak pernah menganggur lagi sebelum ni. Dan bukan niat aku nak berlagak atau apa, tapi mungkin ALLAH dah tuliskan itu ini untuk aku. atas usaha aku, ALLAH appove permohonan aku. agaknya lah aku dapt kerja dengan mudah dari dulu dan bila tak puas hati ajer aku leh pergi saja kemana aku nak. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH atas rezeki yang di limpahkanNya pada aku.

Memikirkan kuasa ALLAH, aku terkenangkan arwah tunang aku. Mungkin ALLAH ada alasan kenapa Dia pendekkan jodoh aku dengan dia dulu. Dan mungkin aku perasan atau tak tuhan dah menduga aku, dan ALLAH maha mengetahui jika aku bersama dia, mungkin ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku di masa hadapan. Dan apa yang aku katakan aku tidak perasan adalah, mungkin ALLAH cuba untuk memisahkan aku dengan dia yang mana sebelum ni kami sering bergaduh dan bermacam lagi dugaan. Namun, aku tetap setia dengan dia. kerana itu adalah sikap aku untuk setia kepada sesiapa sahaja yang menjadi pasangan aku.

Dan setelah pemergian dia, aku redha serta pasrah dan kini, ALLAH menggantikan seseorang yang lebih baik untuk aku. didatangkan pada aku seorang gadis yang banyak membantu aku untuk meneruskan hidup aku. gadis yang telah memberi satu harapan pada aku dan padaku dia terlalu baik untuk ku. Aku harap dia adalah pasangan hidup aku sehidup semati.

Arghhh.... merapu plak aku... tak pe. Ahaks. Lepas aku baca blog noush, aku jumpa satu posting dia pasal rahsia di sebalik tarikh lahir, yang mana dia pun amik dari blog afzan. Menurut catatan itu, maksud hari/tarikh aku dilahirkan;


”11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????”

Ahaks. Bila aku baca rasa tergelak pun ada. Kenapa? Sebabnye aku rasa aku ni jenis yang tak berdisiplin. Kalau appoinment selalu lambat. Kalau bekerja selalu tak seperti orang lain, yang bekerja macam nak mati rupanya. Aku jenis relex. Berdisiplin ke tu? Dan seingat aku lagi... aku lah orang yang paling banyak masalah disiplin masa sekolah dulu. Hingga cikgu dah kenal sangat ngan aku. di universiti pun aku rasa sama, sampai ‘pak guard’ selalu saman aku sebab pakaian salah ler, tak pakai id ler, rambut panjang ler. Tu blom lagi dalam class. Pakai slipar jepun ajer masuk kelas. Hehehehe... sah-sah... aku rasa benda ni salah.

Dan aku cuba check-check buah hati aku, apa pengertian hari dia lahir;

“16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.”

Errmmm aku tak sure betul ke dia moody. Tapi yang pasti dan sepasti pastinya tanpa talian hayat adalah aku tidak pernah boring dengan dia. malah aku cukup senang dengan dia. hepy, gumbira dan sebagainya. Ahaks. Macamana tu?

Wednesday, November 16, 2005

aku di miri

Pagi ni aku bangun lewat sket. Bangun buat kali terakhir dari bilik yang boleh di anggap stor tu. Bangun ajer, terus berkemas dan aku bersiap untuk packing barang dan masukkan dalam kereta aku. kira relex-relex gak ler aku kerja sebab tak nak rush. Bila kenangkan semula aku rasa ok dan bahagia dapat kuar dari situ. Kuar dari dunia yang aku rasa tak selesa sungguh. Hush....

Aku packing semua barang dan sumbat semua dalam kereta aku. lepas tu aku kemas barang kat meja aku. semua angkut masuk dalam kereta. Memang penuh kereta aku. ye lah. Aku pun tak tahu yang barang aku banyak itu dan aku tak peduli dah. Dalam kepala nak balik miri. Di samping ingat aweks aku. ahak...

Kalau tak silap aku lepas bergambar kejap, lebih kurang lepas kul 9 cam tu, aku terus gerak. Pegi ke ecorich park jap nak ambik auntie aku dan balik miri. Dalam perjalanan tu aku singgah jap ke pantai ABF nak tengok mana tau ada benda yang nak dibeli dan di bawa balik miri.

Banyak gak ler ikan yang aku angkut pagi tu. Alah ikan segar baru dari laut. Aku tak kisah. Seingat aku, kitaorang gerak dalam kul 10.30 dari pantai ABF tu. Aku redah ajer guna jalan baru. Aku tak kisah. Kalau blok cam hari tu... aku patah balik je... malas nak redah ladang sawit tu.

Perjalanan tak punya masalah sangat. Semua berjalan lancar termasuk kereta aku... lancar meredah jalan nak ke miri. Alhamdulillah, jalan tak blok. Aku sampai di miri dalam kul 12.00 tghari. Sampai ajer... angkut barang dari kereta dan relex jap. Makan, solat, pastu ke kedai jap. Ahaks aku nak subscribe astro. Sebabnye umah aku blom ada astro lagi. Hehehehe.... semua umah area aku dah ada astro. Aku ajer tak der. Mungkin dulu tak der sapa sangat nak tengok kot.

Lepas isi form aku balik dan tunggu budak installer datang nak install. Tunggu punya tunggu tak sampai gak. Hangin gak aku... melepas malam ni. Aku pi cuci kereta aku jap. Kereta yang dah lama tak cuci.. ahaks... yang pasti setiap masa aku sms ngan aweks aku. amai ku sayang.

Errmmm.... dalam kesempatan ni aku nak ucap takziah pada keluarga kawan aweks aku yang baru meninggal petang tadi. Di pahamkan melalui aweks aku, yang meninggal ni schoolmate dia dulu dan meninggal sebab eksiden. Al-fatihah.

Malam nie. Aku apa lagi. On internet.... check e-mail aku dan tengok apa yang patut. Dan yang pasti aku dah di miri... di Bandaraya Miri.

Esok nak jalan-jalan jap. Nak jumpa kawan-kawan.

Tuesday, November 15, 2005

rumah terbuka

tahun ni... aku rasa cam sedih pun ada. sebab kalau seperti tahun-tahun yang sudah... lepas raya cam ni sure ramai yang buat rumah terbuka dan tak ketinggalan company-company buat open house. ahaks. [open house ke tu ehh? - tak per le konsep sama] dan aku selalu mendapat undangan untuk hadir ke majlis-majlis tersebut. tapi tahun ni, aku masih di miri lagi dan aku tak dapat menghadiri mana-mana majlis yang di anjurkan. banyak dah jemputan yang aku terima untuk hadir tapi, masalah kos dan jarak menyebabkan aku terpaksa menolak.

aku bukan berkira sangat dengan kos sebenarnya, tapi memandangkan yang lepas ni aku akan berpindah semula ke semenanjung, dan aku yakin, aku perlukan lebih wang untuk memulakan sesuatu yang baru di sana. jadi buat masa sekarang ni, memang aku nak berjimat supaya nanti aku tidak kekeringan masa di sana. kalau aku tidak berpindah ke semenanjung lagi, sure aku pergi ke sana... menghadiri hampir setiap jemputan kawan-kawan di sana.

tak pe. mungkin tahun ini bukan rezeki aku kot. dan mungkin tahun depan aku dapat kot. bila terkenangkan kes ini, aku teringat 3 tahun yang lalu, dimana aku mula kerja di company lama aku. aku mula kerja 15 dec [kalau tak silap aku] dan aku bercuti lama di miri ini. dan kali ini ia seperti berulang semula. dan aku harap life aku kembali bersinar dan aku mendapat sinar cahaya baru dan si dia yang bakal menjadi permaisuri aku. [you know who i mean]

BBQ
hari ni, seperti yang aku war-warkan... adalah last day aku di company ni. petang ni ada bbq di opis aku. actually last day sebenar adalah end of this month, tapi company dah 'halau' aku untuk berhenti awal. aku rasa aku tidak salah kerana aku dah beri notis 30 hari seperti yang termaktub dalam perjanjian. tapi, company aku suruh aku tulis surat lain yang menyatakan agar aku resign lebih awal, so tarikh sebenar aku nanti akan jadi 15 nov sebagai hari terakhir.

huh... sungguh kejam dan menyayat hati aku rasa. aku bukan minta apa-apa pun, cuma perikemanusiaan ler sesama manusia. [sesama bangsa - itu pun kalau depa mengaku kita sama bangsa] tapi... seingat aku dulu awal masa nak kerja selalu sebut sesama bangsa... nak tolong bangsa... tapi... ahhh... forget it kata omputeh...

orait... bbq dah nak mula petang ni. nanti aku try to share some photo masa bbq.