Saturday, July 30, 2005

cerita pasal kerja

mmmmm... satu minggu terasa terlalu cepat berlalu. dan secara tidak langsung ia mendekatkan diri aku pada tarikh kepulangan aku ke negeri kelahiran aku. walaupun terasa sedih kerana terpaksa pergi meninggalkan 'lubuk' ini, tapi 'puak' telah bersuara [perkataan "'puak' telah bersuara" itu aku ambil dari siri 'survival' dulu]. dan dengan itu jugalah aku terpaksa meninggalkan syarikat yang aku kerja sekarang ini [petro-excel sdn bhd]. banyak jasa syarikat ini terhadap aku, dan syarikat ini jugalah yang telah memberi satu jalan baru dalam hidup aku untuk aku merealisasikan impian aku untuk bergelar 'businessman' suatu hari nanti. menang aku sungguh bersyukur sangat, bila mengenangkan pada bulan desember 2002 dulu, dimana pengurusan syarikat ini telah memanggil aku bekerja bersama mereka untuk membantu membangunkan cawangan semenanjung ini. dan peluang itu memang tidak aku lepaskan.

mengenang kembali zaman awal penglibatan aku dalam dunia pekerjaan, yakni setelah tamat pengajian dulu, aku memang akui yang bidang kerja aku tidak pernah lari dari bidang jualan dan pemasaran. ya. itu jugalah yang menjadi batu loncatan untuk aku mencari cara dan pengalaman untuk memulakan perniagaan. memang pada awalnya cabaran itu amat besar.

aku mula dulu, yakni dalam bulan april 2001, [setelah tamat pengajian 'rendah'] aku bekerja di sebuah syarikat jualan. masa tu aku sebagai 'sales executive'. tugas aku jual kad-kad discount, promosi astro, buku-buku dan memacam lagi produk. ahhh bagi siapa yang di kl ini, pasti pernah berjumpa dengan aku di tepi-tepi jalan. kerana 'market' aku adalah di sepanjang jalan. aku berjalan kesana-sini, tegur orang sana sini dan promote barang aku. maki, caci, kutuk, herdik, tengking memang aku pernah rasa. biasalah ramai orang [dari segi pemerhatian akulah] akan berasa kurang senang dengan 'mereka' ini. kerana bagi mereka, golongan penjual seperti kami ini adalah golongan yang 'rendah' dan tidak berpelajaran. atau ada yang mengatakan bahawa golongan seperti kami ini terdesak sebab tidak dapat kerja berjawatan baik. duduk dalam perjabat, ada air-cond.

namun bagi aku semua itu karut, setelah beberapa bulan aku bekerja. disitu aku belajar erti kepayahan seorang peniaga. erti susah senang nak dapatkan jualan, nak achieve target dan nak dapatkan untung yang berganda. [bukan macam sesetangah itu, ali baba aje.] lepas kerja itu aku dapat tawaran jadi 'sales engineer' dah naik satu level lagi.

sebagai sales engineer, kerjaya ini lebih profesional sikit. bukan aku bermaksud sebagai penjual kaki lima ini tidak profesional, tapi market atau pasaran aku akan lebih specific lagi. ini kerana sebagai jurujual yang lama dulu pasaran aku tidak tetap. siapa saja yang bergelar manua, maka dia layak sebagai prospek seterusnya sebagai pelanggan aku. namun berbeza selepas itu, dimana aku mula berurusan dengan syarikat-syarikat besar. gaya pun berubah. pergi pejabat, sedia proposal, jumpa executive yang terlibat sahaja. masa itu syarikat yang aku wakili adalah untuk menjual pam untuk industri. jadi, engineer lah pelanggan yang harus aku temui dan prosesnya banyak. bukan engineer itu yang akan beli dengan duit dia nanti tapi syarikatnya yang membeli. disitulah peranan aku untuk meyakinkan engineer dan syarikatnya bahawa produk aku adalah yang terbaik.

banyak pengalaman yang aku perolehi disitu. dari kosong, aku membina empayar 'peniagaan' aku. yang aku maksudkan adalah kontek. bukan mudah. setelah beberapa bulan bekerja, dan akibat ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan, aku mencari peluang lain. biasalah, ada masalah perkauman sedikit, mungkin disebabkan prestasi aku kot. sebab syarikat itu milik bangsa asing dan aku hanya pekerja [bahagian sales] melayu tunggal. yang lain semua bangsa dia. jadi, tidak mudah untuk mereka menerima hakikat yang aku boleh buat yang terbaik dalam masa yang singkat.

rupa-rupanya ketidakpuasan aku ini telah didengar oleh sebuah syarikat pesaing kepada syarikat yang aku bekerja itu. dia mula risik aku dan 'ambil' aku dari syarikat itu. walaupun syarikat itu milik bangsa asing, namun kepercayaan yang dibuatnya terhadap aku melebihi kepercayaan dia terhadap bangsa dia. aku mulakan satu yang baru. semua pelanggan aku dari syarikat lama aku tarik. syarikat baru itu telah memberi satu peluang kepada aku untuk menjadi seorang businessman. huhhh... cepat sungguh. ye lah sebab masa tu seingat aku usia aku baru 22 tahun. dia ajar aku tentang dunia perniagaan, stail mereka. yakni stail seorang chineseman business. beberpa bulan, membina dan membangunkan syarikat bersama, tapi aku kena pergi jua.

untuk pengatahuan, syarikat yang 'ambil' aku itu baru sahaja memulakan business. dia, wife dia sebagai admin dan account dan aku sebagai engineer dia. dalam masa yang sama, aku bukan saja sebagai engineer dia tapi lebih dari itu. aku lebih kepada partner dia. mungkin sebab aku melayu, maka untuk dapatkan pasaran melayu dia perlukan aku. aku tak kisah. sebab itu adalah dunia perniagaan. aku rasa tak lama disana, kurang dari 6 bulan, bila ada syarikat lain melamar aku.

syarikat baru ini pula dalam industri yang berbeza dari apa yang aku buat ketika itu. dulu, pelanggan aku kebanyakkan dalam industri perkilangan dan pembinaan. tapi, yang baru ini dalam industri minyak dan gas. menurut executive director yang 'mengajak' aku menyertai dia, dunia oil and gas ini, satu dia yang unik. kerana ia dikawal oleh kerajaan dan persaingan adalah kurang berbanding dengan general inustri yang biasa. setelah beberpa perbincang dijalankan akhirnya kau setuju dengan tawaran beliau. maka bermula satu era baru yang aku kena mulakan dari kosong semula.

bila aku menghantar surat peletakan jawatan dari syarikat lama, memang dekat 2 minggu juga dia memujuk aku untuk masih bersama mereka. hinggakan dia nak beri 5% share dalam syarikatnya kepada aku. namun, aku berkeras hati. walaupun share percuma diberi untuk aku, tapi aku kena fikir masa depan aku. dan aku kena mencuba sesuatu yang baru juga. mungkin ini akan menambahkan lagi pengalan kerja aku. akhirnya, dia terpaksa akur yang aku pergi jua.

aku pergi ke syarikat baru yang belandaskan oil and gas dengan tiada siapa kontek dalam industri itu. aku kena mulakanya semula. aku kena develope semula kontek aku dan aku kena establishkan semula diri aku untuk aku jadi succes.


bersambung...

di posting yang akan datang aku akan menceritakan apa yang berlaku selepas penglibatan aku dalam dunia oil and gas dan hingga aku 'di panggil' oleh syarikat lain untuk mengembangkan empayar mereka.

meja tulis.
pada jam bawah tu

4 comments:

iemah said...

hmmm....uiyooo...luas pandangan...banyak pengalaman dah padu..
memang tidak dinafikan.. dunia oil n gas tok..satu dunia yg unik..bagi kamek la..satu dunia yg menyeronokkan. dan mungkin sbb itu..kamek sik dapat nak lepaskan diri dari dunia tok..hehe.
buat setakat toklah..dr pengalaman kamek..kamek dah cuba utk keja dlm bidang bisnes yg lain...tp sik dapat. mungkin minat kamek lebih ke dunia oil n gas tok. industri yg ada masa depan. bleh belajar semua segi sales, technical, engineering, hardware, safety n etc.
ok, c ya. good luck in yr future career.

romzi seli said...

thanks sebab baca dan write a comment on it. rasanya pengalaman kamek belum cukup lagik. banyak benda lagik yang kamek mesti belajar. dan utk mencapai matlamat hidup, kamek must sentiasa belajar.

romzi

Anonymous said...

takpa aku paham.. aku dulu pun penah jual barang kat tepi jalan..... yg best tu kat situlah dapat banyak experience....dari situ kita boleh uji diri kita setakat mana kemahuan kita utk berjaya dan boleh mengharungi hidup ketika susah....

romzi seli said...

thanks, pasal baca my blog. i appreciate that. memang benar apa yang u kata pasal penjual tepi jalan. thanks again for support.