pagi nie tadi aku dapat satu e-mail dari satu group yang aku join. bandar utopia. aku kenal pada penulis itu walaupun aku tak pernah perjumpa dengan dia. namun kami pernah beberapa kali berhubung melalui e-mail. kalau dia baca blog nie, aku nak mintak maaf pasal tak minta izin, terlebih dulu nak kuarkan artikel nie, tapi apa yang menarik untuk aku share adalah mengenai apa yang di tulisnya. actually, memang satu benda yang reality yang ditulis oleh beliau tentang dunia hari ini. aku mendapat beberapa ilmu baru tentang erti satu perjuangan dalam membentuk diri untuk mencapai sesuatu terutama dalam bidang perniagaan.
terus terang aku nyatakan yang aku memang berminat dalam bidang perniagaan dan untuk aku berjaya aku kena mencari beberapa resepi dan formula sebelum aku memijakkan kaki kedalam dunia perniagaan. memang tidak semudah yang disangkakan untuk berniaga dan memang ramai yang punyai keinginan untuk berniaga. tapi berapa ramai yang mampu bertahan dan berapa ramai yang mampu untuk memulakannya.
ada sesetengah orang yang aku temui berkata, untuk memulakan perniagaan adalah satu perkara yang mudah, tetapi untuk 'maintain' kan perniagaan itu satu perkara yang payah. tapi, ada kebenaran pada itu, dan aku memberi masa untuk diri sendiri untuk memulakan perniagaan sebelum mencecah usia 40 tahun.
ok, berbalik pada e-mail yang dikirimkan itu, kat bawah nie ada aku masukkan sekali untuk kita baca bersama dan fikir-fikirkan. to saudara asrul muzaffar, thanks for the knowledge.
Assalamualaikum.
Kelmarin, 26/7/05, terpampang di muka hadapan kebanyakan akhbar tempatan mengenai kes Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang tidak diperbaharui kontraknya sebagai CEO Proton bila tempohnya tamat akhir September nanti.
Saya amat tertarik membaca permulaan ulasan kes ini dalam akhbar The Star yang berbunyi kira-kira seperti berikut:
"In the end (he) made one fatal mistake that cost him his job. The mistake: no matter how GOOD a CEO one may be, one doesn't own the company. The shareholders do."
Sememangnya track record Tg Mahaleel membangunkan Proton dalam tahun-tahun kebelakangan ini tidak dapat disangkal lagi. Ketika krisis ekonomi Asean dahulu, Proton masih mampu mencatat keuntungan. Itu belum termasuk milestones Proton yang lain-lain seperti pembukaan kilang Proton di Proton City Tanjung Malim yang bernilai lebih dari RM2 bilion, perluasan 'takluk' Proton ke benua Eropah dan Timur Tengah dan berbagai lagi.
Saya percaya untuk menikmati pencapaian sebegini, seseorang 'ketua syarikat' seperti beliau haruslah benar-benar komited, benar-benar mengetahui selok belok syarikat tersebut dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan peningkatan syarikat dari masa ke semasa.
Namun dari sudut lain pula, ramai juga telah sedia maklum akan krisis 'perebutan kuasa' yang kini berlaku di syarikat seperti Penang Shipbuilding Corporation yang diterajui Dato' Amin Shah. Atau kita boleh rewind beberapa tahun sebelum ini yang menyaksikan syarikat gergasi telekomunikasi Celcom (one of my ex-employers) direbut dari Tan Sri Tajudin Ramli. Dalam skala yang lebih kecil, saya pernah menceritakan bagaimana nama kartunis Ujang 'dicuri' oleh penerbit majalah berkenaan --- yang mana secara teknikal walaupun Ujang tidak lagi melukis di majalah tersebut atau membabitkan diri dalam apa jua bentuk dengan majalah berkenaan, beliau tidak boleh 'mengambil' semula namanya.
Saya kira di sini ada dua perkara utama yang mungkin boleh direnung:
(1) Walau seteruk mana kita berpenat lelah, mengorbankan masa dari bersama keluarga, bersengkang mata dan komited maut dengan syarikat yang kita bekerja --- hakikatnya kita hanyalah pekerja yang 'makan gaji' dan kebajikan kita serta keluarga terletak hampir sepenuhnya di tangan syarikat berkenaan yang hanya akan bertindak berpandukan keuntungan.
(2) Walaupun kita ada memegang saham dalam sesebuah syarikat yang mungkin boleh dianggap 'gergasi', hakikatnya akan tetap ada mereka yang sering memerhatikan kejayaan kita dari jauh dan menunggu masa untuk mencuri syarikat / saham tersebut dari kita demi meningkatkan keuntungan/empayar syarikat sendiri.
Ini tiada kena mengena dengan mitos perkauman (spt "biasaklah, Melayu takleh tengok orang Melayu lain berjaya") atau tiada mengena dengan mitos dengki-mendengki.
Secara paling ringkas, kedua poin di atas hanya menjurus pada satu atribut --- SURVIVAL --- baik dari konteks individu atau organisasi.
Memang telah jadi hukum alam, bila saja ada seseorang yang menang, akan ada seseorang yang kalah. Ada yang mengatakan bahawa "Buat apa laaa pijak kepala orang lain kalau setakat nak menang...." namun hakikatnya mungkin orang yang mengatakan demikian itu telah atau sedang melakukannya tanpa disedari!!!
Saya beri senario paling mudah --- ada dua orang yang memohon jawatan di sebuah syarikat untuk menyuap nasi ke mulut keluarga masing-masing. Kedua-duanya amat desperate mendapatkan jawatan itu. Dengan erti kata lain kedua mereka perlu bersaing sesama sendiri. Skilset keduanya sama mengancam begitu juga dengan merit lain. Namun akhirnya cuma ada seorang yang akan terpilih walau mungkin dari segi teknikal seorang yang lain itu lebih 'memerlukan'.
Mungkin A mempunyai masalah kewangan meruncing yang mana gaji dengan syarikat sebelum ini bolehlah dikatakan 'basic pun tak cukup'. Manakala B pula telah menganggur berbulan-bulan selepas khidmatnya ditamatkan kerana syarikat mempunyai masalah kewangan. Kedua-duanya mempunyai keluarga, mempunyai komitmen loan bulanan dan keperluan lain.
Bilamana A berjaya mendapatkan jawatan tersebut, beliau berjaya 'reduce' masalah kewangannya dan kemudian menjadi antara penyumbang aktif ke badan kebajikan. Manakala kegagalan B pula telah menyaksikan ikatan dengan keluarganya terlerai kerana 'pasangannya tidak sanggup hidup dalam kemiskinan'. A seterusnya menaiki anak tangga korporat satu persatu sedangkan B hidup merempat.
Dalam kes ini saya kira boleh dikatakan bahawa kemenangan A yang mendapat kerja tadi adalah 'at the expense' si B yang gagal. (Kalau nak jalan mudah boleh saja dipujuk hati dengan mengatakan... "well, takde REZEKI" atau "nak buat camner, dah TAKDIR"--- tapi rezeki PERLU DICARI/DIUSAHAKAN dan takdir takkan berubah selagi kita tidak berusaha merubahnya).
Persoalannya --- sejauh manakah kita sanggup mengorbankan insan dan keluarga yang lain hanya untuk memastikan kita dan keluarga dapat survive...?
Seorang bekas kenalan yang merupakan teraju sebuah syarikat telah membuatkan saya tersentak bila dia mengatakan bahawa prinsip beliau ialah "Selamatkan diri kamu dan anak isteri kamu sebelum kamu selamatkan orang lain". Melihat kepada 'conduct' beliau dengan syarikatnya tidak hairanlah kenapa begitu ramai sekali pekerja-pekerja baik ditamatkan kontrak atau di'blacklist' over the years.
Prinsip perniagaannya senang --- bawa masuk skil yang bagus, bayar gaji tinggi, namun bila sesuatu kontrak itu dapat direbut bermulalah proses untuk 'menyingkirkan' yang empunya skil tadi. Sebabnya, "buat apa bayar gaji tinggi-tinggi memandangkan kita dah dapat kontrak. Gaji tinggi bermakna kurang untung syarikat. Kurang untung syarikat bermakna kurang ler income aku nak support anak bini (yang mana beliau telah mempunyai 3 orang....)".
Walaupun ahli perniagaan tersebut yang dari luarannya nampak seperti 'alim' dengan serban, celak dan janggut, bila bercakap memang tak lekang dengan puji-pujian terhadap Allah dan Rasul --- tindakan beliau itu saya yakin BUKANLAH bersangkut dengan agama atau penampilannya (walau beliau claim Al-Quran dan Hadis ada menyuruh "selamatkan diri sendiri dahulu") tetapi terdorong oleh instinct asas insaniah --- SURVIVAL.
Begitu juga yang pernah terjadi pada saya dahulu. Untuk menyelamatkan 'periuk nasi' sendiri, ada di antara bekas rakan sekerja yang sanggup memastikan saya disingkirkan dengan mula 'nitpicking' apa jua yang saya lakukan. Dan mungkin ketika itu saya belum cukup 'bijak' untuk melindungi diri saya dari serangan demikian. Akibat dari serangan itu hingga kini saya masih terasa bahangnya. Mungkin saya tak akan memaafkan tindakan tersebut dan akan sentiasa mencari jalan 'to get even', namun saya sedar bahawa apa yang dilakukan mereka itu adalah natural bagi seorang manusia.
(Dan mungkin natural juga bagi saya sehingga kini mencari peluang untuk 'membalas dendam'... siapa tahu, kan??? Ahaksss... Namun pada saya 'membalas dendam' tak bermaksud 'menjatuhkan'... mungkin sekadar berusaha memastikan kewangan saya kelak 100x lebih baik darinya. Kalau ketika tu dia nak rasa dengki --- that's his problem!).
Saya kira andai kita dapat memaklumi percaturan hidup ini yang bersangkut dengan SURVIVAL, kita akan lebih mudah dan ceria menjalani hidup. Kita akan lebih faham kenapa manusia bertindak seumpamanya dan apa yang harus kita lakukan untuk melindungi hak kita.
Dan lebih penting lagi pada saya, kita akan lebih memaklumi akan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. dan betapa segala yang terjadi pada kita itu --- baik yang baik atau yang buruk --- mempunyai HIKMAH tersendiri.
Jika kita masih keras kepala dan degil, asyik menyalahkan itu ini, mengungkit (walaupun kita sedia maklum apa yang sebenarnya berlaku) --- selamanyalah kita akan terbelenggu dengan 'self-pity' dan 'inferiority complex'. Dan selagi itulah kita tak akan ke mana kerana asyik terperap dalam kepompong otak sempit atau emosi hancus!!!
Jangan mudah kalah dengan emosi!!!
Wassalam.
Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia
1 comment:
ermm..artikel nih membuatkan aku berfikir. erm betul gak eak.
Amaran : Jika wujud keadaan di mana segala skil2/specialization anda ditarik sedikit demi sedikit oleh majikan anda...berhati-hatilah! kerana kuasa ada di tangan mereka...adoihh.
[erk! u got wat i mean ker romzie] hehe :p
Post a Comment