Hilangkan sakit kepala
Untuk menghilangkan sakit kepala dengan cepat, ambil segelas air suam dan bacalah Surah Yassin dari ayat satu hingga ayat tujuh. Kemudian minum.
Menghilangkan sakit kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi aka menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
Melegakan sakit kepala
BAGI melegakan sakit kepala, ambil beberapa helai daun sirih. Daun tadi hendaklah dibasuh terlebih dahulu. Setelah itu, hendaklah daun itu direbus dan disejukkan. Selepas itu, barulah disapukan dibahagian kepala yang berasa sakit tadi.
Tiga cara meredakan pening kepala
Ada beberapa petua tradisional untuk meredakan sakit atau pening kepala. Nenek nasihatkan cucu supaya mematuhi peraturan dan mengamalkan sekali lagi jika kesakitan itu belum juga reda. Pilihlah petua yang sesuai.
- Bersihkan rambut daripada kesan-kesan minyak dan peluh. Ambil sedikit limau nipis dan belah dua. Gosokkan pada bahagian kepala yang berasa sakit. Lebih baik jika cucu gosok kuat-kuat sedikit. Selepas itu sikat rambut dan hilankan kesan-kesan limau nipis itu. Cucu boleh mengosoknya pada setiap kali mandi bagi menggantikan sabun.
- Ambil daun rambutan yang masih muda dan ramas di dalam air sehingga kelihatan berbuih. Kemudian lumurkan air daun rambutan itu ke atas kepala dengan menepuk perlahan-lahan bahagian yang terasa sakit. Selepas itu bungkus kepala cucu dengan tuala dan ikat sebelum masuk tidur. Insyaallah apabila cucu terjaga, kesakitan akan hilang dan kepala cucu terasa ringan.
- Ambil seulas bawang merah yang bulat dan potong bahagian atasnya (bukan bahagian akarnya). Selepas itu cincang hingga lumat dan lumurkan pada dahi dan tengkuk. Cucu harus berhati-hati jangan sampai terkena mata.
Catatan: artikel ini aku dapat dari seorang member yang forward e-mail kat aku. buat masa sekarang nie aku belum try mana-mana pun dari satu diatas walaupun aku selalu pening kepala. tapi kalu korang rasa bende nie bergune... gunakanlah ia dengan sebaik mungkin dan sampaikanlah kepada semua.
wassalam.
No comments:
Post a Comment