Monday, July 11, 2005

Terima kasih semua...

From: Helen Haliward
Sent: Monday, July 11, 2005 9:39 AM
To: romzi
Subject: Takziah dan Al Fatihah

Assalamualaikum,

Romzi,

Takziah di ucapkan pada Romzi dan keluargha diatas permergian tunangan. Di sedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di samping orang yang beriman.

Yang tinggal harus bersabar menerima takdir telah ditetapkan, Ajal dan Jodoh di tangan tuhan.

She is blessed because before she left this world she knows that she was loved by those that matter most to her.

Helen



"kadangkala ALLAH hilangkan sekejap mentari, kemudian DIA datangkan pula pada kita guruh dan kilat, puas kita menangis, mencari dimana mentari, rupa-rupanya kita dikurniakan ALLAH pelangi"
Kak Sunarti
9 Julai 2005 - 19:36hrs

"Sabarlah menerima. ALLAH lebis sayangkan Kak Ira. Dan aku pulan terkilan coz tak sempat nak jumpa"
Rozyana
8 Julai 2005 - 00:13hrs


"Aku baru terima berita mengenai tunang ko. Disini ingin ku ucap takziah pemergian terhadap orang tersayang! Tabahkan hatimu kerna Tuhan maha tahu segalanya."
Martin Simon
7 Julai 2005 - 18:55 hrs


"I am very sorry to hear about it"
Francis Chiang
7 Julai 2005 - 09:53 hrs

"Romzi, salam takziah dari kami sekeluarga. Terimalah qada & qadar Allah dengan redha"
Muhammad Alwi
7 Julai 2005 - 08:55 hrs

"Akum. Takziah ye romzi... tabahkan hatimu kawan. doakan ira tenang di sana. maaf tak dapat datang. azi kat kuantan. jaga diri baik-baik."
Azie UPSI
7 Julai 2005 - 01:42 hrs

"Akum. Takziah. Harap kau tabah. Yassir"
Yassir Arafat
7 Julai 2005 - 00:17 hrs

"Romzi, takziah. Allah lebih sayangkan dia. Kita yang hidup kena tabah... ini semua dugaan hidup. kita kena redha dengan ketentuan ilahi. banyak-banyak bersabar ok.. sama-sama kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. amin"
Rohenzie
7 Julai 2005 - 00:09 hrs

"A'kum. Romzie amacam ko? Ucapan takziah daripada aku. Kalo ko turun johor malam nie hati-hati la"
Rafi Faizal
7 Julai 2005 - 00:03 hrs


terima kasih buat teman-teman dan semua yang menghatar e-mail dan sms ucapan takziah kepada aku. untuk yang call aku malam tu, macam Noly, Naquib, Adib, Lufti dan beberapa orang lagi... aku minta maaf sebab tak leh nak layan korang. [sedih yang sangat malam pemergian dia]

Selain tu, terima kasih juga untuk Noly, Sani, Sya, Murni, Shira, Naseron dan Ibu mereka, Raheme, Abuhassan kerana sanggup datang dari jauh untuk melawat keluarga Allahyarhammah di Johor. dan buat semua kawan-kawan sekolah arwah terutama Shiela, Anizan, Lin, Wan dan beberapa orang lagi... terima kasih kerana datang.

Akhir sekali tak lupa buat semua sahabat handai, ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir dan membantu pada hari tersebut. Hanya Allah yang membalas.

Dan aku doakan agar roh Nadira binti Mohammad tenang bersemadi di samping orang-orang yang beriman dan di cucuri rahmat olehNya. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Tabahlah menghadapi kehilangan itu.
Yang hidup pasti akan teruskan hidup, dan bakal duji lagi. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa..
Namun,ketentuanNya lebih berkuasa.

Yg penting,teruskan hidup dengan lebih tabah.Allah pasti menyayanginya,dan anda.

romzi seli said...

terima kasih annnum. ya memang benar, semua itu adalah dugaan yang Maha Esa. thanks again sebab baca blog yang serba kurang ini.