Wednesday, July 13, 2005

Quote

Untukmu Nadira...
Dalam kenangan (1980 - 2005)

aku pernah luahkan ini kepadamu,

"Yang, I want to be the one you kiss, the one you miss. The one you hug tight, the one you dream of at night. I want to be there for good and bad, happy or sad. But more than anything, i just want to be the one"

dan aku juga ada berjanji kepada mu yang aku akan menyayangi mu hingga keakhir hayatmu. Aku berharap aku telah menunaikan janjiku untuk menyayangimu hingga ke akhir hayatmu.

kau pernah sampaikan lagu ini buat ku...

dan kau pernah berkata yang setiap baitnya adalah apa yang sebenarnya yang ingin kau luahkan. dan bagiku, itu jugalah yang aku ingin luahkan padamu...

Semua Untukmu

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untuk mu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci.

Tanpa dirimu, hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jjangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi


Salam salam dari tunang mu yang tersayang.

Romzi

5 comments:

Su said...

Assalamualaikum Romzi,
Saya turut mengucapkan takziah di atas pemergian tunang tersayang anda, semoga anda tabah menghadapi dugaan ini. Insya-ALLAH kebahagiaan akan menjelma jua nanti.Semoga arwah Nadira ditempatkan dikalangan orang-orang yang diberkati. Wassalam.

romzi seli said...

Su, terima kasih.

kak farah said...

Assalamualaikum......
Selain your blog, akak juga dah baca ur posting dlm keluarga group. Takziah akak ucapkan. Semoga roh Allahyarhamah akan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga Romzi tabah menghadapi hari-hari mendatang. Life must go on.

romzi seli said...

Kak Farah...
Walaikum salam. thanks pasal baca blog dan luahan saya dalam keluarga group. memang betul life must go on.

iemah said...

assalamualaikum Romzi...
rasanya baru seminggu yg lepas kamek membaca blog kitak tok (tergerak hati utk mbaca nukilan rakan sesama miri). Terkejut juak ngn berita tok, sbb cam baru jak nak kenal. Takziah ikhlas dari kamek. Semoga rohnya ditempatkan di samping org2 yg beriman. Tuhan lebih menyayanginya. Kuatkan semangat kitak utk meneruskan kehidupan.