rasanya dah beberapa hari aku tak menulis. bukan apa, kekadang kepala aku tak berkemampuan untuk menulis apa yang hendak di tulis. sebenarnya aku mempunyai perancangan untuk menulis mengenai kisah aku dengan arwah tunang aku dalam blog nie. tapi masih kekeringan idea dan hati masih sebak lagi untuk menulis.
sabtu lepas aku pergi jumpa cousin aku kat pj. dia keje kat situ dan dalam masa yang sama aku nak tanya dia pasal satu company yang offer aku kerja nie. lepas tu sembang punya sembang sampai petang dan aku ngan dia sempat pergi ke midvalley untuk carik buku mengenai programing. untuk aku ler. sebab nak balajar ler katakan. lagi pun aku tak der basic programing, so aku bawak dia. usha punya usha jumpa dua bijik buku yang agak ok gak kot untuk di baca.
lepas tu jumpa ngan linda. sebab linda nak balik klang. jumpa makcik dia. amik ler dia dari midvalley tu lepas tu hantar cousin balik pj jap dan terus ngan linda pegi carik kedai makan. sebab dia kata tak makan lagi. aku pusing-pusing gak nak carik kedai makan, bukan apa kalau boleh aku tak nak pergi ke kedai makan dimana aku ngan arwah tunang aku dulu selalu makan. sedih masih tak habis lagi. last-last pusing-pusing balik kat shah alam jugak. argh... makan ajer ler... malam tu lepas hantar linda kat klang, aku laju jer sebab nak tengok af.
itu cerita sabtu. semalam plak ahad, aku bangun awal. dah lah tidor lewat malam tu, dekat nak pukul dua baru balik dari minum. mata tersedar sebab alarm jam housemate aku. erghhhh... aku tak leh nak sambung tido. lepas tu aku pun mandi ajer ler nak pegi opis sebab nak check e-mail. hari sabtu company baru dah hantar offer letter kat aku, so aku pun bukak ler nak tengok. lepas abis download, terus aku pergi nilai nak jumpe member aku yang lain plak.
huh... sampai nilai dalam kul braper aku pun tak ingat, lepas sarapan kat umah tu, aku sambung tidor, sedar-sedar ajer dalam kul 2 lebih. baru nak terkedek-kedek nak makan. tuan rumah dah habis makan dah, aku baru nak makan. arghhh makan ajer ler. buat muka seposen.
lepas makan baru aku borak ngan member aku, shira dan mak dia. lepak punya lepak sampai petang dan aku balik sebelum maghrib. ntah kenaper aku memang teringatkan arwah ajer hari semalam. petang tu masa balik lagi sadis, sampai aku nangis sorang dalam kereta. kena pulak dalam radio era keluar lagi anuar zain. huh.... bertambah sedih dan sayu...
dulu, setiap apa yang berlaku kat aku, aku akan buat report. buat report mean, aku akan call 'dia' dan cerita segalanya. malah segalanya. susah senang aku, gembira, masalah dan sebagainya. dan kini memang aku terasa sangat-sangat bila 'dia' dah tinggalkan aku. malah aku selalu teringat nak report kat dia. tapi semua dah tiada.
bilakah aku ada pengganti buatnya... sesungguhnya bagi aku nadira adalah hidupku. kerana dia yang tahu semua isi hati ku, susah senang aku di perantauan, hanya dia yang tahu.
"sayangku nadira, walaupun kau telah menemui pencipta, namun sayang aku padamu masih belum putus dan rinduku pada mu masih belum reda lagi. betapa aku terlalu merindui gelak tawamu, dan suaramu. aku merinduinya sesangat... dan bagiku kau tiada gantinya..."
romzi...
No comments:
Post a Comment