Monday, August 08, 2005

ada apa dengan cinta??? - part 2

Episod 2; Apa Rasanya Jatuh Cinta???

Jika mitos menceritakan kisah cinta Rama dan Sita, Romeo dan Juliet, masa kini juga masih tidak lari dengan kisah cinta. Kisah cinta yang seringnya dijadikan bahan cerita yang hadir di tengah-tengah kita dari masa ke masa, baik dalam bentuk cerita turun-temurun, buku, filem, mahupun sandiwara radio. Ada cerita yang diilhami dari kisah nyata, tapi ada juga orang yang kisah cintanya seperti difilem. Sebenarnya apakah yang dikatakan dengan cinta itu? Mengapa topik yang satu ini seperti tidak ada habis-habisnya untuk diceritakan, dibahas, dan diperdebatkan? Yang lebih penting lagi, apa arti cinta bagi remaja? Berbagai terminologi digunakan orang untuk melukiskan bagaimana rasanya jatuh cinta itu. Ada yang berkata bahwa jatuh cinta itu amat indah sekali, sehingga semua di sekeliling kita juga terasa indah. Ada yang berkata bahawa cinta terasa menyesakkan dada sehingga harus diungkapkan kepada pihak yang dijatuhi cinta. Cinta membuat kita berdebar-debar, berkeringat, dan salah tingkah bila berada dekat Si Dia.

Semua itu sebenarnya merupakan fasa ketertarikan yang boleh dijelaskan secara psikologi maupun fisiologi. Pada saat kita tertarik pada seseorang, otak kita mengirimkan signal ke tubuh untuk memproduksi hormon tertentu yang akhirnya memunculkan reaksi-reaksi seperti di atas. Siapa yang boleh membuat kita tertarik tentunya sangat dipengaruhi oleh pengalaman peribadi serta bagaimana kita dibesarkan.

Sebagai manifestasi dari suatu peralihan masa dengan yang didalamnya jua dikandungi dengan perubahan fizikal, emosional, dan seksual, remaja juga mula mengalami perasaan tertarik pada lawan jenis yang diikuti dengan perasaan jatuh cinta. Hal ini merupakan hal yang normal, walaupun tidak bererti bahawa remaja yang belum pernah jatuh cinta memiliki masalah.

Menurut kajian, remaja cenderung untuk jatuh cinta pada orang yang telah lama dikenalinya dengan baik, seperti kawan sepersekolahan atau sekuliah, teman sepermainan atau jiran tetangga. Namun adakalanya remaja juga boleh jatuh cinta dengan orang-orang yang disetujui oleh sahabat-sahabatnya.

Dengan kepesatan ICT, interaksi kita dengan orang lain juga lebih bervariasi. Sebelum ini, perkenalan banyak terlangsung secara fizikal (bertemu di sekolah, campus, dan sebaginya), namun wujudnya teknologi ini remaja telah boleh berkenalan dengan mudahnya dengan orang asing melalui chatting di internet, sekaligus juga membuka peluang untuk jatuh cinta. Namun, keindahan dunia maya ini tidak selalu disertai dengan keindahan di dunia nyata. Ini kerana banyak orang memalsukan identitinya di internet untuk mengambil manfaat dari rakan boraknya. Hal inilah yang mesti harus kita waspadai.

2 comments:

iemah said...

Yer anda benar...cinta dunia maya tidak selalunya indah dan sungguh sukar sekali untuk dipercayai. Bergantung kepada nawaitu, keikhlasan, kejujuran kedua2 belah pihak. Berhati2 agar tidak mudah terpedaya :)
"Bicara di hujung jari...sertakanlah dgn rasa ikhlas, jujur dari hati"

romzi seli said...

thanks mawar. tulisan ini hanya luahan minda suatu masa dulu, masa one of my frenz tengah frust bercinta. tapi kini macam kembali pada si penulis.