Wednesday, September 28, 2005

aku nak jadi blogger...

Hari ini aku menulis. Tajuk pun ntah apa-apa tah. Sebab aku masih pening. Pening memikirkan apa aku nak buat sebenarnya. Wah...

Aku tak sangka, penulisan aku dalam blog nie mendapat perhatian. Aku mula kenal blog sekitar june 2004. dan posting pertama aku pada 8 june. Dan dari tarikh itu, bermulalah era aku sebagai blogger. Blogger yang pra-amatur. Kenapa aku cakap pra-amatur? Kerana ku lebih rendah taraf berbanding amatur. Kalau amatur ni kira tahu gak ler. Aku ni memang tak tahu lagi. Macam william hung pernah cakap, “i’ve no profesional training”. Ya, memang aku takder mengaji pasal benda alah ni.

Aku mula dulu, lepas baca beberapa blog orang. Aku saja servey dan tengok. Dan lepas aku survey cam best plak. Dan aku pun mula cuba-cuba untuk create satu blog. Jadi pada awal tu memang tak der kisah sangat nak tulis. Walaupun hakikatnya idea penuh sampai melimpah di kepala ni. Masalahnya tak leh nak tuang dengan elok kedalam penulisan. Jadi tertumpah merata hingga tak leh nak kutip semula. Slow-slow aku bina dan ubah sana sini.

Lepas tu bila tengok orang punya lawa, aku try carik cam ner dorang ni semua buat. Cuba sana, cuba sini, pastu tanya sana sini dan akhirnya cam ni ler jadi blog aku. tapi aku masih tak puas hati tentang paparannya. Ye lah kan manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Begitulah aku. aku tak puas lagi dengan paparan dalam blog aku ini. Kerana makin hari makin aku jumpa orang punya cun-cun belaka. Aku makin jauh ketinggalan. Cam ner aku nak kejar benda alah ni semua.

Aku akui, dulu aku tidak pernah belajar secara formal tentang dunia cyber ni. Dulu, aku hanya belajar dunia aeronautik. Tahu tak apa kemende tu? Bagi yang tak tahu, aeronautik tu adalah kejuruteraan penerbangan. [bukan apa, masih ada lagi yang tak tahu apa aeronautik]. So, maner ada belajar internet, apatah lagi programing. Cam ner nak buat web ker aper.

Aku pernah tanya kawan aku pasal nak buat web, [dia budak it kat campus aku dulu] dengan selamber dia cakap, alah setakat website ni, budak tadika pun reti. Ops. Aku ni belum masuk tadika ler rupanya. Ohhh tidak... sebab tu, aku rajin belek sana, belek sini, baca buku, tanya orang cam orang bodoh semata-mata nak tahu apakah benda itu alam cyber.

Kini aku bersyukur sket, sekurang-kurangnya aku tahu serba sedikit dunia blog nie, walaupun aku rasa aku masih tak sama level ngan amatur, apatah lagi para otai-otai blogger. Apa yang aku impikan kini adalah aku dapat ramai kawan dalam dunia blog nie dan sekaligus untuk aku menambahkan ilmu aku dalam dunia yang penuh cabaran.

Hah... sambung kemdian ler. Aku nak servey lagi apa yang ada.

Tuesday, September 27, 2005

27 hari di bintulu...

Hari ni nak cakap lewat bangun, boleh lah jugak kiranya. Sebab beberapa hari ni aku pun lewat. Kekadang sampai kul 8.00 lebih baru bangun. Yang pasti aku tak salahkan sesiapa kenapa aku bangun lewat. Aku tetap akan salahkan aku kerana bergayut di dahan asmara. Hahahaha...

Hari ini, tidak banyak yang aku lakukan. Aku tidak tahu kenapa. Nak cakap tak der kerja tak jugak sebab kerja melambak. Nak kata ada, tak gak buat. Ish... payah tul aku ni. Mungkin kerana semangat dan jiwa aku tak der kat sini lagi kot. Ya, seperti apa yang aku katakan dulu, yang semangat aku tertinggal di kuala lumpur. Dan aku rasa untuk mengambilnya aku kena kembali ke sana.

Appoinment pagi, berjumpa dengan senior engineer membuatkan aku menggunakan sepenuh kepakaran aku untuk mempertahankan diri aku yang tak tahu apa pasal project dan product yang aku nak sampaikan. Kerana hari ini genap 27 hari aku berada di bintulu, dan 27 hari itu jugak aku bekerja di syarikat ini. Dan dalam 27 hari itu, aku masih belum dapat menguasai sepenuhnya apa yang aku perlu lakukan. Ini kerana ia sungguh berbeza dari apa yang aku lakukan sebelum ini. Ops. Sebenarnya bukan 27 hari. Tambah lagi 5. sebab aku mula melapor diri di miri dan melalui proses suai kenal di sana. Tapi suai kenal pun aku masih blur dengan apa yang berlaku. sebabnya cukup jelas. Sebelum ini, memang aku dalam dunia oil and gas. Tapi dalam pengkhususan electrical dan electronik. Dan dalam 3 tahun aku memasakkan diri dalam bidang tu. Then, aku join company baru ni dalam bidang mekanikal. Aku ingatkan mekanikal ni kecik ajer pengkhususan yang dilakukan, tapi merangkumi civil work jugak. Uhhh... pening aku dibuatnya.

Semalam, ex-boss company lama call aku. tanya khabar dari aku bagaimana. Tapi selain itu, dia bertanyakan tentang aspek teknikal product yang aku buat masa bersama company dia dulu. Sebab dah tak der orang nak tolong, aku just explain through the phone tentang benda alah tu. Siap.

Uhhh... aku berimpikan aku ada syarikat sendiri. Mungkin ex-boss aku tu boleh tolong aku untuk develop, dan aku rasa, andai jadi aku akan ke semenanjung semula untuk memulakan business aku.

Ops. Berbalik cerita company baru. Aku masih memikirkan kenapa barisan director dia sanggup ambil risiko untuk ambil aku bekerja. Sedangkan masa perjumpaan tidak formal aku ngan director dia, aku cakap semua aku tak tahu. Yes, tak tahu.... [cam adam af2 lah plak] dan dia tak kisah. Unik sungguh. Aku pun blur. Kerana dia sanggup ambik aku yang dah jawab tak tahu, aku pun sanggup ambik offer dia. dan bermulalah episod baru dalam hidup aku. jadi boss kecik untuk syarikat ni. Tapi, masih tak menggembirakan aku lagi. Kerana aku dah biasa kerja outstation. So, aku nak outstation sebenarnya.

Ohhh... ada tak peluang untuk aku kali ni lagi. Tak per... life must go on. Segalanya akan terjawab selepas ramadhan dan syawal nanti. Dimana aku berada. Andai jodoh aku di sini, maka setiaku di sini. Tapi andai tiada, nantikan kemunculan di mana aku pergi.

Monday, September 26, 2005

my web search.

aku terjumpa web search engine kat dalam dunia tanpa batasan ini. www.

jangan jeles ler tengok kat bawah ni. satu lagi blog aku pun wujud bersama kuda ferrari. ahaks.


Image hosted by Photobucket.com


ni dia geng aku... http://romzie.blogspot.com - ferrari


Image hosted by Photobucket.com

luahan rasa

Beberapa hari ini aku diam. Diam bukan bermakna bersalah. Tapi diam memerhatikan perjalanan jidup dan diam memerhatikan apa yang akan berlaku sebenarnya.

Aku sebenarnya sengaja menulis cerita aweks-aweks aku. Bukan untuk niat berlagak yang aku ada kawan aweks, tapi untuk menguji dan menilai sejauh mana mereka menerima aku seadanya. Kini terbukti, tidak semua yang boleh menerima aku dengan seadanya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang masih boleh menerima aku dengan seadanya.

Aku seringkali mengulangi bahawa aku tidak punya apa, rupa dan kedudukan jauh sekali, malah tidak segan untuk aku beritahu bahawa, muka ku tak ubah seperti tong ‘drum’ dan umpama kodok-kodok afdlin. Ya, aku mungkin seperti kodok-kodok itu. Dan aku tidak punyai daya tarikan apapun, [itu pada hematku] dan yang pasti lagi pasti adalah aku tiada harta berganda. Aku papa kedana.

Cerita aweks membuka mata aku, bahawa tidak semua insan boleh menerima aku seperti adanya aku. dan apa yang aku sedar adalah aku memang mesra dengan semua orang. Bak kata bob af2. mesreeeeeeeee.... maka itu lah aku. tapi aku tidak tahu pula disebalik kemesraan itu, boleh membuatkan orang merasa aneh dengannya. Hinggakan timbul satu rasa di hati yang diri di beri perhatian. Namun, aku hanya seperti biasa tidak lebih dari itu. Dan bila pengakuan itu timbul maka teruslah hilang satu persatu apa yang aku namakan kawan. Kini, yang tinggal hanyalah kawan.

Terima kasih pada yang setia menjadi kawan kepadaku dan sahabat kepadaku. Dan tidak mustahil bagiku, suatu hari nanti kawan itu akan bertukar menjadi kekasih. Dan kekasih itu bertukar menjadi pasangan hidup hingga akhir hayat.

Dari perasaan kawan, muncul perasaan kasih, dan dari situ berputik cinta abadi untuk di semadikan bersama jasad yang masih setia menanti.

Semoga orang itu, boleh menjadi kawan aku selamanya. dan semoga dia boleh menerima aku dengan seadanya. Walaupun ku tahu yang dia pernah melihatku tapi aku tidak pernah melihat wajahnya, melainkan suaranya. Gelak tawanya, serau basah tekaknya kerana demam. Hanya dia yang tahu erti kawan kepada aku.

Kawan,
Setelah kau jejakkan kakimu ke tanah yang baru, ingatlah bahawa engkau harus bersedia untuk menerima perubahan itu. Dan di situlah kau akan melihat siapa kawan. Adakah kawan makan kawan atau kawan menjadi lawan.

Yang pasti kita kan tetap kawan.

MAAF lah jika luahan ini membuatkan orang terasa, namun tiada niat untuk membuatkan sesiapa terasa kerana aku telah puas terasa hingga tidak dapat merasakan apa itu perasaan terasa. Sepi, sayu, sedih, semuanya permainan perasaanku. Sampai bilakah ini semua akan berakhir. Aku menantikan sebuah jawapan...

Sunday, September 25, 2005

erk...

aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan
aku bosan

Saturday, September 24, 2005

Menanti Sebuah Jawaban

Menanti sebuah jawaban - Padi

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...
Seiiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpagut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih, terdiam membisu

Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan
Tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...

lawak

Aishah... aku tak kira. Tahap kebosanan aku pagi nie menyebabkan aku berjaya meng’copy’ cerita lawak ko nie. Kalo ko nak marah, luahkan kat tag board aku kat tepi tu. Hehehehe...

Aku tetap gak nak ambik sebab aku tergelak sesoarang baca lawak ni. Dan aku teringin nak share untuk peminat aku [ops.... ada peminat ker aku ni?] keh... keh... keh... keh...

Layanzzzzz....

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

"Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

“Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.

“Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya,

"Apa yang terjadi?"

"Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.”

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab,

"Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


Moral of the story.
Jangan nak menipu budak kecik.

Friday, September 23, 2005

satu pengertian

dalam aku melayar dan melayar blog kekawan baru. aku tetiba terjumpa satu blog ini. lope-mizz-ya. Satu posting dia yang buat aku merenung erti tersurat dan tersirat. Lope-mizz-ya, aku pinjam untuk aku share ngan geng malaysia aku.

bacalah;

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya,
orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan
dapat mewujudkan perselisihan.

Kata-kata yang kejam
dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya
dapat meredakan ketegangan.

Kata-kata yang penuh cinta
dapat menyembuhkan dan memberkati.

begitulah dirimu orang yang penuh cinta
sepanjang masa cinta ........ kamu cintakan

color of my life

aku terjumpa website ni dari salah seoarang kawan blog aku, nagacute. dan dia tanya aku apa warna aku melalui tarikh lahir. so ini lah jadinyer.

Image hosted by Photobucket.com

romzi
April/11/1980
Male


?C?G???[ ?‰?C?I?“

YOU ARE ?C?G???[ ?‰?C?I?“!


You are Yellow Lion, with idyllic ways of talking and do not try to hide your seriousness.
You are plain and courteous person.
Nevertheless, you are not easily found to be off guard, and tend to be rather stiff.
You are always smiling, and you give a friendly atmosphere.
You don't mind being on your own, and you believe that one opens up one's own destiny.
You are an independent and a hard working person.
You don't tolerate compromise.
You are hard on your self as well as on others.
You don't look for help from others, and tries to do all by your self.
You are little obstinate.
You also think nothing of public reputation and rumors.
You will not show weakness to your loved ones, or complain about the work.
Your conception of life does not include depending on other people.
Therefore, you don't go after one particular thought, or be totally and madly in love with someone.
You will not act according to personal attachment.
Your achievement in work is constant, and is always efficient.
Nevertheless, you lack affection, and consideration for the others.



nak check korang punya kaler. klik ajer kat kartun atas tu.[kartun yang reramai kat atas. bukan yang singa sekor tu] tengok apa kaler korang.

aweks bandar utama aku merajuk.

Pepegi buta aku dah masuk ke opis ni. Semuanya kerna dia... ahaks itu lagu yassin la...

Sah... memang sah dia terasa dengan aku. malam tadi, hati ku terus bertanya dan pertanyaan aku berakhir dengan panggilan ke handphone dia.

“hello, siapa ni?” satu suara dari dalam handphone aku. aku diam. Takkan dia tak tahu.

“Romzi”

“ohhh...”

“buat apa tu?”

“baru nak tido. Nak mulakan mimpi. Dah nak landing dah tadi. Hehheee” ujarnya penuh manja.

“ooo... tak per ler, kalau cam tu nanti saya call lain kali ler”

“ehhh... tak per ler. Takder hal punye. Cakaplah” jawabnya ringkas.

“tak der ler. Kalau menggangu saya tak nak call” aku saja menduga.

“err... tak menggangu pun... rindu ke nak dengar suara saya?” erks. Soalan yang susah aku nak jawab. Rindu atau tidak. Kalau cakap tidak, aku hipokrit. Kalau cakap ya, ??? arghhhhh....

Aku teruskan pertanyaan demi pertanyaan. Ala-ala bond nak menyiasat kenapa perubahan sikapnya pada ku. Aku memang nampak sikap dingin dia bermula beberapa hari lepas. Selepas posting aku pasal aweks. Dia masih pertahankan tiada apa-apanya itu.

“awak marah kita ye?” tanyaku.

“tak der leh. Buat apa nak marah.”

“terasa?” soal ku pendek.

“takder ler. Sakit hati skit”

Erk. Sakit hati. Kenapa pulak? Ahaks, setelah puas ku mencuba untuk mencari jawapan, akhirnya aku dapat merasakan apa yang terbuku di hatinya. Ya. Dia cemburu pada aweks-aweks ku yang lain.

“bagaimana sekarang ni?, saham makin naik” dia menyoal aku pulak.

“maner ader apa-apa.” Jawab ku ringkas.

“ye lah, kekadang kedah, kekadang sana, kekadang sini. siapalah saya tak der yang special. Yang sorang tu siap beli no maxis lagi. Saya tak nak ler menggangu. Orang dah ada yang special. Nanti saya dianggap menggangu pulak. Awak teruskan ler dengan dia tu.”

“ehh... mana ader” jawabku.

Sah... dan sah lagi yang dia cemburu dengan aweks kedah aku. ohhh... aku tidak berjaya rupanya. Tidak berjaya untuk menstabilkan mereka. Tidak berjaya untuk berlaku adil. Ahhh... ini baru dua. Bagaimana dengan aweks Lawas, Penang, dan yang bongsu Johor.

Atuk.... turunkan aku ilmu mu itu.

Aku cuba memujuk dia. aku tidak pasti samada pujukan aku itu berjaya atau tidak. Dan aku masih mahu bersama dia.

“awak, kan saya dah kata, semua sama ajer. Awak ingat tak kata-kata saya dulu. Saya masih takut untuk menerima cinta. Biarkan dulu masa tentukan kita. Andai ada sesuatu, takkan ke mana.” Pujuk ku.

“awak, memang saya akui bukan awak sorang ajer. Ada beberapa lagi. Selain kedah, ada lawas, janda pun ada. Tapi semua itu hanya kawan. Not more than that.” Sambung ku lagi.

Dia diam. Masih berborak. Berborak dan dah mula manja. Itu yang aku lemah nak dengar ku. Cair hati bila dia cakap. Kekadang dia berteka-teki dengan aku. aku tahu itu semua. Aku masih setia menunggu kata-kata dari mulutnya.

“rasa cam nak demam ler” ujarnya manja.

“ha, kalau nak demam tu makan ubat tau, jangan tak makan”

“malas ler” katanya ringkas.

“aik, nak makan ubat pun malas. Kenapa ni?”

“pahit” penuh manja.

“hish... memang ler pahit. Kalau tak pahit bukan ubat namanya.”

“ada, yang tak pahit ubat.”

“apa dia?” aku menyoal.

“ubat batuk”

“ahhh itu ubat batuk. Tak kira. Saya nak awak makan ubat jugak. Kang demam melarat. Hish kalau saya dekat saya suap kat mulut awak”

“suap pun tak nak. Pahit.”

“ok. Apa-apalah.”

Hingga;

“wak, saya rasa ngantuk ler. Nak tido” aduh, manjanya nak cakap nak tido.

“ok.lah. kalau dah ngantuk tidur lah”

“awak lepaskan saya ke ni?”

“iye. Saya tak kisah. Kang awak ngantuk plak.” Jawabku.

“babai. Sweet dream”

“ok. Babai. Sweet dream to. Mimpikan saya k!” ujarku menggatal. Ahaks. Panggilan tamat. Dan aku pun berlayar.

Ops. Sebelum tu. Kalau ‘dia’ baca tulisan ini, saya nak minta MAAF andai dia terasa tentang saya dan barisan aweks-aweks. Terus terang saya katakan yang saya masih solo. So, nanti the best women win. Pepandai ler amik hati saya yang masih sedih dan terluka ini. Terluka kerana ditinggalkan buat selamanya.

Emotional sket ehhh...

Thursday, September 22, 2005

mencari dimana si dia...

Aku banyak bercerita tentang siang khamis. Dan malam itu. Tetapi, tidak ku sedari bahawa aku terlupa sesuatu. Rabu yang lepas aku berkenalan dengan seorang lagi awek johor. Tapi kini berada di utama tanahair. Emmm... comel orangnya. Dan aku mengenali dia setelah dia ‘mengetuk’ ym aku. aweks baru lagi. Ah... dengan aweks begini aku dah mula pusing. Siapa nak di beri tumpuan. Kini yang di Lawas aku dah mula kurang. Yang Penang memang aku jarang. Hanya mengharapkan dia call aku ajer. Selasa hari tu ler last dia call aku. tak per. Mereka pandai berdikari. Ahaks.

Tapi, bila difikirkan balik, memang aku tahu yang awek bandar utama itu merajuk dengan aku. cara percakapan dia dan cara layanan dia terhadap aku. aku yakin sebenarnya. Dah beberapa hari ni aku tak dengar suara dia. aku hantar sms. Tidak berbalas. Kalau dulu, dia yang selalu hantar sms dan call. Aku tanya samada marah atau tidak, masih tiada jawapan. Dulu, dia selalu menunggu panggilan dari ku. Hinggakan dia pernah berkata mata nak tidur pun tak jadi bila dengar suara aku. kenapa ni? Kalau dia membaca coretan ini, aku ingin memohon MAAF kepadanya. Aku tahu itu salah ku. Tapi percaya lah tiada niat untuk aku begitu padanya. Aku ikhlas.

Seharian hari ni aku mundar mandir. Tidak keruan dan tidak tahu apa nak dilakukan. Aku hantar sms kepada barisan aweks-aweks aku. hanya yang kedah dan lawas sahaja yang membalas. Sah, bandar utama merajuk.

Yang di kedah, masih kurang sihat lagi. Aku berleter skit ngan dia. kenapa tak nak makan ubat. Huh... kalau aku dekat dah sah dah aku suapkan ubat ke mulut dia. ini jauh. Tak sampai plak. Tak per.

Seperti biasa, kerja aku kesana-kesini appoinment. Cari business baru. Di opis masalah lain plak. Aku tak tahu staff aku pelik ajer ngan aku. ahh... biarkan mereka. Aku pun tak tahu. Adakah kerana teguran aku hari selasa lepas mereka begini?

Hari ini aku masih online ym. Aweks kedah ketuk aku. tapi aweks bandar utama masih tiada. Tak per. Aku borak ngan dia. sampai patang. Lepas tu aku balik dan terus jumpa kawan lama. Dinner. Masa dinner aku hantar sms lagi. Tapi tiada jawapan. Hanya jawapan dari kedah. Masih tak makan ubat lagi. Ahhh... rasanya nak ajer aku ke kedah. Tapi...

Biarkan... aku balik ke umah dan berhenti di depan laptop ini untuk menulis ini.

aku rasa nak ke key ell semula

Malam tadi, aku meneruskan perjuangan aku dalam alam blog ini. Memang tak der sangat pun nak buat, jadi aku masuk semula ke alam cyber. Nasib baik sini guna streamyx. Senang sket ler nak online. Petang lepas kerja, kepala aku pening sangat dan aku tidak mampu untuk meneruskan kerja lagi. Dan apatah untuk jog. Aku hanya balik ke bilik dan tidur. Memang dah tak larat nak buat apa. Tak tahu kenapa.

Maghrib aku bangkit dan kemas untuk solat. Habis tu, aku masak mee goreng indo-me ajer untuk dinner. Sebab aku malas nak keluar. Housemate semua dah ilang. Aku bosan. Dan masuk ke ofis semula untuk online. Pertama sekali sudah pasti aku akan melawat blog aku ni. Dan malam ni aku dah ubah rupa muka dia. nak tambah link, kawan-kawan blog aku.

Malam tu, aku hanya update untuk tambah link dan ubahsuai rupa blog tu ajer. Bagi nampak impressive sket. Bukan apa. Ada orang cakap tak berapa impressive. Aku tak kisah. Itu komen yang membina untuk aku agar aku lebih berusaha untuk memperbaikinya lagi di masa depan.

Sambil update, tangan aku menggatal nak hantar sms.

“buat apa?” aku hantar ke awek kedah.

“duduk-duduk aje”

“wak, saya rasa nak balik ke kl semula ler. Rindu dengan udara kl”

“kenapa plak?”

“ntah ler. Tetiba teringat kl. Dan memang terasa sangat nak balik dan bina kehidupan baru kat sana.”

Dan selepas tu aku teruskan kerja mengubahsuai blog aku. tapi hati masih kacau lagi. Jiwa rasa memberontak nak balik kl.

Aku sebenarnye sembunyikan perasaan sedih aku dari kawan-kawan aku yang lain. Kawan-kawan yang bertanyakan adakah aku boleh hidup di bandar bintulu ini. Apa yang mampu aku katakan pada mereka, aku gembira disini, gembira berada di bandar sepi ini. Tapi hakikatnya tidak. Tidak sama sekali. Aku tidak dapat merasakan nikmatnya. Mungkin kerana aku telah biasa dengan dunia luar. Dunia yang penuh pancaroba.

Jam 10.45 malam, aku balik ke bilik.

Seharian aku tidak mendengar khabar dari aweks bandar utama. Adakah dia marah padaku. Kerana pada malam sebelumnya dia meluahkan rasa pada aku. dia seperti terasa dengan posting aku sebelum ini. Yang mana dia merasakan yang dia dibanding-bandingkan dengan aweks lain.

Aku cuba memujuknya, tapi, semacam tidak berjaya ajer. Walaupun dibibirnya menyatakan yang dia tidak marah dan terasa.

“awak ada hak nak tulis apa yang awak nak”

“saya tahu awak terasa dari kata-kata awak nie, kalau terasa saya minta maaf” pujukku lagi.

Ahh... aku macam tidak berjaya untuk mengembalikan semula hatinya itu. Aku masih mencari kata-kata yang meyakinkan yang dia tidak marah padaku. Aku tahu itu kesalahan aku kerana membandingkan mereka. Tapi mereka punya kelebihan masing-masing. Tiada apa untuk dibezakan dan tidak ada apa untuk di kalahkan. Bagiku mereka punya kelebihan masing-masing.

Ah... aku biarkan dia malam itu. Aku hubungi aweks kedah. Bersembang lama. Hingga aku tidak sedar yang jam dah menunjukkan 2.30 pagi. Ohhh... berjaga lagi aku sampai ke pagi. Tak pe le.

Wednesday, September 21, 2005

rabu yang pening

Kepala pagi ni agak ting tong. Pening pun ada. Ahhh... apa lah aku nie... tak tahu nak cakap camne.

Truttt... truttt... h/p aku berbunyik. Dalam kul 7.00 pagi. ahhh... dengan mata yang mamai aku capai h/p aku.

“hello...” aku jawab ngan lemah ajer. Ngantuk lagi.

“hello, tak bangun lagi ker? Lah... ni mesti tinggal subuh lagi ni... dah pegi bangun k!”

“emmm.... dah bangun ler nie...” jawabku ringkas. Walaupun hakikatnya aku tak bangun lagi. Aku letak phone.

Sambung tido.

Aku tengok jam. Dah kul 7 lebih. Bangun. Mandi. Tut..tut... sms phone aku bunyik.
“dah bangun ke lom”

“sah tak bangun lagi. Dah bangun cepat”

Errr... aweks sintok hantar rupanya. Tadi yang call aku mamai lagi. Aku check semula sapa call. Sebab pagi tu aku dengar skit ajer suara dia dan tak leh nak cam. Ohhh... rupanya aweks bandar utama yang call.

Mata masih mengantuk lagi sampai tengahari ni. Aku masih tak mampu nak kerja lebih lagi hari ni. Mungkin petang ni aku nak tido jap. Malas nak jog.

Tuesday, September 20, 2005

morning call selasa

2 kali call dan sms. Aku masih mamai. Bangkit. Ohhh... aweks sintok buat morning call. Bangun dan siap.

Hah... letih plak aku hari ni. Kerja banyak gak. Nak prepare itu ini, lepas tu nak appoinment.

Petang pergi ke tanjung batu, untuk jungle tracking. Jumpa beberapa orang client kat situ, sama-sama buat jungle tracking.

Balik.

Siap sedia untuk jumpa kawan.

“Din, maner ko ni? Dah kul lapan, ko tak der pun lagi” aku call kawan aku.

“kejap-kejap aku on the way ni”

Beberapa minit muncul iswara hitam. Hah sah itu dia.

“wei, jom ikut aku. kita makan tempat lain. Situ ok sket, aweks banyak”

Aku ikut ler dia pergi cafe lain tu. Mulanya kami janji nak di kfc. Tapi aku rasa lapor dan ingat nak proposed kat dia nak makan nasik. Tup-tup dia dah offer aku tempat lain. Ok gak ler.

Nasi ayam thai. Wah... nama pun cam unik. Aku try sebab member aku makan benda alah tu. Sedap gak ler. Cuma kepada sesiapa yang tak suka pedas susah ler. Tapi pedas ni lain wooo.... pedas black paper source. Ori punya.

Lepak kat kedai tu dari lapan malam sampai kul 12 malam. Ntah berapa kali masuk bilik air untuk mencerna dan order lagi air. Orang lain silih berganti, tapi kami tetap setia menunggu kedai tu tutup. Hehehehe....

Banyak cerita kami, kerana dah lama tak berjumpa. Kali terakhir tahun lepas dan sebelum tu masa form 5. ye la... dah dia school mate aku.

Cerita itu, cerita ini, last-last balik.

Sempat lagi bersms ngan....

Malam call... demi keadilan... lepas call sorang kol sorang lagi.

Mula call di kedah. Alah... kesian dia demam. Nasib baik malam tu dah ok sket. So, leh gak borak. Tapi suara masih kacau lagi. Ahhh... tak banyak sangat nak dicerita.

Lepas tu giliran bandar utama. Selsema. Ohhh.... sorang demam sorang nak selsema. Aku plak sakit tekak. Cerita pun tak banyak. Cuma dia komen pasal penulisan aku sebelum ni.

“oooo... aweks kedah vs. Aweks bandar utama yer”

“kenapa?” tanya ku ringkas.

“tak der pape. Awak ada hak untuk menulis.”

“ehhh... lain macam ajer bunyik ni. Awak marah ker ngan saya ni?”
“apa nak marah plak, kan itu hak awak untuk menulis. Cuma jangan lebih ler, sebab saya tak nak orang tahu”

“ahhh... tak der ler sampai cam tu, saya pun tahu ler privacy awak”

Borak punya borak... aku dah ngantuk. Tido...

Monday, September 19, 2005

destiny... ke ni?

Bila aku baca balik blog aku pasal aweks ni, teringat aku cerita pasal seorang penulis dalam majalah gila-gila dulu. Nama dia matt romeo. Ahak. Cerita dia penuh sensasi pasal aweks. Dan kebanyakkan buku yang dia tulis aku pernah baca dan monolog dia dalam majalah gila-gila tu pun aku tak pernah miss.. ntah mana dia sekarang nie...

Dulu, masa aku membaca cerita yang dia tulis, aku teringin nak jadi cam apa yang dia jadi dalam ceritanya tu. Masa tu aku memang tak pernah sampai pun di bumi kl. Tapi dia dah story mory cerita di kl. Dan aku pun macam interested. Namun, akhirnya aku tak dapat nak ikut sepertimana dia. kerana aku tidak mahu bersifat kejam pada wanita.

Erk, walaupun kini saham tinggi... [akak aku yang cakap, saham aku tinggi] tapi aku tak nak amik kesempatan atas apa yang berlaku itu. Dan semalam siap dia sound aku lagi... masa tu aku di pantai tanjung baru nak tengok pesta tanglong. Dia cakap,

“ah... jangan lama sangat di pantai tu. Kang muncul plak ikan duyong ngorat ko”

Ihik... dia cakap atau perli aku... aku pun tak tahu. Ntah ler. Nasib aku kot nak cam tu. Biarkan...

Aku biarkan segalanya merentasi masa. Kerana aku tidak tahu apa akan berlaku pada aku kemudian hari dan aku kini hanya menurut destiny aku.

aweks sintok vs. aweks bandar utama - finale.

Sambung cerita aweks ni plak. Ehhh... cam yang aku janji ler.

Aweks bandar utama ni... aku kenal lepas dia ym aku. tetiba ajer pop-up window ym aku. dia intro nak kenal ngan aku. aku seperti biasa tak menjadi masalah untuk menerima sesiapa sahaja sebagai kawan. Yelah prinsip aku berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Hehehehe...

Dia intro ler pasal dia. kerja di bandar utama dalam bidang penyiaran. Emmm... aku tak leh cite semua ler dalam ni.

Aku mula kenal dia hari khamis tu ler. Alah kalau tak silap aku ada masuk sket dalam posting aku sebelum nie yang mana, secretary aku pi kacau. Secretary aku selalu sound aku yang cakap... ntah betul ke tak... kang kena nyah... aku tetap ngan pendirian aku yang menyatakan yang dia adalah benar. Bukan nyah atau orang yang menyamar. Sebab aku dapat rasakan yang dia cam jujur. Tapi kalau dia tipu aku... nasib aku ler.

Aku sambung cerita ngan dia dalam phone. Mula dia bagi nombor phone biasa. Tapi lama-kelamaan dia bagi nombor personal plak untuk aku call. Errrr beberapa hari nie... memang agak rapat jugak aku ngan dia melalui phone. Aku just cam biasa ajer. Layan sama rata aweks-aweks nie...

Hahahaha... teringat aku kisah salah seorang kawan dalam salah satu e-group yang berpoligami. Betul ker? Aku tahu cerita sebenar itu. Kesian labu...

Dia pun punya kelebihan sendiri. Manja dan peramah. Selain selalu take care pasal aku. mmmmm.... unik kekadang aku rasa. Baru sekarang ramai orang nak caring aku. dulu aku dan ‘dia’ hanya berdua. Susah senang kami tanggung berdua ajer. Ahhhh... lupakan kisah sedih itu. Ia buat aku menitiskan air mata sahaja.

Aweks ni sebenarnya asal dari sarawak jugak. Dan dia akan balik jumpa family dia dan teringin nak jumpa aku. dan suruh aku datang umah dia. erk. Aku bukan tak nak pegi umah dia. tapi takut. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni alih-alih dia suruh datang umah. Aku cakap ngan dia yang aku tak berani.

Ahad lepas, pepagi dia call tanya khabar... selain aweks sintok tu, dia pun sama tanya khabar. Dah bangun ker lum... aku pun story mory ler yang aku bangun lewat... jam 8.30 pagi.

Tapi... tetiba dia kata...

“kenapa lewat bangun? Ni dah mandi ker lum ni?”

“ehhh... dah ler, mana leh tidak...”

“kalau lewat ni mesti subuh tinggal?”

Erk... dia cakap subuh aku tinggal... memang subuh aku tinggal sebab bangun lewat. Tapi apa yang menjadi isu disini adalah ini kes pertama seorang yang bukan berugama islam menegur aku tak subuh. Memang sebelum ni ramai dah orang yang tegur aku... tetapi semuanya muslim. Dan ini kira kes pertama. Ahhh... malu pun ada aku rasa. Tapi tak pe. Aku tak kisah dan kerana tegurannya itulah yang membuatkan aku tertanya-tanya akan dia.

Dan macam ada sesuatu pulak pada dia yang aku rasa aku nak tahu lebih dan aku teringin nak tahu lebih pasal dia.

Dan kembali cam cerita aweks sintok tu, andai kata aku jatuh jantung ngan dia, boleh kah dia terima aku? sebab aku nie takder ape. Tak der rupa dan harta. Sedangkan dia lawa bak bidadari di surga. Hhehehee....

Ahh... sekali lagi... ini hanya imaginasi seorang penulis seperti aku. tak mungkin dia akan suka atau jatuh hati pada insan yang tak der apa seperti aku ni. Rupa memang jauh sekali.

Biarkan masa yang menentukan segalanya... aku hanya mengikut sahaja apa destiny aku selepas ini.

aweks sintok vs. aweks bandar utama

Ni saja aku buka topik khas pasal awek kedah nie. Hehehehe... mungkin special sket kot. Tu pasal aku buka cerita pasal dia ajer.

Aku mula kenal dia dari kakak angkat aku di kl. Dia yang kenalkan aku ngan aweks ni. Actually adik dia. dia bagi no h/p aweks ni kat aku. first day aku tak kacau lagi. Sebab masa tak mengizinkan. Aku biarkan aje. The next day baru aku mula hantar sms. Intro ler kiranyer.

“akum, bole kenal? I dapat number dari ur sis. Buat ape sekarang? Romzi” Tak sampai beberapa minit. Tipon aku bunyik. Sms masuk.

“Wslm. Hah? Melawak sis i tu. Dia tak bagitau apa pun. Duduk-duduk je baru bangun tido. U kat mana ni?” erk... respon baik nie. Dia reply. Aku hantar lagi sms cuba nak tengok apa plak respon. Mmm... dia reply lagi, ada satu sms tu dia tulis,

“mahal tu sms celcom. Campus zone je ni... murah sket.”

Tapi... dia tetap reply sms aku. kira ok ler. Tak sombong. Lepas dia cakap cam tu aku call ajer ler. Aku ni kan pemurah... eceh... eceh... eceh... angkat bakul sendiri nampak.

Kiranya intro malam tu, tak panjang sangat ler. Dekat satu jam gak ler. Esok nyer continue plak. Tapi selain tu aku ada gak report kat akak aku tu pasal dia. huh... siap rekomen abis tu kat aku. semua kasi tau... hehehe... cam betul-betul je dia nie nak aku ngan aweks tu. Aku just bagitau dia. sekarang nie apa yang boleh aku buat adalah kawan saja. Aku rasa cam tak mampu untuk bercinta dan berkasih dulu. Kerana kesedihan dan kelukaan ditinggalkan masih ada terpahat di jiwa dan hati aku. masih menunggu ada orang yang boleh membantu aku mengubahnya.

Tetiba, “ aku tak letak harapan sangat. Saja suka-suka. Aku pun tak pernah buat cam ni. Ni first time. Entah ler kenape aku jadi beria plak.” Sms.

Tak per ler. Aku pun sama. Tak letak harapan. Cuma kekadang aku masih takut. Takut pada banyangan sendiri.

Beberapa hari berlalu, aku contact guna sms dan kekadang ym. Dia layan gak. Err... ok gak dia nie. Cara dan stail dia memang matang jika dibandingkan dengan usia dia. malah kekadang aku rasa cam aku ni banyak kurang dari dia. dia banyak nasihatkan aku pasal life. Pasal cam ner aku nak develop semula semangat aku yang dah down nie. Payah rasanya. Dan kekadang kata-kata dia ada benarnya.

“Rilex ler. Live must go on.. wah ckp senang je. Hehe. Betol what.. yg dah pergi tu titipkn doa je.. Xelok awak cmni..”

“Wlpn sy muda lg sy rs sy layak tok nasihat awk.. yg lepas tu bkn nak suruh pdm. Kenangan tu hak milik indivdu tp jgn hanyut dbuai kenangan.. ble2 bleh dkng.”

dan malam tadi jadi sejarah aku call dia melebihi 2 jam. Memacam borak hingga aku sendiri terlupa dan leka. dan dia buat aku gembira. Ahh... aku pun tak tahu, bolehkan aku menerima andaikata dia sudi menerima. Tapi, aku masih tidak menyimpan apa-apa harapan pun. Kerana aku sedar dengan keadaan diri aku nie. Siapalah aku. kerana aku tidak punya apa. Tiada rupa dan harta. Siapalah yang sudi menerima aku. biarkan ia berlalu...

tapi... hari ni dia sms aku...

“drive carefully nanti. Bila sampai bintulu bagitau” erk... stail ni macam pernah ku lalui je. Stail kena report bila dah sampai destinasi. Adakah dia caring kat aku? atau? Ahhhhhhhh.......... imaginasi aku.......... biarlah lagi...

Kalau dia baca blog nie... boleh ler dia komen something. Aku tahu dia ada offer diri sebagai pendengar yang setia untuk masalah aku nie... tapi???

Akak... tolong aku...... cheh.... dah tua-tua pun nak mintak tolong. Erk.

aweks bandar utama aku akan sambung kemudian... jangan marah yerk. ini hanya imaginasi seorang penulis macam aku ler. hehehe... tgh ting tong ni

pengumuman dan minta MAAF!

Assalamualaikum dan salam sejahtra kepada semua pembaca blog aku nie. Dan kepada peminat yang minat baca [ehh ada peminat ker?] terima kasih daun keladi. Kalau free baca lagi dan bagi support dan komen ok.

Seperti tajuk atas tu, aku sebenarnya nak mohon maaf bebanyak kepada yang pernah hantar komen sebelum ni ke dalam blog aku ni. Sebabnyer… selepas aku update stail komen guna haloscan tu, kebanyakan komen yang lama dah dihilangkan. Dan aku memang tak reti nak masukkan balik ke dalam komen yang baru ni.

Tujuan aku update guna haloscan ni sebab, komen page dia nampak lawa berbanding yang default dan selain tu, kalau yang default tu banyak nak tulis macam id dan password.

So, kepada semua pembaca sekalian, silalah tambah komen dalam blog aku ni. Dengan komen korang semua ia akan bagi aku semangat untuk terus menjadi blogger.

Adios.

romzi

Sunday, September 18, 2005

pesta tanglong

Sambung cerita ahad. Aku balik ke bintulu petang. dalam 2.30 ptg. Sampai bintulu dalam jam 5.00. sampai je. Aku terus bagitahu awek kedah dan awek bandar utama. Dan lepas tu aku call parent aku bagitahu yang aku selamat sampai. ahaks, aweks bandar utama, sound aku petang tu, apsal aku bawa kereta laju sangat. ye lah sebab dia tahu, perjalanan dari miri ke bintulu biasanya amik masa 3 jam ke 3 jam setengah.

Tak per ler. Nampak jugak dia caring kat aku lagi. Err... kekadang rasa tak sabar plak nak tunggu dia datang sini nanti. Teringin aku nak jumpa dia.

lepas sampai ajer... aku pegi tanjung batu. Nak tengok orang tanglong. Aku pun ikut serta. Hehehee... best gak. Tak pernah aku join benda alah cam ni. So, saksikan.

Image hosted by Photobucket.com

bebudak tengok orang pasang lilin.

Image hosted by Photobucket.com

aku ngan office mate aku

Image hosted by Photobucket.com

anak office mate aku

Image hosted by Photobucket.com
tembam gak aku ni. yang belakang tu wife office mate aku.

Saturday, September 17, 2005

weekend 17 sept

Hujung minggu kali ni aku nak balik jugak. Bukan apa aku nak tengok kereta aku. cheh, rindu sungguh aku dengan kereta aku. tapi tak per... aku akan balik jenguk dia. keh... keh... keh...

Hari jumaat lepas memang rasa nak pengsan. Apa tidaknyer, buat kerja dari kul 7.00 pagi, rushing nak submit tender jam 12.00 tghari. Arghhhh... boleh plak black out. Cheh. Dah ler tak abis print lagi.

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.......................

Mungkin masih ada peluang lagi, masalah letrik kejap. Dan sambung. Errr.... tak stop langsung buat sampai jam 11.30 pg. Siap ajer, terus bungkus dan rush ke ABF. Hantar. Nasib baik selamat.

Jumaat. Lepas sembahyang, makan dan beli starter pack maxis. Saja nak tambah line. Actually bukan apa, aku nak bagi kemudahan kepada kawan-kawan aku yang pakai maxis. Sebab yang aku dengar maxis to maxis murah sms dia. lepas tu balik opis dan prepare nak balik miri naik bas.

Cerita pasal starter pack tu, rupanya di pasar malam seberkas miri ada karnival maxis tu. Diaorang pun jual pada harga yang sama. Rm10.00 untuk satu starter pack. Nombor banyak plak tu. Arghhhhhh.... siap ada souvenir lagi siapa yang beli. Tak per le. Aku dah beli. Sekarang ni yang tahu pun tak banyak lagi no aku tu. Sebab aku bagi pada yang pakai maxis ajer. Lagipun, kalau bagi, bukan ramai yang nak call aku. aleh-aleh aku yang call diaorang. Tak per ler. Lupakan cerita itu.

Sampai miri malam tu dan aku pun lepak di pasar malam. Saja nak cuci mata. Dalam pejalanan aku naik bas tu, ada satu awek plak tipon. Kalau tak silap aku ni awek penang tu. Line tak berapa nak clear so, aku tak dapat nak layan dia lah.

Malam tu, lepas balik umah, seperti biasa aku akan online kejap. Cheh. E-mail aku plak problem ntah ape hal ler plak nie. Tak per ler. Aku layan kejap ajer. Lepas tu tidor.

Bangun dengan semangat tengok ‘bini’ aku di bungkus elok kat garage. Aku mandikan dia pagi-pagi dan terus bawak ke pusat service.

lepas service, jalan-jalan. Ops. Ada discussion pasal nak buat re-union sekolah lama aku. ok lah aku nyampuk ajer. Discus punya discus nak buat masa puasa. Sebab ada sorang kawan dari semenanjung nak datang pada masa tu. Buat ler... aku tak kisah.

Malam sambung lagi tolong mak aku meniaga pasar malam. Sambil meniaga, sambil cuci mata dan main sms ngan awek-awek yang aku kenal.

“ehh... mak aku suruh aku kawen lah...” sms awek dari lawas kat aku.

“alah kawen ajer ler. Pompuan kalu dah 30 susah nak kawen, pasal apa risk nanti masa mengandung. Laki tak per lewat.” Balas ku.

“masalah nyer tak der calon”

“erk. Tak leh nak tolong”

Sebenarnya kes cam ni aku pun tak tahu. Sebab walaupun aku suka nak tolong, tapi tolong carikan jodoh orang payah. Aku masa nie nak relax dulu dari kawen. Masih menunggu orang yang betul-betul leh ubah mind aku untuk dia.

Selain ngan awek lawas aku pun main sms ngan awek sintok. Hehehe... semua ni.. kakak angkat aku punya kerja la. Actually aku tak pernah tengok lagi awek tu. Cam ner tah rupa dia. tapi kakak angkat aku siap describe lagi cam ner rupa dia. tak per ler. Aku nak bekawan ajer.

Sambung esok ahad.

Thursday, September 15, 2005

minggu yang sibuk kot!

Dalam beberapa hari ini aku memang sibuk. Kalau dulu aku selalu cakap, sibuk tahap dewa. Ahaks, tu maksudnya aku memang sibuk sangat ler tu. Aku pun tak tahu cam ner nak buat. Tapi dalam kesibukan itu, aku masih boleh buat kerja lain lagi. Heh, leh nak chat dan nulih benda alah ni. Bukan apa... ntah lah... idea nak nulih tu memang banyak sampai aku tak tertulih lagi. Dan ini semua kerana masa. Dan masa yang terlalu mencemburui aku. errr... apa nak buat dah...

Malam isnin aku menulis di bilik dan akhirnya tertidur. Hari ni dah hari khamis. errr cepat betul masa berlalu. Hingga aku tidak sedar pun esok jumaat. Dan jumaat aku nak kena balik miri kejap. Ahhh... apa dah aku lakukan hingga aku lupa hari ni.

Selasa. Aku sendiri pun dah lupa apa kerja aku. seingat aku pagi tu aku ada appoinment dengan kontraktor kat sini. Pegi awal kali ni sebab isnin dah lewat. Rosak reputasi aku lewat datang appoinment. Lepas tu. Balik opis dan sambung kerja untuk tender aku tu. Aku ingatkan hq akan buat. Rupanya aku sini kena buat. Hari tu, masa aku prepare satu tender, diaorang marah plak sebab buat. Dan diaorang cakap, lain kali suruh hq buat. Tapi bila hantar suruh aku balik buat. Errr bangang sungguh rasanya.

Petang tu... dah sedar tender tak siap. Menggatal lagi nak jumpa client. Saja jer. Namun yang pasti itu ajer kerja aku seharian. Tak tahu cam ner nak uruskan lagi. Malam dinner ngan client. Balik dah. Tipon aweks di lawas. Sekejap ajer.

Masuk rabu. Aku mula sibuk sediakan kerja untuk tender. Errr... ke ABF balik nak amik drawing yang miss. Loh... lepas tu ke merayau plak ke pelabuhan. Jumpa orang kat sana. Cheh. Dah mana salesman tu. Memang payah nak duduk diam di opis. Balik petang. sekejap ajer di opis. Malam keluar balik jumpa kawan dari company lama. Dinner. Balik. Tgk tv kejap. Lepas tu tido. Cam tu ajer aku habiskan hari rabu aku.

Masuk khamis hari ni. Ntah apa-apa ntah... buat tender lagi. Biasalah esok dateline. Dan bagi aku esok tu lah death line. Mati... tak siap lagi. Makan pun aku lewat hari ini.

Ha. Jeles plak aku dengar member-member yahoo group aku ada dinner. Call ler kejap, tanya apa ada di sana. Cheh... diaorang seronok sendiri. Aku sini kepingin. Nasib baik aku dapat kenalan baru hari ni.

Dia yang ‘kejutkan’ aku melalui ym. Aku mula tak tahu siapa. Dari damansara. Ohhh rupanya ahli yahoo group aku. ahak, ramai jugak kawan aku dapat dari group ni. Yang best semua aweks. Mmmm kalau cam ni leh jadi koleksi awek lah cam tu. Tapi? Ahhhh lupakan... sekarang bukan masa nak permainkan hati dan perasaan orang. Aku dah terasa. Tak moh kasi orang terasa pulak.

Nama pun cun gak, tgk gambar pun cun gak, yang dajal plak, secretary ake leh amik kesempatan masa aku kuar makan. Dia layan aweks tu siap ngan ayat-ayat yang agak mengaum sket. Ahhhh.... potong betul ler. Ini leh menghancurkan reputasi aku ni. Tak per. Nasib baik dia maafkan. So tak jadi hal lah. Harap dia tak terasa. So, kalau dia baca blog nie... aku nak mohon MAAF secara terbuka lah... aku tak tahu ini akan berlaku. jiwa kacau.

Ah... petang ni jog balik lepas 2 hari cuti. Emmm... yang best. Ada kawan baru dari sintok selalu hantar sms wishing me. Pagi dan malam. Well terasa macam ada orang caring. Tapi ader ker?

Tak per ler kalau tak der orang caring. Biarkan... nanti jiwa kacau lagi...
Ok. Lah sambung lain kali... tapi saksikan permandangan senja di pantai tanjung batu, bintulu. Dimana aku jog setiap petang. lawa ker tak? komen


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Monday, September 12, 2005

petang dan malam isnin

Malas betul nak bangun pagi ni tadi. Angin dari air-cond dalam bilik ni menjadikan aku rasa macam selsema. Ye lah semalam pun dah ada tanda-tanda selsema dan sakit tekak. Aku makan ubat. Heh, sebenarnya aku ni jenis degil nak makan ubat. Tapi aku gagah gak, nak makan supaya tak melarat. Sebab banyak kawan yang hantar sms suruh aku makan ubat. Makan ajer ler.

Agak lewat juga hari ni untuk aku siap nak ke office. Dan pagi-pagi lagi aku dah kena ke ABF untuk ambil dokumen tender, yang minggu lepas tak sempat nak ambik. Balik office. Sambung nak ‘prepare quotation’. Ahaks, ada juga yang aku kena ‘decline’ sebab tak dapat nak ‘source’ barang tu. Erk. Kelam kabut sungguh kerja sampai kul 12 tghari. Lunch. Petang sambung ‘appoinment’ di 2 syarikat. Lewat gak balik. Aku ‘on’ pc dan check e-mail. Errr... tak banyak sangat cerita yang aku nak baca.

Sebenenarnya cerita itu adalah cerita dari kumpulan dalam yahoo, yang aku join. Macam-maca topik yang ada dan aku memang tak sempat nak reply petang tu. Hanya sempat ‘membelek’ e-mail tu saja. Petang, hah, nak jaga kesihatan konon. So, aku jogging ngan engineer aku.

Kalau tak silap aku dah 2 bulan lebih aku tak jogging nie. Dan kalau tak silap jugak ler, kali terakhir aku jogging ni sebelum arwah tunang aku meninggal. Mmm hari ni baru nak mulakan lagi. Aku pergi ke tanjung batu beach. Hehehe, kat sini ada pantai... tak macam aku di kl dulu, hanya pantai dalam. Seronok jugak jogging di pantai ni. Dengan angin yang bertiup. Pemandangan yang serba indah. Seindah mencuci mata. Hahaha... bukan itu saja, ramai jugak student yang jogging sini. Aku yakin itu pasti budak upm cawangan bintulu. Ini hanya anggapan aku sahaja.

Erk. Memang letih dan lenguh satu badan. Tak tahu nak cakap sebab itulah keli pertama jogging, lepas 2 bulan lebih berehat. Letih sih...

Malam, sambung balik check e-mail dan reply beberapa e-mail yang tidak sempat aku reply petang tadi. Dinner.

Dan...

Seperti biasa hobi aku menelefon orang. Tapi sebelum tu, aku sms somebody, tanya dia ada orang buat report tak kat dia, sebab aku mengayat seseorang semalam. Dia just cakap sket ajer. Tak per. Biarkan. Alah, sekarang ni, hati dan fikiran aku masih terbayang-bayangkan lagi dengan ‘dia’ jadi untuk menerima yang lain, mungkin boleh dibayangi sket. Kecuali jika dia benar-benar nak mengubah pemikiran aku dan dia berjaya mempengaruhi aku. kalau dia berjaya membuatkan aku menyintai dia. sah... itulah pilihan hatiku yang seterusnya.

Tak pe. Aku sambung kerja aku nak menelefon orang. Tipon satu aweks di kl. Awek keje kementerian pelancongan. Saja telefon. Aku rasa lama kot aku tak dengar khabar berita dari dia. hehehe... seperti biasa ada saja isu yang di cerita. Tak per, aku suka dia bercakap. Sekurang-kurangnya ada pertukaran ilmu dan idea pemikiran.

Habis ajer aku telefon, aku ‘on’ laptop, konon nak menulis benda alah nie. Tapi, aku tetiba tekejut dengan satu panggilan. Nombor kl... bukan no handphone. Siapa pulak ni. Dia introduce sebagai kawan chat. Ohhh... baru aku teringat cerita hujung minggu lepas. Dia. ya, dia yang menghubungi aku. dari serdang. Tak per ler. Aku pun rasa nak ngantuk dah. Rasa cam tak larat sangat nak ngetuk keyboard ni. Biarkan lah mata aku melayan rasa nak tido.

Zzzz....... aku dah hampir tidur...

Dan....

tertinggal cerita hujung minggu

erk... memang ada cerita yang aku nak share yang tertinggal dalam blog aku pada 11 september lepas. bukan apa sebab aku ni dah ngantuk sangat nak nulis, so idea yang keluar tu jer.

sebenarnya, malam hujung minggu tu aku kenal kawan baru... yang chat. so, kat dalam tu aku ada tulis gak. selain tu, aku call awek di lawas. saja nak dengar berita dan cerita dia. sebab beberapa hari tak dengar berita.

dan...

yang buat aku diam seketika. aku sebenarnya mencari 'ganti' dia. dan aku ada bertanyakan seseorang untuk itu. dan malam itu dia memberi keputusan, yang dia tidak mampu untuk menerima aku lebih dari seorang abang. aku redha. aku terima dengan hati terbuka. tiada dendam kerana aku percaya tiada jodoh antara aku ngan dia. dan aku memang tidak mengharapkan sangat dia boleh menerima aku, kerana aku takut yang dia akan dibayangi oleh arwah tunang aku. jadi biarlah dia tidak dapat menerima aku.

aku cerita ngan kakak angkat aku di kl, dia cakap aku mungkin tiada jodoh dengan dia. dan dia nasihatkan aku agar bersabar dan aku tak pasti samada dia bergurau atau serius menyatakan...

"xde jodoh kau dgn dia la tu. releks la, keje kat situ elok2 dulu. satu hari nanti ketemu jua. adik aku 3 orang dok ada... keh2"

Thanks kak, kerana bagi support. aku hargainya. cuma kini aku masih susah untuk melupakan 'dia' mungkin apa yang boleh untuk aku masa nie adalah berkawan dan bersahabat. dan andainya ada orang baru yang boleh membuka hati aku, aku terima dengan hati yang terbuka.

aku berharap ada orang baru yang mampu mengetuk hatiku dan memberikan aku satu peluang untuk menyayangi dna mencintai dia tanpa dibayangi oleh arwah tunang aku.

romzi.
Tg. Kidurong

Sunday, September 11, 2005

11 September 2005?

11 September 2005. kalau tak silap aku, 4 tahun yang lalu ada satu kejadian yang memeranjatkan dunia berlaku. dan masa itu memang tidak pernah terfikir akan kejadian ini akan menimpa dunia. WTC dilanggar todak. Ahaks. Bunyi macam di zaman Temasik dulu ajer. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku. bangunan world trade centre telah dilanggar oleh 2 kapal terbang. Siapa mereka untuk melanggar. Dan aku masih lagi sangsi siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut. Hari ni aku tak tengok berita di tv. Jadi aku tak pasti samada masih ada sambutan atau tidak mengenai kejadian malang tersebut.

Segalanya menjadi pengajaran dan untuk kita, di malaysia ni kena hati-hati jugak sebab kita pun ada menara berkembar kan?

Sebenarnya aku tak banyak idea nak menulis hari ni. Mulanya aku terfikir untuk nukilkan sesuatu tentang perjalanan aku balik ke miri semula selepas seminggu lebih kerja di bintulu.

Ya, mungkin itu cerita yang sebenarnya. Cerita aku balik ke miri semula.

Petang jumaat lepas abis kerja, aku balik miri naik bas pukul 5.45 petang. sampai miri dalam pukul 9 malam. Ayah aku dah tunggu aku kat bus station. Aku lepas tu pergi ke pasar malam. Balik rumah. Mandi. Makan. Online internet.

Di living room rumah aku ternampak, pyramid aku diletakkan di kawasan almari. Eh... mana gambar ‘dia’.

“ayah, tu pyramid ada, gambar mana?”

“ko tanya mak ko, ayah tak tahu pasal tu”

“mak, mana gambar tu?”

“letak dalam kotak tu balik, alah buat apa nak letak, berterabur ajer dalam tu”

Aku melangkah mencari kotak itu. Dan aku jumpa. Aku jumpa gambar ‘dia’ hanya diletakkan begitu saja dalam kotak itu, umpama sampah. Aku nangis. Aku masih terkenangkan ‘dia’ rupanya.

Aku tak sangka, dah beberapa hari aku biasakan diri dengan hidup keseorangan, tapi aku masih mampu untuk menangis mengenangkan ‘dia’. ‘dia’ adalah arwah tunang aku.

Memang aku menangis mengingatkan ‘dia’ dan yang menambahkan kesayuan aku ialah bilamana mak aku macam tak hiraukan gambar dia yang aku letakkan kat pyramid tu dan dia letak begitu ajer dalam kotak.

Sedih dan pilu terkenangkan dia.

Aku ‘on’ kan laptop aku. sambung cable tipon. Dail. Online internet. Log on ke yahoo messenger. Errr. Tak der kawan online. Aku boring malam tu.

Last-last aku masuk dalam chat room. Cari kawan kat situ. Jumpa seorang aweks. Dia kata dari melaka. Study di upm. Emmm... ok gak dia layan aku dan saja borak-borak kosong dan sikit-sikt masuk psikologi. Sedar tak sedar dah kul 3 pagi dan aku pun dah pening, mamai dan ngantuk masa tu. Log out.

Hehehe, harap si ‘ghathis’ tu baca apa yang aku coret ni dan letak ler komen sket.

Pagi dalam kul 9, mak aku kejut. Errr... malas sungguh nak bangun pagi. Ngantul lagi. Dan... subuh jangan cakap ler. Terbabas di tengah mimpi.

Dengan kepala yang pening, aku kemas barang-barang yang baru sampai. Actually barang tu adalah barang aku masa kat semenanjung dulu, dan di bawa ikut kapal dan baru sampai jumaat malam sabtu. Banyak betul nak kemas. Malas lagi. Satu penyakit aku. malas.

Pukul 10. call logistic, sebab nak amik kereta aku plak. Ahaks, nasib baik dia ada. So, bolehlah aku amik kereta dan boleh ler lepas ni jalan-jalan. Pergi warehouse dia, check kereta dalam good condition. Drive cari pam minyak. Huh, memang nasib ler. Sticker kat kereta aku kena curi masa dalam pejalanan. Ntah sape le yang mencurik tu. Memang aku tak redha ler.

Beli minyak kereta. Cari stesen service. Ah... susah benor bandaraya miri ni. Stesen service pun sama cam kerajaan. Cuti/ tutup hari sabtu.

Malam pergi pasar malam. Tolong mak dan ayah meniaga. Lepas tu balik tapi singgah ke taman kipas, atau lebih dikenali sebagai city fan. Tengok orang tembak bunga api. Cantik gak. Kali terakhir aku tengok masa tahun baru tahun lepas. Tu pun ikut tv. Merdeka tahun ni tak tengok pun. Dan yang live hanya pada merdeka tahun lepas. Sedih mengenangkan merdeka 2004. seribu satu cerita.

Ahad pagi sambung kemas. Ops, hampir terlupa aku ada meeting dengan md dan director aku di telang usan hotel. Gegas jugak mandi dan siap. Sampai telang usan, orang tak sampai lagi. Aku call. Lewat sket. Ada masalah. Pindah ke dynasti hotel. Di coffee house situ. Minum dan makan.

Discus pasal halatuju dan perancangan aku sebagai branch exec di sini. Habis dalam tengahari. Balik umah. Sambung kemas. Lunch. Lepas tu, gerak ke bas stesen. Dapat bas mtc, jam 2.45 ptg. Uhhh... mesti awal sampai aku agak. Perjalanan biasa. Bas slow. Sampai bintulu 6.15 ptg. Nasib baik kawan aku dah sampai untuk amik aku. balik umah. Kemas lagi. Hah, hidup penuh dengan berkemas dan berkemas.

Malam dinner. Jalan-jalan dengan ali. Tengok lagi cam ner bintulu. Singgah pasar malam bintulu. Tiada apa yang menarik. Lagi jalan-jalan cari makan. Jumpa kedai makan dan makan. Balik. Dan di sini ia berakir. Di meja tulis ini aku nukilkan cerita hujung minggu lepas.

Tunggu update dari aku tentang cerita baru. Aku dah ngantuk.

Di meja tulis. Bilik persendirian.
11.35 p.m

Wednesday, September 07, 2005

perjalanan ke bintulu

pejalanan dimulakan jam 3 petang. ya, bas jam 3 petang dari hentian bas bandaraya miri. Bila sampai ke hentian bas tu, memang aku rasakan cam ala-ala pudu dan stesen bas larkin ajer, sebab orang berebut-rebut nak amik penumpang. Nak pastikan yang orang tu naik bas dia. mungkin pasal penumpang tak banyak, dan pasal itulah mereka saling berebut. Aku pun amik ajer ler, sebab aku tak tahu sangat cam ner proses kat sini.

Ye lah, dari 1998 aku di kota key ell, dan aku dah biasa cara sana dan memang rasa janggal dengan cara sini. Tapi kini aku kena biasakan juga. Perjalanan bemula.

Lebih kurang jam 6.00 petang, aku jejakkan kaki di stesen bas bintulu. Member yang nak amik aku tu belum sampai lagi dan aku kena tunggu jap di stesen bas tu. Dan di satu sudut aku ternampak sesuatu. ahaks, dari situ aku tahu berapa jarak sebenar kawasan di Sarawak ni kalau nak memandu. Tertulis disitu, jarak bandar Bintulu ke bandar berikut;
Miri – 207 km
Batu Niah – 118 km
Mukah – 210 km
Sibu – 217 km
Sarekei – 288 km
Sri Aman 450 km

Dan dalam masa aku mencatat benda alah nie, member aku plak sampai dan aku pun terus naik kereta, dan gerak.

Kesimpulan yang dibuat, memang jauh gak bintulu ni dari miri. 207 km. Tapi amik masa dalam 3 jam lebih untuk drive. Jadi kalau aku nak balik kampung di mukah dari miri, ia amik jarak antara 417 km... ni dah lebih dari key ell ke jay bee dah. Sebab key ell ke jay bee dalam 300++ lebih. Aku pun tak berapa ingat berapa lebih tu.

Di bintulu, member aku a.k.a, officemate, pergi jalan-jalan jap. Tunjukkan kat aku rupa bintulu. Sebab terus terang aku cakap, kali terakhir aku ke bintulu, aku rasa lebih dari 20 tahun yang lalu. Masa tu aku kecik lagi dan masih blur pasal daerah ini. Dan sekarang aku kembali kerana karear dan cita-cita. Tapi tak tahu ler adakah cinta pun di sini. Ahaks.....

Dah lepas dinner, dia hantar aku ke kuarters, tempat dimana aku akan tinggal nanti. Kuarters ni kat belakang opis aku ni jer. Alah, opis kawasan kilang so, area berlakang tu kosong diaorang buat ler satu bangunan untuk dijadikan kuarters.

Aku diberi satu bilik. Ada katil tilam dsb. Selain tu ada air-cond lagi. Almari dan meja pun ada. Dan kat kunci tertulis ‘manager’ erk. Rupanya aku diberi bilik manager. Dan memang aku bakal jadi manager pun kalau perfomance aku ok kat company ni. Tengok dan lihat ler nanti yerk.

Malam tu, tak banyak yang aku boleh buat pun selain dari tidor. Esok paginyer baru segalanya bermula.

bersambung...

Tuesday, September 06, 2005

6 september

Biasanya pada tarikh hari ni aku akan beli satu kad paling istimewa. Dan kekadang akan beli bersama hadiah atau bunga dan bawa berjumpa seseorang. Dan beberapa tahun ini memang aku tak pernah miss dalam mengingati tarikh ini, hingga ke tahun lepas dan selalunya aku akan wish dia selepas jam 12 malam semalam. Mean aku nak jadi orang pertama wish kat dia.

Tapi di tahun ini, segalanya berubah. Dia tiada untuk mendengar kata-kata ku, dan awal-awal pagi lagi aku dah teringat dengan dia dan aku menangis mengenangkan yang tahun ini aku tidak bersama dia. aku teringat yang aku nak bagi big suprise dengan dia. suprise dengan menjadi hubby dia yang sah.

Emmm.... dah 2 bulan dia tinggalkan aku dan pada tarikh ini juga dia pergi meninggalkan aku kesepian. Lonely. Aku masih memikirkan kenapa dia pergi meninggalkan aku keseorangan. Walaupun dia selalu berkata, jangan tinggalkan dia. namun, dia yang telah meninggalkan aku.

Aku masih pegang kata-kata dia agar jangan tinggalkan dia dan beberapa nasihat dia dalam membentuk aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Aku akui, memang aku sebelum ini, punyai masalah peribadi dan perangai yang agak nakal, namun kehadiran dia yang berjaya mengubah aku ke arah yang lebih baik.

Aku hairan, kenapa kehadiran dia dalam hidup aku cuma seketika dan dia pergi sedangkan aku masih memerlukan dia di sisiku untuk membantu aku.

Ohh... nadira. andainya, kau masih ada di alam nyata ini, ingin ku ucapkan selamat hari lahir buat mu. Dan aku masih setia bersama mu hingga akhir hayat.

Ya. Allah, aku bermohon kepadamu agar kau ampunilah dosa-dosa nadira, tunangku dan kau berkatilah rohnya dan tempatkanlah dia dikalangan umat mu yang beriman dan bertakwa.

Alfatihah, buat Allahyarhamah Nadira Binti Mohammad.


Dari tunangmu yang sentiasa menyayangi dan merinduimu.

Saturday, September 03, 2005

apa cerita aku di bintulu

1st September 2005. hari pertama melaporkan diri di bintulu. Pagi-pagi buat morning meeting nak introduce aku sebagai branch executive yang baru dan aku pun buat ucapan ringkas ler konon. Hehehe. Tak banyak yang menarik sebenarnya. Dan sepanjang hari aku, hanya melihat dan memerhatikan pergerakan syarikat ini. Aku mula belajar serba sedikit tentang pengurusan syarikat ini.

Itulah hari pertama aku, dan aku meneruskan hari-hari berlalu dengan penuh rasa keinginan nak tahu lebih dan lebih.

aku di bintulu

banyak cerita nak masuk dalam nie pasal kehidupan baru aku di bintulu, cuma aku masih agak sibuk untuk menulis. aku sampai di bintulu pada 31 ogos lepas dan mula bekerja di sini pada 1 sept. so, dalam masa baru tersebut memang banyak kerja yang aku kena buat dan masa agak terhad untuk aku catatkan isi perjalanan dalam ni.

walau apapun aku akan masukkan juga cerita disebalik cerita semasa aku di bintulu ini untuk tatapan semua dan untuk kenangan aku disini.


romzi.
dibalik opis.