Wednesday, September 07, 2005

perjalanan ke bintulu

pejalanan dimulakan jam 3 petang. ya, bas jam 3 petang dari hentian bas bandaraya miri. Bila sampai ke hentian bas tu, memang aku rasakan cam ala-ala pudu dan stesen bas larkin ajer, sebab orang berebut-rebut nak amik penumpang. Nak pastikan yang orang tu naik bas dia. mungkin pasal penumpang tak banyak, dan pasal itulah mereka saling berebut. Aku pun amik ajer ler, sebab aku tak tahu sangat cam ner proses kat sini.

Ye lah, dari 1998 aku di kota key ell, dan aku dah biasa cara sana dan memang rasa janggal dengan cara sini. Tapi kini aku kena biasakan juga. Perjalanan bemula.

Lebih kurang jam 6.00 petang, aku jejakkan kaki di stesen bas bintulu. Member yang nak amik aku tu belum sampai lagi dan aku kena tunggu jap di stesen bas tu. Dan di satu sudut aku ternampak sesuatu. ahaks, dari situ aku tahu berapa jarak sebenar kawasan di Sarawak ni kalau nak memandu. Tertulis disitu, jarak bandar Bintulu ke bandar berikut;
Miri – 207 km
Batu Niah – 118 km
Mukah – 210 km
Sibu – 217 km
Sarekei – 288 km
Sri Aman 450 km

Dan dalam masa aku mencatat benda alah nie, member aku plak sampai dan aku pun terus naik kereta, dan gerak.

Kesimpulan yang dibuat, memang jauh gak bintulu ni dari miri. 207 km. Tapi amik masa dalam 3 jam lebih untuk drive. Jadi kalau aku nak balik kampung di mukah dari miri, ia amik jarak antara 417 km... ni dah lebih dari key ell ke jay bee dah. Sebab key ell ke jay bee dalam 300++ lebih. Aku pun tak berapa ingat berapa lebih tu.

Di bintulu, member aku a.k.a, officemate, pergi jalan-jalan jap. Tunjukkan kat aku rupa bintulu. Sebab terus terang aku cakap, kali terakhir aku ke bintulu, aku rasa lebih dari 20 tahun yang lalu. Masa tu aku kecik lagi dan masih blur pasal daerah ini. Dan sekarang aku kembali kerana karear dan cita-cita. Tapi tak tahu ler adakah cinta pun di sini. Ahaks.....

Dah lepas dinner, dia hantar aku ke kuarters, tempat dimana aku akan tinggal nanti. Kuarters ni kat belakang opis aku ni jer. Alah, opis kawasan kilang so, area berlakang tu kosong diaorang buat ler satu bangunan untuk dijadikan kuarters.

Aku diberi satu bilik. Ada katil tilam dsb. Selain tu ada air-cond lagi. Almari dan meja pun ada. Dan kat kunci tertulis ‘manager’ erk. Rupanya aku diberi bilik manager. Dan memang aku bakal jadi manager pun kalau perfomance aku ok kat company ni. Tengok dan lihat ler nanti yerk.

Malam tu, tak banyak yang aku boleh buat pun selain dari tidor. Esok paginyer baru segalanya bermula.

bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

Hai sibuk ke? Dah lama tak ada news

romzi seli said...

errr... sikit ler. sapa nie yerk. mail personal to me please...

romzi