Monday, September 26, 2005

luahan rasa

Beberapa hari ini aku diam. Diam bukan bermakna bersalah. Tapi diam memerhatikan perjalanan jidup dan diam memerhatikan apa yang akan berlaku sebenarnya.

Aku sebenarnya sengaja menulis cerita aweks-aweks aku. Bukan untuk niat berlagak yang aku ada kawan aweks, tapi untuk menguji dan menilai sejauh mana mereka menerima aku seadanya. Kini terbukti, tidak semua yang boleh menerima aku dengan seadanya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang masih boleh menerima aku dengan seadanya.

Aku seringkali mengulangi bahawa aku tidak punya apa, rupa dan kedudukan jauh sekali, malah tidak segan untuk aku beritahu bahawa, muka ku tak ubah seperti tong ‘drum’ dan umpama kodok-kodok afdlin. Ya, aku mungkin seperti kodok-kodok itu. Dan aku tidak punyai daya tarikan apapun, [itu pada hematku] dan yang pasti lagi pasti adalah aku tiada harta berganda. Aku papa kedana.

Cerita aweks membuka mata aku, bahawa tidak semua insan boleh menerima aku seperti adanya aku. dan apa yang aku sedar adalah aku memang mesra dengan semua orang. Bak kata bob af2. mesreeeeeeeee.... maka itu lah aku. tapi aku tidak tahu pula disebalik kemesraan itu, boleh membuatkan orang merasa aneh dengannya. Hinggakan timbul satu rasa di hati yang diri di beri perhatian. Namun, aku hanya seperti biasa tidak lebih dari itu. Dan bila pengakuan itu timbul maka teruslah hilang satu persatu apa yang aku namakan kawan. Kini, yang tinggal hanyalah kawan.

Terima kasih pada yang setia menjadi kawan kepadaku dan sahabat kepadaku. Dan tidak mustahil bagiku, suatu hari nanti kawan itu akan bertukar menjadi kekasih. Dan kekasih itu bertukar menjadi pasangan hidup hingga akhir hayat.

Dari perasaan kawan, muncul perasaan kasih, dan dari situ berputik cinta abadi untuk di semadikan bersama jasad yang masih setia menanti.

Semoga orang itu, boleh menjadi kawan aku selamanya. dan semoga dia boleh menerima aku dengan seadanya. Walaupun ku tahu yang dia pernah melihatku tapi aku tidak pernah melihat wajahnya, melainkan suaranya. Gelak tawanya, serau basah tekaknya kerana demam. Hanya dia yang tahu erti kawan kepada aku.

Kawan,
Setelah kau jejakkan kakimu ke tanah yang baru, ingatlah bahawa engkau harus bersedia untuk menerima perubahan itu. Dan di situlah kau akan melihat siapa kawan. Adakah kawan makan kawan atau kawan menjadi lawan.

Yang pasti kita kan tetap kawan.

MAAF lah jika luahan ini membuatkan orang terasa, namun tiada niat untuk membuatkan sesiapa terasa kerana aku telah puas terasa hingga tidak dapat merasakan apa itu perasaan terasa. Sepi, sayu, sedih, semuanya permainan perasaanku. Sampai bilakah ini semua akan berakhir. Aku menantikan sebuah jawapan...

No comments: