Pepegi buta aku dah masuk ke opis ni. Semuanya kerna dia... ahaks itu lagu yassin la...
Sah... memang sah dia terasa dengan aku. malam tadi, hati ku terus bertanya dan pertanyaan aku berakhir dengan panggilan ke handphone dia.
“hello, siapa ni?” satu suara dari dalam handphone aku. aku diam. Takkan dia tak tahu.
“Romzi”
“ohhh...”
“buat apa tu?”
“baru nak tido. Nak mulakan mimpi. Dah nak landing dah tadi. Hehheee” ujarnya penuh manja.
“ooo... tak per ler, kalau cam tu nanti saya call lain kali ler”
“ehhh... tak per ler. Takder hal punye. Cakaplah” jawabnya ringkas.
“tak der ler. Kalau menggangu saya tak nak call” aku saja menduga.
“err... tak menggangu pun... rindu ke nak dengar suara saya?” erks. Soalan yang susah aku nak jawab. Rindu atau tidak. Kalau cakap tidak, aku hipokrit. Kalau cakap ya, ??? arghhhhh....
Aku teruskan pertanyaan demi pertanyaan. Ala-ala bond nak menyiasat kenapa perubahan sikapnya pada ku. Aku memang nampak sikap dingin dia bermula beberapa hari lepas. Selepas posting aku pasal aweks. Dia masih pertahankan tiada apa-apanya itu.
“awak marah kita ye?” tanyaku.
“tak der leh. Buat apa nak marah.”
“terasa?” soal ku pendek.
“takder ler. Sakit hati skit”
Erk. Sakit hati. Kenapa pulak? Ahaks, setelah puas ku mencuba untuk mencari jawapan, akhirnya aku dapat merasakan apa yang terbuku di hatinya. Ya. Dia cemburu pada aweks-aweks ku yang lain.
“bagaimana sekarang ni?, saham makin naik” dia menyoal aku pulak.
“maner ader apa-apa.” Jawab ku ringkas.
“ye lah, kekadang kedah, kekadang sana, kekadang sini. siapalah saya tak der yang special. Yang sorang tu siap beli no maxis lagi. Saya tak nak ler menggangu. Orang dah ada yang special. Nanti saya dianggap menggangu pulak. Awak teruskan ler dengan dia tu.”
“ehh... mana ader” jawabku.
Sah... dan sah lagi yang dia cemburu dengan aweks kedah aku. ohhh... aku tidak berjaya rupanya. Tidak berjaya untuk menstabilkan mereka. Tidak berjaya untuk berlaku adil. Ahhh... ini baru dua. Bagaimana dengan aweks Lawas, Penang, dan yang bongsu Johor.
Atuk.... turunkan aku ilmu mu itu.
Aku cuba memujuk dia. aku tidak pasti samada pujukan aku itu berjaya atau tidak. Dan aku masih mahu bersama dia.
“awak, kan saya dah kata, semua sama ajer. Awak ingat tak kata-kata saya dulu. Saya masih takut untuk menerima cinta. Biarkan dulu masa tentukan kita. Andai ada sesuatu, takkan ke mana.” Pujuk ku.
“awak, memang saya akui bukan awak sorang ajer. Ada beberapa lagi. Selain kedah, ada lawas, janda pun ada. Tapi semua itu hanya kawan. Not more than that.” Sambung ku lagi.
Dia diam. Masih berborak. Berborak dan dah mula manja. Itu yang aku lemah nak dengar ku. Cair hati bila dia cakap. Kekadang dia berteka-teki dengan aku. aku tahu itu semua. Aku masih setia menunggu kata-kata dari mulutnya.
“rasa cam nak demam ler” ujarnya manja.
“ha, kalau nak demam tu makan ubat tau, jangan tak makan”
“malas ler” katanya ringkas.
“aik, nak makan ubat pun malas. Kenapa ni?”
“pahit” penuh manja.
“hish... memang ler pahit. Kalau tak pahit bukan ubat namanya.”
“ada, yang tak pahit ubat.”
“apa dia?” aku menyoal.
“ubat batuk”
“ahhh itu ubat batuk. Tak kira. Saya nak awak makan ubat jugak. Kang demam melarat. Hish kalau saya dekat saya suap kat mulut awak”
“suap pun tak nak. Pahit.”
“ok. Apa-apalah.”
Hingga;
“wak, saya rasa ngantuk ler. Nak tido” aduh, manjanya nak cakap nak tido.
“ok.lah. kalau dah ngantuk tidur lah”
“awak lepaskan saya ke ni?”
“iye. Saya tak kisah. Kang awak ngantuk plak.” Jawabku.
“babai. Sweet dream”
“ok. Babai. Sweet dream to. Mimpikan saya k!” ujarku menggatal. Ahaks. Panggilan tamat. Dan aku pun berlayar.
Ops. Sebelum tu. Kalau ‘dia’ baca tulisan ini, saya nak minta MAAF andai dia terasa tentang saya dan barisan aweks-aweks. Terus terang saya katakan yang saya masih solo. So, nanti the best women win. Pepandai ler amik hati saya yang masih sedih dan terluka ini. Terluka kerana ditinggalkan buat selamanya.
Emotional sket ehhh...

No comments:
Post a Comment