Malam tadi, aku meneruskan perjuangan aku dalam alam blog ini. Memang tak der sangat pun nak buat, jadi aku masuk semula ke alam cyber. Nasib baik sini guna streamyx. Senang sket ler nak online. Petang lepas kerja, kepala aku pening sangat dan aku tidak mampu untuk meneruskan kerja lagi. Dan apatah untuk jog. Aku hanya balik ke bilik dan tidur. Memang dah tak larat nak buat apa. Tak tahu kenapa.
Maghrib aku bangkit dan kemas untuk solat. Habis tu, aku masak mee goreng indo-me ajer untuk dinner. Sebab aku malas nak keluar. Housemate semua dah ilang. Aku bosan. Dan masuk ke ofis semula untuk online. Pertama sekali sudah pasti aku akan melawat blog aku ni. Dan malam ni aku dah ubah rupa muka dia. nak tambah link, kawan-kawan blog aku.
Malam tu, aku hanya update untuk tambah link dan ubahsuai rupa blog tu ajer. Bagi nampak impressive sket. Bukan apa. Ada orang cakap tak berapa impressive. Aku tak kisah. Itu komen yang membina untuk aku agar aku lebih berusaha untuk memperbaikinya lagi di masa depan.
Sambil update, tangan aku menggatal nak hantar sms.
“buat apa?” aku hantar ke awek kedah.
“duduk-duduk aje”
“wak, saya rasa nak balik ke kl semula ler. Rindu dengan udara kl”
“kenapa plak?”
“ntah ler. Tetiba teringat kl. Dan memang terasa sangat nak balik dan bina kehidupan baru kat sana.”
Dan selepas tu aku teruskan kerja mengubahsuai blog aku. tapi hati masih kacau lagi. Jiwa rasa memberontak nak balik kl.
Aku sebenarnye sembunyikan perasaan sedih aku dari kawan-kawan aku yang lain. Kawan-kawan yang bertanyakan adakah aku boleh hidup di bandar bintulu ini. Apa yang mampu aku katakan pada mereka, aku gembira disini, gembira berada di bandar sepi ini. Tapi hakikatnya tidak. Tidak sama sekali. Aku tidak dapat merasakan nikmatnya. Mungkin kerana aku telah biasa dengan dunia luar. Dunia yang penuh pancaroba.
Jam 10.45 malam, aku balik ke bilik.
Seharian aku tidak mendengar khabar dari aweks bandar utama. Adakah dia marah padaku. Kerana pada malam sebelumnya dia meluahkan rasa pada aku. dia seperti terasa dengan posting aku sebelum ini. Yang mana dia merasakan yang dia dibanding-bandingkan dengan aweks lain.
Aku cuba memujuknya, tapi, semacam tidak berjaya ajer. Walaupun dibibirnya menyatakan yang dia tidak marah dan terasa.
“awak ada hak nak tulis apa yang awak nak”
“saya tahu awak terasa dari kata-kata awak nie, kalau terasa saya minta maaf” pujukku lagi.
Ahh... aku macam tidak berjaya untuk mengembalikan semula hatinya itu. Aku masih mencari kata-kata yang meyakinkan yang dia tidak marah padaku. Aku tahu itu kesalahan aku kerana membandingkan mereka. Tapi mereka punya kelebihan masing-masing. Tiada apa untuk dibezakan dan tidak ada apa untuk di kalahkan. Bagiku mereka punya kelebihan masing-masing.
Ah... aku biarkan dia malam itu. Aku hubungi aweks kedah. Bersembang lama. Hingga aku tidak sedar yang jam dah menunjukkan 2.30 pagi. Ohhh... berjaga lagi aku sampai ke pagi. Tak pe le.

No comments:
Post a Comment