Monday, September 19, 2005

destiny... ke ni?

Bila aku baca balik blog aku pasal aweks ni, teringat aku cerita pasal seorang penulis dalam majalah gila-gila dulu. Nama dia matt romeo. Ahak. Cerita dia penuh sensasi pasal aweks. Dan kebanyakkan buku yang dia tulis aku pernah baca dan monolog dia dalam majalah gila-gila tu pun aku tak pernah miss.. ntah mana dia sekarang nie...

Dulu, masa aku membaca cerita yang dia tulis, aku teringin nak jadi cam apa yang dia jadi dalam ceritanya tu. Masa tu aku memang tak pernah sampai pun di bumi kl. Tapi dia dah story mory cerita di kl. Dan aku pun macam interested. Namun, akhirnya aku tak dapat nak ikut sepertimana dia. kerana aku tidak mahu bersifat kejam pada wanita.

Erk, walaupun kini saham tinggi... [akak aku yang cakap, saham aku tinggi] tapi aku tak nak amik kesempatan atas apa yang berlaku itu. Dan semalam siap dia sound aku lagi... masa tu aku di pantai tanjung baru nak tengok pesta tanglong. Dia cakap,

“ah... jangan lama sangat di pantai tu. Kang muncul plak ikan duyong ngorat ko”

Ihik... dia cakap atau perli aku... aku pun tak tahu. Ntah ler. Nasib aku kot nak cam tu. Biarkan...

Aku biarkan segalanya merentasi masa. Kerana aku tidak tahu apa akan berlaku pada aku kemudian hari dan aku kini hanya menurut destiny aku.

No comments: