Tuesday, September 20, 2005

morning call selasa

2 kali call dan sms. Aku masih mamai. Bangkit. Ohhh... aweks sintok buat morning call. Bangun dan siap.

Hah... letih plak aku hari ni. Kerja banyak gak. Nak prepare itu ini, lepas tu nak appoinment.

Petang pergi ke tanjung batu, untuk jungle tracking. Jumpa beberapa orang client kat situ, sama-sama buat jungle tracking.

Balik.

Siap sedia untuk jumpa kawan.

“Din, maner ko ni? Dah kul lapan, ko tak der pun lagi” aku call kawan aku.

“kejap-kejap aku on the way ni”

Beberapa minit muncul iswara hitam. Hah sah itu dia.

“wei, jom ikut aku. kita makan tempat lain. Situ ok sket, aweks banyak”

Aku ikut ler dia pergi cafe lain tu. Mulanya kami janji nak di kfc. Tapi aku rasa lapor dan ingat nak proposed kat dia nak makan nasik. Tup-tup dia dah offer aku tempat lain. Ok gak ler.

Nasi ayam thai. Wah... nama pun cam unik. Aku try sebab member aku makan benda alah tu. Sedap gak ler. Cuma kepada sesiapa yang tak suka pedas susah ler. Tapi pedas ni lain wooo.... pedas black paper source. Ori punya.

Lepak kat kedai tu dari lapan malam sampai kul 12 malam. Ntah berapa kali masuk bilik air untuk mencerna dan order lagi air. Orang lain silih berganti, tapi kami tetap setia menunggu kedai tu tutup. Hehehehe....

Banyak cerita kami, kerana dah lama tak berjumpa. Kali terakhir tahun lepas dan sebelum tu masa form 5. ye la... dah dia school mate aku.

Cerita itu, cerita ini, last-last balik.

Sempat lagi bersms ngan....

Malam call... demi keadilan... lepas call sorang kol sorang lagi.

Mula call di kedah. Alah... kesian dia demam. Nasib baik malam tu dah ok sket. So, leh gak borak. Tapi suara masih kacau lagi. Ahhh... tak banyak sangat nak dicerita.

Lepas tu giliran bandar utama. Selsema. Ohhh.... sorang demam sorang nak selsema. Aku plak sakit tekak. Cerita pun tak banyak. Cuma dia komen pasal penulisan aku sebelum ni.

“oooo... aweks kedah vs. Aweks bandar utama yer”

“kenapa?” tanya ku ringkas.

“tak der pape. Awak ada hak untuk menulis.”

“ehhh... lain macam ajer bunyik ni. Awak marah ker ngan saya ni?”
“apa nak marah plak, kan itu hak awak untuk menulis. Cuma jangan lebih ler, sebab saya tak nak orang tahu”

“ahhh... tak der ler sampai cam tu, saya pun tahu ler privacy awak”

Borak punya borak... aku dah ngantuk. Tido...

No comments: