11 September 2005. kalau tak silap aku, 4 tahun yang lalu ada satu kejadian yang memeranjatkan dunia berlaku. dan masa itu memang tidak pernah terfikir akan kejadian ini akan menimpa dunia. WTC dilanggar todak. Ahaks. Bunyi macam di zaman Temasik dulu ajer. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku. bangunan world trade centre telah dilanggar oleh 2 kapal terbang. Siapa mereka untuk melanggar. Dan aku masih lagi sangsi siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut. Hari ni aku tak tengok berita di tv. Jadi aku tak pasti samada masih ada sambutan atau tidak mengenai kejadian malang tersebut.
Segalanya menjadi pengajaran dan untuk kita, di malaysia ni kena hati-hati jugak sebab kita pun ada menara berkembar kan?
Sebenarnya aku tak banyak idea nak menulis hari ni. Mulanya aku terfikir untuk nukilkan sesuatu tentang perjalanan aku balik ke miri semula selepas seminggu lebih kerja di bintulu.
Ya, mungkin itu cerita yang sebenarnya. Cerita aku balik ke miri semula.
Petang jumaat lepas abis kerja, aku balik miri naik bas pukul 5.45 petang. sampai miri dalam pukul 9 malam. Ayah aku dah tunggu aku kat bus station. Aku lepas tu pergi ke pasar malam. Balik rumah. Mandi. Makan. Online internet.
Di living room rumah aku ternampak, pyramid aku diletakkan di kawasan almari. Eh... mana gambar ‘dia’.
“ayah, tu pyramid ada, gambar mana?”
“ko tanya mak ko, ayah tak tahu pasal tu”
“mak, mana gambar tu?”
“letak dalam kotak tu balik, alah buat apa nak letak, berterabur ajer dalam tu”
Aku melangkah mencari kotak itu. Dan aku jumpa. Aku jumpa gambar ‘dia’ hanya diletakkan begitu saja dalam kotak itu, umpama sampah. Aku nangis. Aku masih terkenangkan ‘dia’ rupanya.
Aku tak sangka, dah beberapa hari aku biasakan diri dengan hidup keseorangan, tapi aku masih mampu untuk menangis mengenangkan ‘dia’. ‘dia’ adalah arwah tunang aku.
Memang aku menangis mengingatkan ‘dia’ dan yang menambahkan kesayuan aku ialah bilamana mak aku macam tak hiraukan gambar dia yang aku letakkan kat pyramid tu dan dia letak begitu ajer dalam kotak.
Sedih dan pilu terkenangkan dia.
Aku ‘on’ kan laptop aku. sambung cable tipon. Dail. Online internet. Log on ke yahoo messenger. Errr. Tak der kawan online. Aku boring malam tu.
Last-last aku masuk dalam chat room. Cari kawan kat situ. Jumpa seorang aweks. Dia kata dari melaka. Study di upm. Emmm... ok gak dia layan aku dan saja borak-borak kosong dan sikit-sikt masuk psikologi. Sedar tak sedar dah kul 3 pagi dan aku pun dah pening, mamai dan ngantuk masa tu. Log out.
Hehehe, harap si ‘ghathis’ tu baca apa yang aku coret ni dan letak ler komen sket.
Pagi dalam kul 9, mak aku kejut. Errr... malas sungguh nak bangun pagi. Ngantul lagi. Dan... subuh jangan cakap ler. Terbabas di tengah mimpi.
Dengan kepala yang pening, aku kemas barang-barang yang baru sampai. Actually barang tu adalah barang aku masa kat semenanjung dulu, dan di bawa ikut kapal dan baru sampai jumaat malam sabtu. Banyak betul nak kemas. Malas lagi. Satu penyakit aku. malas.
Pukul 10. call logistic, sebab nak amik kereta aku plak. Ahaks, nasib baik dia ada. So, bolehlah aku amik kereta dan boleh ler lepas ni jalan-jalan. Pergi warehouse dia, check kereta dalam good condition. Drive cari pam minyak. Huh, memang nasib ler. Sticker kat kereta aku kena curi masa dalam pejalanan. Ntah sape le yang mencurik tu. Memang aku tak redha ler.
Beli minyak kereta. Cari stesen service. Ah... susah benor bandaraya miri ni. Stesen service pun sama cam kerajaan. Cuti/ tutup hari sabtu.
Malam pergi pasar malam. Tolong mak dan ayah meniaga. Lepas tu balik tapi singgah ke taman kipas, atau lebih dikenali sebagai city fan. Tengok orang tembak bunga api. Cantik gak. Kali terakhir aku tengok masa tahun baru tahun lepas. Tu pun ikut tv. Merdeka tahun ni tak tengok pun. Dan yang live hanya pada merdeka tahun lepas. Sedih mengenangkan merdeka 2004. seribu satu cerita.
Ahad pagi sambung kemas. Ops, hampir terlupa aku ada meeting dengan md dan director aku di telang usan hotel. Gegas jugak mandi dan siap. Sampai telang usan, orang tak sampai lagi. Aku call. Lewat sket. Ada masalah. Pindah ke dynasti hotel. Di coffee house situ. Minum dan makan.
Discus pasal halatuju dan perancangan aku sebagai branch exec di sini. Habis dalam tengahari. Balik umah. Sambung kemas. Lunch. Lepas tu, gerak ke bas stesen. Dapat bas mtc, jam 2.45 ptg. Uhhh... mesti awal sampai aku agak. Perjalanan biasa. Bas slow. Sampai bintulu 6.15 ptg. Nasib baik kawan aku dah sampai untuk amik aku. balik umah. Kemas lagi. Hah, hidup penuh dengan berkemas dan berkemas.
Malam dinner. Jalan-jalan dengan ali. Tengok lagi cam ner bintulu. Singgah pasar malam bintulu. Tiada apa yang menarik. Lagi jalan-jalan cari makan. Jumpa kedai makan dan makan. Balik. Dan di sini ia berakir. Di meja tulis ini aku nukilkan cerita hujung minggu lepas.
Tunggu update dari aku tentang cerita baru. Aku dah ngantuk.
Di meja tulis. Bilik persendirian.
11.35 p.m

1 comment:
Post a Comment