Tuesday, September 06, 2005

6 september

Biasanya pada tarikh hari ni aku akan beli satu kad paling istimewa. Dan kekadang akan beli bersama hadiah atau bunga dan bawa berjumpa seseorang. Dan beberapa tahun ini memang aku tak pernah miss dalam mengingati tarikh ini, hingga ke tahun lepas dan selalunya aku akan wish dia selepas jam 12 malam semalam. Mean aku nak jadi orang pertama wish kat dia.

Tapi di tahun ini, segalanya berubah. Dia tiada untuk mendengar kata-kata ku, dan awal-awal pagi lagi aku dah teringat dengan dia dan aku menangis mengenangkan yang tahun ini aku tidak bersama dia. aku teringat yang aku nak bagi big suprise dengan dia. suprise dengan menjadi hubby dia yang sah.

Emmm.... dah 2 bulan dia tinggalkan aku dan pada tarikh ini juga dia pergi meninggalkan aku kesepian. Lonely. Aku masih memikirkan kenapa dia pergi meninggalkan aku keseorangan. Walaupun dia selalu berkata, jangan tinggalkan dia. namun, dia yang telah meninggalkan aku.

Aku masih pegang kata-kata dia agar jangan tinggalkan dia dan beberapa nasihat dia dalam membentuk aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Aku akui, memang aku sebelum ini, punyai masalah peribadi dan perangai yang agak nakal, namun kehadiran dia yang berjaya mengubah aku ke arah yang lebih baik.

Aku hairan, kenapa kehadiran dia dalam hidup aku cuma seketika dan dia pergi sedangkan aku masih memerlukan dia di sisiku untuk membantu aku.

Ohh... nadira. andainya, kau masih ada di alam nyata ini, ingin ku ucapkan selamat hari lahir buat mu. Dan aku masih setia bersama mu hingga akhir hayat.

Ya. Allah, aku bermohon kepadamu agar kau ampunilah dosa-dosa nadira, tunangku dan kau berkatilah rohnya dan tempatkanlah dia dikalangan umat mu yang beriman dan bertakwa.

Alfatihah, buat Allahyarhamah Nadira Binti Mohammad.


Dari tunangmu yang sentiasa menyayangi dan merinduimu.