Thursday, September 15, 2005

minggu yang sibuk kot!

Dalam beberapa hari ini aku memang sibuk. Kalau dulu aku selalu cakap, sibuk tahap dewa. Ahaks, tu maksudnya aku memang sibuk sangat ler tu. Aku pun tak tahu cam ner nak buat. Tapi dalam kesibukan itu, aku masih boleh buat kerja lain lagi. Heh, leh nak chat dan nulih benda alah ni. Bukan apa... ntah lah... idea nak nulih tu memang banyak sampai aku tak tertulih lagi. Dan ini semua kerana masa. Dan masa yang terlalu mencemburui aku. errr... apa nak buat dah...

Malam isnin aku menulis di bilik dan akhirnya tertidur. Hari ni dah hari khamis. errr cepat betul masa berlalu. Hingga aku tidak sedar pun esok jumaat. Dan jumaat aku nak kena balik miri kejap. Ahhh... apa dah aku lakukan hingga aku lupa hari ni.

Selasa. Aku sendiri pun dah lupa apa kerja aku. seingat aku pagi tu aku ada appoinment dengan kontraktor kat sini. Pegi awal kali ni sebab isnin dah lewat. Rosak reputasi aku lewat datang appoinment. Lepas tu. Balik opis dan sambung kerja untuk tender aku tu. Aku ingatkan hq akan buat. Rupanya aku sini kena buat. Hari tu, masa aku prepare satu tender, diaorang marah plak sebab buat. Dan diaorang cakap, lain kali suruh hq buat. Tapi bila hantar suruh aku balik buat. Errr bangang sungguh rasanya.

Petang tu... dah sedar tender tak siap. Menggatal lagi nak jumpa client. Saja jer. Namun yang pasti itu ajer kerja aku seharian. Tak tahu cam ner nak uruskan lagi. Malam dinner ngan client. Balik dah. Tipon aweks di lawas. Sekejap ajer.

Masuk rabu. Aku mula sibuk sediakan kerja untuk tender. Errr... ke ABF balik nak amik drawing yang miss. Loh... lepas tu ke merayau plak ke pelabuhan. Jumpa orang kat sana. Cheh. Dah mana salesman tu. Memang payah nak duduk diam di opis. Balik petang. sekejap ajer di opis. Malam keluar balik jumpa kawan dari company lama. Dinner. Balik. Tgk tv kejap. Lepas tu tido. Cam tu ajer aku habiskan hari rabu aku.

Masuk khamis hari ni. Ntah apa-apa ntah... buat tender lagi. Biasalah esok dateline. Dan bagi aku esok tu lah death line. Mati... tak siap lagi. Makan pun aku lewat hari ini.

Ha. Jeles plak aku dengar member-member yahoo group aku ada dinner. Call ler kejap, tanya apa ada di sana. Cheh... diaorang seronok sendiri. Aku sini kepingin. Nasib baik aku dapat kenalan baru hari ni.

Dia yang ‘kejutkan’ aku melalui ym. Aku mula tak tahu siapa. Dari damansara. Ohhh rupanya ahli yahoo group aku. ahak, ramai jugak kawan aku dapat dari group ni. Yang best semua aweks. Mmmm kalau cam ni leh jadi koleksi awek lah cam tu. Tapi? Ahhhh lupakan... sekarang bukan masa nak permainkan hati dan perasaan orang. Aku dah terasa. Tak moh kasi orang terasa pulak.

Nama pun cun gak, tgk gambar pun cun gak, yang dajal plak, secretary ake leh amik kesempatan masa aku kuar makan. Dia layan aweks tu siap ngan ayat-ayat yang agak mengaum sket. Ahhhh.... potong betul ler. Ini leh menghancurkan reputasi aku ni. Tak per. Nasib baik dia maafkan. So tak jadi hal lah. Harap dia tak terasa. So, kalau dia baca blog nie... aku nak mohon MAAF secara terbuka lah... aku tak tahu ini akan berlaku. jiwa kacau.

Ah... petang ni jog balik lepas 2 hari cuti. Emmm... yang best. Ada kawan baru dari sintok selalu hantar sms wishing me. Pagi dan malam. Well terasa macam ada orang caring. Tapi ader ker?

Tak per ler kalau tak der orang caring. Biarkan... nanti jiwa kacau lagi...
Ok. Lah sambung lain kali... tapi saksikan permandangan senja di pantai tanjung batu, bintulu. Dimana aku jog setiap petang. lawa ker tak? komen


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

2 comments:

Anonymous said...

Lawa sungguh tempat nie.. naper tempat aku takde tempat selawa nie.. terasa nak pi.. takpe satu hari aku sampai gak.. eemm kalu aku dok dekat? situ musti aku join romzi jog hari?... mesti kurus abis.. (^-^)
ChomeLeST @}~~~

romzi seli said...

jemput datang. tak kisah bila-bila pun. romzi sentiasa menunggu kehadian semua. heheheh... bole ler nanti jog sama.

romzi