Monday, September 12, 2005

tertinggal cerita hujung minggu

erk... memang ada cerita yang aku nak share yang tertinggal dalam blog aku pada 11 september lepas. bukan apa sebab aku ni dah ngantuk sangat nak nulis, so idea yang keluar tu jer.

sebenarnya, malam hujung minggu tu aku kenal kawan baru... yang chat. so, kat dalam tu aku ada tulis gak. selain tu, aku call awek di lawas. saja nak dengar berita dan cerita dia. sebab beberapa hari tak dengar berita.

dan...

yang buat aku diam seketika. aku sebenarnya mencari 'ganti' dia. dan aku ada bertanyakan seseorang untuk itu. dan malam itu dia memberi keputusan, yang dia tidak mampu untuk menerima aku lebih dari seorang abang. aku redha. aku terima dengan hati terbuka. tiada dendam kerana aku percaya tiada jodoh antara aku ngan dia. dan aku memang tidak mengharapkan sangat dia boleh menerima aku, kerana aku takut yang dia akan dibayangi oleh arwah tunang aku. jadi biarlah dia tidak dapat menerima aku.

aku cerita ngan kakak angkat aku di kl, dia cakap aku mungkin tiada jodoh dengan dia. dan dia nasihatkan aku agar bersabar dan aku tak pasti samada dia bergurau atau serius menyatakan...

"xde jodoh kau dgn dia la tu. releks la, keje kat situ elok2 dulu. satu hari nanti ketemu jua. adik aku 3 orang dok ada... keh2"

Thanks kak, kerana bagi support. aku hargainya. cuma kini aku masih susah untuk melupakan 'dia' mungkin apa yang boleh untuk aku masa nie adalah berkawan dan bersahabat. dan andainya ada orang baru yang boleh membuka hati aku, aku terima dengan hati yang terbuka.

aku berharap ada orang baru yang mampu mengetuk hatiku dan memberikan aku satu peluang untuk menyayangi dna mencintai dia tanpa dibayangi oleh arwah tunang aku.

romzi.
Tg. Kidurong

2 comments:

Anonymous said...

tak terpikir plak disebalik senyuman rupa?nya ada cerita duka.. yang pergi mmg takkan kembali... mungkin aku sendiri terasa kerana kata punjangga tak semuanya betul.. masakan yang hilang itu mudah dicari ganti.. namun ku tetap titipkan doa semoga akan ada jodoh buatmu.. teruskan senyumanmu yang ku rasa mampu mengelirukan pandangan org seperti aku.. tak semua senyum itu bahagia.. baru kini ku mula melangkah mengenali dunia ini..
chomelest@}---

romzi seli said...

thanks chomelest. aku teringin nak kenal lebih sapakah engkau... kerana tulisanmu agak unik dalam memberi kata-kata...

romzi